PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 24 Jun 2010

Nak tengok ke?

Malam yang sepi..pi..pi.. pak mat jual topi...pi..pi..pi.. ha, sape ingat lagu ni??laguni la selalu bermain di bibir kanak2 seusia umi masa umi comel kekanak dolu2..BerSiaran dimalam harI menunggU kepulangaN abIdanish dari bermain badminTon...huhuhu,layan blog la jAp..

Baru lepas upload stok baru
Babyumishop,boleh tgk di Facebook taipkan babyumishop untuk mengetahui lebih lanjut atau klik disni..

KalIni stok terbaru untuk baJU2 babY and Kids.. memang cun habIs nak2 yang untuk gugurl's, alahai.. umidanish takde baby gugurl's ni.. sepintas lalu korang layan je la gambar ni erk..





Ha, yang dah berpangkah2 tu, sebab da sold outla tu.. so sape cepat dia punyA.. banyak jugak yg da sold out dan tinggal limited size jek..

k la, selamat melayan..

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

tolongla... mana mood ni

Tak tahu kenapa.. rasa mood takde, sungguh2 tak de.. ditambah denGan peruT macam keracunan makanan plak, tapi tak la teruk sampai muntaH2.. sungguh mood arini kureng sangat2.. ya Allah, beri la daku kekuatan..

ada orang tanYA umi camne nak jadi kaYa.. sungguH2 umi tak leh jawab camne tu.. sebab tu semua kene usaha lebih selain tawakal dariNYa.. yelah, kekadang kita merancang tapi tuhan telah menentukan segalanya2 kan..

nak berjaya dalam sesUatu bidang tu memang banyak dugaan dan cabaran, nak-nak kalau benda tu memang mencabar dan persaingan banyak. tapi pada umi la kan.. mana ada perkara mudah, semuanya perlukan tumpuan lebih dan usaha selain tawakal lillahita'alla..

Jadi kepada sesiapA yang ada hati dan kemahuan untuk mencipta kejayaan, teruskan.. jangan pikir orang lain ngata yang penting usaha lebih dan redha dengan setiap nikmat yang diberi. tak de benda yang mudah untuk berjaya. =)

hahaha, dalam takde mood terbuka nasihat pulak..panjang lebar lak tu...ekekeke, setiap orang ada impian kan, macma tu juga umi.. dan harap2 impian kita semua jadi kenYAtaan..kecik2 dulu sebelum tadika impian umi nak jadi puteri, leh pakai gown cecantik..ekeke, kawin anak raja..tapikan itu semuanya macam alam fantasi jek...haha..




k la korang.. ni la penangan mood tak de jadi merapu merepek, makan kerepek lagi sedap tau.. Jom kita standby balik jom..ekekeke

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Rabu, 23 Jun 2010

ikn pari bakar

Arini tak tahu kenApa, rasa penat yang amat sangat sehInggakan nak update blog pun berkira2 entry mana satukaH nak di ceriTa..huhu..



Smlm mamawaFIQ datang, buat koje kat opIS umi.. pasTu dia belanJA kitorang maKAn ikan parI bakar yang sedap sangat2 kat keramat jek.. ekekek..TQ mamawafiQ kerana nak belAnja pastu jgn Lupa datang n belanJA lagI..

SelamaT berkerja korang semUA..

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 21 Jun 2010

Update yg terbaru?

Hai.. malam2 ni, selepas menjemUr Cd danish yang "BasaH" kerana dibasuH oleh mesin.. umi godeh2 blog la keJap sambil layaN abi tengOk boLa... Yihaaa PortuGal malam ni bertenaga sunGguh, habis dibelasahnYa korea selatan 7-0... keputusan piala dunia antara portugal dgn korea selatan 7 belasah 0... kesian korea.. pengulas siap kata,boleh la korea bungkus baju balik..aduhai... sabar erk korea..

SebenArnya.. umI nak umumKan yang Lunatot akan menGhasilkan Cd printed terbaru yang akan sampai maLAysia tak lama lagi..huhu, sungguh umi danisH tak sabar naK tengOk kecumilannYa di punggung danISh dan di kedai BabyUmiShop..haha, tgk jela printed pertama keluaran Lunatots digayakan oleh danish..sungguh cute sangat2 entrynya disini.. apatah lagi kalau baby2 lain turut sama pakai support "green earth" lagi cute miutkan???

Susah nak basuh??umi yang malas pun jadi rajin sebab danish pakai CD.. memang excite dan terujala nak basuh CD danish.. apalagi kalau danish pulang dari rumah pengasuh.. cepat2 nak basuH CD dia dan nak lihat apa yang dia makan, banyak mana dia makan, dan paling penting dia makan ke tak.. semua kita tahu dari tengok kotoran naJis pada Cd..info basuhan disini, bilas2 buang kotoran dan masukkan dalam mesin.. pasti bersih pastu dan cepat kering..


Showroom di rumah umi..ada banyak lagi =P


Haha, kalau korang nak tgk CD Luna, nak tahu kenaPA harganya sungguh berbeza dengan CD2 yang ada dan nak tengok dan rasa kelembutan CD terseBut, boleh je datang ke Showroom Babyumishop umi yang cumil di Bandar Tasek Selatan.. sungguh, korang pasti teruja selepas merasakan kelebutannya.. =)

ehsan Luna


So, apa ditunggu lagi.. selagi stok masih ada..kalau da habis nanti lama nak tunggu CD Luna kembali di Malaysia.haha.. selamat bershoping, pertanyaan lanjut bole je di Babyumishop..



Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 20 Jun 2010

BasaH laGi??? (21sx pulak...ekekek)

Hahaha.. letih giler airiNI..baru balik dari merayau dalan2 sempeNA hari bapa.. entrynya aKAn umi cerita esok pepagi erk..hehe..

Dalam dua tiga harini, umI ada wat entry bertajUk pelik2.. korang semua nak tahu,sebenarnya..uMI nak tgk trafic nuffnang uMI.. hahah.betulla korang, memAng naIk.. cumenYer... penguNjungnYa adalAh dari hamba Allah yg tahla susah nak cakap..

uMI cerita berkenaaN danish yg da faham "ke BasaH an" entry tu
disini.. dan entry bogel tu disini..ada jugak hamba aLLah yang nak sangat2 tgk apa yg basah..aduhai..... dia p la search tah apa2... korang tgk la ni..



kata kunci harini :0

Hahahahah, apela diorang punya otak ni, itu je ke yang korang nak dalam tenet ni..adehhh..apepun, umI doakan,kepada yang nak cari kisah sx basah2 ni tp terbaca enTry uMi tu, bawak2 la bertaubat erk..hahahah k la, nak rehat dulu..penat esok nak kerja


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Selamat Hari Bapa



SejAk kecIl..yang paling manJA denGan aYAh.. seorang anaK pempuan sUlung Yang ada 3 orang adIk lelAki..walaupun dia yang paling tua..tapi semUa kemahuannYA dipenuhi denGan mudah ,apatah lagi pelajaRannYa berbanding adik2 adalah lebIh menonjoL..maka apa yang perlu dan patut diberi memanG mudah untUk sikakak miliki..

keluarga umi


Ayah palinG best sekali dalam hidup uMi, seorang insan mulia yang tak pernah kenal erti susah..tak pernaH mengeluh penat lelah.. malaH,dialah yang paling sibuk membantu maK ketika umi dalam pantang melahirkan danish..segala keperluan, kelengkapan untuk aku lalui tempoh berpantang semua ayah yang sibuk mencari..

SebenarnYa, ayah ttak pernah pilih kasih..semua anak2 ayah disayangnya.. cume mungkin umi pempuan seorang,maka umila yang rajin mendapat perhatian. Paling seronok, bila petang2 hari minggu,ayah bawak kami pusing taman amik angin..umi selalu akan sibuk2 nak ikut walaupun mak kata..tak payah pi..ekekek

Ingat lagi,malam aku menanti saat kelahiran, mak kata.. ayah berpuluh2 kali buat solat hajat di rumah.. walaupun ayah takde malam tu.tp diala yang terus2 mendoakan umi supaya dipermudahkan bersalin kerana umi sangat2 takut waktu itu..dan alhamdulillah, tuhan permudahkan urusanku..disaat2 kesakitan yg menjelma..umi boleh tertido hingga saat melahirkan betul2 hampir baru umi sedar..dan sedar2 terus meneran.. maha suci Allah yang memudahkan segala urusan.

Paling best sekali,bila dapat makan apa yang ayah masak.. tak kisahla cekodok ikan bilis ke..atau nasi minyak ayah ke..arhhhh..rindunya umi pada ayah...KAlau nak dicerita, memang terlalu banyak kasihnya ayah pada umi..menitik air mata ni bila selalu teringat segala pengorbanannya membesarkan umi..rasanya dialah ayah yang paling best dan kami adik beradik paling bertuah memilikinya.. terima kasih ayah..semoga Allah melindungi mu selalu dan diberi kesenangan didunia dan akhirat..


abidanISh..


umi berharap, biarlah suami umi setabah dan segigih ayah..biarlah suami umI sepenyayang aYAh.. dan alhamdulillah.. nampaknya..abi memang seorang penyayang kepada anak uMI..terima kasih abi kerana memberi sokonGan padu buat Umi realisasikan impian uMI..kita usaha sama2 yer..mudah2an ianya berhasil..



buat my FIL.. moga dirimu sentiasa dalam lindungannya dan dirahmati Allah selalu

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Cerita Basah Tengah MAlam 18sx

Pandai da raba2... kalau rasa semacam mula la raba2.. pegang punggung tanda dia mula nak tunjuk..

Apa yang nak ditunjuK?? tunjuk basaHla... ekekek, siapa yang basaH tu? danishla.. korang jangan pikir bukan2 lak.. ni cerita bila danish kebasahan dia da pandai rasa tak selesa n tarik umi masuk toilet minta tukar cd..ekekek

Ha... sape yg suka Pikir bukan2 tu bawak2la bertaubat..hermmm..selamat malam..


Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Malam ni..Keputusan Piala Dunia: Ghana 1 Australia 1

RUSTENBURG: Ghana melonjak ke kedudukan teratas Kumpulan D meskipun mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Australia di Stadium Royal Bafokeng, sebentar tadi.

Semua gol dijaringkan pada separuh masa pertama dengan gol awal oleh Australia menerusi Holman pada minit ke-11.

Ghana menyamakan kedudukan menerusi penalti oleh A Gyan pada minit ke-25.

sumber: Bharian

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Sabtu, 19 Jun 2010

Doktor Gigi

Diorang tiDo,umi layan blog jap.. tgk2 kedai.. dan intai2 peluang.. korang buat apa? da siap masak tengahAri ke?arini ingatnYA nak p Jumpa doktor Gigi jAp nak cek gigI.. haha, darI kecIk umi ni memAng penAkut jumPA dr gigI.. takut kene tampal kalau ada gigi lubang.. sebab tu umi rajIn gosok gigi..tapi nak tak Nak kene jumPA doktoR jugak sebelUm apa2 kene la jadikan rutiN kita jUmpa Dr gigi.. nak2 lepas bersalin ni,kalsium sungguh kurang..gigi pun mudah reput kalau tak ambil tambahan kalsium dari pil kalsium ataupun susu..

maCAm tu juga anaK kita... kalau da makan maniS2 selalu, bawakla diorg kenal denGAn doktor gigI..jadikan ianya rutin yang menyeronokkan.. supaya gigi sihat dan kuat.. =)

Seawal mana umur anaK korang, korang kenalkan deNgan doktor gigi??



ehsan google


Salam sayang dari,





Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator

Berita Sukan..

ekekeke,amik ko..kan da kalah.. EnglaNd vs algeria.. 0-0

CAPETOWN: England mempersembahkan prestasi terburuknya dalam kejohanan Piala Dunia FIFA awal pagi tadi selepas terikat tanpa jaringan menentang Algeria, seterus menyebabkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya bergantung kepada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, sekiranya England masih meneruskan permainan sumbangnya, tidak teratur dan dipenuhi dengan pelbagai kesilapan seperti yang disaksikan di Stadium Green Point, tidak mungkin pasukan itu mampu melepasi Slovenia pada perlawanan terakhir mereka.

Sekiranya ia berlaku, ia mungkin menyebabkan England bakal tersingkir pada pusingan pertama, di mana kemungkinan yang memalukan memandangkan mereka memperoleh kumpulan yang dianggap mudah.

Bagi kumpulan C, Slovenia mengungguli kelompok itu dengan mengumpul empat mata selepas terikat 2-2 dengan Amerika Syarikat (dua mata) yang bermain beberapa jam lebih dahulu. England yang turut mengumpul dua mata diejek penyokongnya selepas gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan. Lawannya, Algeria hanya mengumpul satu mata selepas tewas kepada Slovenia pada perlawaan pertama dan seri dengan barisan bintang bola sepak dunia.

Sementara itu, jurulatih England, Fabio Capello, berkata:” Saya boleh menukar taktik, saya akan cuba membuat sesuatu yang berlainan. "Ia bukan sesuatu yang sukar untuk menaikkan semangat pemain sebelum perlawanan menentang Slovenia. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.”



PENJAGA gol England, David James (jersi kuning) menangkap kemas bola dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia antara England menentang Algeria yang berkeputusan seri 0-0 di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto AFP


“Kami masih mempunyai satu perlawanan dan berharap ia adalah lebih mengembirakan. Saya tidak tahu sekiranya tekanan atau kami berada tahap yang tidak bagus ketika ini. Kami kehilangan banyak bola, di mana ia saya tahu ia bukan pasukan sama yang saya kenali. Saya tidak nampak semangat dalam pasukan ini.” – www.reuters.com
Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 18 Jun 2010

Korang betul2 jujur tak???

Bismillahirrohmanirrohim...

Jujur pada diri ku... bila kau tak lagi cinta... tinggalkan la aku.. bila tak mungkin lagi bersama... ekeke, jiwang plak pepagi...

hohoho.. tiada kaitan antara yg hidup mahupun yang telah pergi...alhamdulillah kita da sampai pada hari jumaat lagi hari ini, dan syukur juga masih bernafas dan dapat menginsafi diri dengan keadaaan keliling yg banYAk memberi pengajaran.. arini uMi nak berkongsi cerita berkenaan jujur.. cewah cam ustazah pulak..

jom layan sedikit ilmu yg ingin umi kongsikan pada hari jumaat ni;


SETIAP individu Muslim sangat dituntut memperhiaskan hati dengan sifat jujur atau benar dalam semua perkara. Kejujuran adalah sifat terpuji nabi dan akan membawa ke arah kebaikan serta keselamatan hidup di dunia dan akhirat yang kekal abadi.

Mengenai perkara ini Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya sifat benar (jujur) itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan ini membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat benar sehinggalah beliau ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat benar...” (HR Bukhari dan Muslim).

Memandangkan sifat ini sangat penting dan ada hubung kait dengan keimanan, maka tidak wajar sama sekali seorang Muslim mengabaikannya begitu saja atau menganggap sebagai remeh. Sesungguhnya memiliki sifat jujur adalah satu kewajipan setiap orang yang beriman.

Hal ini dapat difahami daripada firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 119 yang mafhumnya: “Hai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang yang benar.”

Pada masa kini, ternyata amat sukar mencari orang yang jujur dan dipercayai dalam masyarakat. Ramai yang lalai dan terpengaruh dengan bisikan syaitan, hawa nafsu dan tidak dinafikan ada juga disebabkan kejahilan.


gambar sekadar hiasan dari simpanan portable umi..ekeke - tiada kaitan


Sehingga ada yang tergamak untuk terbabit dengan rasuah, menghalalkan cara, pecah amanah, menabur fitnah dan berdusta demi mencapai hasrat kepentingan peribadi. Keadaan buruk ini sangat membimbangkan dan pasti menjadi lebih parah sekiranya tidak ada usaha memberi penyuluhan dan kesedaran kepada mereka dengan pelbagai saluran

Kita sangat percaya masih ramai yang keliru bahkan tidak tahu mengenai maksud jujur yang sebenar-benarnya mengikut pandangan Islam. Ulama mendefinisikan jujur itu sebagai kesesuaian perkataan dan perbuatan yang dizahirkan mengikut gerak batinnya selama tidak tergelincir daripada landasan syariat. Kesimpulannya, orang yang jujur akan sentiasa memastikan setiap tindakan, percakapan, kelakuan dan sebagainya menepati ajaran Islam. Orang yang jujur sangat benci kepada segala jenis perbuatan ingkar yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Kalaupun terlanjur melakukan maksiat, akan segera bertaubat kepada-Nya dengan penyesalan serta dengan rasa takut akan azab Allah. Dia selalu sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh Allah SWT. Lantaran itu, orang yang jujur tidak mungkin mengerjakan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam walau saat keseorangan dan tersembunyi.

Imam Al-Ghazali menyenaraikan jenis kejujuran yang perlu diamalkan oleh setiap orang Islam yang benar-benar merindui keredaanNya iaitu:

* Jujur lisan atau perkataan sebagai contoh menepati janji dan sumpah, menjauhi sifat bohong dan menipu;

* Jujur niat dan kehendak iaitu tercetus keinginan untuk beramal penuh ikhlas semata-mata kerana Allah SWT;

* Jujur keazaman dalam melaksanakan sesuatu kerana Allah (yang mana lahirnya semangat untuk melakukan amalan, semangat itu juga lahir kerana Allah);

* Jujur dalam melaksanakan apa yang diazamkan (melakukannya dengan istiqamah dan tidak takut sebarang celaan yang datang, kerana dia melakukannya kerana Allah);
Salam sayang dari,

* Jujur dalam beramal itu sendiri, di mana tidak melakukan amalan zahir yang bercanggah dengan apa yang ada dalam batin (tidak berpura-pura atau hipokrit), dan

* Jujur dalam setiap maqam agama seperti khauf, zuhud, reda, tawakal dan lain-lain.

Semuanya itu terangkum dalam firman Allah yang bermaksud: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar” (QS Al-Bayyinah: 5).

Orang yang jujur dan benar, sudah tentu akan mendapat keredaan Allah manakala di sisi masyarakat mendapat sanjungan dan dihormati, dapat membentuk manusia yang saling percaya mempercayai dan berkasih sayang.

Jika saat menghadapi kesulitan, sangat mudah baginya untuk mendapatkan pertolongan. Ini semua akan membuahkan ketenangan yang mendalam di jiwa. Bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: “Tinggalkanlah hal yang membimbangkan kalian menuju sesuatu yang tidak membimbangkan, sesungguhnya kejujuran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah kebimbangan” (HR Tarmizi)

Salam saYAng darI,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Piala Dunia: Mexico vs Perancis 2-0

Berita lagi.. kepada peminat bola ekspecially abidanish...nah ni berita terbaru yg menggemparkan... ekekeke



PENYERANG Mexico, Javier Hernandez (atas) memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pertama perlawanan Perancis menentang Mexico saingan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, awal pagi tadi.


POLOKWANE: Pemain simpanan, Javier Hernandez dan Cuauhtemoc Blanco masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan Mexico mengejutkan juara Piala Dunia 1998, Perancis untuk menang bergaya 2-0 di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Hernandez yang menerima hantaran cantik daripada Rafael Marquez bijak memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pada minit ke-64. Ketika Perancis berusaha untuk bangkit semula, pemain Mexico, Blanco berjaya menjadikan kedudukan 2-0 selepas Mexico dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74.
Mexico kini mengumpul empat mata bersama-sama Uruguay manakala Perancis dan Afrika Selatan masing-masing satu mata tetapi masih berpeluang untuk ke peringkat seterusnya.

sumber:bite arian le..



Salam sayang dari,





Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator