PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 25 Oktober 2010

Danish


Esok nak p balik kampung berseronok dengan danish.. ramai yang tanya apakhabar abang hensem tu.. danish kata dia abang hensem bila umi sebut sape abang hensem angkat tangan.. dia pun cepat2 kata saya... wah2 anak umi pandai...heheh

Biarla cerita itu lepas macam tu je sekarang nak tumpu pada danish sorang, almaklumla menjadi ibu tunggal selama abi berjauhan ni bukan mudah.. sendiri punya badan pun tak terlayan. Tu yang kene kuat, kene tabah kene sabar dan kene redha.. bak kata danish umi.... abarhhhh, abarhhh..huhuhu



Tengok si gelagat danish yang pandai macam2 memang mencuit hati dan kalau cerdik dia lebih2 umi nak marah pun tak jadi.. pernah sekali tu dia tumpahkan air dia takut umi kasi nasihat macam2 dia cepat2 amik tisu lap air yang dia tumpahkan tu,ekekek pastu sembunyikan tangan yang bertisu tu kebelakang, konon kita tak nampak.. aduhai..

Macam2 benda terjadi sejak akhir2 ni.. dan takdan nak cerita semua.. walau apapun umi bangga ada anak yang bijak macam danish.. kalau kita sedih pun dia akan sedih jugak sambil peluk2 kita.. lagila kita terharu.



belum 2 tahun lagi sayang oi tp da macam 5tahun la kamu ni danish.. mkn pun sdn bhd.. seluar pun tanak kita pakaikan, nak pakai sdri.. memang senang la umi kalau bg kamu adik nt.insyaAllah ye sayang..

k la korang seperti yang ditanyakan tentang danish oleh mamalieyna,inila seba sedikit cerita bujang ku.. oleh kerana kesuntukan masa hari2.. hanya beberapa entry je dapat umi publishkan dan sejak akhir2 ni entry contest paling banyak..heheh.. saje membanyakkan entry dan memberi sokongan pada kawan2.

K la korang,umi nak berehat.. jumpa lagi 2 minggu akan datang.. Salam..

Hai.. saya danish abang encem tgh menikmati pizza hurt sambil possing baik.. owh

Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Contest I Love Moms Or I Love dad

Kategori A
Kategori B



Tempoh
26 Oktober 2010 - 15 November 2010

Cara Penyertaan

* Pertandingan boleh disertai melalui blog , terbuka kepada warga negara Malaysia yang menetap/beralamat di Malaysia
* Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (I Love Mom) dan Kategori B (I Love Dad).
* Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik.
* Semua keputusan adalah muktamad.


Syarat Penyertaan

- Letak banner kategori A atau kategori Bdi sidebar blog anda dengan link ke entri ini
- Link
Umidanish dan penaja kami Babyumishop dalam bloglist anda
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bersama anda @ pasangan anda (gambar hendaklah menunjukkan tanda kasih sayang anak terhadap ibu atau bapa mereka dan tiada pengubahan saiz)
- Jika anda mempunyai beberapa orang anak, boleh upload satu (1) gambar untuk setiap anak dalam (1) entry sahaja.
- Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
- Pertandingan terhad kepada si kecil berumur 1 hari hingga tidak lebih 4 tahun pada tarikh akhir pertandingan.
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur
Umidanish dan penaja kami Babyumishop (no link back will be disqualified)
- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.

oleh kerana ada penyertan yang keliru dengan syarat mudah yang diberikan, pihak Babyumishop meminta umidanish mengadakan syarat tambahan bagi menjelaskan beberapa kekeliruan peserta. Untuk SYARAT TAMBAHAN SILA KLIK DISINI

Hadiah Bagi Kategori A dan B :
Tempat Pertama
Tempat Kedua
3 Hadiah Saguhati




Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..




gif creator

Dia bukan milikku.. Hari ini dalam sejarah...

Harini 25.10.2010 adalah hari yang paling sejarah dalam hidup umi abidanish.. tak sangka yang diutuskan dariNya adalah pinjaman semata2. Walaupun terkejut dengan kehadirannya yang tak dirancang tapi umi dan abi tetap terima dengan hati yang gembira dan penuh kesyukuran. Dan walaupun danish sedikit karenah tapi umi tahu itu ujianNya.

Terlalu eksited ke??? memangLa kalau ikutkan hati ni melompat kegembiraan tapi masih lagi ingat pesan orang tua jangan eksited sangat kalau baru2, jd umi tak bercerita sangat dan hanya berkias2. dan kepada yang faham macam seorang kawan tu yatie, ct aisya, yantz dll...

Kali ini, memang tiada apa2 masalah malah selera umi bertambah2.. tapi siapa sangka yang itu bukan terbaik buat kita dan Allah lebih mengetahui segala2nya.. Allah hanya pinjamkan dia sebentar untuk mengisi kegembiraan kami..Orang kata kalau da jadi macam ni, emosi sangat2 terganggu.. tapi umi kene tabah.. dengan abi yang jauh.. umi kene redha yang ini adalah suratanNya.

Apepun, terima kasih kepada yang banyak membantu..sekadar dalam ingatan..catatan ini adalah buat mengingati si dia.. ketahuilah yang umi dan abi sangat sayang pada kamu... sangat2 sayang sama macam abi dan umi sayang abang danish.. moga bahagia di taman syurga


gambar ini utk ingatan kami sekeluarga bukannya utk meraih simpati atau copy past mana2 pihak. TQ


Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Good Night & Sweet Dreams Contest



Contest best ni anjuran MummyAyu & blog MummyAyuContest .. sangat2 menarik dan mudah.. kalau korang nak tgk syarat2 contest, just klik banner atas atau sidebar blog umi..



Gambar yang dipertaruhkan adalah..



Nama : Izz Danish

Umur : 1 tahun 10bln


Gambar ini diambil ketika kami sedang bershopping.. masa tu tak tahu nape abi ajak kua walhal danish da standby nak tido.. so kami pun jalan je la dgn danish berbaju ladybird..hohoho,tgkla aksi bersahaja dia tu..


Terima kasih kepada penganjur contest dan penaja..




Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

1st Year Give Away Qistina

Nak join contest ni la.. huhuhu Terima kasih kepada penganjur iaitu My New Life dan Ummie Qistina ConWay contest dan selamat hari lahir buat Qistna yang sangat2 comel.... moga bahagia dan menjadi anak yang solehah serta berjaya dalam hidup didunia dan akhirat..
(wish dulu la, takut tak dan pasai nak bercuti lama berehat)


Taq kepada:
mamasiti
mamawafiQ
apa tunggu lagi yang lain, jom la layan n join contest best ni..





Salam sayang dari,





Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator

Khamis, 21 Oktober 2010

Petua untuk dapatkan anak lelaki auatpun perempuan

Haaa.. nak share sikit petua untuk dapatkan anak lelaki atau perempuan.. just sharing is caring.. Orang kata kalau kita dapat ilmu walau sikit pun bila kita share akan menjadi banyakla ilmu dan pahala kita tu kan.. so umi perturunkannya disini doa terbaik utk mendapatkan jantina anak..


Untuk dapat anak perempuan
Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika sedang "bersama"..


Maksudnya : “ Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”


Untuk dapat anak lelaki
Suami hendaklah baca ayat berikut (*baca di dalam hati) ketika sedang "bersama"


Maksudnya : ” Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa saja yang dikehendaki-NYA.”

hahh.. aalgi, sape2 yang merancang nak cuti lama2 tahun depan tu, bole la amalkan yang ni utk pilihan.. tapi kita ni hanya merancang dan berusaha dengan memohon padaNYA, kalaula da amalkan tp dapat yang lain.. semua tu Allah punya kuasa.. kita kena terima dan redha kerana ada hikmah disebaliknya.. moga hajat kita diperkenankan olehNYA.. amin..ok..itu aja.. tata


Salam sayang dari,




Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Rabu, 20 Oktober 2010

CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL’

Due 01.10.2010 hingga 01.11.2010





Izz Danish
12.12.2008
..TQ kepada penganjur dan penaja..


Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..



gif creator

CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST

Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum, salam sejahtera..
Umi danish nak join contest ni untuk dak danish..
Due : 20.102010 @ 2 p.m



klik pada banner di atas ataupun klik SINI untuk join dan tgk syarat2 selanjut yer..
alhamdulillah, contest ni dianjurkan oleh geng blogger yang baru dikenali iaitu AshA's FaMiLy dan Contest for Anas.


( danish sedang khusyuk dengar khutbah)
Nama : Izz Danish
Umur : 1 tahun 10 bulan
Tarikh Lahir : 12.12.2010
Kategori : 1A Little Muslim
Harapan : Semoga dirimu menjadi seorang anak yang soleh yang sentiasa beriman kepadamu, mentaati Mu & kedua orang tuanya, menjadi mukmin yang berguna didunia dan akhirat serta dapat membimbing umat2 lain kearah kebenaran.. amin..
Tag kepada:
MamawafiQ
Mamasiti
dll jom pat join contest.. =)
Terima kasih wa syukran jazilan kepada semua penaja dan penganjur contest yang menarik ini..

Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Selasa, 19 Oktober 2010

Saya nak beg itu.. Giveway


Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Imaan dah Setahun Giveaway..

Yeh.. umidanish nak tutup petang ni dengan contest dari blog Imaan Kami
Due date: 22 Oktober 2010
Umidanish doakan ;
Selamat hari lahir imaan comel kusayang..
Semoga dilindungi Allah selalu hendaknya, dilimpahi rezeki2 yang barokah, menjadi anak yang solehah dan membahagiakan semua yang tersayang, dilimpahi cahaya nur keimanan dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Sesungguhnya kamu seorang anak yang comel dan umidanish tahu kamu akan selalu bahagia dalam sepanjang kehidupan mu..
Amiin Ya Allah... Amin Ya Rabbal Alamin..
p/s kepada penganjur : terima kasih kerana menganjurkan contest ini..


Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Bunuh 2 anak guna pedang samurai

FAIRFIELD (California): Seorang ibu muda akan didakwa atas tuduhan membunuh selepas dia menetak hingga mati dua anak perempuan kembarnya berusia tiga tahun dengan pedang samurai.
GAMBAR menunjukkan polis di luar rumah pangsa yang didiami Monica dan anaknya.

Penyiasat yang mendedahkan butir pembunuhan dan cubaan membunuh diri itu berkata, Monica McCarrick membunuh kanak-kanak berkenaan dan kemudian meletakkan mayat mereka pada pintu utama bagi menghalang penyelamat masuk.

Anggota bomba menemui mayat kedua-dua mangsa, Lily dan Tory selepas menerima panggilan mengenai kebakaran sebuah rumah pangsa tempat keluarga itu menginap.
Wanita berusia 28 tahun itu ditemui berhampiran mayat kedua-dua kembar itu dengan kesan luka pada lehernya.

Dia akan menghadapi tuduhan membunuh apabila keluar dari hospital.
Menurut penyiasat, kepala seorang kanak-kanak itu hampir putus sementara seorang lagi mempunyai beberapa kesan tikaman di perut. Monica kemudian membakar rumah pangsa yang didiaminya dan menempatkan mayat itu di di pintu masuk sebelum cuba membunuh diri.
Beberapa jiran cuba memasuki rumah berkenaan selepas melihat asap keluar dari pintu depan dan penggera amaran asap berbunyi.

Seorang daripada mereka, Andre Douglas berjaya memasuki rumah di tingkat tiga itu menerusi tingkap dan melihat senjata yang digunakan untuk membunuh itu dilantai. Polis belum dapat memastikan motif pembunuhan itu dan kini berusaha menjejaki bapa kanak-kanak kembar berkenaan, Michael Ball, 38. Laporan polis menunjukkan Monica pernah ditangkap sebelum ini kerana kesalahan dadah.
Dia juga pernah ditangkap kerana satu kes keganasan rumah tangga di San Diego. Satu laporan mendakwa wanita itu menelefon tunangnya ketika penggera amaran berbunyi. Tunangnya dikatakan menelefon ibunya dan memberitahu Monica sudah ‘hilang akal.’ Jurucakap polis, berkata, pihaknya tidak mempunyai bukti menunjukkan ada orang lain terbabit dalam pembunuhan berkenaan. — Agensi


Salam sayang dari,




Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator