PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Memaparkan catatan dengan label Baby DAnISh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baby DAnISh. Papar semua catatan

Isnin, 28 November 2011

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum..

Apakhabar semua?? Harini umi nak ucapkan selamat menyambut tahun baru maalhijjrah. Moga tahun baru kali ini membawa berjuta keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua.. Mulakanla dengan bismillah dan akhirkan dengan Alhamdulillah.. Insyaallah sedikit sebanyak hati kita akan lembut untuk mengamalkan zikir walau dalam apa jua keadaan sekali pun..



Tiba2 terasa rindu sangat kat danish, paling rindu nak dengar dia menyanyikan alunan hasbi rabbi... Indahnya... sabar ye abang danish.. nnt abi pulang, kita nyanyi sama2 erk..



Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni..


gif creator

Ahad, 23 Oktober 2011

Saguhati untuk yang sudi

Assalamualaikum..

Malam tadi baru sampai dari Johor melawat sepupu meninggal.. Moga adik Sharul Amri menjadi bidadara syurga yang akan menanti mamanya disana.. Al fatihah..

Dapatlah umid@nish berjumpa dengan si abang d@nish yang pada umi makin bijak.. (bukan nak memuji anak sendiri, tapi kata2 tu doakan??) Alhamdulillah dia sihat, ceria dan makin bijak.. tutur katanya da makin baik dan menampakkan kematangannya sebagai abang.. Namun jauh disudut hati, umi tahu hati mu menyimpan sesuatu kesedihan tentang umi dan abi kamu.. Menyimpan rindu.. menyimpan sedih.. umi tahu tu semua sayang.. Tapi apa boleh umi lakukan.. hanya doakan agar kamu dilindungi Allah SWT selalu..

Sampai je di ruang parking, danish da jerit2 memanggil umi.. wajahnya ceria sangat2.. Sungguh umi tahu kamu juga sama rindu seperti umi.. kami berpelukan dan terus berbual bersama2.. seronoknya waktu itu, macam2 yang danish cerita.. tentang atuk, nenek, acu, uda, alia.. tapi bila sebut tentang abi.. dia diam... katanya abi jeee... (keje) memang dari bulan 4 tu kalau ditanya tentang abi dia akan kata abi keje... takpelah sayang.. abi keje mencari rezeki untuk kita..

Malam tu kami tidur bersama.. rindunya pada dia, hingga umi tak henti2 cium rambut danish yang wangi.. Keesokannya, danish sambung main dengan umi.. umi yang masih tidak sihat memerhati kan danish main.. setiapkali itu juga danish menyebut perkataan keramat buat semua ibu "saaaayang umi" nak menitik air mata ni tiap kali dia peluk cium dan luahkan sayangnya.. umipun sayang danish.. Satu yang umi tak boleh lupakan bila danish bermain handphone umi dan melihat gambar2 abi danish.. dia akan mencium banyak kali di gambar2 abi dan dia akan kata saaayang abi.. aduhai nak.. runtun sungguh hati ini melihat kamu.. makin besar kamu, makin umi sayu memikirkan nasib kamu nnt.

Bila tengahari muncul, umi bacakan surah yassin disebelahnya dan disambung dengan zikir penenang jiwa.. danish juga turut mengaji dalam bahasanya hingga tertidur disebelah umi.. umi kucup ubun2 danish dan mendoakan yang terbaik untuknya.. Moga Allah melindungi kamu dari perbuatan jahat dan godaan syaitan.. Sedar dari tidurnya, dia dalam keadaan masih mengantuk menyebut2 nama @bi.. @bi mana? abi mana? umi hanya mampu menjawab sambil bergenang air mata mengatakan yang abi keje.. tp danish seolah2 paham hati uminya dan berkata, abi kat dapur... huhuhu...

Umi suap dan temankan danish makan, makannya tak banyak macam selalu mak kata.. dia hanya hendakkan susu.. umi mandi dan solat.. selesai solat, umi bersiap2 untuk balik ke KL, danish lagi tadi hanya menjerit2 memanggil umi dan memeluk umi sambil berkata "saaaayang umi" dia seolah2 paham yang umi akan pergi meninggalkannya lagi.. Setiap kali wajah umi hilang dipandangan, dia akan mencari dan memeluk sambil menyebut sayang umi.. danish.... umi pun sayang danish..

Bila tiba saat umi mengenakan tudung, danish pun tanya.. umi... umi... umi nak g ane? umi menjawab yang umi nak balik berkerja.. danish menjawab ala... ala umi... dia memeluk umi sambil berkata saaayang umi.. aduhai nak.. sedih sungguh hati umi.. bukan umi umi tak sayang, sungguh umi sayang kamu, tapi inilah ujian Allah untuk kita. Kita doakan abi ye sayang.. dia seoalah2 paham, dia tak mahu umi tinggalkan dia tapi atuk danish memancingnya dengan membawanya berjalan.. air mata umi sembunyikan tak mahu nenek nampak. Rupanya atuk membawa danish menunggu ditepi simpang jalan, umi nampak wajahnya sayu bila melihat kereta umi menderu meninggalkannya..

Ya Allah kuatkanlah semangatku.. Hati ibu mana yang sanggub berpisah dengan anak tersayang,walaupun ada hati yang kejam dan lupa hingga sanggub meninggalkan keluarga demi orang lain.. Kita akan bersama lagi danish, percayalah pada Umi, Allah akan memudahkan segalanya..


Oklah.. tutup cerita pasal danish, kita bercerita pasal saguhati untuk para pembaca yang sudi dan ikhlas.. Ada beberapa langkah yang perlu dibuat tapi jangan risau, setiap yang melakukannya dengan ikhlas umi nak beri sedikit saguhati sebagai kenangan dan tanda ucapan terima kasih kepada semua yang sudi. Entry tersebut akan dibuat kemudian..Ada sape2 berminat?


Ya Allah ya tuhanku, berilah petunjuk dan hidayah buat @bid@nish yang berada ditanah suci mekk@h al mukarramah.. Moga abidanish kembali kepangkuan keluarga dengan hidayah dan kasih sayang yang berpanjangan.. amin




Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 29 Mei 2011

Hari Ahad..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

weh korang.. korang ok tak arini? mesti ada yang seronok kuar dgn family kesayangan.. dan bagi yang duk kat umah ni macam umi, apa agak2 korang buat erk? umidanish arini sedang megerjakan langsir.. cuci-cuci langsir dan ditolong oleh danish yang amat sibuk harini..

Eh, korang ada masalah tak bila nak login blog korang? umidanish tgh pening sebab bila nak login kekadang error 404 pastu kalau da bole login tak boleh logout.. sabar je la dengan blog ni.. apekehe nyer kamu jadi lagu tu.. adeii..

Taula umidanish jarang hapdet, tp jgnla mare camtu sekali..ekek bikin tensen dihari2 cuti.. arini umidanish masak ayam masak kicap.. lauk peberet danish..

Si danish? biasa la dia, main.. main... main.. dan main..

ingat nak keluar dating petang ni dengan danish.. agak2 nya hujan tak petang ni erk?

Pinjam gambar pakcik google jap..ekeke

Kalau hujan jenuh la nak hangkut danish tu.. da la gemar berdokong.. doa2la tak hujan erk..

Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 27 Mei 2011

Bila si Bujang rajin menolong..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apakhabar semua orang? umidanish pagi ni rasa kesejukan sebab hujan tiba2 turun mungkin terasa sedikit kesayuan hati yang ditinggalkan oleh abi.. huuuhuhuhu, abi kene outstation lagi. Lama jugak tak berblog dan rasa tak tahu nak tulis apa walaupun banyak jugak cerita yang nak dicerita dicampur pulak dnegan kebizian umidanish di rumah dan pejabat.

Almaklumla, anak bujang umi sorang ni.. makin besar makin banyakla cara kita kene buat untuk dia supaya dia seronok dan gembira sambil belajar. So ada saja la aktiviti kami berdua.

Tengok je kat bawh ni.. rajin tak danish umi?? bole buat calon menantu... ekekeke.. pada umi, anak lelaki ke perempuan sama je kalau bab buat kerja rumah. tak bole kata macam ni.. anak lelaki tak payah tolong apa2 kat umah.. sebab nnt kalau dia besar da jadi suami, dia tak tahu apa pun nak buat.. bukan tak tahu tp jadi malas nak amik tahu.. pulak dapat isteri yang berkerja semata2 nak bantu diri dia sara keluarga.. so kena la sama-sama uruskan rumah tangga. tak boleh la harapkan isteri seorang.betul tak??



mula-mula tengok dulu mana warna yang berkenan nak dilipat..


warna pink yang dia pilih? ekekekek.. anak umi oi..


Sebab tu, umi ajar danish dari awal, kalau da main permainan ajak dia kemas.. caranya bukan paksa2 dia tapi kita ajak dia kutip barang permainan dia dan puji bila dia da masukkan kembali dalam bakul samada dengan tepuk tangan ataupun ciuman atau kata2 pujian.

Kalau ingin lakukan aktiviti harian, ajakla sekali anak kita.. contohnya melipat pakaian basuhan.. ajak dia melipat bersama tak kirala bagaimana hasilnya tapi pasti dia rasa seronok. ataupun bila kita masak di dapur.. kita libatkan dia bersama sepeti memukul telur untuk didadar, buat sama2.. menyiang sayur2 pun boleh bersama2 dan lain2 lagi. Jadi mereka akan sentiasa rasa seronok melalui hari2 beliau.

Namun sebagai ibu, sifat kesabaran itu penting... danish sangat suka bermain pintu peti ais.. sekejap dibuka sekejap ditutup.. cara nak elakkan dia dari buat benda tak berfaedah, kita ajak dia sama2 petik daun sayur.. heheh.. pasti dia seronok..

Kalau korang, apa yang korang suka lakukan bersama??



Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 23 Mei 2011

Danish Umi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa khabar korang.. alhamdulillah tuhan kurniakan kesihatan yang baik pada kita untuk menghirup udara segar walaupun dugaan demi dugaan bercambah menguji setiap kesetiaan kita pada Illahi..

Setia pada manusia belum tentu dibalas kesetiaan yang setimpal setia kita namun pada Nya.. bukan sekadar kasih sayang Nya yang melimpah ruah malah kebahagiaan yang hakiki buat setiap pecintaNya..

Danish umi, makin besar dan makin bijak.. alhamdulillah.. pandai mengambil hati umi dan panjang akalnya untuk merajuk.. Kesibukan abi membuatkan kami bertambah2 rapat dan saling memahami.. umi teman danish bermain dan danish tolong umi mengemas.. paling seronok bila kami buat kerja sama2.. anak umi sangat rajin.. alhamdulillah, Allah kurniakan seorang permata yang bernilai..

Bila umi solat.. umi letakkan al Quran diatas katil untuk baca setiap selepas solat.. tapi dia menelaah dulu.. seolah2 dia mengaji macam kita berlagu tp dengan gaya bahasa dia la.. huhu, rasa nak solat tu ya Allah hai.. menitik air mata tgk dia yang sangat2 teruja dengan al Quran walaupun dia tak paham apa2 lagi.. Kalau dia nak bermain, pasti dia ajak umi sekali.. pastu suh amik gambar dia..

jom layan gambar danish sedang bermain lego ni.. seronok dia buat macam2 bentuk.. umi pun seronok tgk gelagat dia walaupun ketiadaan abi di rumah...







Seronokkan dia??? huhuhu, tu la anak umidanish, ceria tak kira apa.. =)


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 16 Mei 2011

Danish with Apam Kukus Berinti Jagung



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

wahhh, lama nya tak bersiaran.. semua gara2 tenet yang problem kat umah.. line tepon tak de tetibe selepas kejadian blackout terus talian telepon takde.. bila panggil kontraktor... dia plak takleh buat sebab mantanance tutup hari minggu.. huhu sadis.. so bersawangla umah umidanish ni..

So, aktiviti cuti umi danish tidak la tertumpu pada blog sahaja memandangkan tenet tiada.. so kami jenjalan la mengisi masa terluang.. shopping barang dapur sikit.. hehe disamping melayan karenah danish yang sangat suka tabung2 tokei kereta ni.. harus dia naik, tak isi duit pun takpe tapi kalau dapat isi dan kereta tu bergerak ha.. nampak gambar dia kat bawah tu?? cam tu la senyuman di danish umi, punya la seronoknya dia tu.. =)

ha, tgk senyuman dia tu..


Oleh kerana kebosanan, umidanisH pun cipta resepi sendiri untuk sarapan pagi ni.. Tak tahula korang penah makan ke tak dan ni first time jugak umi buat sendiri.. ianya sangat simple dan sungguh tidak mendatangkan kalori tinggi untuk menu pagi umi sekeluarga.. Jom tengok apa resepi dan bahan2nya..

Apam kukus inti jagung..

Bahan-bahannya:

- Tepung 1 cawan
- Gula 1/2 cawan
- pewarna (ikut suka kale apa)
- air
- jagung (dalam tin)
- yis (ibu roti) 1 sudu
- garam secukup rasa
- esen vanila
- sedikit planta



Cara2 membuat:

1. Masukkan tepung, gula dan garam kedalam bekas adunan dan tuangkan air. Gaul sehingga sebati dan menjadi cairan yang agak likat sedikit..

2. Masukkan sedikit pewarna, umidanish pilih kale hijau ye.. sebab?? sebab yang tu je yang ada kat umah hahaha.. pastu masukkan 1 sudu esen vanila.. kacau hingga rata...

3. Apabila adunan da sebati, biarkan selama setengah jam untuk menunggu adunan tadi naik kembang sedikit.. kemudian bolehla mula tuangkan separuh ke dalam bekas pengukus.

4. Kukus selama 15min, kemudian letakkan jagung rata diatas lapisan apam yang separuh masak tadi kemudian lapiskan diatasnya, kukus sehingga masak.. bila da masak bole hidangkan.. makan panas2 sedap tau.. lebih2 lagi adunannya dibuat bersama sikecil.. dia tolong kacaukan tepung tu bersama2.. hehe

Tara.....



Ini la hasil apam kukus tu.. huhuh hijau giler kan??


Yang ni umidanish nak tunjukkan tepi dia nampak tak kuning2 tu adalah isi jagung tu..


ha... yang ni pulak apa bila sudah dipotong rakus oleh umidanish..ekekek


Macam biasa menu pagi ni, apam kukus berinti jagung dan nasi lauk ayam masak kicap.. hehe yg tu makan tengahari nanti erk.. umidanishkan puteri lilin, malas nak berpanas2 an membeli makanan diluar..ekeke k la korang, selamat mencube..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 24 April 2011

Di tinggalkan sidia


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Huhuhu, petang2 ahad ni..setelah selesai sedikit kerja, dapatla umidanish berblog sambil memangku d@nish..huhuh.. abi??? untuk minggu terakhir bulan ni, abi masih sibuk dengan outstation beliau.. masuk ni kira da 5 minggu la sejak minggu terakhir bulan 3 danish tak bersama sangat dengan abi.. hanya sempat jumpa sabtu pagi dan ahad dalam kul 10 pagi macam tu, abi da kene gerak keluar..

Jadi, tinggalla kami berdua.. kesian d@nish.. minggu ni abi g melaka.. kita berdua jela kat rumah ye sayang.. nasib d@nish ada bole main gaduh2 dengan umi,haha.. tp memang kesian dia, tadi pagi kami keluar bersarapan bertiga.. selesai sarapan.. abi bawak pulang tp umi kata, kita jalan2 la dulu.. kesian abang danish,hehe..

So da jalan dalam 15min tu, kami ke pulang, ada simpang 3, satu simpang kerumah dan satu lagi jalan keluar ke KL.. danish tunjuk sempang yang ke KL tu dan kata "sini la, sini..." kesian anak umi.. ate nak buat macamana sayang.. abi bertugas ke jalan yang diredhai.. mudah2an segala2nya berjalan lancar.. so esok pagi kene hantar danish awal pagi la dalam 6.30pagi macam tu walaupun hanya sebelah umah.. umi kene keluar sdri ke opis.. huhuhu..


Cian danish mesti rindu abi..
Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Rabu, 13 April 2011

danish dan cat


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. arini nak cerita pasai danish yang sangat suka kepada makhluk tuhan yang comei iaitu kucing.. kan dulu umi penah cerita dia duk pulun nak dukung makcik kucing yang da berusia tu sampai kucing tu naik rimas dan terkam dia plak.. yela, makcik kucing tu mestila berat.. dia plak duk pulun nak angkat.. ha.. naik hantula kucing tu.. abidanish ni pun la hai.. dia bg je si danish ni nak main kucing2.. setakat usha2 takpe la lagi.. ni sampai nak dukung timang2.. kalau umi memang tak bgla.. sebab??? yela.. umi memang suka kucing, tp kalau nak bg danish pegang memang tak dapekla.. risau kang nnt kucing tu cakar ke, atau pun bulu2 dia yg halus tu tanggai ke masuk mulut ke hidung.. So, oleh kerana kecintaaan danish dan sayang nya dia pada kucing ni.. kami belikan la dia seekor kucing yang dibela dirumah.. kucing ni sangat special.. tak payah mandikan, bg makan dan pee atau poo merata2.. danish panggil kucing dia ni dengan panggilan nyau.... hahaha,layan je la Jom tengok kucing danish ni, sangat cumil berwarna kuning..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



eh ehe... bukan bukan ni....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



seriuskan muka dia? ekekekek.. yg ni la bukan kucing danish jugak..hahahah

yang bawah ni ha...

.

.

.

.

.

ini le kucing danish tu, hahaha

alololo.. danish panggil nyau nama cat dia..

"sayangggggg nyauu"

urmmmmm....


See.. dicium2 nya kucing tu.. adeiii anak umi memang suka sangat pada kucing.. nasibla kucing bateri.. kalau kucing hidup mati lemas la kucing tu.. huhu



Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 10 April 2011

Anak-anak dan permainannya..


Assalamualaikum semua.. petang2 ni, dengan cuaca mendung.. yang tinggal kat umah hanya umidanish dan danish sahaja.. Abidanish??? dah keluar tengahari tadi ke Kelana Jaya berkampung disana untuk minggu terakhir bersama doktor2 dan staff nurse yang terpilih tahun ni menyumbangkan tenaga ke jalan Allah.. Insyaallah..


Melayan karenah si kecil menonton movie cerita Toy Story mengajarnya menyayangi barang permainannya.. Dari sekarang kita kene beritahunya bahawa segala barang permainan miliknya perlu disayang dan dijaga tanpa merosakkannya. Memang betul, ada kanak2 yang sangat pintar dan suka mengetahui apa yang ada di dalam pintu kereta maka di cabut/cungkil cerminnya.. Macamtu la danish umi.. Ada sahaja kerja dia..

Tapi bila tengok cerita ni berdua dan umi cube terangkan cara menyayangi barang2 miliknya.. walaupun dia masih kecil tp seolah2 memahami apa maksud umi.. Permainan adalah salah satu aktiviti baik untuk menguji minda kanak2.. so pilihla barang yang bermutu dan mendatangkan faedah kepada mereka agar mereka dapat mempelajari sesuatu sebagai ilmu..


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator