PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 22 Februari 2013

Selamat hari lahir Danial : 1 Tahun 2012





Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak menulis, bukan tak mahu menulis tapi masa tak mengizinkan. Namun pagi jumaat yang barokah ini, umi bersyukur kerana dapat menjamu kawan-kawan walaupun tak seberapa hanya pulut kuning kari ayam.. alhamdulillah pada umi sebab dapat mengumpulkan doa kawan-kawan agar adik danial sihat dan dilindungi Allah selalu..


Alhamdulillah, adik danial da genap usianya setahun  pada 20.02.2013.. Rasa seperti semalam baru dilahirkan.. wajahnya tenang setenang air dilautan.. Syukur pada Allah, sepanjang dia berada dengan umi walaupun sebesar zarah, umi sangat-sangat bahagia... Sepanjang membawanya kesana kemari, umi tetap bersyukur dan merasakan kelahirannya jua adalah satu anugerah terindah yang dapat menyatukan abi dan umi.. Dia bersama umi ketika senang dan susah, dia bersama umi ketika mata ini mengalirkan airmata membaca kitab suci Allah, indahnya kerana mengandungkannya umi takut tertinggal masa untuk mengaji, mengandungkannnya juga umi tak tinggal zikir dibibir.. Bukan niat nak berbangga diri mengandungkannya kerana beramal tapi itulah keajaiban Allah.. Umi yang daif ini tak lekang dek semua itu..

Walaupun tika itu hanya Allah yang maha mengetahui.. Namun umi bersyukur dikurniakan izz danial yang sebijak abangnya.. Memandang si adik akan buat hati terlalu damai, terlalu tenang.. Subahanallah
Terima kasih ya Allah, kerana engkau berikan permata yg terindah.. 

Selamat hari lahir adik..

Semoga adik diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, kesihatan yang berpanjangan, menjadi anak yang soleh.. mendapat rahmat darinya dan dilindungi Allah SWT selalu.. Umi sayang adik sama macam umi sayang abang danish..

Salam sayang dari,





gif creator
gif creator

1 comments:

zarena heeney berkata...

cepat jea anak dah membesar dpn mata kan..

jom join contest di blog ena :)