PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 21 April 2017

Aktiviti Terbaru UmiIzz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..



Hai semua..
Jumpa lagi cikIzzLynn aka UmiIzz..
Nak cerita harini.. Alhamdulillah boleh sharing dengan semua.. Aktiviti terbaru umiIzz.. Ada anak tiga ni memang agak Bz.. tapi umiIzz tak lepaskan peluang untuk beraktiviti dan alhamdulillah bukan bersendirian tetapi kadang abiIzz pun ikut sama dengan anak-anak.

 Kalau kat fb UmiIzz bahasakan diri CikIzzLynn.. kenapa cikIzzLynn??
 Bukan sebab status nak ngaku bujang..
Tapi sebab nak bahasakan makcik dah beranak tiga ni susah pula makcik-makcik ni panjang nak taip hehe.. so senang cikIzzLynn jelah..  Tapi kat blog still bahasakan diri dengan panggilan UmiIzz.. yelah blog ni kan campur haduk pasal anak-anak n family umiIzz.. so elok teruskan jelah dengan panggilan UmiIzz.

Tapi kalini UmiIzz nak sharing pasal kecantikan.. Sebelumni kan sharing berkenaan kesihatan kan.. Kalini tumpuan umiIzz lebih kepada kesihatan kulit sebab apa.. sebab ramai sangat kaum wanita yang tidak menyedari menggunakan product peeling semata-mata nak cantik cepat nak putih gebu cepat.

Korang tahu tak product yang menjanjikan keputihan glowing dalam masa tiga hari tu sebenarnya mengandungi bahan merkuri dan bahan kimia tinggi? Dan ramai yang mengalami kesan sampingan gara-gara nak cepat cantik..

Dari situlah kesedaran umiIzz nak bantu korang sedar betapa bahaya product peeling ni. Actually kita yang dah jadi kaum issteri ni patut bercantik-cantik untuk suami agar suami kita senang hati tengok kita. Ok kalau nak tahu lebih lanjut lagi nanti umiIzz sharing ya..

Beauty Consultant
UmiIzz ; Izzlynn
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Memperkenalkan New Izz Dalam Family UmiIzz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah.. Allah izin UmiIzz coretkan sesuatu untuk kenang-kenangan anak cucu cicit ehh.. berangan sudah.. hihi yelah untuk kenang-kenangan mereka nanti.. Welcome my New Izz.. Alhamdulillah..

Kalini namanya darwisyh dan mudah-mudahan akan menjadi seperti namanya kelak.. InsyaAllah.. Sepanjang mengandungkan beliau, semuanya dimudahkan.. Kalau sikit-sikit mabuk tu biasalah kan.. Lumrah orang mengandung.. hehe

Tapi jangkaan doctor baby akan lahir hujung tahun tu meleset bila Allah izin beliau lahir bulan November iaitu bulan yang sama kelahiran abinya.. so jimat nanti boleh share kek ye sayang hihihi..

Tak tahu nak cakap macamana tapi semuanya macam sekejap.. tempoh sakit yang singkat masa dalam labour room pun buat umi rasa bersyukur sangat-sangat.  Dan kalau nak tahu, malam masa nak melahirkan darwisyh ni, umiIzz tak boleh tidur dan habis satu rumah la umiIzz kemas bersih.. Boring pulak sebab pejam mata tanak tidur kan hihih..

Rupanya nak sambut orang baru..

Apapun umi bersyukur sangat-sangat.. Ujian demi ujian Allah samada suka duka sepanjang mengandungkan beliau umiIzz dapat lalui dengan tabah walaupun ada emosi sikit.. Almaklumlah ibu mengandung ni agak emonya tak berapa stabil tapi umiIzz cuba syukur dan ingat Allah selalu..

Jom layan gambar budak paling comel ni.. Lahir paling kecil antara abang-abangnya dalam 2.89kg sahaja hari rabu lebih kurang jam 215 petang.. Memang Allah mudahkan jalan.. Pagitu tak delah rasa sakit sangat.. just macam rasa ye tak ye jekan.. Abi pun patutnya pergi jaga kursus tapi batal dan nampak dia memandu dengan sangat nebes hihih.. tapi umi releks lagi sebab cakap kat abi.. umi masih tak sakit..

Sakit ketara nak melahirkan adalah masa betul-betul saat nak melahirkan.. Ya yang tu memang tak menahan Allah je tahu.. cuma syukur duduk dalam labour room pun tak lama..

Semoga kehidupan anakanda Darwisyh dimudahkan Allah sepanjang hayat.. 




Hari ke ketiga selepas dilahirkan

Dalam pantang


Masih dalam pantang


Habis pantang.. besar betul menguap ye nak,... hihihi

Inilah budak yang buat umiIzz suka tengok barang kemas kuikuikui.. sampai terjual jugala beberapa utas gelas emas kat cutomer yang berminat membeli.. Test adik boleh tahan ye.. pepagi dah intai-intai barang kemas..

Dalam pantang boring nak buat apa.. bagi umi layan product kecantikan pulak ye dik.. ha nanti doakan umi success tau.. Oklah... jumpa lagi

Pengedar Sah
Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator



gif creator

Ahad, 26 Februari 2017

Terobek tengok ikan di akuaria KLCC

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Kalini nak share kisah percutian penggal kedua cuti sekolah.. Kami tak kemana hanya ke Aquaria KLCC.. Sebab umiIzz tak larat naknjalan jauh.. itupun rasa macam nak patah kaki berjalan.. tapi disebabkan bawa adik Izz no dua.. Gagahlan jugalah..

Jom layan beberapa keping gambar yang ada.. yang lain dah delete sebab hp penuh..







Permintaan anak-anak, layankan jelah.. Asalkan tidak tidak melebihi batas..

Oklah umiIzz sambung cerit lain ya..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,






gif creator
gif creator

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Mak dan Ayah 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah.. Tahun 2016 genap 35 tahun usia perkahwinan ayah dan mak uniIzz.. Walaupun pelbagai onak tapi tetap teguh bersama melaluinya.. Syukur alhamdulillah, Allah panjangkan usia mereka dan memberkati hubungan mereka.. UmiIzz buat supprise untuk mereka dengan menghantar kek annivesary sebagai suka-suka menggembirakan hati mereka.. Kek umiIzz tempah khas dengan permintaan kurang manis..

Alhamdulillah kak suhaila tu nak layan permintaan umiIzz.. Bukan apa.. umiIzz nak jaga kesihatan mak ayah umiIzz juga..

Jom layan sekeping gambar kenangan mereka potong kek bersama.. Makanan laon disediakan oleh adik ipar umiIzz yang no. tiga..

Terima kasih sue..

Semoga Allah merahmati Ayah dan Mak umiIzz dan bahagia hingga ke jannah. Umi Izz doakan dan akan terus doakan..

Sayang mak dan ayah..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,





gif creator
gif creator

Terobek Aidilfitri 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah dapat menaip pagi ini.. Taun sudah memang umiIzz tak lalu mengadap hp mahupun internet sepanjang mengandung.. hihi

Tak tahulah apa yang elergi sangat. Alhandulillah tahun 2016 umiIzz sekeliarga beraya di Johor rumah ibubapa umiIzz. Kami tak kemana sangat raya tahun lepas sebab ikut mak dan ayah umiIzz mereka tak mahu kemana-mana.. Jadi kami layankan jelah..

Sedikit gambar kami ingin umiIzz kongsikan buat kenangan kami dimasa hadapan.

Inilah keluarga kecil kami.. Alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik.. kita bermohon maaf bersama-sama..







Sekian dulu perkongsian umiIzz. InsyaAllah akan kongsi lagi.. nak kne pecut sebab tahun lepas punya kenangan baru nak upload sebagai kenang-kenangan keluarga kami..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com Hp : 013.202.8136



Salam sayang dari,
 



gif creator
gif creator

Khamis, 23 Februari 2017

Terobek Percutian Ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Cerita percutian ni dah lepas tapi UmiIzz nak update juga sebagai kenangan bersama anak-anak..

Percutian selama tiga hari ni, banyak juga yang kami belajar dan mengajar anak-anak dengan aktiviti dan pengalaman baru..

Betapa terujanya abang danish dan danial waktu itu..

Sampai disana kami menaiki feri.. Agak teruja la si dua org tu sebab melalui lagi pengalaman naik feri, sebelum ni naik feri ke Pulau Pinang je.. so seronokla diorg dapat menghidu udara segar..

Aktiviti hari pertama mereka bermain layang-layang.  UmiIzz tak join sebab xberapa sihat.. almaklumla waktu tu berbadan dua, memangla tenaga kurang. Rugi juga rasanya tapi berehat-rehat dengan tenang lagi syok hehehe..

Hari kedua kami menaiki bot round pulau-pulau disitu.. Sewa satu bot masa tu rm120, ok ni tahun 2016 ye.. tahun 2017 tak pasti dah berapa..

Round naik speed boat memang menterujakan.. yelah laju masa tu kan.. dengan ombak yang agak kuat juga.. melompat-lompatlah boat kat atas laut tu.. ngeri juga umiIzz yang tengah berbadan dua pun redah je join.. hehe..

Sebenarnya masa tu tengah risau juga sebab masa tu tengah musim air pasang.. Tapi sebab dah booking bilik dengan bayaran so kami berdoa jelah yang baik-baik.. Mak buyung naik bot memang terasa sungguh.. tapi sebab nak melalui pengalaman bersama anak-anak tersayang, redah je lah.. Alhamdulillah.. tiada yang tidak diingini berlaku..

Jom layan beberapa gambar kenangan kami..

























Alhamdulillah.. percutian kami menyeronokkan dan tiada yang pelik berlaku. Syukurlah Allah bantu kami.. Terima kasih Allah atas nikmat itu.. Allah sebaik-baik perancang.. Maka syukurilah dan redha melaluinya..

Sekian dulu untuk kali ini.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,
  


gif creator
gif creator