PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 17 Julai 2015

Salam Aidilfitri 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim


Alhamdulillah, esok akan meraikan aidilfitri dan hari ini hari terakhir bulan Ramadhan.. Sayu rasanya kerana Bulan mulia ini terlalu banyak masa kita terluang begitu sahaja atau diisi penuh dengan ibadah adalah kita sendiri yang tahu. Namun, janganlah berputus asa untuk meneruskan ibadah dan menambah amalan-amalan sunat dalam kehidupan seharian.



Alhamdulillah diucapkan juga kerana masih berpeluang menyambut Syawal bersama keluarga tersayang iaitu anak-anak dan suami tercinta disisi. Alhamdulillah juga pinjaman Allah itu masih dapat bersama-sama berusaha kearah kebaikkan dan lebih baik. Semoga urusan kita Allah mudahkan dan berkati.

Tahun ini, umiIzz beraya di kampung abiIzz di Gombak dan insyaAllah usai solat jumaat kami bergerak pulang ke Johor. Anak-anak dah tak boleh nak gambarkan perasaan mereka yang asyik bertanya bila nak balik kampung umi? Pada mereka perjalanan jauh ke rumah ibubapa umiIzz adalah perjalanan pulang kekampung yang sebenar berbanding rumah opahnya yang acap kali tiap minggu kami singgah. ('',)

Setiap hari akan bertanya berapa lama lagi tinggal untuk kita pulang ke kampung atuk dan nenek? Bila akan datang raya? Begitulah hangatnya hari-hari umi rasa nak meraikan anak-anak pulang ke desa tercinta.

Apapun kepada semua pembaca blog umiIzz umiIzz ucapkan Selamat menyambut aidilfitri maaf zahir dan batin. Berhati-hati di Jalan Raya sentiasa.



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Khamis, 16 Julai 2015

Rumahku Syurga ku Part 6 : Banyak da siap dan banyak lagi nak buat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahiroohmanirrohim

Makin panas suasana hari raya ni.. Ramai yang dah mula sampai di kampung halaman dan tak lupa yang masih didalam perjalanan pulang ke desa. Didoakan semoga perjalanan kalian dimudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang di tuju.



UmiIzz masih di pejabat. Masih lagi mengira waktu untuk pulang ke rumah mertua. Apapun dalam hati dah tak sabar dan sedang menghitung waktu yang berjalan seakan-akan perlahan. Sisa masih berbaki ni apa kata umiIzz bercerita perjalanan seterusnya penambahbaikkan rumah kami.


Minggu ketiga puasa kami membuat lawatan ke tapak rumah kami yang masih dalam penambahbaikkan. Nampaknya banyak juga yang telah berjaya disiapkan dan sememangnya rasa cukup bersyukur dengan semuanya. Walaupun ada yang kata rumah kami buruk seawal sebelum penambahbaikkan bermula, kami  tetap bersyukur yang semua ciptaan Allah itu ada kebaikkan dan keistimewaan tersendiri ('',) Mungkin lepas ni umiIzz kene rajin mengemas dan berhias kot untuk nampak rumah lebih indah..hehe

Hari tu kalau ditengok, dinding semua dah naik batu cuma belum plaster simen je. Boleh tengok disini. Tapi kali ini, semua dan siap simen.. Lantai dah simen begitu juga dinding.


NAmpak tak pintu asal tu dah umiIzz minta kontraktor tutup.. sebab kat belakang tu umiIzz rasa macam tak perlu dah pintu sebab orang takkan pusing ke belakang untuk masuk dalam kecuali orang yang tak dijemput kan?? 

Lantai dah simen cantik, sebelum ni kan macam kelibut sikit almaklumlah rumah lama

Yang ini pun umiIzz minta simen n tebang pokok yang ada.. Cadangnya akan datang nak buat bilik kat sini hehe..


Ha yang ni la kening tingkap, eh korang panggil apa erk.. nak bagi tingkap rumah naik seri so umiIzz minta mereka letak benda ni.. yang ni beli siap n gam je. harap-harap kukuh la


Sekarang ni tengah sibuk buat table top. Erm yang ni tak dan kami bagitahu apa dia da buat siap-siap.. Nampak tak bekas plaster tu?

Dia kene buka balik singki ayng tertanam kat situ n kenala pluster balik atas tu.. sabo jela.. sebab umiIzz nak singki mengadap tingkap takdela kelembapan terjadi kan.. betul tak?? hihih

Yang ni nak tunjuk pintu biasa je kami pasang. Ruang ni dulu memang ada pintu cuma mengadap jalan raya. Sekarang ni umiIzz ubah mengadap rumah orang pulak nnt kene la cover sikit tepi tu supaya tak nampak.. Bilik air yang tambah satu lagi pun dah siap.. 


Alhamdulillah, bila lihat banyak perubahan penambahbaikkan siap.. lega juga lah.. lepasni pintu depan pasang bersama tingkap.. mungkin pemilihan tile dan cat yang terakhir kali kot kan..

Apapun moga Allah mudahkan urusan kita semua..

Selamat berhari raya

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Rabu, 15 Julai 2015

Rumahku Syurgaku Part VI : Lawatan minggu kedua di bulan Ramadhan 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini lagi dua hari nak sambut hari raya.. Masih diofis dan masih walaupun xde mood nak datang kerja.. Aduhai, jangan ikut tabiat tak baik umiIzz ni ya.. (^_^) Actually nak simpan cuti untuk cuti aidiladha tahun ni, memandangkan suami akan ke rumah Allah menjadi tetamu Allah sekali lagi sebagai pengurus jemaah makanya umiIzz mengambil kesempatan nak bawa anak-anak pulang berya di kampung.. (*_*)



Seronok kan nak raya ni? Disambut dengan persiapan yang sederhana tetapi hati gembira tak terkata sebab nak bercuti balik kampung jumpa sanak saudara dan rakan taulan. Anak-anak umiIzz sibuk nak balik kampung, setiap hari dibulan ramadhan akan menghitung hari untuk ke rumah atuk dan neneknya yang dirindui.. Sedih pulak umiIzz sebab jauh nak berulang alik, inikan pula nak ikut cadangan jangan balik kampung untuk berjimat.. Owh tidak.. untuk anak-anak umi sanggub buat apa saja begitu juga perasaan umi sebagai anak yang dah dewasa akan buat apa sahaja untuk menggembirakan hati orang tua yang membesarkan kita selagi hayat mereka masih ada.

Owh sayu pula hati bila kisah ayah dan ibu disentuh, sebab merekalah yang melahirkan kita didunia sanggub berkorban apa sahaja untuk membesarkan kita inikan kita yang dah besar berjaya nak biarkan mereka merindu dalam sayu?? Heheh

Ok, berbalik pada cerita asalnya.. umiIzz nak cerita berkenaan penglawatan kami ketapak rumah kami pada musim puasa minggu ke dua aritu..  Ermm nampaknya banyak progress yang berjalan dan kelihatan sangat memuaskan.

Kontraktor umiIzz ni memang pakar buat rumah. Jadi apa yang kami mahukan, dia dah bole buat dengan senang malah siap bertukar-tukar pendapat lagi bagi penambah baikkan yang terbaik buat kami. Siap tunjukkan kedai barang-barang yang murah dan berkualiti untuk kami beli macam pintu, tingkap dan lain-lain lagi.. Alhamdulillah bertemu kontraktor yang bagus. Semua rezeki dari Allah..

Jom layan gambar.. Gambar sebelum ini disini

Sebab lantai dah turun maka siling pun tinggi sangat-sangat.. (',')

bingkai pintu ni dia buat sendiri.. memang sangat jimat hokey

tinkap depan je umiIzz tukar.. kiri kanan still biasa lagi..

ruang bilik no 1 yang dah bertukar ke dinding batu

yang ini, diorg tengah betulkan lantai sebabnya lantai rumah tidak rata/ tak sama tinggi kalau budak-budak lari boleh ajtuh sungkur.. konkrit balik hokey.. kalau kontraktor lain, mahunya mahal kos-kos sebegini.. tapi kontraktor yang umiIzz pakai ni.. alhamdulillah, allah  mudahkan jalan.
Awning dikekalkan sementara..


Baru plaster sikit dinding luar..

Ok, tak sabar nak tengok keadaan rumah untuk progress selanjutnya. UmiIzz berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan. Yelah, buat rumah ni kos dia bukannya sikit kan, memang banyak berlipat ganda.. kita bajet sekian tp bila dan on progress macam-macam pula kerosakan yang dijumpai dan perlu dibaiki, wajiblah duit bertambah sikit-sikit. Takpelah.. moga rumah ini nanti menjadikan anak-anak umi membesar dengan selamt dan menjadi khalifah berjaya dunia akhirat, insyaAllah.



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Minuman Coklat paling sedap didunia.. (^_^)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk umiIzz berceloteh hari ini. Sape kat sini suka makan coklat?? Feberet memang coklat dan memang hantu coklat? Siapa pula yang ada migrain tapi suka makan coklat melampaui dan sape yang nak diet tapi pantang nampak coklat?? Heheh Jawapannya umiIzz.. (*_*) Sebab apa? Sebab Coklat ni sedap.. Memang terbaik punya hobi hihih..




UmiIzz ni memang pantang kalau nampak coklat. Walaupun ada migrain dan telah dinasihatkan oleh doctor supaya mengurangkan pengambilan coklat (Dulula kan....) Tapi umiIzz selalu la buat-buat lupa pesanan doctor. Lepas tu time datang migrain tu.. layan jela macam layan coklat huhu...

Tapi Alhamdulillah sejak amalkan ostemetrik, migrain kurang, dah ajrang bertemu dan langsung hilang kadang-kadang.. Mungkin Allah izin Ostemetrik membantu umiIzz melegakan migrain yang serang ('',)

Bila dan takde migrain ni, mula la syok layan coklat kan? Tapi usia begini.. haruslah kurangkan yang manis. So tidaklah terlalu sekerap dulu umiIzz makan coklat yang sebagai kewajipan harian. (",)

Tapi ada satu Coklat yang umiIzz sedang syok layan ni.. Memamng hari-hari minum dan rasa kenyang, selesa dan gembira bertenaga.. Korang tahu ke? ha.. apa, apa?? Cube la teka kalau terrer.. hhehehe..

Ok.. yang umiIzz maksudkan kat sini adalah Chinch Coklat Shaklee.. MasyaAllah memang sedap sangat2.. umiIzz rasa ia lebih sedap dari milo dan air coklat lain dan paling best, minum tu bole kenyang.. tak payah tambah gula pun tau.. memang sihat wal-afiat insyaAllah.. (^_^)

Kalau korang nak tahu, serius teruja kesedapan nya so umiIzz share kan kebaikkan nya untuk korang hadam ya.. heheh..

Kebaikkan Chinch Shaklee ni kan..

  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina 
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting 
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan Soya bukan GMO  


Keistimewaan Cinch Shake Mix Shaklee
[✔] Menyimpan otot sedia ada dan memelihara otot dari rosak
[✔] Membakar lemak yang tidak diingini
[✔] Mengurangkan inci yang tidak diingini
[✔] Makanan segera untuk mereka yang aktif
[✔] Tinggi kandungan serat dan memberi rasa puas dan kenyang
[✔] Mengandungi nutrisi lengkap untuk memelihara keseluruhan kesihatan
[✔] Diperkaya dengan leucin untuk memelihara otot
[✔] Merupakan meal replacement yang sihat dan mengenyangkan

Apa Itu Cinch Shake Mix ? Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda. Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

So, kepada penggemar Coklat dan nak ramping dan sihat serta selamat jom kita minum Coklat Chinch Shake dari Shaklee..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Isnin, 13 Julai 2015

Ramadhan 2015 : Cookies Chinta tempahan untuk agihan kepada anak yatim


Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bismillahirrohmanirrohim

Pejam-celik, pejam celik dah seminggu berpuasa.. Minggu ke dua puasa, apa korang rasa? Teruja tak berpuasa tahun ni? Kami macam biasa, kesederhanaan yang dididik oleh ibubapa umiIzz, umiIzz tanamkan kedalam diri anak-anak dan suami turut setuju ikut sama. Alhamdulillah.. Tiada pembaziran dan perjalanan sahur anak-anak juga Allah mudahkan.

Alhamdulillah, minggu ke tiga puasa ini.. Walaupun sibuk dengan kerja di pejabat dan tugasan diluar waktu kerja tetap umi jalankan. Tempahan Cookies Chinta untuk anak yatim telahpun siap malah umiIzz bersyukur segalanya berjalan lancar.



Jadi bolehla umiIzz fokus pada tempahan aidilfitri nanti. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik untuk menyiapkan, cuma kemalasan tu tetap tak hilang., ada sikit-sikit lekat.. Allahuakhbar.. Mintak penyakit M ni berlalu la dalam hidup kita kan..

Yang atas ni Chocolate Chip Cookies.. Memula mereka nak M&M Cookies tp last minit minta umiIzz buat Chocolate Chip Cookies je,. UmiIzz layankan je sebab pada umiIzz asalkan anak-anak yatim itu gembira, umiIzz rasa syukur bahagia.

Namun, bila dah hantar tempahan ada penambahan, sayang nya.. dengan rasa berat hati dan kesedihan, umiIzz terpaksa menolak kerana jadual padat dan beliau beri tempoh untuk siap sebanyak 2hari satu malam,. jadi umiIzz tidak berkesempatan nak buat. Maafkan saya Allah kerana tidak meraikan lebih baik lagi. Mungkin lepas ni kene amik pembantu untuk bantu menyiapkan tempahan sebegini.. InsyaAllah.. Moga Allah mudahkan.

Rumah pun masih lagi dalam penambahbaikkan tapi nanti umiIzz sambung cerita rumah kami ya..

Semoga setiap kerja yang kalian lakukan mendapat barokah dan dimudahkan Allah.
Selamat berpuasa.



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Khamis, 2 Julai 2015

Rumahku Syurgaku Part V : Penambahbaikkan yang terbaik untuk kebaikkan sejagat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahhirrohmanirrohim..

Selamat berpuasa dengan nikmat syukur dan ibadah berganda-ganda.. Dah ada menu ke petang ni? UmiIzz cadang nak buat cucur udang sikit dan macam biasalah ada nasi putih berlauk simple untuk anak-anak.. Korang mesti meriah kan menu berbuka..



Ok, berbalik pada cerita umiIzz aritu berkenaan rumah umIizz.. yang dalam penambahbaikkan.. ini adalah penambahbaikkan bukannya pengubahsuaian bagi cantik, almaklumlah zaman moden yang serba GST ni, kita perlulah memikirkan keperluan berbanding kehendak.. Harapannya biarlah dimudahkan Allah urusan penambahbaikkan dan menjadi kebaikkan buat kami sekeluarga.

Rumah yang asalnya rumah kampung, berdiding papan dan belakang berdinding batu, terpaksa kami ubah kepada dinding batu bagi mengelakkan kerosakkan oleh anai-anai.. sebab ada bahagian yang tuan rumah lama tak jaga diduduki oleh cik anai-anai..

Bab anai-anai ni kami minta kontraktor buat penyemburan racun anai-anai dahulu sebelum menambahbaikkan rumah kami. Kami beli sendiri racun dan beliau proses. Alhamdulillah.. Allah mudahkan.


Ok, kat atas ni rumah asal yang kami beli. depan ada pokok rambutan ok... dan sebelum ni ada tertanam terung pipit tapi kami terpaksa matikan pokok terung pipit tu yang besar menjalar tepi rumah.. So tinggallah pokok rambutan ni dalam kawasan rumah. Kat luar kawasan rumah ada pokok duku, pokok kelapa dan belimbing buluh, sangat harmoni je.. macam dikampung je umiIzz rasa.. nyaman gitu.. alhamdulillah..

Masa dah dapat rumah tu, nak cari kontraktor yang terbaik dan sangat baik hati punyalah payah.. Almaklumlah kami dapat bulan 2 hari tu, so kejarkan GST tp Allah tulis nak dapatkan kontraktor lepas GST juga, redha je la.. moga mencukupi duit untuk penambahbaikkan tu.

Doa yang baik-baik dan sungguh-sungguh selalu pada Allah alhamdulillah, dapat juga kontraktor yang mempunyai ciri-ciri terbaik dan sangat baik hati.. Kalau korang nk umiIzz rekomenkan nnt pm je umiIzz kenalkan tokei kepada kontraktor ni..

Menggunakan perkhidmatan tukang ni (umiIzz panggil tukang lagi senang taip kot simple je perkataan nya dari kontraktor yg hurufnya banyak =P) hihi.. MasyaAllah berapa banyak gelak dah ni.. astaufirullah.. astaufirullah..

Diperkenalkan oleh sepupu husband a.k.a mamact.. sape kenal mamact?? beliau blogger jugak tp disebabkan beliau sangat bz dengan biz, so berkurangan ayat nak dicurah walaupun banyak idea mencurah-curah datang.. (*-*)

Masa nak buat tu, kami tanya la itu ini begitu begini dan jawapan diberi dengan mudah, ok.. boleh.. budget pun umiIzz rasa berbaloi lebih berbanding orang lain.. So kami mulakan kerja-kerja 2minggu sebelum bulan puasa. Bagusnya tukang ni sangat pandai berjimat cermat membeli barang dan mereka siap ajar kami supaya jangan beli terlalu banyak barang untuk digunakan dikhuatiri xhabis lalu membazir.

So bermulalah episod menambahbaikkan rumah kami.. Jom layan gambar..





Banyak tau sebenarnya penambahbaikkan yang perlu kami buat, orang kata nak beli rumah biarlah tidak makan kos penambahbaikkan tapi pada umiIzz, kos penambahbaikkan yang kami tanggung masih berbaloi kalau membeli rumah kawasan bandar dengan harga yang kami dapat.. semua tu rezeki Allah =)

Asalnya kami nak kekalkan dinding kayu ni, tapi memandangkan memikirkan anai-anai yang cantik-cantik dan baik maka kami mangambil jalan lain agar rumah dipecah dinding kayu bertukar batu. Sebut harga untuk naik dinding batu pun cantik dan tukar lantai tinggi ke lantai bawah pun masih sebutharga cantik.. (*-^)
Jom layan gambar..






Tinggallah kenangan segala dinding kayu ni.. totally kami tukar demi kesejahteraan kehidupan alam semulajadi.. Moga cik anai-anai itu mendapat busut lain yang jauh lebih baik untuk membiak.. hehe

Rumah lama ini mungkin bole dipusakakan oleh tuan rumah, namun disebabkan terdapat banyak harta tuan empunya di negeri kelahiran beliau maka yang ini dilepaskan dengan air mata.. kami pula menyambutnya dengan mata berkaca-kaca tanda syukur dengan nikmat Allah.

Ok, sambung lagi kisah ini dilain hari. Moga bertambah-tambah rezeki umiIzz dan kalian jua.. InsyaAllah
Rumah tanah lot area ampang, KL, selangor ni korang rasa berapa ye??



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


 Salam sayang dari,



  gif creator
gif creator