PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 2 Julai 2015

Rumahku Syurgaku Part V : Penambahbaikkan yang terbaik untuk kebaikkan sejagat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahhirrohmanirrohim..

Selamat berpuasa dengan nikmat syukur dan ibadah berganda-ganda.. Dah ada menu ke petang ni? UmiIzz cadang nak buat cucur udang sikit dan macam biasalah ada nasi putih berlauk simple untuk anak-anak.. Korang mesti meriah kan menu berbuka..



Ok, berbalik pada cerita umiIzz aritu berkenaan rumah umIizz.. yang dalam penambahbaikkan.. ini adalah penambahbaikkan bukannya pengubahsuaian bagi cantik, almaklumlah zaman moden yang serba GST ni, kita perlulah memikirkan keperluan berbanding kehendak.. Harapannya biarlah dimudahkan Allah urusan penambahbaikkan dan menjadi kebaikkan buat kami sekeluarga.

Rumah yang asalnya rumah kampung, berdiding papan dan belakang berdinding batu, terpaksa kami ubah kepada dinding batu bagi mengelakkan kerosakkan oleh anai-anai.. sebab ada bahagian yang tuan rumah lama tak jaga diduduki oleh cik anai-anai..

Bab anai-anai ni kami minta kontraktor buat penyemburan racun anai-anai dahulu sebelum menambahbaikkan rumah kami. Kami beli sendiri racun dan beliau proses. Alhamdulillah.. Allah mudahkan.


Ok, kat atas ni rumah asal yang kami beli. depan ada pokok rambutan ok... dan sebelum ni ada tertanam terung pipit tapi kami terpaksa matikan pokok terung pipit tu yang besar menjalar tepi rumah.. So tinggallah pokok rambutan ni dalam kawasan rumah. Kat luar kawasan rumah ada pokok duku, pokok kelapa dan belimbing buluh, sangat harmoni je.. macam dikampung je umiIzz rasa.. nyaman gitu.. alhamdulillah..

Masa dah dapat rumah tu, nak cari kontraktor yang terbaik dan sangat baik hati punyalah payah.. Almaklumlah kami dapat bulan 2 hari tu, so kejarkan GST tp Allah tulis nak dapatkan kontraktor lepas GST juga, redha je la.. moga mencukupi duit untuk penambahbaikkan tu.

Doa yang baik-baik dan sungguh-sungguh selalu pada Allah alhamdulillah, dapat juga kontraktor yang mempunyai ciri-ciri terbaik dan sangat baik hati.. Kalau korang nk umiIzz rekomenkan nnt pm je umiIzz kenalkan tokei kepada kontraktor ni..

Menggunakan perkhidmatan tukang ni (umiIzz panggil tukang lagi senang taip kot simple je perkataan nya dari kontraktor yg hurufnya banyak =P) hihi.. MasyaAllah berapa banyak gelak dah ni.. astaufirullah.. astaufirullah..

Diperkenalkan oleh sepupu husband a.k.a mamact.. sape kenal mamact?? beliau blogger jugak tp disebabkan beliau sangat bz dengan biz, so berkurangan ayat nak dicurah walaupun banyak idea mencurah-curah datang.. (*-*)

Masa nak buat tu, kami tanya la itu ini begitu begini dan jawapan diberi dengan mudah, ok.. boleh.. budget pun umiIzz rasa berbaloi lebih berbanding orang lain.. So kami mulakan kerja-kerja 2minggu sebelum bulan puasa. Bagusnya tukang ni sangat pandai berjimat cermat membeli barang dan mereka siap ajar kami supaya jangan beli terlalu banyak barang untuk digunakan dikhuatiri xhabis lalu membazir.

So bermulalah episod menambahbaikkan rumah kami.. Jom layan gambar..





Banyak tau sebenarnya penambahbaikkan yang perlu kami buat, orang kata nak beli rumah biarlah tidak makan kos penambahbaikkan tapi pada umiIzz, kos penambahbaikkan yang kami tanggung masih berbaloi kalau membeli rumah kawasan bandar dengan harga yang kami dapat.. semua tu rezeki Allah =)

Asalnya kami nak kekalkan dinding kayu ni, tapi memandangkan memikirkan anai-anai yang cantik-cantik dan baik maka kami mangambil jalan lain agar rumah dipecah dinding kayu bertukar batu. Sebut harga untuk naik dinding batu pun cantik dan tukar lantai tinggi ke lantai bawah pun masih sebutharga cantik.. (*-^)
Jom layan gambar..






Tinggallah kenangan segala dinding kayu ni.. totally kami tukar demi kesejahteraan kehidupan alam semulajadi.. Moga cik anai-anai itu mendapat busut lain yang jauh lebih baik untuk membiak.. hehe

Rumah lama ini mungkin bole dipusakakan oleh tuan rumah, namun disebabkan terdapat banyak harta tuan empunya di negeri kelahiran beliau maka yang ini dilepaskan dengan air mata.. kami pula menyambutnya dengan mata berkaca-kaca tanda syukur dengan nikmat Allah.

Ok, sambung lagi kisah ini dilain hari. Moga bertambah-tambah rezeki umiIzz dan kalian jua.. InsyaAllah
Rumah tanah lot area ampang, KL, selangor ni korang rasa berapa ye??



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


 Salam sayang dari,



  gif creator
gif creator

2 comments:

Salmiah Mz berkata...

Alhamdulillah, rezeki untuk duduk rumah baru...

UmiIzz berkata...

@Salmiah Mz

Alhamdulillah, Allah izin =) terima masih menjengah blog umiIzz