PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 26 September 2012

Oreo Cheese Cake




Assalamualaikum,

Harini opis umi ada buat potluck.. so dalam fikiran ni teringat nak buat oreo cheese cake.. Hehehe, bakat terpendam ni.. So umi try resepi simple ni.. Umi dapat dari adik ipar umi.. Dia memang rajin memasak.. so belajar la dari dia..

Umi start buat Oreo Cheese Cakes ni dari jam 10.30mlm seperti biasa selepas danish n danial tdo.. Yelah kalau ada diorg karang tak jadi pulak oreo cheese cake jd la oreo putar jilat celup si danish.. kekekek.. tapi masa buat tu jeling2 gak kot diorg bangun, sebenarnya seronok buat bersama2 tp dikuatiri danial akan terjaga dek kerana mulut abang danish yang meriah, so umi fikir lebih baik bg dua2 tdo kerja pun cepat.

Jom layan resepi..

Gambar ketika sedang diputar

Bahan Dasar:- (umi guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*umi guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*umi guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*umi guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*umi bubuh 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*umi bubuh letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*umi bubuh 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*umi letak 20 keping) (*yang inni kalau taknak letak pun takpe..
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*umi lapis atas kek tu dengan topping coklat )

Gambar apa tu? mana Oreo Cheese Cakes tu??? Minta maafla kawan2, umi lupa nak snap gambar2 lain dek kerana kejar masa.. gambar atas tu setelah dipotong2 oleh member umi masa sesi menghabiskan potluck yg dibawa ekekekek...

Sekian dulu n jumpa esok =)

Salam sayang dari,
 

Jom Klik banner ni..

gif creator

Isnin, 24 September 2012

Curi Masa untuk Merdeka Raya




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi2 lagi sebelum memulakan tugas umidanish cuba curi masa sikit utk berblog.. Harini nak simpan beberapa gambar anak-anak untuk penghias blog umi..

Anak da dua ni memang berubah jugala rutin harian umi, (owh ohh org lain lg ramai anak kan kan kan?) Umi da macam kembar pun ada jadinya, sebab bila si adik nak menyusu si abang dengan manjanya pun nak susu.. adei kalau kurang sabar memang la bole hangin satu badan.. tp sabar juga la sebab mereka kan anak2 kita.

Ni masa merdeka raya, aritu.. terbaik la danial tak meragam alhamdulillah.. Kalau ikut hati memang tak kuasa nak berpanas2 dengan anak kecil dikendong.. tp memandangkan abi bertugas dan memerlukan kamu untuk turut serta, ikutkan je la dan umi niatkan dalam hati hari itu umi nak tunjukkan anak-anak ramainya orang berkumpul untuk meraikan hari merdeka..  Danishla paling seronok, Jom layan gambo

Ni kat dataran merdeka la ni.. adik pun nak kibar jalur gemilang jugak

Eh eh.. ni bukan makanan sayang..

Abang danish dengan jalur gemilang..

hehehe 3hero dengan heroin jd cameragurl..kihkihkih

okla akhirnya post ni dipublish petang plak.. sory kengkawan.. ada odit iso sgt bz..babai
Salam sayang dari,

 Jom Klik banner ni..
gif creator

Jumaat, 21 September 2012

Mahkamah di Padang Masyar???? Masyaallah



Assalamualaikum..

Apakhabar semua? Harini umi danish nak share berkenaan gambaran yg dilakar oleh hamba Allah yang mulia.. Umidanish pun tak tahu sape tp ianya disharkan di laman FB yg makin diminati ramai.. Umidanish ada FB gak tp umi buat utk share yg baik2 saja, setakat ni takde lagi untuk melepaskan amarah pada sesiapa =), alhamdulillah..

Bagus juga hamba Allah yang buat macam ni sebab kita ada rasa dan terfikir banyak mana amalan kita atau mungkinkan dosa kita lagi banyak dari amalan kita. Petikan ini umi share dari Kitab Mahkamah di Padang Masyar m/s 146. Jom baca..



Perihal Sirat Mustaqim.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.





Apepun, hari jumaat yang indah ni.. Jom kita mengorak langkah lebihkan amal.. sape tau amalan tersebut membantu yg terkurang disana nnt =)




Salam sayang dari,
 
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Khamis, 20 September 2012

Orang baru yg dah lama..



Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini umiDanish baru berkesempatan nak menulis dan melawat kawan2.. Apakhabar semua dan alhamdulillah umiDanish dan anak2 sihat belaka. Syukur pada Allah hari ni berkesempatan menjengah kawan-kawan dan kesempatan ini umiD@nish ingin memperkenalkan seorang ahli baru dalam keluarga umi iaitu adik danish yg diberi nama danial.

Jom tengok gambar danial semasa baru dilahirkan sebagai tatapan kawan-kawan yang tertanya khabar umi, owh adakah yg sudi bertanya?


Dilahirkan dengan sangat2 dipermudahkan Allah, umiD@nish bersyukur sangat2 kerana anak umi da bertambah dua orang dan dua2 hero. Maafla sangat2 kerana kesibukan bekerja memandangkan naik sahaja bercuti umiD@nish diarahkan membuat tugasan baru dan lebih berat sedikit berbanding sebelumnya. Oleh kerana perkhidmatan kita diperlukan maka tumpuan lebih kepada tugasan adalah penting so kurangla masa untuk menaip disini.. Apepun umiD@nish tetap rindukan kawan2 seperjuangan dan selalu juga menjengah cerita terbaru korang semua..

Adalagi ke yang sudi menjengah blog umi dan berkawan dengan umi tatkala umi sepi berbulan-bulan ni? Takpela apepun umiD@nish berharap jgn la ada diantara kita yang putus hubungan dalam maya ni kan.. bukan umi taknak xhare cerita tapi kesibukan melampaui batas..

Jom kita tengok gambar danial bersama abang danish.. Alhamdulillah danish sangat2 sayangkan adiknya.. Pandai pulak jaga adik dia ajak main sama-sama.. Tak sangka umi, dulu bila tanya nak adik tak danish jawab taknak tapi rupanya bila da lahir tu sayangnya danish pada adik dia bukan main lagi.. ini gambar terbaru mereka

danish dgn danial =)

Ok la kawan-kawan semua setakat ni dulu kisah kami, insyaallah ada masa umidanish share lagi.. Terima kasih di atas doa kalian untuk umidanish sekeluarga.


P/s: Sape nak cantik dengan berbaloi-baloi, umi nak kenalkan sesuatu yang tengah popular sekarang ni..

Salam sayang dari,

 

gif creator