PENYERANG Mexico, Javier Hernandez (atas) memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pertama perlawanan Perancis menentang Mexico saingan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, awal pagi tadi.
POLOKWANE: Pemain simpanan, Javier Hernandez dan Cuauhtemoc Blanco masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan Mexico mengejutkan juara Piala Dunia 1998, Perancis untuk menang bergaya 2-0 di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Hernandez yang menerima hantaran cantik daripada Rafael Marquez bijak memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pada minit ke-64. Ketika Perancis berusaha untuk bangkit semula, pemain Mexico, Blanco berjaya menjadikan kedudukan 2-0 selepas Mexico dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74.
Mexico kini mengumpul empat mata bersama-sama Uruguay manakala Perancis dan Afrika Selatan masing-masing satu mata tetapi masih berpeluang untuk ke peringkat seterusnya.
sumber:bite arian le..
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Jumaat, 18 Jun 2010
Piala Dunia: Mexico vs Perancis 2-0
Berita lagi.. kepada peminat bola ekspecially abidanish...nah ni berita terbaru yg menggemparkan... ekekeke
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan