PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 31 Disember 2012

Testimoni lagi pengguna bedak arab



Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum..


Petang2 ni sebelum pulang nak jugak share berkenaan testimoni seorang pengguna bedak arab.. Alhamdulillah, ianya memudahkan kita utk berhias dihadapan suami. Umi rasa rugi kalau ada yang terbaca post umi baru2 ni tapi tak dapatkan bedak tersebut kerana bedak tu memang cantik dikulit seolah2 raja sehari...

Jom layan testimoni terbaru pengguna bedak arab.


Saya suka share benda yang baik2 dan berbaloi2. Kalau nak try sahaja pun bole email kat alynn_41181mr@yahoo.com.. Syaratnya hanya dilembah klang sahaja bedak arab akan berada ditempat anda..

Sekian..

Salam sayang dari,

 



gif creator

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum..

Harini nak curi masa untuk menulis. Sesuatu yang patut saya tuliskan 2 tahun dulu tapi masih tak berkesempatan. Moga kali ini memberi sinar kepada umi untuk melangkah. Tajuk diatas pun semua dah tahu umi nak cerita apa, tapi kali ini baru umi terbuka hati nak bercerita serba sedikit perjuangan umi untuk tirai 2013.

Selain memiliki Babyumishop.com umidanish juga memiliki Aisy Izzlynn yang mengetengahkan product kecantikan muslimah. Ianya baru di buka pada Awal Disember 2012. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan memberangsangkan. Dan dalam dua2 website itu nanti umi akan masukkan product yang akan umi perjuangkan dan nak share dengan semua.
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
Dealer Shaklee Kuala Lumpur

Alhamdulillah umi juga adalah pengedar sah Shaklee di Sungai Besi Kuala Lumpur. Sesiapa yang tinggal berhampiran boleh menghubungi umi untuk mendapatkan product kesihatan dari Shaklee. Bole tengok product Shaklee di sini.


Salam sayang dari,
 

 Jom Klik banner ni..
gif creator

Sabtu, 29 Disember 2012

Rahsia apa tu??? Jom baca kalau tak rugiii

Bismillahirromanirrohim
Assalamualaikum..

Cuti2 ni korang buat apa? Umidanish sibuk mengemas umah yang tak siap.. beranak dua rupanya lagi happening.. umi nak kek... danial punya hanya tahu sebut abahhh abahhhh dan mama mama... kalau nak apa2.. sat lagi big baby pula nak minta buat kan air amikkan itu or ini... huhuhu

Memang warna warni hari2.. alhamdulillah.. Namun kalau dan bersilat dan kelam kelibut dengan pelbagai tugas... tentunya wajah berminyak dan kalau bermackup kompem cair.. jadi umi cari jalan penyelesaian mudah... apa dia??? ni la rahsia yang umi nak ceritakan haritu...

Tak mahu berhias dirumah? Rasa lebih teruk wajah dengan meckup bila berpeluh2 semasa membuat kerja rumah? Nak kelihatan cantik menarik di rumah?? Umi ada jawapan nya... Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake. Sebenarnya lama dah umi nak cerita berkenaan bedak ni tapi tak berkesempatan. So umi hanya post di FB dan alhamdulillah ramai yang menyambut baik kemajikannya =).

Selalunya suri rumah atau kita yang duk rumah hanya sabtu dan ahad or hari cuti yang lain mesti tak kisah penampilan kita dirumah.. walhal kat rumah la yang wajib berhias sebab hiasan adalah untuk tatapan suami sahaja. So kalau da penat mengemas berpeluh2 sebab cuci satu rumah.. bila pandang suami, suami pun tak bermaya je nak tengok... huhuh ataupun kalau suami yang tak kisah akan penampilan kita dirumah kerana perasaan memahami.. apakata kita supprisekan mereka dengan berhias lain dari hari biasa.. tentu mereka terkejut dan ramai pengguna semuanya mengatakan suami mereka suka penampilan baru ini..

Tak percaya?? Boleh skodeng FB umi di sini untuk mengetahui berapa ramai peminat bedak arab malah ini yang online yang bukan dari online lagi ramai. =)

Bedak ini didatangkan dari tanah arab dan menggunakan teknology kecantikan orang jepun. Semua tahu kan orang jepun memiliki kecantikkan yang sangat2.. Namun jangan risau bedak ini halal dan boleh dibawa solat. Kilang pembuatannya di Manila Fhiliphine. Bedak ni memiliki keistimewaan yang sangat2 kerana ianya 3 dalam 1 iaitu memiliki moisturizer, foundation dan powder. Yang menariknya bedak ni tahan selama 8 jam apabila digunakan seharian. Kalau di opis, dari pagi sampai waktu balik still cantik je di kulit. Mana ada bedak yang tahan lama macam ni? Paling kuat pun 2 jam pastu cairlah ikut peluh dimuka. Sebab tu umi kata apabila waktu dirumah kalau dah bersilat bagai kerana mengemas SATU rumah... kompem la cair mekup tu. Tapi dengan bedak arab ni... Alhamdulillah, suami pandang sangat2 teruja dan akan berkata dalam hati "dia tetap cantik walaupun dah berlumur peluh mengemas rumah,. wauu... =).

Teruja tak membaca? Umi lagi teruja nak cerita sebab berkaitan dengan memikat suami ni... heheh.. Bedak ni sesuai untuk semua jenis dan warna kulit. Semakin berminyak muka kita semakin cantik bedak tu kelihatan.Mula2 pakai... kulit akan terasa tegang sebab bedak nak serap diwajah dan menghansilkan tone sebati dan cantik mengikut aliran warna darah kita. Ye.. bedak ni ikut warna darah kita. So tak kisahla warna kulit kita tp hasilnya tetap cantik sebab mengikut warna darah kita.

Bedak Arab Kokuryu Super Summer Cake


Selain itu.... ini yang paling best ni, menjimatkan masa dan wang.. Menjimatkan masa??? Kenapa pulakkan??? heheheh sebab, bedak ni da 3 dalam 1 so tak perlu nak calit macam2 dimuka hanya dengan sekali sapuan wajah kita kelihatan makin jelitez.. Tadi menjimatkan masa kan? Sekarang nak bg tahu lagi rahsia bedak ni .. Juga paling best bila menjimatkan wang ringgit... kenapa pulak??? Sebab bedak ni memiliki kuantiti berat sebanyak 50gram.. mana ada bedak lain seberat ni kan? dan tahan selama 6 hinggan 8 bulan mengikut cara pemakaian kita... So Sangat jimat berbanding bedak lain yang hanya tahan paling lama pun sebulan setengah =).

Umi sertakan beberapa testimoni untuk korang baca.. Jangan tak percaya testimoni ni semua ori dari pemakai yang membeli dari umi... Yelah, kalau kita rasa ianya cantik kita sharekan pada kawan2 untuk berhias buat suami tersayang...





Pengguna Menggunakan bedak arab di majlis pertunangannya.. Cantik bukan??




Pecaya atau tak tapi itulah hasilnya.. Kalau korang berminat bole tinggalkan pesanan di sini atau email umi di alynn_41181mr [at] yahoo.com.. nanti umi share kan cara pemakaian dan penjimatan kita dalam berhias dengan bedak arab.. Kepada yang berminat.. Ada offer sempena promosi di blog umi ni setiap pembelian akan menerima celak arab ( yang hitam cantik tu yerrr...) . Tertakluk kepada terma dan syarat dan selagi stok masih ada... Jom apa tunggu lagi..



Salam sayang dari,
 

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 28 Disember 2012

Dia Tinggalkan saya...



 Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum...


Jumaat yang barokah.. hari ini sudah jumaat, dan hari ini semua umat islam akan menunaikan solat jumaat bagi kaum lelaki tetapi kaum wanita kebanyakkannya menghabiskan masa berjimba2... Huhuhu, inila waktu release tensen umi.. masyaAllah.. jangan ikut ya kawan2.. banyakkan zikir, insyaallah hilang sekejap lelah dan ketensenan tu..

Selalunya waktu jumaat ni kami akan keluar mencari sesuatu "yang perlu".. dan kawan2 yang terlibat adalah azie, k.mona dan amy... kalau takde amy tak gerak la kami.. (sebab dia je bawak kami..hehe)

 Thanks for this cute..

hadiah tu dari amy.. umidanish gelarkan dia Mimi.. sempena nama amy.. hehe..Dan ingat lagi waktu umidanish sedang susah dahulu.. masa tu baru lagi masuk kat opis ni n umi sedang diuji dengan mabuk2 dan ada beberapa staf lain yang tanak memahami.. namun dia la.. amy yang sudi nak dengar selain sorg lagi kawan saya aisyah fendi... susah umidanish disini dia (amy) yang bantu..

Owh tanak ingat kenangan tu sangat2 mengalirkan air mata.. sangat happy go lucky dan sangat pemurah hati.. itula amy kawan baru yang umidanish dapat tp hanya sekejap.. Memang itu la yang Allah janjikan.. Semua yang baik2 adalah pinjaman sementara dan perlulah menghargai setiap detik bersama..

Buat amy,

Thanks sebab sudi jadi kawan akak, thanks sebab banyak membantu... Hidup ni banyak cabaran, ke mana pergi dan ke mana kita menginap disitula cabaran untuk kita. Dan sebagai hambaNya belajar lah redha kerana dengan redha itu pemudah segalanya.. Usahalah untuk berjaya dan ingat Allah selalu.. walaupun hanya sekejap cuma tapi amy juga kawan terbaik akak yang pernah akak jumpa...

Semoga Allah membantu dalam setiap perjuanganmu..


Salam sayang dari,
 

Jom Klik banner ni.. 


gif creator

Isnin, 24 Disember 2012

Nak tau rahsia???? Tungguuuuu...





 Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampak Formal ke beri salam kepada semua.. Umidanish mulakan dengan mendoakan kalian.. Moga doa itu juga nanti untuk umidanish sekeluarga.. =)

Minggu semalam semalam adalah minggu kelam kelibut buat umidanish.. Ianya rutin sebagai ibu dan sebagai anak juga sebagai isteri. Namun dalam menjalankan rutin harian, penampilan diri perlu sangat2 dijagai agar mata si suami tak lekang memandang. Mungkin pentingnya anak itu kita utamakan dalam segala hal sebagai ibu tetapi jangan lupa kepentinagn kita terhadap suami.

Sebagai ibu dan isteri yang bijak menguruskan masa, mungkin anda takkan kekurangan masa untuk menghias diri dan memanjakan diri dengan berhias cantik dan berpenampilan menawan. Namun bagaimana kalau nak menawan sekiranya semua keperluan rumah tangga kita uruskan?? Bangun sahaja tidur perlu itu dan ini.. Kalau bermackup pula habis kusut masai dandanan rambut dan luntur semua calitan mackup diwajah dek kerana mengemas sebuah rumah..

Bagaimana anda kelihatan dihadapan suami apabila waktu cuti dirumah? Pastinya di opis suami sudah tidak sengaja memandang yang cantik-cantik kerana wanita berkerjaya sekarang semuanya mementingkan penampilan dan kecantikan..

Umidanish ada jawapannya... Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari yang ini yang paling senang sekali dan sangat menjimatkan masa tenaga dan wang ringgit.. tentu korang tertanya2 apa tu ya???

Insyaallah berkesempatan nanti umi akan ceritakan lebih lanjut apa yang berlaku utk kelihatan cantik berseri dihadapan suami walaupun berhempas pulas melibas itu ini untuk keselesaan kediaman.. Kita tetap kelihatan cantik.. Nak tau Rahsia??? Tungguu....


Salam sayang dari,
 
 Jom Klik banner ni..


gif creator

Rabu, 19 Disember 2012

Hari Lahir Danish dengan Ulang tahun UMI+ABI

Assalamualaikum WBT
Bismillahirohmanirrohim..

Curi masa nak post entry tarikh2 penting dalam hidup umi.. Alhamdulillah Allah masih beri nafas untuk umi melihat keindahan pembesaran anak2 dengan pelbagai ragam.



Tanggal 12.12.12 genapla usia danish 4 tahun... dan kematangan nya terserlah dengan kepetahan percakapannya yang cuba menyusun atur ayat untuk berkata2.. lucu kadang2 rasanya bila mendengar dia cuba mengunakan perkataan yang baru didengar dan dipelajari. =)













Alhamdulillah juga Allah beri kesempatan untuk kami meraikan majlis hari lahir beliau, majlis nya berlansung cukup sederhana dengan dihadiri ATOK (ayah umi) adik bongsu umi dan juga sedara terdekat sebelah abidanish. Majlis dijalankan di rumah mertua umi.. Terima kasih mama..


Terima kasih kepada yang sudi hadir dan mengaminkan bacaan doa ayah umi untuk kami sekeluarga.. Selesai upacara pemotongan kek, kami memotong kek kedua iaitu kek ulang tahun perkahwinan kami.. pejam celik pejam celik.. da 5tahun usia perkahwinan kami... Dengan pelbagai dugaan yang Allah berikan sebagai pemanis asam garam kehidupan berumah tangga, syukur masih diberi keberkatan olehNya untuk bersama..


Hidup takkan indah kalau tiada cabaran dan kita tak kan tahu untuk bersyukur dan bersabar kalau Allah tak beri dugaan.. Semua itu mematangkan perjalanan hidup kita sebagai hambanya.. =)

Namun jangan lupa.. amalan zikir2 dan solat sunat sebagai dinding untuk rumah tangga itu berdiri kukuh.. Mohon padanya, moga Allah melindungi kita semua.. =)


Ok kengkawan.. umidanish ada kerja nnt sambung lagi ye



Salam sayang dari,


gif creator

Cabaran hujung tahun

Assalamulaikum WBT

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah berkesempatan menulis disini. Terbaca beberapa komen sahabat maya tertanya2 kemanakah menghilangnya umidanish..

Umidanish ada disini cuma tak berkesempatan mengapdet blog memandangkan kerja yang menimbun dan keadaan kesihatan diri dan anak2 yang tak mengizinkan..


Adik (yang bongsu tidak sihat dan terpaksa admited) Namun alhamdulillah syukur kepada Allah, berkat kesabaran menjaganya adik beransur pulih. Anak2 kalau sakit memang sangat2 menggelisahkan ibubapa bukan?? Bukan kerana mereka menyusahkan tetapi kita tak mahu malah tak sanggub melihat mereka menanggung sakit itu, tetapi percayalah.. sakit itu la yang mengajar kita erti sabar dan redha..

Saya ada terbaca post seseorang di FB.. "Taknak dah anak2 yang comel asalkan meraka sehat2 tak comel pun tak pe" Lebih kurang begitula maksudnya.. umi senyum dikala itu..


Allah uji kita bila2 masa, tak kiralah anak kita comel ke tidak.. Kalau katanya "Kun fayakun".. jadilah penyakit itu sebagai ujian kamu... Namun umi tetap bersyukur kerana umi tahu setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya. Sihat atau tidak anak2 itu tetap comel dihati umi mereka masing2, kerana mereka la permata hati kita.. So sebagai hambanya kita patut bersyukur dengan setiap apa yang kita ada.. =)

Ok, stop pasal sikecil, nak cerita pasal umi plak.. Sekarang ni sejak usia meningkat umi sibuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran.. sibuk cemana pun diri kena utamakan.. sebenarnya dari dulu lagi umi dah titik beratkan kesihatan tetapi kali ini lebih lagi kerana umi perlu menjaga 3 Hero yang hebat2 dihati umi.. Jadi nak jaga mereka dengan baik perlulah menjaga kesihatan diri dahulu disamping itu kecantikan luaran dan dalaman juga akan turut sama terjaga. InsyaAllah.. Jika menjaga kesihatan diri dengan baik.. yang lain2 pun turut menjadi baik..

Sejak melahirkan anak pertama lagi, umi mengamalkan pengambilan suppliment tambahan daripada shaklee. So insyaallah jika berkesempatan umi akan share kan serba sedikit hasil pengambilan shaklee kepada badan kita..

Disamping itu juga, penjagaan wajah bagi kaum wanita amatlah diperlukan sebab sebagai isteri berhias untuk suami itu perlu, jaga penampilan wajah, diri dan akhlak.. Akhlak yang baik mencerminkan dalaman yang baik..

Jom kita layan bait lirik madah dari raihan ini, semoga menjadi khabaran berguna buat kita hambaNya

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Okla umidanish nak sambung kerja, nanti ada masa umi cerita lagi..

Salam sayang dari,

 


gif creator

Rabu, 26 September 2012

Oreo Cheese Cake




Assalamualaikum,

Harini opis umi ada buat potluck.. so dalam fikiran ni teringat nak buat oreo cheese cake.. Hehehe, bakat terpendam ni.. So umi try resepi simple ni.. Umi dapat dari adik ipar umi.. Dia memang rajin memasak.. so belajar la dari dia..

Umi start buat Oreo Cheese Cakes ni dari jam 10.30mlm seperti biasa selepas danish n danial tdo.. Yelah kalau ada diorg karang tak jadi pulak oreo cheese cake jd la oreo putar jilat celup si danish.. kekekek.. tapi masa buat tu jeling2 gak kot diorg bangun, sebenarnya seronok buat bersama2 tp dikuatiri danial akan terjaga dek kerana mulut abang danish yang meriah, so umi fikir lebih baik bg dua2 tdo kerja pun cepat.

Jom layan resepi..

Gambar ketika sedang diputar

Bahan Dasar:- (umi guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*umi guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*umi guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*umi guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*umi bubuh 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*umi bubuh letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*umi bubuh 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*umi letak 20 keping) (*yang inni kalau taknak letak pun takpe..
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*umi lapis atas kek tu dengan topping coklat )

Gambar apa tu? mana Oreo Cheese Cakes tu??? Minta maafla kawan2, umi lupa nak snap gambar2 lain dek kerana kejar masa.. gambar atas tu setelah dipotong2 oleh member umi masa sesi menghabiskan potluck yg dibawa ekekekek...

Sekian dulu n jumpa esok =)

Salam sayang dari,
 

Jom Klik banner ni..

gif creator

Isnin, 24 September 2012

Curi Masa untuk Merdeka Raya




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi2 lagi sebelum memulakan tugas umidanish cuba curi masa sikit utk berblog.. Harini nak simpan beberapa gambar anak-anak untuk penghias blog umi..

Anak da dua ni memang berubah jugala rutin harian umi, (owh ohh org lain lg ramai anak kan kan kan?) Umi da macam kembar pun ada jadinya, sebab bila si adik nak menyusu si abang dengan manjanya pun nak susu.. adei kalau kurang sabar memang la bole hangin satu badan.. tp sabar juga la sebab mereka kan anak2 kita.

Ni masa merdeka raya, aritu.. terbaik la danial tak meragam alhamdulillah.. Kalau ikut hati memang tak kuasa nak berpanas2 dengan anak kecil dikendong.. tp memandangkan abi bertugas dan memerlukan kamu untuk turut serta, ikutkan je la dan umi niatkan dalam hati hari itu umi nak tunjukkan anak-anak ramainya orang berkumpul untuk meraikan hari merdeka..  Danishla paling seronok, Jom layan gambo

Ni kat dataran merdeka la ni.. adik pun nak kibar jalur gemilang jugak

Eh eh.. ni bukan makanan sayang..

Abang danish dengan jalur gemilang..

hehehe 3hero dengan heroin jd cameragurl..kihkihkih

okla akhirnya post ni dipublish petang plak.. sory kengkawan.. ada odit iso sgt bz..babai
Salam sayang dari,

 Jom Klik banner ni..
gif creator

Jumaat, 21 September 2012

Mahkamah di Padang Masyar???? Masyaallah



Assalamualaikum..

Apakhabar semua? Harini umi danish nak share berkenaan gambaran yg dilakar oleh hamba Allah yang mulia.. Umidanish pun tak tahu sape tp ianya disharkan di laman FB yg makin diminati ramai.. Umidanish ada FB gak tp umi buat utk share yg baik2 saja, setakat ni takde lagi untuk melepaskan amarah pada sesiapa =), alhamdulillah..

Bagus juga hamba Allah yang buat macam ni sebab kita ada rasa dan terfikir banyak mana amalan kita atau mungkinkan dosa kita lagi banyak dari amalan kita. Petikan ini umi share dari Kitab Mahkamah di Padang Masyar m/s 146. Jom baca..



Perihal Sirat Mustaqim.

Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.





Apepun, hari jumaat yang indah ni.. Jom kita mengorak langkah lebihkan amal.. sape tau amalan tersebut membantu yg terkurang disana nnt =)




Salam sayang dari,
 
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Khamis, 20 September 2012

Orang baru yg dah lama..



Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Harini umiDanish baru berkesempatan nak menulis dan melawat kawan2.. Apakhabar semua dan alhamdulillah umiDanish dan anak2 sihat belaka. Syukur pada Allah hari ni berkesempatan menjengah kawan-kawan dan kesempatan ini umiD@nish ingin memperkenalkan seorang ahli baru dalam keluarga umi iaitu adik danish yg diberi nama danial.

Jom tengok gambar danial semasa baru dilahirkan sebagai tatapan kawan-kawan yang tertanya khabar umi, owh adakah yg sudi bertanya?


Dilahirkan dengan sangat2 dipermudahkan Allah, umiD@nish bersyukur sangat2 kerana anak umi da bertambah dua orang dan dua2 hero. Maafla sangat2 kerana kesibukan bekerja memandangkan naik sahaja bercuti umiD@nish diarahkan membuat tugasan baru dan lebih berat sedikit berbanding sebelumnya. Oleh kerana perkhidmatan kita diperlukan maka tumpuan lebih kepada tugasan adalah penting so kurangla masa untuk menaip disini.. Apepun umiD@nish tetap rindukan kawan2 seperjuangan dan selalu juga menjengah cerita terbaru korang semua..

Adalagi ke yang sudi menjengah blog umi dan berkawan dengan umi tatkala umi sepi berbulan-bulan ni? Takpela apepun umiD@nish berharap jgn la ada diantara kita yang putus hubungan dalam maya ni kan.. bukan umi taknak xhare cerita tapi kesibukan melampaui batas..

Jom kita tengok gambar danial bersama abang danish.. Alhamdulillah danish sangat2 sayangkan adiknya.. Pandai pulak jaga adik dia ajak main sama-sama.. Tak sangka umi, dulu bila tanya nak adik tak danish jawab taknak tapi rupanya bila da lahir tu sayangnya danish pada adik dia bukan main lagi.. ini gambar terbaru mereka

danish dgn danial =)

Ok la kawan-kawan semua setakat ni dulu kisah kami, insyaallah ada masa umidanish share lagi.. Terima kasih di atas doa kalian untuk umidanish sekeluarga.


P/s: Sape nak cantik dengan berbaloi-baloi, umi nak kenalkan sesuatu yang tengah popular sekarang ni..

Salam sayang dari,

 

gif creator