PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 28 Oktober 2014

Aiskrim Mealshake Oreo ; lazat dan sihat =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillahirohmanirrohim..

Anak-anak memang gemarkan aiskrim, bukan anak-anak je mak anak dan bapak anak juga datuk nenek pasti gemar makan aiskrim.. Apa perisa yang korang suka, boleh share tak?? Hehehe, umiIzz lama dah nak share resepi aiskrim Mealshake Oreo tapi tak berkesempatan sebab masa yang tak berapa bersetuju... uwaaa kerja banyak okehh..


Namun pagi ni, dengan hati gumbira dan rasa bahagia, tangan ini pantas memulakan jarinya menaip resepi-resepi sihat untuk dikongsikan bersama semua.. Almaklumlah benda yang baik, perlulah dikongsi agar mendapat faedah bersama ye tak??? Budak-budak memang suka aiskrim kan kan kan... Ha kalau suka apa kata korang hidang aiskrim berkhasiat untuk mereka? Bukan susah pun senang je.. Tak perlu makan masa... Jom share resepi dengan umiIzz..

gambar ehsan google ; sedap kan??? =P

RESEPI AISKRIM MEALSHAKE OREO

2 cawan susu HL biasa
2 cawan coffee mate
2 sudu mealshake
Oreo PERLU dihancur-hancurkan
Oreo yg dipatahkan - guna chipsmore pula utk yg chunky ni

UmiIzz tak guna gula pun sebab susu HL ni dah ada manis2 sikit, mealshake pun ada manis n manis oreo tu pun dah cukup

Esen Vanila pun tak perlu dah sebab dalam mealshake dah ada perisa vanilla lazat...

Langkah Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas tu then blend, jangan lama-lama ye.. sekejap je nak bg sekata semua

2. Bila dah blend terus masuk peti ais dan bila dah separa beku, keluarkan then masukkan
biskut yg chunky-chuncky ni, sedap sikit bila ada biskut yg chunky ni berbanding yang dah hancur

3. Then biar dalam 6-8 jam sampai beku dah boleh makan, walaaaa nyum nyum sedap sgt
mcm baskin robbin rasanya, wee~~ tak sabar nak cuba... tekstur pun lembut je n yg penting xmanis

Ok.. jadilah aiskrim mealshake oreo yang sedap... yummy... double izz suka sangat okehhh, selalu dah habis baru ingat nak amik gambar, so layan je gambar ehsan pakcik-pakcik google key. Nanti ada gambar umiIzz sendiri umiIzz masukkan.. =D




Lepas ni nak buat versi MnM... Selamat mencuba...

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 




Salam sayang dari,







gif creator
gif creator

Jumaat, 24 Oktober 2014

Buang kanta Pelekap dan gantikan dengan Caratomax untuk mata lebih cantik dan sihat



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Bismillahirrohmanirrohim..

Harini umiIzz terajin nak cerita pasal mata.. kalau tengok rakyat malaysia, dulu-dulu mata semua warna kehitaman.. berkilat... jarang2 nampak warna coklat, tp kalau ada pun sebab family mix atau ada orang kata terkenan mat salleh, hehehe.. Namun mata adalah pancaindera yang perlu disyukuri nikmat yang diberi olehNya memandangkan kita sebagai hambaNya memiliki pancaindera yang mampu memberikan kita cahaya dan penglihatan kepada ciptaan Allah yang serba cantik didunia.



Namun sekarang ni, di Malaysia tidak mustahil untuk kita melihat mata-mata manusia yang pelbagai warna dan fashion. Ada yang ebrwarna unggu, hijau, merah dan tak kurang berbentuk mata kucing dan ular??? Owhh, tahukah korang akibat menggunakan kanta mata pelekap boleh mendatangkan mudharat pada kecantikan mata??





Kesan memakai kanta mata pelekap yang mengandungi bahan kimia merbahaya.. 

Jika anda mengalami masalah rabun mata, pengambilan makanan tambahan dapat membantu anda mengatasi atau mengurangi simtom rabun mata antara yang terbaik dipasaran dan selamat adalah CARATOMAX.

Caratomax

CarotoMax™ merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CarotoMax™ menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
Memelihara kesihatan yang baik. *
Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. *
Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. *

Pada umiIzz, mengambil makanan tambahan yang baik adalah lebih baik daripada menambah lagi kerosakan yang sedia ada. Untuk apalah cantik jika sementara? Kebaikkan karatomax tidak dinafikan lagi sebab umiIzz sendiri pun mengamalkannya untuk mata dan alhamdulillah power mata umiIzz berkurangan.

Jika anda inginkan Caratomax, boleh hubungi UmiIzz atau klik >>CARATOMAX<< untuk belian terus dengan Shaklee.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Sabtu, 18 Oktober 2014

Pendidikan awal kanak-kanak, sekolah mana yang patut di pilih?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Anak-anak adalah permata dan mereka adalah harapan menyambung kemasyuran keluarga,bagi mereka yang mempunyai harta kekayaan dan kemewahan tentunya anak-anak diharapkan sebagai penyambung kemasyuran tersebut malah ada juga yang mengharap anak-anak mereka berjaya sebagai khalifah dibumi Allah yang dapat membantu ibu dan ayah diakhirat kelak. Jika itu niat kita sebangai ibu bapa, bagaimana dengan ;pilihan sekolah mereka diawal usia mereka mengenali huruf dan buku??


Mencari sekolah pendidikan awal untuk anak-anak perlulah mengambil kira pelbagai aspek. Seperti umiIzz, umiIzz pentingkan setiap apa yang akan dibentangkan kepada anak-anak kita juga aktiviti harian mereka. Dahulu umiIzz menziarahi setiap sekolah yang menawarkan program pendidikan awal, malah umiIzz turut sama melihat persekitaran dalam sekolah tersebut.

Lebih kurang 5buah sekolah umiIzz melawat dari situ umiIzz kumpulkan beberapa perkara penting seperti subject yang mereka ajar menggunakan sistem apa, waktu pelajaran, aktiviti harian termasuklah keagamaan, kalau umiIzz tentulah pendidikan agama islam diutamakan juga kos yuran dan bulanan.

Dan dalam banyak-banyak sekolah pendidikan awal, umIizz pilih Little Caliph untuk abang Izz memandangkan aktiviti harian mereka tersusun cantik tanpa membiarkan anak-anak leka bermain. Alhamdulillah LC di tempat abang Izz menitik beratkan waktu solat termasuk solat dhuha juga diajar dan diamalkan dalam aktiviti harian.


abang izz menjadi imam solat

Disebabkan itu, usia abang izz 5tahun lebih, beliau sudah boleh solat sendiri dengan bacaan yang betul dan beliau minat mengimamkan kawan-kawan. Alhamdulillah LC Sungai Besi membantu anak umiIzz melakukan solat dengan betul dan galakan tersebut memudahkan umiIzz membentuk abang Izz melakukan solat dirumah dan dimana sahaja tanpa perlu menunggu umiIzz dahulu melakukan solat.

Selain aktiviti solat dan mengaji, LC sungai besi sangat-sangat terbaik apabila aktiviti harian selepas waktu kelas dipenuhi dengan kretiviti guru-guru yang tidak pernah jemu berkongsi dan mengajar ilmu. Alhamdulillah, setiap kali pulang dari sekolah ada sahaja bahan rekaan abang izz ditunjukkan pada uMIizz.. =) malah aktiviti diluar sekolah juga menjadi aktiviti tahunan LC..=) alhamdulillah...Malah abang Izz sudah boleh membaca buku sendiri, kadang-kadang umiIzz tidak berkesempatan membaca suratkhabar, Izz danish tolong baca kuat-kuat untuk umiIzz.. alhamdulillah... Jadi, sekolah beginilah yang tepat untuk uMIizz menghantar anak-anak melalui pengalaman pendidikan awal..

Jika anda ibubapa yang inginkan terbaik untuk anak-anak, kajilah dahulu setiap sekolah yang ingin dipilih, apakah sistem pembelajarannya, aktiviti apa yang dijalan kan sepanjang lepas waktu sekolah dan adakah ilmu islam yang diajar dipraktikkan disekolah.

Apapun pilihan ibu bapa, umiIzz doakan agar ibubapa berjaya memilih sekolah yang terbaik buat sicomel. Perlu diingat, sekolah pendidikan awal adalah pengalaman pertama anak-anak supaya berasa lebih yakin meneruskan pengajian seterusnya di sekolah 

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Selasa, 14 Oktober 2014

Semoga berjaya sahabatku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim

Setiap sesuatu itu ada hikmahnya dan selalu yang baik itu Allah sayang dan sekejap je Allah beri pinjam.. Maka bila anda rasa ia baik untuk anda, belajarla menghargai. Belajarlah ikhlaskan hati tak kira la dalam perhubungan mahupun dalam apa jua situasi.




Umi selalu berpesan, pada adik-adik.. anak-anak, yang salah tetap salah. Maksud umi disini, perbuatan salah tetap salah dan tak perlulah kita turut serta membantu melindungi perkara yang salah. Sebab kalau orang lain tak tahu, Allah tahu.. Allah ada dan maha melihat. =)

Begitulah dalam perhubungan persahabatan, indahnya bersahabat andainya ianya seikhlas hati dan bukan niat sekadar melepaskan diri.=D Alhamdulillah, sahabat yang umi kenal semuanya baik-baik belaka.. Alhamdulillah, Allah berikan setiap persahabatan itu dalam situasi yang baik dan aman.

Berbalik pada tajuk entry ni, umiIzz dedicate untuk sahabat bernama azie.. sebelum ni ada cerita tentang AMY sekarang sorang lagi team kami pergi tinggalkan umiIzz.. Orangnya cantik, ceria, periang, sangat amanah dan pekerja yang sememangnya cemerlang. =D dan suka menolong orang..

Buat azira,


Semoga azie berjaya di tempat baru, dikurniakan keluarga bahagia hingga jannah dan menjadi isteri yang solehah. Terima kasih sebab banyak membantu dan sudi kawan dengan umiIzz yang tak berapa comel ni. Ingatlah, Allah uji sebab sayang dan setiap ujian Allah itu memberi khidmah tersembunyi yang kita akan lalui kemudian.

Semoga Allah melindungimu selalu dan jangan lupa umiIzz disini..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Selasa, 7 Oktober 2014

Salam AidilAdha 2014 - Pengorbanan kita dijalan Allah??

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, Allah bagi kita bernafas untuk hari ini dan diharap dapat berterusan kehari akan datang agar kita dapat berubah menjadi lebih baik dan lebih beramal.. Walaupun kita rasa kita telah beramal tetapi jadilah manusia yang tidak pernah puas beramal.




Alhamdulillah.. Dalam dunia ini, banyak cabang rezeki yang boleh kita usahakan. Mencuba dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya dan jika tidak usahakan yang lain tanpa putus asa. Allah juga tidak suka jika kita berjaya, kita memandang rendah pada mereka yang kurang berjaya apalagi yang langsung gagal. Namun, dalam dunia ni.. ramai yang suka memandang rendah pada kekurangan orang lain, walhal mereka tidak sedar sebenarnya Allah beri orang lain gagal kerana inginkan mereka yang berjaya itu berjaya. Tapi kebanyakkan mereka adakalanya berkumpulan mengata antara satu dengan lain yang sipolan itu tidak mahu berusaha.. atau kita mengatakan mereka gagal sebab malas..

Sebab kita tak berada dalam kasut mereka, kita tak nampak usaha mereka setakat mana.. kita tak tahu, laluan harian mereka bagaimana.. Apapun setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan besar. Hanya orang yang melaluinya sahaja akan mengakui betapa bernilainya pengorbanan yang dilakukan untuk berjaya..


Mereka gembira di rumah opah (MIL)

Di kesempatan ini, dalam usia yang Masih berbaki.. Dalamilah apa yang islam berikan panduan untuk menuju jannah. Kadang terlupa, Allah ingatkan dengan UJIAN. Lalu janganlah kita mengeluh kenapa Allah uji sedemikian sebenarnya Allah panggil kita KEMBALI kepadaNya melalui ujian.

Semoga dengan kehadiran AidilAdha, kita memahami maksud tersirat kisah dari pengorbanan seorang anak dan bapa melalui kisah Nabi Ismail dan Ibrahim yang Allah uji dengan keikhlasan mereka dijalan Allah.

Peristiwa Nabi Ibrahim diuji dengan perintah supaya menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail, disebut dalam surah As-Saffat, ayat 102 hingga 109:

"Maka tatkala anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata:

"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati aku dari orang yang sabar.

Maka apabila keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan mukanya di atas tompok tanah (untuk disembelih), ketika itu Kami (Allah) menyerunya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu" - Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

"Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim,".

Salam AidilAdha dari kami keluarga IZZ..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136




Salam sayang dari,




gif creator
gif creator