PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Memaparkan catatan dengan label hadIAh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadIAh. Papar semua catatan

Ahad, 23 Oktober 2011

Saguhati untuk yang sudi

Assalamualaikum..

Malam tadi baru sampai dari Johor melawat sepupu meninggal.. Moga adik Sharul Amri menjadi bidadara syurga yang akan menanti mamanya disana.. Al fatihah..

Dapatlah umid@nish berjumpa dengan si abang d@nish yang pada umi makin bijak.. (bukan nak memuji anak sendiri, tapi kata2 tu doakan??) Alhamdulillah dia sihat, ceria dan makin bijak.. tutur katanya da makin baik dan menampakkan kematangannya sebagai abang.. Namun jauh disudut hati, umi tahu hati mu menyimpan sesuatu kesedihan tentang umi dan abi kamu.. Menyimpan rindu.. menyimpan sedih.. umi tahu tu semua sayang.. Tapi apa boleh umi lakukan.. hanya doakan agar kamu dilindungi Allah SWT selalu..

Sampai je di ruang parking, danish da jerit2 memanggil umi.. wajahnya ceria sangat2.. Sungguh umi tahu kamu juga sama rindu seperti umi.. kami berpelukan dan terus berbual bersama2.. seronoknya waktu itu, macam2 yang danish cerita.. tentang atuk, nenek, acu, uda, alia.. tapi bila sebut tentang abi.. dia diam... katanya abi jeee... (keje) memang dari bulan 4 tu kalau ditanya tentang abi dia akan kata abi keje... takpelah sayang.. abi keje mencari rezeki untuk kita..

Malam tu kami tidur bersama.. rindunya pada dia, hingga umi tak henti2 cium rambut danish yang wangi.. Keesokannya, danish sambung main dengan umi.. umi yang masih tidak sihat memerhati kan danish main.. setiapkali itu juga danish menyebut perkataan keramat buat semua ibu "saaaayang umi" nak menitik air mata ni tiap kali dia peluk cium dan luahkan sayangnya.. umipun sayang danish.. Satu yang umi tak boleh lupakan bila danish bermain handphone umi dan melihat gambar2 abi danish.. dia akan mencium banyak kali di gambar2 abi dan dia akan kata saaayang abi.. aduhai nak.. runtun sungguh hati ini melihat kamu.. makin besar kamu, makin umi sayu memikirkan nasib kamu nnt.

Bila tengahari muncul, umi bacakan surah yassin disebelahnya dan disambung dengan zikir penenang jiwa.. danish juga turut mengaji dalam bahasanya hingga tertidur disebelah umi.. umi kucup ubun2 danish dan mendoakan yang terbaik untuknya.. Moga Allah melindungi kamu dari perbuatan jahat dan godaan syaitan.. Sedar dari tidurnya, dia dalam keadaan masih mengantuk menyebut2 nama @bi.. @bi mana? abi mana? umi hanya mampu menjawab sambil bergenang air mata mengatakan yang abi keje.. tp danish seolah2 paham hati uminya dan berkata, abi kat dapur... huhuhu...

Umi suap dan temankan danish makan, makannya tak banyak macam selalu mak kata.. dia hanya hendakkan susu.. umi mandi dan solat.. selesai solat, umi bersiap2 untuk balik ke KL, danish lagi tadi hanya menjerit2 memanggil umi dan memeluk umi sambil berkata "saaaayang umi" dia seolah2 paham yang umi akan pergi meninggalkannya lagi.. Setiap kali wajah umi hilang dipandangan, dia akan mencari dan memeluk sambil menyebut sayang umi.. danish.... umi pun sayang danish..

Bila tiba saat umi mengenakan tudung, danish pun tanya.. umi... umi... umi nak g ane? umi menjawab yang umi nak balik berkerja.. danish menjawab ala... ala umi... dia memeluk umi sambil berkata saaayang umi.. aduhai nak.. sedih sungguh hati umi.. bukan umi umi tak sayang, sungguh umi sayang kamu, tapi inilah ujian Allah untuk kita. Kita doakan abi ye sayang.. dia seoalah2 paham, dia tak mahu umi tinggalkan dia tapi atuk danish memancingnya dengan membawanya berjalan.. air mata umi sembunyikan tak mahu nenek nampak. Rupanya atuk membawa danish menunggu ditepi simpang jalan, umi nampak wajahnya sayu bila melihat kereta umi menderu meninggalkannya..

Ya Allah kuatkanlah semangatku.. Hati ibu mana yang sanggub berpisah dengan anak tersayang,walaupun ada hati yang kejam dan lupa hingga sanggub meninggalkan keluarga demi orang lain.. Kita akan bersama lagi danish, percayalah pada Umi, Allah akan memudahkan segalanya..


Oklah.. tutup cerita pasal danish, kita bercerita pasal saguhati untuk para pembaca yang sudi dan ikhlas.. Ada beberapa langkah yang perlu dibuat tapi jangan risau, setiap yang melakukannya dengan ikhlas umi nak beri sedikit saguhati sebagai kenangan dan tanda ucapan terima kasih kepada semua yang sudi. Entry tersebut akan dibuat kemudian..Ada sape2 berminat?


Ya Allah ya tuhanku, berilah petunjuk dan hidayah buat @bid@nish yang berada ditanah suci mekk@h al mukarramah.. Moga abidanish kembali kepangkuan keluarga dengan hidayah dan kasih sayang yang berpanjangan.. amin




Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Selasa, 9 Jun 2009

BabyIbu

Hii semua, setelaH berfening denGan ceriTa TT920x tu semalam, alhamdulIllah pagi ni, uMi ada berita gembira unTuk uMi yang ingin uMi kongsi denGan semuA.

klik gambo utk ke baby ibu


Memula sekAli, uMi nak uCApkan terIma kasIh kepAda BabyIbu keRan berMurah haTi sangAt2 seBab sudi baGi hadIAh2 yang dia Dapat untuK teAm blogger yang raJin view entry baru umah dia. Erm.. uMikan suka baCA cerita daLAm babY Ibu seBab ada yang meNAmbah peNgetahuan uMi seBAgaI umi kepAda anAk2 uMI.

CerItA yang cerIA paGi ni, haritu Masa haRi aHaD, uMi ada SinGgah2 bLog so, seLalu singGah uMah baBy iBu tapi kalini, uMi bertUah seBab uMi daPAt baCA entRy babYIbu berkenAaN Good News..

MemuLa tu, mminat gak nak amik spa tu, tapi memandangkan uMi taK ada maSa nak p spA mak Pa ni, uMi aMik gOOd News yanG ni..

Good news 3

Ibu langgan Mami & Baby..dapat free gift NappiKleen 2 botol dan satu kotak..tapi Ayah malas pergi ambil..kat Taman Mastiara, Jalan Ipoh, Kl..sesiapa nak..sila komen NAK NAPPIKLEEN..nanti Ibu pos surat redeem hadiah..


Masa tu TaK ada laGi penGomen yaNg nak, maybe seBab entRy barU. so uMi ada Masa nak pilIh enTry yang maNA taPi uMi piLih unTuk daNIsh la GooD news ke 3 ni.. Nappikleen, leh buat stok.. huhuhu.. jimat2 aBi danIsh Umi Just tInggaLkan comment kat bawaH tu n tetIbe arIni uMi tenGok naMa uMi daPat Nappykleen tu.. Hehe.. So uMI kene hanATrkan emaIl kepada babY iBU, uMi dah pun emAilkan alamT email Umi, hope babY Ibu daPAt yerkk.. Tq




Klik pada gamBAr untUk cerIta seBenaR =P




KepaDa BabyiBu, thAnks sebAb baGi haDiah2 tu kat Umi.. LepaS ni Buat laGi.. k la seMua.. Layannnnzzzs je le, k