PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 22 Februari 2013

Selamat hari lahir Danial : 1 Tahun 2012





Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak menulis, bukan tak mahu menulis tapi masa tak mengizinkan. Namun pagi jumaat yang barokah ini, umi bersyukur kerana dapat menjamu kawan-kawan walaupun tak seberapa hanya pulut kuning kari ayam.. alhamdulillah pada umi sebab dapat mengumpulkan doa kawan-kawan agar adik danial sihat dan dilindungi Allah selalu..


Alhamdulillah, adik danial da genap usianya setahun  pada 20.02.2013.. Rasa seperti semalam baru dilahirkan.. wajahnya tenang setenang air dilautan.. Syukur pada Allah, sepanjang dia berada dengan umi walaupun sebesar zarah, umi sangat-sangat bahagia... Sepanjang membawanya kesana kemari, umi tetap bersyukur dan merasakan kelahirannya jua adalah satu anugerah terindah yang dapat menyatukan abi dan umi.. Dia bersama umi ketika senang dan susah, dia bersama umi ketika mata ini mengalirkan airmata membaca kitab suci Allah, indahnya kerana mengandungkannya umi takut tertinggal masa untuk mengaji, mengandungkannnya juga umi tak tinggal zikir dibibir.. Bukan niat nak berbangga diri mengandungkannya kerana beramal tapi itulah keajaiban Allah.. Umi yang daif ini tak lekang dek semua itu..

Walaupun tika itu hanya Allah yang maha mengetahui.. Namun umi bersyukur dikurniakan izz danial yang sebijak abangnya.. Memandang si adik akan buat hati terlalu damai, terlalu tenang.. Subahanallah
Terima kasih ya Allah, kerana engkau berikan permata yg terindah.. 

Selamat hari lahir adik..

Semoga adik diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, kesihatan yang berpanjangan, menjadi anak yang soleh.. mendapat rahmat darinya dan dilindungi Allah SWT selalu.. Umi sayang adik sama macam umi sayang abang danish..

Salam sayang dari,





gif creator
gif creator

Ahad, 10 Februari 2013

Seleranya si dia makan



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

LAma tak bercerita pasal anak-anak, oleh itu hari ni sempena cuti umi curi masa sikit menulis tentang danish.. Usia dia da meningkat.. Alhamdulillah, da makin bijak bercakap dan faham apa yang kita cakap.. Rajin?? masya Allah anak umi sidanish ni memang sangatla rajin bila diminta pertolongan. alhamdulillah...

Ok, nak cerita pasal makan.. si danish ni sekarang seleranya alhamdulillah... kalau dulu.. punya la susah nak makan dan makan pun berkira maksud umi memilih. Hanya makanan tertentu sahaja yang dia nak makan. Ada masanya tu langsung danish tak nak makan. Hati ibu mana yang gembira bila anak tak mahu makan???

Sekarang ni alhamdulillah... Danish sangat berselera dan makan pun tak memilih.. Sayur-sayur pun alhamdulillah da banyak yang dia suka.. Sehari demi sehari umi ajarkan dia makan dan kenal sayur-sayuran. Eh, mesti korang tak sabar nak tahu macamana cara nak tarik minat sikecil suka makan nasi, sayuran dan makanan lain..



Dulu, umi pun sangat risau. Danish memang tak nak makan pun langsung. Kalau diajak makan, dia akan bg macam2 alasan. Namun sejak pengambilan Meal Shakes Shaklee segalaShakes setiap hari =)
Sesiapa yang nak tempah MEal Shakes tetapi tak tahu kat mana nak order bole hubungi umiIzz dan umi akan tolong orderkan.. APa tunggu lagi dapatkan sekarang..


UmiIzzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
(ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com

aisyizzlynn.com
babyumishop.com


Salam sayang dari,
 



gif creator
gif creator

Omega Guard Shaklee



Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama tak menulis, malam-malam ni umi ambil kesempatan untuk menaip sedikit.. Almaklumla malam-malam ni la masa sesuai bila anak-anak umi dah tidur manakala abi Izz pula sibuk melayan TV.. Ok, malam ni umi nak share cerita best berkenaan Vitamin yang dikenali oleh semua orang.

Ok, ramai tahu omega baik untuk otak, jantung sebab mengawal kolestrol serta sangat baik untuk mata. Bagi ibu mengandung, pengambilan dalam usia kandungan yang sesuai amatlah digalakkan kerana membantu pembinaan otak dan juga mata bayi didalam kandungan. Otak adalah benda terpenting dalam tubuh badan. Oleh yang demikian otak yang sihat diperlukan untuk mengawal semua yang terjadi pada diri manusia. =)



Pengambilan Omega Guard Shaklee diperlukan dan pemilihan hanya dari Omega Guard Shaklee adalah kerana Omega Guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah dan yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.


Minyak ikan boleh diperolehi secara semulajadi dari ikan2 laut seperti ikan kod, ikan kembung, ikan salmon dan sebagainya. Namun, kenapa kita masih perlu ambil fish oil dalam bentuk kapsul, dengankata lain Omega Guard?
  • Ikan2 laut mengandungi merkuri yang tinggi disebabkan oleh pencemaran. Jadi ia memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.
  • Kita memasak ikan dalam suhu tinggi yang boleh merosakkan khasiat minyak ikan itu sendiri.
Kebaikan Omega Guard:
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu mengurangkan risiko alzheimer (nyanyuk)
  • Membantu dalam proses pembelajaran.(sangat digalakkan untuk student)
Bagi ibu yang menyusu sangat digalakkan mengambil omega kerana dapat meningkatkan kandungan DHA dalam susu ibu secara langsung membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan secara langsung memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Berbaloi makan….

Sebagai ibu tentu kita nakkan yang terbaik untuk sikecil, malah sebagai isteri tentunya kita nak kelihatan sihat cantik dan berseri dihadapan suami tercinta. Mulakan yang terbaik dari dalam kandungan kita lagi dan mulakan kecantikkan dengan pengambilan Omega Guard Shaklee. Mudah-mudahan dengan izin Allah, semuanya dipermudahkan dan di senangkan olehnya. 
Sekiranya berminat untuk mendapatkan Omega Guard Shaklee, boleh hubungi saya melalui contact me atau email ke alynn_41181mr [at] yahoo.com.

UmiIzzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
(ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com

aisyizzlynn.com
babyumishop.com


Salam sayang dari,
 


gif creator