PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 28 Ogos 2015

AbiIzz selamat ke Tanah Suci : Moga Allah beri lebih hidayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim...


Musim raya puasa dah pun berlalu, tinggal kita menunaikan ibadah dan tanggungjawab lain dalam kehidupan seharian. Mesti ramai pula yang telah mula berangkat ke tanah suci untuk menunaikan rukun islam ke -5.



Tahun ni, alhamdulillah.. sampai seruan sekali lagi untuk abiIzz menunaikan tanggungjawab nya menunaikan rukun islam ke-5 disamping menjalankan amanah membantu jemaah lain menunaikan rukun islam ke-5 dengan sempurna.Tiga tahun menolak untuk bertugas di sana kerana kehadiran si kecil adik Izz, peluang kali ini sangatlah menterujakan abiIzz.

Namun keterujaan juga tetap mengingatkan beliau akan tanggungjawab yang dipikul disana. Tanggungjawab tersebut digalas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi agar jemaah tahun ini menerima keselesaan beribadah disana. Alhamdulillah, perjalanan kesana dimudahkan dan selamat sampai di Madinah.

Ramai sungguh jemaah ke sana.. imam.. bilal dan jemaah lain serta petugas tabung haji lain semua bertuah kerana dipilih Allah untuk kesana. Bukan mudah untuk kita terpilih kesana, kerana semuanya telah diaturkan oleh Allah untuk kita.

Masa menghantar abiIzz aritu, double Izz ikut sama.. Mereka tahu abiIzz nak ke Mekah.. punyalah teruja mereka teruja dengar AbiIzz nak ke Mekah.. kalau nampak Kaabah di televisyen, beliau akan teruja memberitahu abi ada di sana.. Seronoknya abi di sana..

Alhamdulillah, senang hati umiIzz..
Masa pulang dari menghantar tu pun, adik Izz bertanya kenapa abi kene pergi ke Mekah??
kemudian dia jawab, sebab abi nak cari duit ke??

Umi senyum..
Abi pergi kerja di Mekah sebab abi ditugas Allah menjadi penyambut tetamu Allah..

Adik Izz pun jawab..
OOoo penyambut tetamu Allah..

Umi sambung lagi..
Iya, abi bantu jemaah lain menjalankan rukun islam ke-5..
adik kat sini dengan umi kene jadi anak yang soleh.. dengan abang..

Dia mengangguk dengan Ok jawabnya..

Alhamdulillah..
Walaupun sedih, tapi umiIzz doakan semoga abiIzz selamat dan sihat di sana agar dapat membantu lebih jemaah yang lain.

Bergambar sebelum abi berangkat ke tanah suci..

abang izz dan abi

adik Izz dan abi

Teka Flight apa??

Posing dalam Flight untuk anak-anak tengok, sabar jelah


Berpusu-pusu ke masjid, Subahnallah..indahnya


Usai solat di Madinah.. Subhanallah indah pemandangan

Ziarah Makam Rasulullah SAW, Makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar

Tiba di Makkah Mukarramah

Usai Umrah Tamattuk..
Alhamdulillah

Solat jumaat pertama di sana waktu malaysia 6.00petang 28.8.2015


Bermulalah tugas amanah dan tanggungjawab beliau disana.. Gambar kiriman dari abiIzz untuk tatapan anak-anak tersayang..

Doakanlah agar abiIzz diberi hidayah lebih oleh Allah SWT dan dilindungi selalu. Kita hanya manusia biasa. Moga kita semua dalam lindungan Allah SWT selalu. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana hidayah Mu buat imamku.

Terima kasih atas doa kalian..

Sepanjang disana selama 2bulan, umiIzz sempat bekalkan Shaklee untuk menampung makanan tambahan ketika kesibukan dan tiada kesempatan untuk makan. Selain itu Shaklee juga membantu menambah baik kesihatan.

Bekalan Suppliment Shaklee:
Omega Guard
Vita C
Performance Drink
Vit E
Ostemetrix
Lecithin
Nutriferon..

Yang Last tu Cookies Chinta yang wajib..


Selain tu, abiIzz minta umi bekalkan sambal ikan bilis rangup, katanya nanti rindu nak makan airtangan umi.. erm.. yelah tu.. kat sana makanan semua sedap-sedap..kan.. hehehe

Apapun, semoga berada dalam keadaan sihat.. macamana pun kita, keadaan kita.. kesihatan amatlah terlalu bernilai. Kerana kesihatan yang baik membantu kita menjalankan ibadah dengan baik. InsyaAllah... Semua atas usaha dan izin Allah SWT

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



 Salam sayang dari,


  gif creator
gif creator

Khamis, 20 Ogos 2015

Slimming dengan Shaklee : Chinch Chocolate, enak dan Terbaik


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Petang-petang ni nak share cerita Chinch Coklat paling sedap untuk sarapan pagi.. Tapi umiIzz paling suka buat sarapan pagi dan tengahri, fuhh memang kenyang jelah..
Alhamdulillah..




Disebabkan kelazatannya dan menjimatkan poket umi untuk berbelanja makanan yang tidak berkhasiat, makanya umiIzz share lah resepi terbaik dari Shaklee dan umiIzz sendiri. Bukan sahaja mengenyangkan dan menjimatkan perbelanjaan malah menyihatkan dan menguruskan..hihi yang menguruskan sambil menyihatkan tu paling best tu..




Yang ni la chinch Coklat
Memang bancuh macam tu saja pun sedap, kalau ditambah resepinya lagi sedap..

Jom layan resepi umiIzz kalau terajin kat rumahla kan..



Yang ni umiIzz tambah dengan straberi coklat.. nampak tak ada biji-biji berwarna merah tu?? yang tu bila strawberi dikisar bersama chinch dan yogurt. Kemudian bila bland dah pekat, masa nak tuang dalam gelas tu  kan, umiIzz isi separuh dulu lepas tu letakkan coklat cair ikut banyak mana nak letak pastu tambah lah lagi chinch yang dah blender bersama yogurt dan strawberi..

Memang best..

Kalau nak resepi dari Shaklee pun boleh ambil kat bawah ni.. yang ni pun sedap jugak tau.. memang terbaik dan berkhasiat..


Nak tahu khasiat Chinch ni??

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.  Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda. 
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut 
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina 
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang 
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga 
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan Soya bukan GMO   
Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee 

[✔] Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak 
[✔] Membakar lemak yang tidak diingini 
[✔] Mengurangkan inci yang tidak diingini 
[✔] Makanan segera untuk mereka yang aktif 
[✔] Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang 
[✔] Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan 
[✔] Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot 
[✔] Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan

Boleh rujuk entry yang ini juga.. Chicnh Choc

Oklah, kalau korang nak oder, boleh hubungi umiIzz kat bawah tu, kalau tak guna sahaja ID umiIzz untuk belian di mana-mana branch..

Selamat ber Chinch..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Rumahku Syurgaku Part 8 : Kedai Tiles Murah dan best.. Tips memilih tiles


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Tajuk pun dah tahu, so kalau tak berkenan bolehla korang skip untuk tajuk ni.. Yang ni sekadar perkongsian dan bukan nak menunjuk. Lagipun boleh buat rujukan dimasa hadapan.



Mula-mula deside, tiles nak cari kat jalan ipoh je kedai Super Seramic Tiles.. Tapi servay-servay memang harganya tinggi walaupun ramai cakap murah.. Bukan kedekut tapi zaman serba GST ni kita kena bijak memilih dan pandai bajet kewangan supaya tak terlebih dan cukup untuk kegunaan harian dan menyimpan. Penghantaran pun diorang cas, so pada umiIzz better cari lagi kedai-kedai lain manalah tahu rezeki kami bertemu jodoh.

Lepas servay di jalan ipoh, umiIzz ajak abiIzz ke ampang, ada satu kedai ni pun diorg cakap murah.. Takdelah murah mana, sama je pun. Penghantaran pun diorang cas.  So misi mencari diteruskan sampailah kitorang jumpa satu kedai kat Kajang.

Kedai ni nama dia Johan Tiles jalan reko.

Lokasi: Jalan Reko, kalau dari Econsave Bangi turn left, pass by Petronas dan 1st traffic light - kat belah kiri tu lah kedai dia."JOHAN TILES" Senang kan??

Range harga.. alhamdulillah.... memang berbaloi-baloi.
Tiles 2' x 2' (utk lantai dining hall) - From RM9.80 tokey boleh bagi hingga RM9.50.. seronokkkan

Tiles 1' x 1' (utk lantai dapur, bilik air, dan kat mana-mana yan sesuai) - boleh dapat dari harga RM1.50

Tiles dinding bilik air - umiIzz tengok ada yang RM2.80 (tokey boleh bagi sehingga RM2.20)

Sinki - Range dari RM60 yang ini harga dari tokey kedai hingga RM400.. pilih la nak yang mana

Toilet bowl, sink, shower head, kepala paip dan lelain semua ada..

Jom kita layan gambar dalam kedai..














Nak kata murah sangat pun takla jugak tapi berbanding kedai lain, umiIzz dan abiIzz tengok memang yang ini lebih murah. Tiles dia pun takdelah banyak sangat pilihan tapi kene dengan citarasa kami yang sukakan simple dan nampak kemas teratur.Yang paling umiIzz suka, rumah tu nampak bersih je, so kalau sepah ke habuk, senang kita nampak dan terus bersihkan.

Penghantaran pula kalau belian mencecah RM2000 yang ditetapkan diorang hantar percuma terus ke depan rumah. So apa lagi, kami pun borong lah beli untuk satu rumah. Tapi buat masa ni kami pasang untuk keseluruhan dalam rumah. Sebab tiles yang tuan ruma lama guna ada yang pecah dah pun. Takpelah, kali ni moga semuanya selesai dan kami duduk dengan selesa.

Ok, umiIzz nak bagi tips untuk pemilihan tiles rumah.

UmiIzz lebih suka tiles dalam rumah tu besar, kalau dapat nak lebih besar lagi tapi umiIzz ambil saiz 2kaki x 2kaki sahaja memandangkan zaman GST ini, yang itu pun mahal dah pada kami =D.. buat rumah zaman ekonomi meleset ni memang mengharukan. Tapi apakan daya, itulah rezeki kami, mungkin Allah nak bentang hikmah lain untuk kami lepas ni.

Ok cara pengiraan tiles yang diperlukan untuk satu ruang tu, korang kenela kira berapa kaki panjang ruang tu dan darab kan dengan lebar ruang tu, bila dah dapat bahagikan dengan luas satu pcs tiles. Macam umi izz, umi izz bahagikan dengan 4kaki sebab tiles umiIzz 2kaki kali 2 kaki. Dapatlah jumlah yang diperlukan.

Haritu kami pilih semua tiles saiz 2kaki x 2 kaki, lebih kurang 350 keping kami guna. Tak banyakkan??

Untuk bahagian dapur, umiIzz pilih sedikit kesat agar keselamatannya terjamin, Sebab kat dapur ni kadang-kadang boleh jadi tumpah minyak, boleh jadi tumpah air ataupun sabun, so kalau guna tiles yang agak kesat takdelah licin sangat.

Kalau ruang bilik, memang pilih yang licin supaya rasa kalau-kalau pasir ke habik tetibe ada..

Jom layan gambar diorg yang tengah main dan masa abiIzz nak bayar.

Budak-budak sibuk dengan boboyboi.. 
Kat luar dapatlah tengok, kat rumah memanng umiIzz tak galakkan..

Tunjuk katalog untuk tiles table tap

Konon untuk rujukan kalau-kalau ada hati nak pasang kat wall table tap nanti..

Oklah, rasanya cukup setakat ni dahulu perkongsian umiIzz, nanti ada masa umiIzz sambung lagi ya..

Jika anda berminat untuk dapatkan kepakaran kontraktor binaan, sila berhubung No kami di bawah untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, kami bantu..






Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




  gif creator
gif creator

Selasa, 18 Ogos 2015

Rumahku Syurgaku Part 7 : Kedai cat (Hardware) best ; tips memilih warna cat dan pengiraan kos.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bismillahirrohmanirrhim..

Musim raya haritu, mesti ramai yang bertukar cat rumah. Almaklumlah, bila tiba syawal ni.. kalau boleh nak serba bersih cantik dan selesa sebab waktunilah kita gunakan sebaiknya menerima jemputan tetamu dan tetamu pula kunjung kerumah kita beraya. Time nila kita sibuk nak deco rumah bagi bersih, selesa dan nampak lain dari sebelumnya.



Kalau umiIzz, umiIzz lebih pentingkan kebersihan dan suasana tenang berbanding menukar semuanya setiap tahun pada musim perayaan, sebab selagi masih elok dan moleh dipandang lebih baik umiIzz kekalkan daripada kita membazir tak tentu hala. betul tak?? ini pendapat umiIzz la..

So hari ini umiIzz nak sambung cerita penambahbaikkan rumah umiIzz.. Kalini berkenaan macam tajuk kat atas tu la kan.. Erm payah juga ya nak pilih cat.. kalau tak pandai main warna memang kelakar jadinya..

Pemilihan cat kalini umiIzz yang pilih, abiIzz serah kepercayaan pada umiIzz untuk memilih.. Sa, bila orang bagi peluang untuk pilih warna tu..habislah gamaknya pening nak memilih.. hehehe

Sampai ke kedai tu, kami pilih warna yang berkenan..

Hanya satu warna terang, yang lain semua warna cerah, dan lebut...

Nak jadi kisah.. Pemilihan warna terang tu adalah warna lain yang kami bayangkan tetapi bila dah sapu kat dinding jadi warna lain... bermula la episod yang mana lalu semua tanya.. siap ada tanya kenapa warna luar cat warna tu.. Memang nampak lain dari lain dan tak pernah orang buat pun kot.. hehe..



Sepatutnya warnanya macam warna atas ni.. tapi bila dah sapu kat dinding luar n dalam jadi warna lain. Sajalah umiIzz letak kat luar sebab nak bagi nampak kilat dan terang tapi hasilnya memang jauh sangat lari..



Lari tak dari warna yang dekat katalog tu? Udah nampak pinky-pinky macam rumah umiIzz yang cantik comel gitu hihih.. nasiblah abiIzz tak marah, dia senyum je layan karenah isteri dia yang comel ni kan.. Allahu, jangan muntah ya..

Tapi nampak kan? Beza warna diluar dan dalam, padahal warna cat yang sama dan dari tong yang sama.. Mungkin dari segi pengcahayaan kot kan.. Takpelah.. Janji abiIzz redha hehe..

Kalau tengok gambar kat atas tu, umiIzz pilih warna keseluruhan dinding menampakkan color seakan putih tetapi sebenarnya bukan putih, dan nampak macam cream tetapi bukan cream. Camne nak cakap erk, korang tengoklah kat gambar bawah ni.. abaikan lantai yang bersepah-sepah tu ye..




Luar rumah




Yang luar rumah ni, seakan-akan warna dalam rumah tapi sebenarnya tak sama pun. Yang ni umiIzz guna cat Dulux external, kata orang kat luar jangan guna warna cerah amcam ni nanti cepat kotor, tapi umiIzz saja bagi nampak rumah ni macam luas dan bersih.

Tak tahu la nanti kalau dah lekat habuk mungkin warna nya bercapuk-capuk kan.. tapi umiIzz tak kisahlah.. Yang penting kita jaga kebersihan.. ;)

Try 3 Tong Besar untuk dinding Luar dan dan dalam, rupanya tak cukup.

UmiIzz dan abiIzz guna cat biasa je untuk rumah kami.. Nippon dengan Dulux. Yang Superten (keluaran Malaysia) tu untuk cat minyak nak sapu kat kayu.. sebelum sapu cat minyak Dulux ICI yang mahal tu, elokla kasi pakai cat murah ni dulu, Lepas tu bilas dengan ICI. kita tengok ketahanannya nanti. Yang tu umiIzz nak pilih warna macam nak ke peach pink sama dinding depan.. tapi erm yang tu abiIzz yang sibuk nak pilih warna lebut lagi. So nampak la macam putih tapi kalau dari dekat warnanya pink lembut yang amat..

Bagi pintu pula, umiIzz pilih cat minyak warna putih. So rumah umiIzz memang nampak cerah sangat, tak kisahlah orang kata cepat kotor. Janji umiIzz selesa dengan warna cerah macam tu. Nampak redup je, bersih je kalau pandai jaga kan??

Masa pilih warna haritu, umiIzz minta katalog cat dan bawak balik rumah, diskus dengan abiIzz warna yang sesuai dan baru pergi kedai. Jadinya takdelah kat kedai tu kelam kabut memilih warna yang kita nak.

Luar sahaja kami habis 41liter bersamaan 2 tong 18liter dengan 1 tong 5 liter. Tu tak masuk dinding sekeping yang sebaris pintu..

Kemudian sebelah dalam tu kami guna 2 tong 18liter tak termasuk sekeping dinding tengah dan pintu.. 

Kos cat sahaja dekat RM2+++ yang ni termasuk GST bagi keluasan rumah umiIzz tak tahulah korang punya rumah. Bayaran kontraktor umiIzz pakai ni tak ingat berapa tapi sangat berbaloilah menggunakan perkhidmatan dia.  Korang kalau nak guna service dia boleh email umiIzz macam kat bawah tu atau whatsup je no. umiIzz nanti umiIzz akan bagi bos kontraktor umi tu untuk call korang. Masa korang nak beli tu, boleh tanya pendapat kedai tu berapa lama cat tu bertahan, boleh lap tak kalau anak-anak mengkretifkan diri di dinding, dan kulapuk tak cat. Boleh juga tanya jumlah sepatutnya yang diperlukan untuk keluasan rumah kita. Dari segi harga, korang boleh deside nak harga cat yang macamana, ada gred rupanya cat ni dan korang bole kira harga 1liter, 5liter, 10liter dan 18liter.. kalau cat tu beli banyak-banyak mana lebih untung sama ada beli sikit-sikit atau banyak terus.

Beli kat kedai ni memang senang dah sebab cat dah termasuk GST, dia tak de tambah or naik harga. Sebab sebelum beli kat kedai yang kami beli ni, kami dah servay kedai lain dan ratanya harga sama cuma tapi bila bayar, cas GST diluar.. so harga lebihla kan..

Kat mana kedai ni? Kedai ni kat Jalan Dagang 2, Taman Dagang Jaya, Ampang.. Besar tau kedai ni.. banyak Hardware dan timber.. Lori pasir ke tanah keluar masuk dari kedai ni. Rasanya kebanyakkan kontraktor beli kat kedai ni..

Oklah korang, nampaknya banyak juga yang dah umiIzz share.
Mungkin sebab energy minum Chinch Tea pagi ni, sangat-sangat memberi tenaga semangat luar biasa. Nanti umiIzz sambung lagi..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


 Salam sayang dari,

gif creator
gif creator