PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 16 September 2013

Set Kesihatan dalaman suami isteri juga bakal pengantin



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Apabila mendirikan rumah tangga, kebahagiaan kemuncaknya apabila pasangan dikurniakan kelebihan oleh Allah SWT dengan cahaya mata. Cepat ataupun lambat semua itu adalah kehendaknya. Kita sebagai hambaNya disuruh berusaha dan bertawakal kepadaNya.Namun yang masih belum menimang cahaya mata, bukanlah bermakna Allah tidak menyayangi pasangan dengan tidak memberi kebahagian kelebihan memperolehi zuriat sendiri. Semua itu adalah yang terbaik yang Allah tuliskan dalam perancangan setiap hambaNya. Maka, berusahalah sekuat daya dengan ikhtiar tanpa melupakan memohon sebanyak-banyaknya dari Allah. Selepas berusaha barulah kita bertawakal dan redha dengan setiap ketentuanNya.

Dalam makanan tambahan Shaklee terdapat beberapa vitamin yang dapat membantu pasangan dalam menyihatkan organ dalaman dan melancarkan apa yang tidak lancar. Kesihatan dalaman adalah amat penting kerana dengan kesihatan yang baik dapat memberikan kita tumpuan dan berada dalam keadaan cergas, bertenaga serta tenang.

Dalam set yang digelar oleh semua orang iaitu SET KESUBURAN kerana alhamdulillah terbukti membantu pasangan mendapatkan zuriat namun semuanya dengan izin Allah SWT.


Ada dua set  didalamnya iaitu untuk suami tersayang dan set isteri tercinta.. Keduanya mengandungi makanan tambahan berkhasiat bagi membantu tubuh badan berada dalam keadaan sihat.

Set Isteri Tercinta :

GLA Complex -  Suppliment wajib bagi wanita yang cuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.
Vitamin B Complex - Penting bagi yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi Acid Folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. Vitamin B12 yang terdapat dalam Bcomplex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception)

Set Suami Tersayang : 

Zinc - Satu tablet zinc complex Shaklee membekalkan 15mg zinc (zinc gluconate). Pengambilan zinc membantu mengekalkan penghasilan hormon testosteron sekaligus meningkatkan kualiti penghasilan dan menyuburkan zuriat dan menjaga kesihatan dalaman agar kekal sihat.

Vitamin E complex - Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah lain dari yang lain kerana ianya lengkap dgn Selenium. Satu capsule sehari membekalkan 400IU vitamin E dan 10mcg Selenium. Vitamin E merupakan salah satu anti-oksidan yg dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti.. Selenium pula membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas.
           Selain daripada itu, pengambilan Vitamin E juga membantu dlm kehidupan seksual suami dan isteri. Bagi suami, Vitamin E membantu suami lebih bertenaga, mudah teransang, mempunyai ereksi yg lebih lama serta mampu menghasilkan orgasma yg berkualiti. Bagi isteri pula, Vitamin E membantu menstabilkan hormon seterusnya membantu meningkatkan daya seksualnya.

Selain daripada pemakanan tambahan yang berzat, bergantunglah kepada Allah sepenuhnya dengan mengamalkan doa yang telah dinyatakan dalam alQuran, antaranya :

1. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 38, surah Ali-Imran










Yang bermaksud :
“Wahai Tuhanku ! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa”

2. Berdoa dengan membaca Doa Nabi Zakaria ayat 89, surah Al-Anbiya






Yang bermaksud:
Dan Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhan-Nya dengan berkata:“WahaiTuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi”

Buat pasangan yang masih lagi berusaha mendapatkan zuriat,amalkanlah ayat ini dalam doa-doa harian anda.Mudah-mudahan cepat dikurniakan cahaya mata,dengan izin Allah s.w.t  jua. Dapatkan set ini untuk suami isteri agar kesihatan dalaman bertambah dan kebehagiaan terserlah.








Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136
Nota : Penghantaran ke seluruh Malaysia.

 Salam sayang dari,
 



gif creator
gif creator

JHT (Joint Health Tablet) melegakan sakit lutut dan sendi



Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini adalah hari ahad dimana jika kita sebagai ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak dan jika kita sebagai anak-anak pula seronok menghabiskan masa bersama ibubapa. Teringat kecil-kecil dulu hari sabtu ahadla paling dinanti kerana dapat bersama ayah dan ibu dirumah menghabiskan masa dengan aktiviti gotong royong membersihkan rumah.

Paling seronok apabila tiba hari ahad, ayah dan mak akan masak lauk yang special-special untuk kami adik beradik. Kami akan menghabiskan masa kalau tidak kemana-mana hanya dirumah dengan berbual dan bergurau senda. Pelbagai cerita yang akan di kongsi daripada kasut sekolah hingga ke sudip dapur dan daripada kuih karipap ke ayam golek. Waktu itu kadang-kadang tidak sedar waktu solat dah nak habis, mulalah mak bising kerana telah mengingatkan diawal perbualan..hihih

Sekarang, apabila umiIzz pula bergelar umi, macam-macam perkara nak dibuat tapi terasa masa itu amat singkat, rasanya baru duduk jam 1 tadi tengok balik jam dah jam lima, owh masa sangat cemburu maka jarum jam pun diarahnya laju, betul kan?

Bila teringat balik kisah ini, teringat mak dan ayah yang berada dikampung.. Hari-hari umi akan call mereka bertanya khabar. Dahulu selalu juga dengar ibu mengeluh sakit lutut dan pinggang. Risau dan sedih bila dengar dia sakit namun kita tiada disisi untuk melegakan seperti mengurut atau tolong menyapukan ubat. Kasihan ibu dan ayah..

Namun setelah kehadiran JHT singkatan kepada nama Joint Health Tablet dalam hidup mak dan ayah, dengan izin Allah mereka tidak lagi mengeluh sakit sendi terutama lutut dan pinggang. Sungguh alhamdulillah, JHT amat membantu mereka dan semuanya izin Allah..

Apa yang dikatakan JHT?

Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tullang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Formulasi proprietari Advanced Joint Health Tablet menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan untuk menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Formulasi proprietari dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. Advanced Joint Health Tablet adalah berasaskan formula sayur-sayuran 100% iaitu Ekstrak Boswellia, Ekstrak Jagung, Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C. Jadi bonus buat mereka yang vegetarian.

Apakah Yang dikatakan Kebaikan Ekstrak Sayuran dan Mineral dalam Advanced Joint Health Tablet?


Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Jadi Ekstrak Boswellia iaitu gum resin yang mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat (sumber: pokok Boswellia serrate) dapat menyokong keselesaan sendi-sendi anda. Asid Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi dan contohnya, dapat mengatasi radang sendi lutut, sendi bahu dan sebagainya

Ekstrak Jagung - Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan dalam jangka masa panjang. Glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Jadi Joint Health Tablet membantu meningkatkatkan glukosamina dalam tubuh. Ekstrak jagung juga menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas yang menjadikan sendi lebih fleksibel. Jadi berita baik bagi penggemar jagung. Anda boleh meneruskan makan jagung kesukaan anda 

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - Merupakan nutrien penting dalam membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan struktur terhadap sendi. 100% Nilai Harian Vitamin C dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) disediakan sebagai nutrien penting untuk sintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalm tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink, tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin C memelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat. 


                                                                           Sakit sendi 

Keistimewaan Advanced Joint Health Tablet

* Ekstrak proprietari Boswellia turut mengandungi bahan semulajadi lain yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja
* 100% bebas kondrotoin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Sulfat kondrotoin boleh menggangu penyerapan khasiat ekstrak jagung dan glukosamina
* 100% berasaskan sayur-sayuran. Sangat-sangat sesuai bagi vegetarian
* Kapsul yang mudah ditelan
* Bebas gluten



Siapa yang Perlukan Advanced Joint Health Tablet

* Lelaki dan wanita dewasa yang memerlukan produk 100% semulajadi untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan sendi mereka.
* Mereka yang sering sakit sendi tulang
* Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif
* Orang yang sering melakukan perkerjaan mengangkat beban berat.


Testimoni dari pelanggan tetap umiIzz yang mengambil JHT 

Puan Ropilah (Kuala Lumpur)

Wanita berkerjaya berusia 50tahun sangat aktif dan peramah. Beliau menggunakan JHT 3bulan yang lalu setelah beliau menghidapi sakit lutut yang kronik kerana jatuh didalam bilik air ketika mengambil wudhu' untuk solat. Kesan daripada jatuh itu, lutut beliau sangat sakit dan beliau mengalami kesukaran berjalan dan bardiri setelah lama duduk. Ketika melakukan solat juga beliau berasa sangat sakit di bahagian sendi lutut.

Dalam mencari-cari sesuatu yang boleh membantu beliau melegakan kesakitan beliau telah membaca blog umiIzz dan terus membeli JHT dan memakan mengikut peraturan dan konsisten. Alhamdulillah, sekarang beliau kembali aktif dan beliau mampu menunaikan solat lima waktu malahan yang sunat2 pun bertambah. alhamdulillah.. Kalau dulu dia mengharapkan ubat tahan sakit yang diberikan doktor, alhamdulillah sekarang tidak lagi..

Testimoni kedua..

Seorang lelaki telah menghubungi umiIzz untuk mendapatkan makanan tambahan buat ibunya yang akan menunaikan haji tahun ini. Beliau mengharapkan agar ibunya tidak mengalami sakit sendi kerana tidak mahu perjalanan mereka untuk menunaikan ibadah terganggu. Selain berdoa lelaki itu kata perlu berusaha dan dia mengharapkan agar ibu mereka sihat lalu mencuba JHT. Alhamdulillah, mereka berasa bersyukur dengan izin Allah ibu mereka kurang berasa sakit-sakit sendi dan nampak lebih sihat daripada dahulu. Semalam mereka berangkat ke Saudi Arabia dan mereka telah membeli stok dari umiIzz untuk ibu mereka tersayang. Alhamdulillah, Allah mudahkan niat baik mereka dan umiIzz doakan agar mereka dapat menjalankan ibadah dengan mudah semuanya dengan izin Allah.

Lagi tentang JHT di sini. Sekiranya ada yang ingin mendapatkan JHT untuk diri sendiri ataupun untuk ibubapa yang dikasihi, boleh menghubungi umiIzz. InsyaAllah semuanya dengan izin Allah.


 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911) 
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136
Nota : Penghantaran ke seluruh Malaysia.



Salam sayang dari,
 

gif creator
gif creator

Jumaat, 13 September 2013

SET B Penyusuan Shaklee, Terbaik abad ini



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini umiIzz nak bercerita tentang Set Menyusu Shaklee.. Ada beberapa set yang sangat-sangat membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Sebenarnya susu ibu akan lebih berjaya jika ibu itu sendiri berusaha untuk menyusukan anaknya dengan cara yang betul dan mendapat sokongan padu dari suami dan kaum keluarga yang lain.

Ketika dalam pantang lagi, ibu yang baru melahirkan akan mengalami masalah untuk membiasakan diri dengan orang baru jika tidak mendapat sokongan dan bantuan kaum keluarga. Masalah ini sedikit sebanyak boleh memberi tekanan  kepada si ibu apabila mengalami masalah tidak dapat menyesuaikan diri, terasa tekanan dan tidak cukup rehat.

Suami adalah orang yang paling penting untuk memberi sokongan dalam menjayakan susu ibu. Tidak semua ibu melahirkan terus menyusukan anak dengan mudah dan adakalanya si ibu langsung tertekan kerana tidak dapat menyusukan anak kerana susu ibu tidak hadir-hadir. Ibu lebih tertekan apabila ada dikalangan ahli keluarga yang tidak memberi sokongan malah selalu mengatakan yang sicomel menangis kerana tidak cukup susu dan lapar.

Sebenarnya, bayi menangis kerana itulah cara bayi berkomunikasi dengan kita. Jika mereka terus boleh bercakap sesudah dilahirkan pasti mereka akan berkata-kata dengan kita apabila mereka ingin meminta dipeluk ataupun ditukarkan lampin yang basah =D.

Jadi untuk menenangkan ibu supaya tidak tertekan agar tidak mengganggu penghasilan susu ibu, suppliment atau makanan tambahan terbaik amatlah diperlukan. Shaklee ada jawapan. Kenapa harus Shaklee sebab Shaklee menggunakan alam semula jadi sebagai sumber penghasilan vitamin. Jika tubuh badan kita cukup dengan vitamin dan zat yang diperlukan maka penghasilan susu juga menggalakkan. Dibawah ini adalah set penyusuan Shaklee dalam SET B. Jom kita lihat beberapa suppliment menyusu dalam SET B.

B Complex
B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stress dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.



Vitamin C (Sustained Realesed Vita C)
stok habis di Malaysia diganti dengan Chewable Vita C
Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen, bertindak sebagai anti-oksidan, bertindak mengikut pelepasan masa. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa (Milk Booster)
Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.

Jika inginkan set terbaik ini, demi kesihatan diri anda sebagai ibu dan surihati suami juga demi menjayakan penyusuan si kecil boleh hubungi kami dan kami akan guard line ibu-ibu yang membeli terus dengan kami secara percuma. Sangat saya Syorkan kerana saya juga berjaya menggunakannya dengan sangat berkesan..

umiizz @ izzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com






Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Nak cari duit poket belajar?



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Mesti pelik dengan tulisan umiIzz kali ini.. UmiIzz nak cerita berkenaan duit poket belajar.. Modalnya hanya kurang dari RM100 dan mesti ada lappy dan internet.. Ianya sambilan dan bukan sepenuh masa. Namun jika pandai membahagikan masa, bolehla jadikan sebagai matacarian sepenuh masa. Dan kalau nak tahu, selepas habis belajar, pun masih boleh usahakannya dan mungkin lebih bagus dengan pelbagai strategy..



Jika berminat nak cari duit poket lebih, boleh emailkan kepada alynn_41181[at]yahoo.com dengan tajuk Duit Poket Belajar..

InsyaAllah, UmiIzz akan tunjukkan jalannya.



gif creator
gif creator

Khamis, 12 September 2013

ESP terbaik untuk melicinkan kulit..



Energizing  Soy Protein atau lebih dikenali sebagai ESP adalah product Shaklee yang paling laris. terbaik untuk penyusuan, mengubat gestrik dan , mencantikkan kulit. Juga sebagai makanan diet harian kerana strukturnya adalah mengenyangkan.

Namun hari ini umi Izz nak share cerita ESP yang melicinkan kulit. Kenapa ESP sangat baik untuk kulit? Kerana ESP adalah dari Kacang Soya bermutu yang terpilih. Soya sangat baik untuk kulit kerana soya dapat melicin, menghalus dan melembutkan kulit jika rajin mengambilnya. Malah soya juga mampu mengurangkan lebihan minyak diwajah.

Soya juga dikatakan dapat mengurangkan kedutan halus diwajah. Dalam satu kajian yang dijalankan di Jepun pada tahun 2007 dalam Jurnal Nutritional Science and Vitaminology menunjukkan bahawa kulit wanita yang berusia 30-40 tahun yang mengamalkan pengambilan soya setiap hari dapat memperbaiki kulit dari kedutan halus diwajah selepas 12minggu.

Soya juga dapat menghasilkan keanjalan kulit dengan menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh badan kerana Soya penggalak kolegen yang baik. Terdapat juga kajian yang menunjukkan soya dapat melambatkan proses penuaan.

Ini adalah beberapa testimoni pengguna ESP. Kadang kita berniat nak kurus dengan ESP tapi dalam masa sama kulit bertambah tegang, licin dan berseri.. Tak percaya? Jom kita usha Testimoni ESP.


Puan ini berusia 40tahun namun setelah pengambilan ESP secara konsisten semata-mata ingin kurus, hasilnya bukan sahaj berat turun tetapi kulit bertambah anjal, gebu dan hilang jerawat juga kulit semakin halus.

 

Dapat melicin kulit serta menghilangkan jerawat


Parut Hilang dan Berat badan juga berkurang =)

Ramai yang mengambilnya memuji keberkesanan khasiat dari pengambilan shaklee bukan sahaja untuk kesihatan malah membantu kita menyelesaikan masalah yang tedapat pada kulit bila berusia bertambah. ESP paling laris kerana khasiatnya yang tidak dinafikan kebaikkannya.

UmiIzz suka jika ESP dihidangkan dengan campuran Holick atau Banana Shake Atau Terbaru Strawbery ESP Shake.. Jom kita share resepi baru Strawberry ESP Shake.

5 biji Strawberry
1 kotak Susu Segar Perisa Strawberry
1 Sudu besar ESP
Cube Ais jika perlu

Kisar semua bahan dan hidangkan atau jika tidak sempat, potong dadu Strawberry kecil2 paling kecil dan masukkan kesemua dalam botol Shaker dan shake hingga sebati.. Nyum2.. Nak lebih sedap letak Creamer diatasnya..

Owh I like..


Jika ada sesiapa yang berminat ingin mendapatkan ESP, maklumkan kepada saya.. Jika terasa kulit mula berubah apabila bertambah usia, ambillah ESP sebagai sokongan untuk menjaga kesihatan dan keceriaan kulit agar kita sentiasa kelihatan segar dan suami bertambah sayang =).








umiizz @ izzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com

Salam sayang dari,


  gif creator
gif creator

Selasa, 10 September 2013

Vitalea Chewable Multivitamin untuk kanak-kanak



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Petang yang bahagia ni, umiIzz amik masa sedikit untuk menulis tentang pemakanan tambahan anak-anak. Selalu cerita makanan tambahan anak-anak yang umi beri adalah Mealshake dan Vita C Chewable. Kali ini umiIzz nak bercerita berkenaan Multivitamin untuk anak-anak.

Ramai ibu bapa mencari multivitamin terbaik untuk anak-anak memandangkan kebanyakkan kanak-kanak zaman sekarang lebih terdedah kepada makanan segera seperti McDonald, KFC, Pizza Hut sejak dari kecil lagi. Dan mereka lebih gemarkan makanan sebegitu berbanding makanan yang fresh mengandungi makanan seimbang seperti sayuran dan buah-buahan.

Diluar juga banyak terjualnya multivitamin yang kita sendiri kadang-kadang sangsi kandungannya dan kurang jelas. Dalam Shaklee, multivitamin yang lebih dikenali sebagai Vitalea Chewable untuk kanak-kanak mengandungi bahan semulajadi yang diperkaya dengan Vitamin-vitamin untuk memberi kesihatan optimum pada badan.

Kanak-kanak yang sukar makan ataupun demi kesihatan seharusnya mengambil Vitalea Multivitamin Chewable sebagai pemakanan tambahan bagi menambah daya tumpu diri dalam apa jua bidang yang diceburi tak kira dalam akedemi mahupun aktiviti luar.

Pengambilan Chewable Vitalea Multivitamin dapat membantu membekalkan 19 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh seorang kanak-kanak untuk membesar. Selain itu pembinaan Kalsium dalam tulang agar tulang kuat dan sihat juga membantu kecergasan kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti harian mereka agar tidak mudah letih dan tidak aktif. Vitamin yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan kanak-kanak dan membekalkan vitamin B yang cukup untuk keperluan harian badan.

Sesuai untuk kanak-kanak berusia 4tahun ke atas

Perkara yang paling bermakna dalam hidup ibubapa adalah melihat anak mereka membesar dengan sihat dan kesihatan anak-anak itu adalah anugerah yang tak ternilai buat kita dari Allah. Namun jika sebaliknya ianya adalah ujian kasih sayang dari Allah untuk kita selalu mendekatkan diri pada Allah. Allah panggil kita untuk tidak terus lalai dengan dunia dengan ujian yang pelbagai agar kita tersedar dari kelalaian kita sendiri.

Betapa nilainya nikmat sihat itu, bila kita dah tahu menghargainya..


Abang ajar adik bersalam sebelum mengaji

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi umiIzz..









umiizz @ izzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com


Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Sabtu, 7 September 2013

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur : Vitamin E melambatkan Proses Penuaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Bermula dengan kelahiran, kita akan berakhir dengan kematian. Bermula dengan keremajaan kita akan melalui zaman warga mas insyaAllah jika panjang umur. Namun semua orang nak kelihatan muda, sihat dan cergas walaupun usia meningkat matang. Pelbagai cara dan ikhtiar dibuat untuk kekal muda dan sihat. Ada juga pelbagai product yang terdapat dipasaran mengaku membantu dalam proses melambatkan proses penuaan dan ada juga mengandungi bahan terlarang demi kekayaan.
'


awet muda

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.


Vitamin E juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.


Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.




Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan. Vitamin E dapat membantu pengaliran darah dengan lebih lancar dan dapat membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Jika berminat untuk dapatkan Vitamin E, sila wsap UmiIzz.









umiizz @ izzlynn
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
alynn_41181mr@yahoo.com
aisyizzlynn.com
babyumishop.com

Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Khamis, 5 September 2013

Sambungan kisah Fatimah Azzaharah..




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hai semua, hari ni kita semua bersyukur sebab dikurniakan nikmat menghirup udara segar dan cuaca yang sejuk. UmiIzz rasa seronok bila dapat mencuri masa menulis maksud surah Yasin didalam faceBook.. sekurang2 nya, orang yang terbaca mengundang senyuman bahagia umi disana.. Siapalah tahu untung nasib kita disana. Jadi beramallah dengan cara yang baik dan tinggalkanlah imu yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan oleh orang lain.

Nama pun manusia memang tak lepas dari kesilapan, namun jadikanlah kesilapan itu pelajaran untuk kita lebih maju dan berjaya di dunia bahkan diakhirat sama. Lama tak menulis kisah Fatimah puteri kesayang nabi kita Muhammad SAW, hari ini umiIzz nak share pada semua tentang baginda Fatimah Azzaharah yang lama sungguh umiIzz tak habiskan memandangkan kesibukan duniawi, masyaAllah.. Cerita pertama tentang Saidatina Fatimah ada disini dan sini. Jom klik,,


Mulianya sifat peribadi Rasullullah..


Sebagai satu penghinaan ke atas Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda, Utbah dan Utaybah digesa oleh ibubapa mereka agar menceraikan isteri masing-masing. Ini merupakan sebahagian dari langkah-langkah pemuluan terhadap Rasulullah s.a.w. Sebaliknya Rasulullah menerima dengan gembira dan lega akan kepulangan anak-anaknya yang tersayang.

Fatimah sudah tentu gembira kerana berpeluang bersama kakak-kakaknya kembali. Mereka semua mengharapkan agar Zaynab juga diceraikan oleh suaminya. Bahkan, puak musyrikin Quraisy turut mendesak Abu al-Aas agar menceraikan Zaynab naming Zaynab, beliau menjawab :
‘Aku mencintai isteriku sepenuh hatiku dan aku menghormati dan memandang tinggi bapanya meskipun aku belum memasuki agama Islam.’

Kedua-dua Ruqayyah dan Umm Kalthum gembira kerana dapat kembali ke pangkuan ibubapa mereka serta meninggalkan deraan mental yang sering dihadapi ketika tinggal bersama Umm Jamil. Tidak lama kemudian, Ruqayyah telah dikahwinkan dengan Uthman bin Affan, pemuda yang pemalu dan antara orang terawal yang memeluk Islam. Ruqayyah dan Uthman telah menyertai hijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan serta tinggal di sana selama beberapa tahun lamanya. Fatimah tidak bertemu dengan Ruqayyah lagi sehinggalah ketika ibu mereka meninggal dunia.



Penindasan terhadap Rasulullah, keluarga dan pengikut-pengikut baginda berterusan bahkan bertambah teruk setelah penghijrahan sebahagian umat Islam ke Habsyah. Pada lebih kurang tahun ketujuh selepas nubuwwah, baginda dan keluarga baginda dipaksa meninggalkan rumah mereka dan pergi ke sebuah lembah kering kontang yang dikelilingi bukit bukau serta hanya boleh dimasuki melalui satu lorong kecil dari Makkah.

Buat masa ni, setakat ini dulu perkongsian umiIzz.. nanti, insyaAllah umiIzz sambung lagi.. semoga menjadi tauladan pada kita semua..




Salam sayang dari,


  gif creator
gif creator