PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Ahad, 30 Januari 2011

"Saya tak teragak-agak"

Kalau u tak teragak2 orang lain lagi la tak teragak2 nak mencik u.. ala, kalau baik takkan dibalas tak baik bukan... cewahhh.... pandai je umidanish bergosipp.. apa yang terjadi adalah ketentuanNya dan dia je yang tahu selain dari kita.. namun yang bole umi share kan disini.. berbuat sehabis baik kerana kebaikan dibalas dengan kebaikan, kalau tidak didunia dapat berganda2 diakhirat sana.. insyaallah...

Mungkin inila yang terjadi pada pelakon yang hangat diperkatakan iaitu pasha panda... eh ni sebutan oleh penceramah umidanish suatu ketika dulu.. kihkihkih fasha sanda la.. sukati dia je tukar nama orang tu.. aritu kisah si abby abadi dgn memey.. yg ni plak kisah nora danish dgn pasha panda fasha sanda.. hermm kalut sungguh, yang bujang2 tu ramai hak orang kamu nak.. kan da dapat balasan dari Allah.. jom layan kata2 marah si pasha panda fasha sanda ni pada nora danish..

(kalau nak tgk gambar Fasha ni, sila klik sini - seksi sgt.. umi geli la pulak.. kihkihkih)
FASHA... tidak perlu ada pihak tokok tambah.


SETINGGI mana dia terbang memperdagangkan bakat, sebesar itu juga kontroversi yang mengulit. Bukan kehendaknya, namun rencah anak seni yang bernafas di bawah limpahan populariti, Fasha Sandha akur meskipun setiap inci peribadinya dibogelkan.

Peluh dan kerut dahinya yang sukar disembunyi kerana berlari ke lokasi penggambaran drama siri terbaru lakonannya, Samson Delaila dan kembali menguruskan salun miliknya, Salon Chinta yang bakal beroperasi tidak lama lagi, Fasha terus diasak dengan berita mengejut perpisahannya dengan kekasih, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Tidak terhenti di situ, sehari kemudian aktres kelahiran Johor Bahru ini berdepan pula kemelut berbalas kenyataan dengan bekas isteri kepada Jejai yang juga dramatis, Nora Danish.

Sejak awal pagi Khamis lalu sejurus segala pengumuman dan perang kenyataan di dada akhbar, aktres terkenal ini tidak henti-henti mendedahkan status ‘berani’ yang cenderung menyerang pihak lawannya di ruangan sosial peribadi Twitter miliknya, @FashaSandha1.

Persoalannya, sampai bila Fasha akan terus mengharungi cerita panas sebegini? Adakah mungkin ia berterusan hingga mencipta satu stigma dan persepsi? Kepada wartawan SELEBRITI, Murshid Eunos, Fasha berkongsi rasa.

“MUSTAHIL saya merancang atau sengaja mencurah pasir ke dalam periuk nasi sendiri. Tidak mungkin saya bertindak bodoh seperti itu jika tiada alasan kukuh.

Ternyata, saya terpaksa berbuat demikian bagi menegakkan kebenaran dan keadilan diri sendiri. Saya tidak mahu ada pihak lain sewenang-wenangnya menindas saya dengan bergayut sekali dalam permasalahan yang saya hadapi.

Jujurnya, memang ia sedikit mengganggu perjalanan rutin harian, lebih-lebih saya sibuk di lokasi penggambaran dan terpaksa berlari-lari memantau salun yang hampir siap.

Namun itulah harga yang terpaksa saya bayar atas segala kegemilangan dikecapi. Saya akur dan terpaksa menelan semua itu meskipun rasanya sangat pahit.

Selepas pengumuman pihak Jejai dan saya berhubung perpisahan kami, tidak sepatutnya ada pihak lain yang sibuk ingin merasa tempias publisiti dengan memberi kenyataan atau komen. Cerita itu merungkai segala spekulasi ramai pihak. Namun ada pula yang sengaja ingin memanjangkan isu itu hingga mencabar tahap kesabaran saya sebagai wanita.

Berita di muka depan mengenai perpisahan kami itu sudah cukup dan tidak perlu pula ada orang yang tidak tahu-menahu untuk menambah fakta dan bercakap lebih, sedangkan dia tidak tahu kisah di sebaliknya. Bagai menjolok sarang tebuan, usah bising jika sengatnya membunuh secara perlahan.

Saya terpaksa mendedahkan semua bukti yang saya ada seperti senarai panggilan, mesej dalam telefon bimbit dan beberapa keping gambar bagi membuka dimensi mata peminat atau sesiapa yang tekun mengikuti sorotan kisah ini supaya persepsi kononnya saya hanya bersembunyi di sebalik helah adalah salah.

Saya tidak mahu berbuat demikian kerana bimbang ia akan mengaibkan sesiapa, namun jika keadaan mendesak seperti mana pernah dicanangkan sebelum ini, saya tidak akan teragak-agak.

Bukan saya ingin membuktikan siapa menang atau dalang mana yang cuba membelit fakta, sebaliknya saya perlu memikirkan soal reputasi yang seolah-olah sengaja dicalarkan berhubung perkara ini.

Saya tidak peduli soal perasaan sesiapa kerana keutamaan adalah diri sendiri. Saya perlu berdiri untuk menegakkan apa yang benar dan mana yang sepatutnya dibicarakan.

Peminat saya arif dan bijak. Mustahil mereka leka dan berbuai dengan segala macam cerita yang timbul. Alhamdulillah, mereka tidak sesekali lari atau merasa benci, sebaliknya semakin kerap pula peminat menghantar kata-kata semangat dan dorongan kepada saya melalui Twitter.

Twitter adalah ruangan peribadi untuk saya berkongsi rasa atau apa saja yang ingin disembangkan. Ia adalah komunikasi bersama peminat dan mereka yang ingin mengikut perkembangan saya.

Justeru, saya tidak melihat perkara itu sebagai satu peperangan atau mencerminkan sifat peribadi seseorang. Usah terlalu dalam memikirkan soal itu.

Saya hanya ingin berkongsi perasaan bersama peminat dan begitu juga dengan sesiapa yang lain. Masing-masing punya hak untuk menaikkan status di Twitter bagi meluahkan perasaan. Senario itu bukan satu peperangan, sebaliknya hanya medium berkongsi rasa.”

Sumber : metro


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 28 Januari 2011

Lawak pagi : Besday surprise ....


Lawak pagi jumaat ni... Kisah ni bukan kisah umidanish tapi kisah seseorang yg menyebarkan kisah ni dalam email.. mungkin korang ada yang da baca dan mungkin belum lagi.. so kita share2 la utk hiburkan hati yg tensen wat keje.. orang bagi cerita2 menginsafkan tp umi danish nak share cerita yang lawak dan ada sidikit unsur geli nak muntah..ekekek, kalau tensen2 elokla korang baca erk... selamat ketawa..

jom layan..

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'. Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!



Pesanan penaja: Selalula berhati2 dijalan walau dimana anda berada..hihih

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Khamis, 27 Januari 2011

Tupperware dan Umdanish



Hahah, semestinya cerita seronok bila dimulakan dengan gelak2.. hihihi, Assalamualaikum korang.. and salam sejahtera utk bukan muslim.. aritu shopping punya shopping kat tupperware umidanish dapatla bonus.. dapat cek dari makcik tupperware diatas keperihatinan umidanish yang menjayakan umah umi hanya dengan penggunaan tupperware.. Aritu ada p dia punya party.. ada la jugak dia demo penggunaan barangan tupperware yg sangat2 memudahkan dan mempercepatkan proses kita didapur.. memang best la.. Jom layan..

Gambar kat bawah ni adalah penyediaan nasi goreng yg sangat2 sedap.. hanya menggunakan TupperChef Work sahaja kita bole memasak nasi goreng yang sedap.. pastu bole hidang kan untuk hubby dan minta dia gaulkan lauk pauk seolah2 dia yang masak nasi goreng pagi tersebut.. yehhhh... pandainya suami2 kita memasak.. =) .. meh umi nak demo apa yg dikatakan cepat dan hasil tangan suami.. =)



Mula2 masukkan minyak dan panaskan.. setelah minyak panas kita masukkan bawang hiris dan tumis hingga naik bau.. =) angkat dan asingkan dalam mangkuk


Pukul telur dan tumis telur tadi menjadi hancur, tumis hingga garing.. supaya rasanya sedap.. angkat dan asingkan dalam mangkuk bawang yg ditumis tadi..


Kemudian tumis pula ayam yang di potong dadu.. tumis sampai dia kering.. =) angkat dan masukkan dalam mangkuk bawang dan telur tadi.. =)


Sebelum proses memasak nasik goreng tdi selesai, umi mengintai pula cara membuat sandwich yg sangat2 simple dan sedap dimakan pada bila2 masa.. paling best anak2 suka.. Jom tengok gambar..

Sapukan mentega/buttercup/daisy dll diatas setiap kepingan roti, terpulang kita nak tambah telur ke, sardin ke atau apa2.. di setiap lapisan..

buat sehingga 8 lapisan ataupun ikut suka kita nak buh berapa.. so petang tu kami buat 8 tingkat pastu masukkan sandwich 8 tingkat td dalam Square Round 500ml.. camne nak tutup sebab sandwich tu tinggi??? kasi tutup jugakla dan masukkan dalam peti ais umah korang, pastu makan..lupa nak amik gambarla..

Sambung kepada nasi goreng td.... Sementara menumis bahan apakata cuci beras.. nampak tak tupperware hijau tu, cantikkan? tu untuk menapis beras yg dicuci.. 1 tupper tu lebih kurang 2 pot.. =)



Ok, berbalik pada tumisan tadi, setalah ayam ditumis masukkan campuran kacang pis lobak dadu dan jagung tumis bersama ayam tadi dan udang2 td.. hingga masak dan ankat. masukkan dalam mangkuk tumisan yang lain td.

Ok, bg bekas tumisan tadi, kita tak perlu basuh. Hanya masukkan basuhan beras tadi kedalam TupperChef.. tambahkan air mengikut sukatan beras td..


ohoooo... ni dia makcik kepochi aka mamaWafiQ... dan si wafiQ yg cute tu.. dia pun ada datang demo jugak..


haaa... nampak tak beras yg direndam utk jadi nasi tadi??



Ni kak huda dgn anak dia, kak huda ni la owner alam anggun putrajaya.. ibu gigih..

Sementara menuggu nasi tadi tanak/masak, kak huda menyerahkan sumbangan hadiah kepada ahlinya yang mencapai jualan mengikut target yang ditetapkan.. umi danish tak dapt pun sebab umidanish tak de masa nak capai target riban2 tiap2 bulan.. =) Tapi umidanish tetap dapat hadiah sebab datang party tu.. dan upline atas umi pun sumbangkan cenderahati tuperware kat umi, kira berbaloi gak la.. Tema kitorg petang tu MARGENTA ..Jom layan gambar


Kakak ni mendapat hadiah kerana jualannya melebihi daripada biasa..

yang tudung hitam tu kak salmi, dia tu upline kepada upline umidanish, dia selalu dapat hadiah dari kak huda sebab dia berjaya buat sale sebanyak 8K ++ tiap2 bulan.. cayalah..

Sambung balik kepada nasi goreng tadi erk... jom2 layan gambar2 kat bawah ni..


Nasi da masak.... wahhhh bila da siap masak je nasi tu, tuangkan semua bahan2 tumisan tadi diatasnya .. bubuh rata2 diatasnya, ok??


Tanak nasik bersama tumisan tadidalam 5 minit bagi bau dia sebati.. ok... da siap.. bole hidang terus menggunakan TupperChef fryer ni kat ats meja dan mita suami gaulkan bahan2 tadi bersama nasi yang telah dimasak.. wahhhh... pagi ni, abi masak nasi goreng untuk danish -- ni kalau danish da pandai cakapla.. tp sekarang ni, mingkin dia akan cakap... "wahhhh sedapnya...." kan seronok bila pagi2 bersarapan dengan suara keseronok anak memuji abi/bapa mereka yang masak dan sangat2 sedap.. tentu suami kita teruja nak masuk dapur nanti kan??

Haaaaaaaaaaa.. ni la yg umi cakap dapat cek dari tupperware tu..

Alahai, gambar ni tanak plak kasi cantikkk, sori la erk korang

Untuk mendapatkan cek seperti diatas dari Tupperware, korang kenela buat belian mengikut yang ditetapkan dan memiliki beberapa downline yg aktif membeli jugak.. so leh la dapat cek cenggini.. tak banyak pun tapi rezeki jugaklakan.. kira duit minyak kita kehulu kehilir la kan.. hehe..

Nanti umidanish cerita pasal product kecantikan yg best dan umidanish sendiri pakai.. setakatni kulit muka umidanish bersih dan bintik hitam yg ada setitik dua makin kurang jelas kelihatan, alhamdulillah.. nnt kita share dilain cerita erk..

da..


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Rabu, 26 Januari 2011

Special dari Suziey dan mamawafiQ..



Harus umidanish taipkan disini sesuatu yang indahkan?? nak2 kenang2 dari blogger2 lain.. pada umi ianya sesuatu yg sangat2 indah untuk dikenang.. ingat tak hari tu, umidanish ada buat contest kad besday danish aritu.. dan tak sangka plak ada sorang kawan blogger umidanish yang rajin siap mengepos kad untuk danish..

TQ suziey.. ianya yang teristimewa untuk danish di hari lahirnya =)





Tq ibuaQeel.. danish suka sangat2..

Yang kat bawah ni dari mamawafiQ, dia balik dari bercuti and dia bagi umidanish FM yg cute sangat2 cam kat bawah ni.. Tq mamawafiQ.. i loike..


Pangkor FM dari mamawafiQ


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Selasa, 25 Januari 2011

TO mamawafiQ

Ditujukan kepada mamawafiQ,kawan umidanish yang paling baik hati.. tak penahla umidanish jumpa member sebaik dia.. Tq sebab sudi berkawan dgn umidanish.. umidanish doakan mamawafiQ di berkati Allah, dan mendapat hidayah dariNya, dan semoga kebahagian menghuni dirimu selalu..aminnn..









Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Siapa bertuah dapat keychain Umidanish.. =)

Ok, terima kasih kepada semua pengkomen.. korang memang best.. tp sayangnya, umidanish ada 3 je keychain..so kepada yang bertuah tu sila la emailkan alamat anda di :

alynn_41181mr [at] yahoo [dot] com

yang bertuah tu ialah:
Ummi Eisya
Cute Mum
Sya@mamatina

dan kepada yang masih lagi belum bertuah, tunggu ye nnt umi adakan lagi untuk korang2...


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Keychain Free



Sape perasan, umidanish ada buat entry pasal keychain free.. sape nak leh bg komen kat entry tersebut untuk dapatkan keychain free dari umidanish.. Memang khas untuk korang tau..

Macamana caranya??
Mudah je.. korang... ada satu entry (sila carik) yang umidanish buat baru2 ni.. dalam entry tu umidanish minta korang beri komen dan tinggalkan komen berbunyi ..

"umidanish... nak la keychain tu utk saya sebab..."

Sila tinggalkan komen anda di entry umidanish tu erk..bukan disini tau..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Hari Keluarga



Salam semua... korang bz ke? aduhai... umidanish tak dapat apdet pun blog kesayangan ni.. banyak nyer nak cerita tapi tak tercerita dek kebizian.. tapi minggu ni nak mulakan dengan cerita hari keluarga opis umidanish.. alhamdulillah.. dapatla kami2 yg tensen2 bz ni melepaskan penat lelah dan beramas ramasan, eh beramas mesra.. bersama keluarga dan ahli keluarga yang lain.. cume yg tak syok nyer, depa duk pilih Port Dickson je.. maybe sebab dekat sikit kot dengan rumah memasing.. takpela janji seronok.. hihih.. kitorg duduk kat Selesa Hotel Beach Resort, PD.. Yang lain2 ada yang duduk di Residence Desa.. Ada dua penginapan.. tak kisahla janji selesa yang amat dan bahagia.. hihih Jom layan bilik penginapan kitorg..

Abi bersantai jap kat koridor luar..


Tgk ni, si danish nak melayan tv..

ha... Penggemar telepon, ni le budak ni.. asal masuk hotel layan tepon


Abi cuci mata ke??


Selepas bosan dia pun merasmikan katil yang tadi cantik rapi..hihih, tenggelam dalam kain..

Tangkap budak ni jap ajak amik gambar, umidanish da bukak tudung, tu yg jd tak cun..kihkihkih

Anak tokei??


Okey, da melepak kat bilik.. kami turun utk join acara sukaneka tp sebenarnya tak join pun.. kami dok bersukan dengan si danish tecik.. waduh2 penat nak mengejarnya.. Jom layan dia punya gambar...

beri sokongan padu kepada para peserta sukaneka


Alamak, da masuk air pantai?? hahaha.. sila la layan je erk..




memang sangat berani, umi yang jerit tak bg dia kedalam sangat takut hanyut je.. da la ombak kuat time tu.. aduhai anakku..


dia tarik abi ajak ketengah lagi..

danish tanak naik da..hahah.. sila abai tudung umidanish yg tak match tu erk..


tak puas lagi..

malam tu, kami ada dinner.. tema balck n white.. sampai meja pun black n white ditaburi bungan kemboja putih... haha, pastinya kami anak beranak berwarna putih hitam putih.. hihih.. bayangkan umi danish hanya memakai bedak dan tidak berlipstik, pastinya macam hantu wajah ku yg pucat itu..hihih.. igtkan dinner di tempat yg suram2 so takla malu sangat nak bercantik2kan... tp alangkah malunya bila suasana yang sangat2 terang.. wohooo, umi malu nak kuar kereta, tp terpaksa jugak kuar.. aduiii




danish paling seronok.. tp takut la pulak bila dengar sound speaker lagu malam tu kuat giler..


tengok apa tu yang..

Danish dan hadiah dan umi..
Danish menang bagi kategori kanak2 lelaki paling bergaya dan hensem,. wakakak.. tak sangka palk dia menang walhal simple je dia tu, tp takpela tu namanya rezeki dak danish.. hehe


Pn Ratna and Family

danish membelek hadiah dia lagi

Seronok dapat hadiah

Keesokan harinya, selepas sarapan, diorg ada senam "robik" dan acara paling best adalah bola sepak pantai dan bola tampar.. umidanish tak main pun sebab dok jaga danish.. abi dia main bola sepak pantai.. so kami berdua la main hiiihi,tapi rezeki plak abidanish punya team menang tempat pertama dari 4 group.. jom layan gambar..


Juara2 bergambar bersama hadiah JUARA

"Apalagi, akekahla hadiah tu dengan segeranya"danish said


wahhh, danish amik yang paling best plak tu.. memang dia hantu kentang, apejenis kentang memang dia punya sorang jek..huhu


posing jap..


Nyum3...hihih


Ok, mesti korang penat nak layan cerita umidanish ni, nak2 tgk gambar2 yg tak cun diambil oleh umidanish sebab pakai kamera hp... huhu, cepatla ganti balik kamera ku wahai abidanish.. So, diatas kesetiaan korang, umidanish nak bg keychain cumil utk korang.. So kepada 3 pengkomen pertama yang bertuah, akan dapat keychain ni..

Sila beri komen dan ayat terakhir korang tulis "umidanish... nak la keychain tu utk saya sebab..." sila sambung ayat ok??






Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator