PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 20 Ogos 2015

Rumahku Syurgaku Part 8 : Kedai Tiles Murah dan best.. Tips memilih tiles


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Tajuk pun dah tahu, so kalau tak berkenan bolehla korang skip untuk tajuk ni.. Yang ni sekadar perkongsian dan bukan nak menunjuk. Lagipun boleh buat rujukan dimasa hadapan.



Mula-mula deside, tiles nak cari kat jalan ipoh je kedai Super Seramic Tiles.. Tapi servay-servay memang harganya tinggi walaupun ramai cakap murah.. Bukan kedekut tapi zaman serba GST ni kita kena bijak memilih dan pandai bajet kewangan supaya tak terlebih dan cukup untuk kegunaan harian dan menyimpan. Penghantaran pun diorang cas, so pada umiIzz better cari lagi kedai-kedai lain manalah tahu rezeki kami bertemu jodoh.

Lepas servay di jalan ipoh, umiIzz ajak abiIzz ke ampang, ada satu kedai ni pun diorg cakap murah.. Takdelah murah mana, sama je pun. Penghantaran pun diorang cas.  So misi mencari diteruskan sampailah kitorang jumpa satu kedai kat Kajang.

Kedai ni nama dia Johan Tiles jalan reko.

Lokasi: Jalan Reko, kalau dari Econsave Bangi turn left, pass by Petronas dan 1st traffic light - kat belah kiri tu lah kedai dia."JOHAN TILES" Senang kan??

Range harga.. alhamdulillah.... memang berbaloi-baloi.
Tiles 2' x 2' (utk lantai dining hall) - From RM9.80 tokey boleh bagi hingga RM9.50.. seronokkkan

Tiles 1' x 1' (utk lantai dapur, bilik air, dan kat mana-mana yan sesuai) - boleh dapat dari harga RM1.50

Tiles dinding bilik air - umiIzz tengok ada yang RM2.80 (tokey boleh bagi sehingga RM2.20)

Sinki - Range dari RM60 yang ini harga dari tokey kedai hingga RM400.. pilih la nak yang mana

Toilet bowl, sink, shower head, kepala paip dan lelain semua ada..

Jom kita layan gambar dalam kedai..














Nak kata murah sangat pun takla jugak tapi berbanding kedai lain, umiIzz dan abiIzz tengok memang yang ini lebih murah. Tiles dia pun takdelah banyak sangat pilihan tapi kene dengan citarasa kami yang sukakan simple dan nampak kemas teratur.Yang paling umiIzz suka, rumah tu nampak bersih je, so kalau sepah ke habuk, senang kita nampak dan terus bersihkan.

Penghantaran pula kalau belian mencecah RM2000 yang ditetapkan diorang hantar percuma terus ke depan rumah. So apa lagi, kami pun borong lah beli untuk satu rumah. Tapi buat masa ni kami pasang untuk keseluruhan dalam rumah. Sebab tiles yang tuan ruma lama guna ada yang pecah dah pun. Takpelah, kali ni moga semuanya selesai dan kami duduk dengan selesa.

Ok, umiIzz nak bagi tips untuk pemilihan tiles rumah.

UmiIzz lebih suka tiles dalam rumah tu besar, kalau dapat nak lebih besar lagi tapi umiIzz ambil saiz 2kaki x 2kaki sahaja memandangkan zaman GST ini, yang itu pun mahal dah pada kami =D.. buat rumah zaman ekonomi meleset ni memang mengharukan. Tapi apakan daya, itulah rezeki kami, mungkin Allah nak bentang hikmah lain untuk kami lepas ni.

Ok cara pengiraan tiles yang diperlukan untuk satu ruang tu, korang kenela kira berapa kaki panjang ruang tu dan darab kan dengan lebar ruang tu, bila dah dapat bahagikan dengan luas satu pcs tiles. Macam umi izz, umi izz bahagikan dengan 4kaki sebab tiles umiIzz 2kaki kali 2 kaki. Dapatlah jumlah yang diperlukan.

Haritu kami pilih semua tiles saiz 2kaki x 2 kaki, lebih kurang 350 keping kami guna. Tak banyakkan??

Untuk bahagian dapur, umiIzz pilih sedikit kesat agar keselamatannya terjamin, Sebab kat dapur ni kadang-kadang boleh jadi tumpah minyak, boleh jadi tumpah air ataupun sabun, so kalau guna tiles yang agak kesat takdelah licin sangat.

Kalau ruang bilik, memang pilih yang licin supaya rasa kalau-kalau pasir ke habik tetibe ada..

Jom layan gambar diorg yang tengah main dan masa abiIzz nak bayar.

Budak-budak sibuk dengan boboyboi.. 
Kat luar dapatlah tengok, kat rumah memanng umiIzz tak galakkan..

Tunjuk katalog untuk tiles table tap

Konon untuk rujukan kalau-kalau ada hati nak pasang kat wall table tap nanti..

Oklah, rasanya cukup setakat ni dahulu perkongsian umiIzz, nanti ada masa umiIzz sambung lagi ya..

Jika anda berminat untuk dapatkan kepakaran kontraktor binaan, sila berhubung No kami di bawah untuk maklumat lanjut. InsyaAllah, kami bantu..






Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




  gif creator
gif creator

7 comments:

Rizziela berkata...

saya pun nak cari tile gak..dekat ajer kalau kat Jln reko tu

UmiIzz berkata...

@Rizziela

Owh, baguslah dekat.. senang dah.. =)

Ruzainor Ab Halim berkata...

As salam.
Byk ke beza hrg dgn yg kat jln ipoh tu?

UmiIzz berkata...

@Ruzainor Ab Halim Saya tengok memang berbeza.. kalau tak, takkan saya nak datang jauh-jauh sedangkan jalan ipoh lagi dekat dengan rumah sy. Lagipun sy beli untuk satu rumah, dengan free delivery pada saya berbaloi-baloi.. =)

Unknown berkata...

Salam, pilihan yg ade bnyk x n service dorg bgus x? Sbb sy pn nk g cari tiles mngu nie..dh xsmpat nk pusing2 survey harga..juz bace review jek

UmiIzz berkata...

@Unknown : Saya tengok kat sana boleh tahanla pilihan corak dan jenis apa yang kita nak.. kalau takde yang kat showroom, boleh tengok katalog. Tapi pada saya yang dah kesuntukan masa tempohari berbaloilah ke sana.. =)

Unknown berkata...

Dekat mana yer kedai dye.ade no hp tak