PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 5 Julai 2011

Danish dan fatimah Azzaharah

Assalamualaikum wbt..

Apa kaitan danish dan fatimah Azzaharah pulak? Apa khabar harini? Umidanish sedih sikit arini, sebenarnya dari semalam. Dalam jam 4ptg macam tu, pengasuh danish kata mata danish sebelah kanan bengkak. Katanya danish lari2 dan terlanggar bucu meja.. huhuh, sadis sungguh berita tu.. kesian danish.. menitik air mata ni.. kita yg besar ni kalau bengkak2 pun rasa sakit inikan si kecil cumil kita tu..

Tapi danish budak yang kuat.. dia tak meragam pun.. cuma dia kata ata.. sakitla ni.. sambil tunjukkan mata dia.. kesian anak umi, semoga cepat sembuh yer sayang.. Ok kali ni umidanish nak sambung kisah Fatimah Azzaharah anak kesayangan nabi.. semoga kalian mendapat sedikit ilmu dari cerita yang akan disampaikan..

Ketika berusia lima tahun, Fatimah menerima berita tentang kerasulan bapanya. Tugas baginda yang utama adalah menyampaikan berita baik iaitu Islam kepada kaum kerabat serta sahabat-sahabat terdekat baginda serta mengajak mereka mengesakan Allah. Ibu Fatimah, wanita sumber kekuatan dan sokongan kepada bapanya, telah menerangkan kepada Fatimah tugas yang kini ditanggu oleh bapanya. Sejak dari itu, Fatimah semakin rapat dengan baginda Rasulullah dan menumpahkan kasih saying yang tidak terbatas buat bapanya. Fatimah sering kelihatan mengiringi baginda menelusuri lorong-lorong sempit sekitar kota Makkah, mengunjungi Kaabah atau menghadiri pertemuan-pertemuan rahsia dengan pengikut-pengikut baginda yang paling awal menerima Islam dan bersumpah setia dengan baginda.

Pada suatu hari, ketika umur Fatimah belum mencecah sepuluh tahun, beliau telah menemani bapanya ke masjidil-Haram. Beliau berdiri menghadap Kaabah di tempat yang dikenali sebagai al-Hijr lalu menunaikan sembahyang. Fatimah berdiri di sisi baginda. Sekumpulan orang Quraisy yang sudah pasti membenci baginda mengurumi Rasulullah yang sedang bersolat itu. Di antara mereka termasuklah Abu Jahl ibn Hisyam bapa saudara Rasulullah, Uqbah ibn Abi Muayt, Umayyah ibn Khalaf, serta Shaybah dan Utbah, anak-anak lelaki Rabi’ah. Dengan niat yang keji, mereka menghampiri Rasulullah dan ketua di antara mereka iaitu Abu Jahl bertanya : ‘Siapa di antara kamu yang boleh memdapatkan usus binatang sembelihan untuk kita campakkan kepada Muhammad?’

Uqbah ibn Abi Muayt, orang yang paling keji di antara mereka, menawarkan diri dan bergegas pergi untuk melakukan perkara jahat tersebut. Uqbah kembali dengan usus binatang sembelihan lalu melemparkannya ke atas bahu Rasulullah s.a.w. ketika baginda sedang sujud. Salah seorang sahabat Rasulullah iaitu Abdullah bin Mas’ud hadir ketika kejadian itu namun tidak mampu berkata atau berbuat apa-apa.

Bayangkan perasaan Fatimah tatkala beliau menyaksikan bapanya diperlakukan sebegitu rupa. Apakah yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak berusia sepuluh tahun itu? Beliau menghampiri bapanya lalu membuang bahan kotoran tersebut lalu berpaling dan memarahi kumpulan orang Quraisy tadi. Mereka pula tidak mengeluarkan walau sepatah kata pun kepada Fatimah. Rasulullah mengangkat kepala setelah selesai bersujud lalu terus menyempurnakan solatnya. Kemudia baginda berdoa : ‘Ya Allah, hukumlah hukumlah orang-orang Quraisy itu!’ serta diulangi baginda doa itu sebanyak tiga kali.

Sambung baginda lagi : ‘Semoga kau menghukum Utbah, Uqbah, Abu Jahl dan Shaybah.’ (Mereka yang disebut Rasulullah di dalam doa baginda ini akhirnya terbunuh beberapa tahun kemudian di dalam perang Badar).

Pada suatu kejadian yang lain, Fatima bersama Rasulullah ketika baginda melakukan tawaf di sekeliling Kaabah. Sekumpulan orang Quraisy mengelilingi baginda. Mereka memegang baginda dengan kasar dan cuba mencekik baginda dengan pakaiannya. Fatimah hanya mampu menjerit meminta tolong. Abu Bakr segera ke tempat kejadian dan berjaya membebaskan Rasulullah s.a.w. Sambil cuba membebaskan Nabi Allah itu, Abu Bakr merayu ; ‘Sanggupkan kalian membunuh orang yang memperakui “Allah Tuhanku”?’ Enggan mengalah, puak musyrikin Quraisy itu menyerang pula Abu Bakr hingga kepala dan wajah beliau berlumuran darah.

Penentangan yang begitu hebat dan penindasan kejam terhadap bapanya serta umat Islam telah disaksikan oleh Fatimah yang masih kecil itu. Beliau jauh dari berdiam diri dan bersembunyi, bahkan turut serta dalam perjuangan untuk menegakkan bapanya serta risalah yang dibawa oleh baginda. Beliau masih lagi di usia yang mentah dan bukan kehidupan riang dan gelak ketawa yang mengiringi kehidupan muda belaiu tetapi penyaksian dan penglibatan dalam dugaan-dugaan besar yang beliau hadapi.


Namun begitu, beliau tidak keseorang dalam mengharungi semua itu. Seluruh keluarga Nabi menderita akibat kekejaman dan kebencian puak Quraisy terhadap mereka. Kakak beliau, Ruqayyah dan Umm Kalthum turut menderita. Pada ketika ini mereka sedang tinggal di tempat yang seakan-akan pusat tumpuan segala kebencian dan penentangan terhadap Rasulullah s.a.w. Suami mereka adalah Utbah dan Utaybah, anak Abu Lahab dan Umm Jamil. Umm Jamil terkenal dengan parawakan beliau yang garang dan bengis serta lidah yang tajam. Beliau adalah antara sebab utama Khadijah kurang bersetuju dengan perkahwinan anak-anaknya dengan anak Umm Jamil sejak dari awal. Sudah pasti Umm Kalthum dan Ruqayyah tersiksa hidup di rumah musuh-musuh yang bukan sahaja turut serta bahkan mengepalai gerakan menentang bapa mereka.


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

0 comments: