PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Sabtu, 21 November 2015

Abi Izz diuji sang Pencipta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim

Kisah bulan 11 tahun 2015, abi Izz warded..
Tak tahu kenapa mulanya beliau mengadu sakit kepala yang amat berat..



Sampai masa umiIzz tak tahan tengok, umiIzz suruh ke hospital dan admit..
Alhamdulillah tiada apa yang teruk just sinus agak teruk didalam rahang pipi..

Dapat pulang selepas 3hari warded dan umi yang amik beliau bawa pulang kerumah..
Alhamdulillah sekarang dah beransur pulih..

Wahai Allah pencipta sekalian alam..
Berilah kesihatan baik buat imam kami..

Amin..

Gambar kenangan warded abi untuk kenangan anak-anak kami akan datang..

Masa kami melawat hari ahad..

berehat

Makanan orang sakit ang disediakan oleh hospital, abi pilih asam pedas tapi dia pulak tak mahu makan, udahnya umila yang makan heheh..


Moga kita semua beroleh kesihatan yang baik.
Amin.. InsyaAllah

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 

UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


Salam sayang dari,



gif creator

gif creator

Khamis, 19 November 2015

Apakah Cukai Taksiran dan Bilakah tarikh sebenar bayaran terakhir Cukai Taksiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Selamat pagi semua..
Siapa berpuasa hari ni, alhamdulillah.. moga sampai berbuka insyaAllah..




Ni nak cerita ni.. sape kat sini bayar cukai taksiran?? Hehe, sedikit jakun sebab selama ni abiIzz yang uruskan tapi kebetulan masa tu abiIzz tak sempat nak settlekan memandangkan beliau terpaksa outstation.. So umiIzzlah yang uruskan.. sebenarnya tak perlu susah macam dulu-dulu hanya bayar online je.. hehe. ni umiIzz nak share sikit kenapa kena bayar cukai taksiran dan apakah cukai taksiran tu??



"Kerjasama Anda Menjelaskan Cukai Taksiran / Cukai Pintu Akan Menjayakan Pembangunan Untuk Kepentingan Bersama

APAKAH CUKAI TAKSIRAN / CUKAI PINTU

Cukai Taksiran atau lebih dikenali dengan Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah di dalam kawasan Majlis Perbandaran


SIAPAKAH YANG PATUT MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN

Semua pemilik hartanah seperti rumah kediaman, kedai, harta perniagaan, perusahaan, hotel, kilang dan semua permis yang didirikan di dalam kawasan Majlis Perbandaran

MENGAPA PEMILIK HARTANAH DIKENAKAN CUKAI TAKSIRAN

Cukai Taksiran ini dikenakan untuk membolehkan Majlis Perbandaran menyalurkan perkhidmatan seperti memunggut sampah, penyelenggaraan jalan, lampu jalan, perparitan, kemudahan awam, taman rekreasi dan sebagainya.


MAKLUMAT CUKAI TAKSIRAN MAJLIS PERBANDARAN

Bil-bil cukai taksiran dikeluarkan sekali setahun iaitu untuk tempoh:-

Setengah Tahun Pertama 1 Jan - 30 Jun

Setengah Tahun Kedua 1 Jul - 31 Dis

BILAKAH IANYA PERLU DIJELASKAN

Pada atau sebelum tarikh seperti berikut:-

TEMPOH Tarikh Akhir

Setengah Tahun Pertama 31 Mei Setiap Tahun

Setengah Tahun Kedua 31 Oktober Setiap Tahun


INGATAN KERAS!!
Cukai taksiran @ Cukai pintu DBKL perlu dilunaskan 2 kali setahun iaitu pada penggal pertama dan penggal kedua. Bagi penggal pertama bayaran hendaklah dijelaskan sebelum 28 Februari manakala untuk penggal kedua pula bayaran hendaklah dibayar sebelum 31 Ogos

Kalau selepas dari tarikh tu, denda mengikut kawasan perbandaran anda ya, macam umiIzz dikenakan RM20 jika lewat bayaran dari bulan Febuari dan Ogos.. So kena lah elert sangat-sangat. Rugi tau RM20 tu masuk tabung anak-anak lagi molek. So kalau dapat sampul dari perbandaran tu hendaklah korang semua buka cepat-cepat. Bayar terus melalui transfer online bank.

APAKAH KADAR UNTUK SEMUA HARTANAH SAMA

Kadar bergantung pada perkhidmatan yang diberi. Pihak Majlis Perbandarani mengenakan kadar terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seperti kegunaan Am, penyelenggaraan jalan, memungut sampah dan lampu jalan.

KEHILANGAN ATAU TIDAK MENERIMA BIL

Sila berhubung atau datang sendiri ke Jabatan Penilaian dan Pencukaian, Majlis Perbandaran untuk mendapatkan bil salinan.

Permohonan untuk dikecualikan dari membayar denda lewat atas alasan tidak menerima bil tidak akan dilayan.

APAKAH TUGAS ANDA SEBAGAI PEMBAYAR CUKAI

Bertanggungjawab membayar cukai taksiran pada setiap tahun.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda dijual, ditukar hakmilik atau diwariskan dengan mengisi Borang F dan Borang G masing-masing.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran i tentang sebarang pertukaran alamat pos.
Memberitahu pihak Majlis Perbandaran jika hartanah anda siap dibina, dikosongkan, dirobohkan atau terbakar.
Memastikan hartanah yang anda hendak beli bebas daripada tunggakan cukai.

BANGUNAN KOSONG ATAU TIDAK DIDUDUKI

Pemilik boleh memohon rebat dengan memberitahu secara bertulis dalam masa 14 hari dari tarikh premis itu dikosongkan.

JIKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR TERUS BOLEHKAH DIBAYAR SECARA ANSURAN

Pembayar cukai hendaklah memohon secara bertulis atau datang sendiri ke pejabat untuk menguruskan perkara itu. Pihak Majlis akan menimbangkan permohonan bayaran secara ansuran.

TIDAK MENJELASKAN CUKAI TAKSIRAN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN

Denda 1% sebulan atau sebahagian daripadanya akan dikenakan selepas tarikh akhir pembayaran.
Mendaftar kaveat ke atas hartanah.
Perlaksanaan waran tahanan harta alih.
Pelelongan harta alih yang dirampas.
Tindakan mahkamah.


P/s : Semua cukai taksiran MAJLIS-MAJLIS telah dihantar pada bulan JULAI ini
Harap dapat menjelaskan lebih awal bagi mengelakkan kesulitan
Jangan tunggu BIL sampai terus ... sahaja ke PEJABAT PBT dengan
menyertakan NO KAD PENGENALAN atau BIL LAMA

Selamat menunaikan tanggungjawab!!

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Rabu, 18 November 2015

Resepi Soto Ayam ala UmiIzz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Sape suka makan soto? UmiIzz suka makan soto, termasuk anak-anak dan suami. Kalau makan tu kan, memang naik selera sebab anak-anak suka.. sangat bahaya kepada berat badan hihihi.. Alhamdulillah, apa yang menjadi kegemaran mereka adalah yang membahagiakan umiIzz ketika memasak.




Seronok nak masuk gambar, mestilah umiIzz share sama resepi soto, agar yang mencari resepi paling mudah ni senang je kat internet kan?

Ok jom belajar buat soto ayam simple oleh umiIzz..

Soto Ayam
Oleh : UmiIzz

Bahan bahan:
I ekor ayam – cincang dadu
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
sedikit lada hitam
serbuk kunyit untuk goreng ayam..
Air

Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan bahan Lain:
Taugeh – celur (umiIzz xletak sebab abi dan anak-anak xsuka walaupun umi suka =D)
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris (ikut nak ketak ke tak)
Bawang goreng
Nasi Impit – direbus awal, sejukkan dan potong kecil
5 biji Kentang direbus
300g isi ayam cincang
6 biji cili padi
Kicap secukupnya
Gula dan garam ikut rasa
Sebiji telor dipukul
Sedikit tepung gamdung

Cara membuat Sup Soto
Memula sekali tumis semua bahan kisar tadi dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, lada putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis dan pelaga. Tumis semua hingga naik bau dan pecah minyak. 

Setelah itu masukkan separuh ayam yang telah dicincang dadu dan tambahkan air biarkan mendidih..
Tambah garam secukup rasa dan biarkan masak hingga pecah minyak ayam
Cara membuat Begedil
Ambil kentang yang telah direbus dan lenyek-lenyekkan, gaulkan dengan ayam, sedikit bawang merah yang telah dikisar dan sedikit lada hitam. Lada hitam ni nk bagi rasa pedas-pedas sikit, kalau suka letak serbuk sup segera.

Gaul sebati..
Ambil secubit-secubit bulankan dengan sedikit tepung agar tidak melekat lalu leperkan (yang ni ikut lah nak bagi bulat terus atau sedikit leper).. Susun didulang.

Panaskan minyak masak dikuali, celupkan begedil yang telah dibulatkan kedalam telor yang telah dipukul dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan..

Cara membuat sambal kicap johor (resepi turun temurun)
Tumbuk cili padi bersama sebutir bawang putih apabila hampir lumat masukkan gula mengikut citarasa, kalau umiIzz xberapa manisla.. cukup rasa sahaja.
Hidangkan..

Baki ayam yang dipotong kecil tadi, tambahkan serbuk kunyit dan kari juga garam mengikut kesukaan dan goreng hingga garing. Ia bagi rasa soto lebih sedap lagi kata abiIzz..

Inilah dianya Soto Ayam Ala UmiIzz.. abaikan warna sup yang terang tu telah di cantikkan oleh kamera 365'.. ya Allah sabar jelah 

Ini gambar begedil yang telah luak.. dapat banyak tau dengan 4 biji kentang saiz besar.. 4 kali goreng penuh kuali.. Puas makan

Ini gambar Soto Ayam Ala umiIzz ulangan.. sedap-sedap.. 
gambar pucat lagi sebab amik pakai 365'

Okla setakat ni dahulu cerita pasal soto ayam ni.. macam rasa nak buat lagi pulak.. selamat membuat





Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Isnin, 16 November 2015

2015 : Kisah besday abiIzz tahun ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Bersiaran hari ni, nak terobek kisah besday abiIzz.. Ok kalau nak skip baca pun xpe.. just benda ni nnt umiIzz suka la tunjuk pada anak-anak.. sebagai kenangan. Tapi memandangkan masa xberkesempatan nak menaip.. kira cerita dah lama baru update, abaikan jelah ye..


Aritu kan terberhenti kisah anak-anak meneperisekan abi dia.. Gigih buat kad yang tak seberapa dimata pembaca tetapi terlalu berharga kenangan mencipta kad tu.. Membesarkan anak-anak adalah memori paling indah buat kita sebagai ibubapa dan anak-anak juga akan ingat.

Ok, terus pada kejadian la ye.. Masa hari kejadian.. hehe macam kes besar plak.. masa besday abi tu.. kami buat tak tahu je, konon macam xde hadiahla kan.. konon macam bg kad besday jela kan tu pun buat sendiri kan.. hehe

Tapi umiIzz dah planning baik punya.. belikan 4 helai kemeja satu untuk jalan yang lain semua untuk ke ofis.. xpelakan.. mungkin hadiah orang lain lebih grand tp tak publish.. umiIzz pulak terlebih.. yang ni sebenarnya nanti anak-anak akan tengok kembali.. apa diorg  buat masa usia mereka sekian-sekian.. and umiIzz cadang nak buatkan danish blog untuk mahirkan dia membina ayat dan menulis.

Malam dah dekat jam 10.30 baru umiIzz keluarkan hadiah tu pun lepas balik dari dinner celebrate kat luar hehe.. Sembunyikan kotak merah kasi abiIzz tengok dulu yang balut warna-warni tu.. yang kotak merah tu sembunyi belakang umi, tapi budak cerdik si adik Izz tu sibuk la hai bertanya.. umi apa tu, umi apa tu... apa kat belakang umi tu.. hihih...

Tu namanya budak bertuah cerdik la sangat dia pulak siap cakap ye.. umi beli kek..

Dia pulak yang sibuk cakap dapat makan kek..

Hehehe.. biasala budak, layan jelah..


warna pink ok.. ada brani?

Gambar kat atas ni la hasil anak-anak dengan maknye hehe

Ok, yang kat bawah ni, kitorang makan kat western food kat pekan baru sungai besi.. harga dia boleh la.. dan rasa dia pun secukup rasa.. nak kata sedap sangat pun ikut selera sendirikan.. korang try la cuba..

Abang izz biasa suka makan chicken chop sama dengan abi dia

Adik Izz makan hot dog je..



Okla sampai sini dulu ye..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator


gif creator

Rabu, 4 November 2015

Besday Abi Part 1 : Kad Besday Abi Izz

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Harini rabu.. 4 November 2015.. Anak-anak bangun pagi dengan penuh semangat. Kejut sekali je dah lompat nak mandi.. UmiIzz senyum je tengok gelagat mereka..




Kenapa mereka hari ni semangat lain macam??
Ada kisahnya, hari ini hari lahir abi mereka... Saat yang ditunggu-tunggu untuk memberi hasil kreativiti masing-masing pada abinya, itu yang mereka bersemangat sungguh bangun, mandi dan siap cantik-cantik dan wangi.

Cerita balik apa yang terjadi sebelum hari ini.. Masa kejadian abiIzz tidur lena.. Waktu tu hujan dan anak-anak takde aktiviti nak buat. UmiIzz tanya, hadiah apa korang nk bagi pada aBi? tibe-tibe si abang Izz kata nak surat khabar, umi duduk sini la biar abang ajar adik baca.

Nak dijadikan cerita, mereka berdua masuk bilik.. senyap tak dengar apa-apa tapi sesekali terdengar gelak dan jerit nak-nak oleh si adik Izz tapi ditegur oleh abangIzz..

Umi try usha.. rupanya dah siap kertas lukisan dibahagi dua, gunting, gam, surat khabar yang diminta tadi, pensil dan color.

Nak tahu jadi apa??

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Itulah kerja diorang, dalam diam pandai pulak nak buat kad besday abiIzz yang jatuh pada hari ini. UmiIzz layankan jelah.. pandai pulak siap minta umiIzz potongkan bentuk love..

Layan je lah kan, bila anak-anak nak berkarya.. kita kenalah galakkan..

Dan hasilnya pagi tadi sebelum diorang sarapan.. terjinjit-jinjit kaki masing-masing bagi kad pada abiIzz.. punyalah senyum lebar abiIzz baca..

Nak tengok?

yang kiri kad adik Izz yang kanan Kad abg izz, 
mintak bunga konon bagi cantik, layankan jelah umiIzz ni..

Ini dari adik Izz nak lukis dia xberapa pandai, 
jadi tampallah gambar macam superhero..

Ini hasil abang Izz 100%
walaupun tak cantik tp umi rasa bangga kerana 
ini hasil abang izz dari hati dia sendiri..

Oklah, nanti sambung cerita hadiah pula ya..

Selamat hari lahir abiIzz..
Moga Allah lindungi mu selalu..
Dan moga selalu mendapat rahmat dan keberkatan dariNya..
amin....



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Isnin, 2 November 2015

Pulangnya Imam Kami.. Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Alhamdulillah, Telah masuk bulan November bersamaan 20 Muharram 1437. AbiIzz selamat sampai ke Bumi Malaysia menemui kami sekeluarga, Alhamdulillah Allah beri keizinan kami untuk menatap wajah Imam kami.


Perjalanan bermula waktu Malaysia tengah pagi, dan sampai ke Malaysia waktu petang dilindungi Allah, semua para jemaah dan penyambut tetamu Allah diberi lindungan olehNya. Alhamdulillah, alhamdulillah mereka selamat sampai..



Time menunggu..

Dalam Flight bersama sahabat-sahabat seperjuangan..

Betapa gembiranya anak-anak menyambut kepulangan ayahanda mereka. Sampaikan abang Izz dan adik tak cukup mulut nak bercakap, bercerita dan bertanya macam-macam  pada abi mereka. Bukan main la soalan bertubi-tubi abi mereka menjawab dengan penuh kesabaran. Alhamdulillah ya Allah.

Bila bab test hadiah yang abi mereka belikan, senyum bukan main simpul masing-masing tak terkata keseronokkan terbayang kat wajah mereka.





Aduhai lawak.... Anak-anak dengan espresi wajah muka yang kepelbagaian, memang kelako.. masa ni sebenarnya mereka baru lepas mandi pagi dan sangat teruja nak mencuba jubah yang abi mereka belikan.. ada dua pasang setiap seorang tapi yang ini umi berkenan sangat sebab ada vest jubah tu sama. Abaikan keadaaan keliling gambar.

Ok, umiIzz teruja yang ini..


Kurma muda, rangup, manis yang sedang-sedang.. dan kelat sikit sebab muda tapi tak rasa kelat pahit tu.. just macam rasa bergetah je.. tapi serius sedap.. rasa memang nak tanam pokok kurma lah kat rumah umiIzz nanti.. kesedapan dia melebihi buah-buahan yang lain..

Erm.. lepas ni, misi mencari pokok kurma untuk umiIzz tanam di kawasan rumah.. insyaAllah.. rezekinya boleh dikongsi-kongsikan..



Semoga Allah berkati imam kami dan kami sekeluarga dan semoga imannya bertambah kuat sepulangnya ke bumi Malaysia.. amin.. InsyaAllah

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,


gif creator
gif creator