PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 15 Julai 2015

Rumahku Syurgaku Part VI : Lawatan minggu kedua di bulan Ramadhan 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ini lagi dua hari nak sambut hari raya.. Masih diofis dan masih walaupun xde mood nak datang kerja.. Aduhai, jangan ikut tabiat tak baik umiIzz ni ya.. (^_^) Actually nak simpan cuti untuk cuti aidiladha tahun ni, memandangkan suami akan ke rumah Allah menjadi tetamu Allah sekali lagi sebagai pengurus jemaah makanya umiIzz mengambil kesempatan nak bawa anak-anak pulang berya di kampung.. (*_*)



Seronok kan nak raya ni? Disambut dengan persiapan yang sederhana tetapi hati gembira tak terkata sebab nak bercuti balik kampung jumpa sanak saudara dan rakan taulan. Anak-anak umiIzz sibuk nak balik kampung, setiap hari dibulan ramadhan akan menghitung hari untuk ke rumah atuk dan neneknya yang dirindui.. Sedih pulak umiIzz sebab jauh nak berulang alik, inikan pula nak ikut cadangan jangan balik kampung untuk berjimat.. Owh tidak.. untuk anak-anak umi sanggub buat apa saja begitu juga perasaan umi sebagai anak yang dah dewasa akan buat apa sahaja untuk menggembirakan hati orang tua yang membesarkan kita selagi hayat mereka masih ada.

Owh sayu pula hati bila kisah ayah dan ibu disentuh, sebab merekalah yang melahirkan kita didunia sanggub berkorban apa sahaja untuk membesarkan kita inikan kita yang dah besar berjaya nak biarkan mereka merindu dalam sayu?? Heheh

Ok, berbalik pada cerita asalnya.. umiIzz nak cerita berkenaan penglawatan kami ketapak rumah kami pada musim puasa minggu ke dua aritu..  Ermm nampaknya banyak progress yang berjalan dan kelihatan sangat memuaskan.

Kontraktor umiIzz ni memang pakar buat rumah. Jadi apa yang kami mahukan, dia dah bole buat dengan senang malah siap bertukar-tukar pendapat lagi bagi penambah baikkan yang terbaik buat kami. Siap tunjukkan kedai barang-barang yang murah dan berkualiti untuk kami beli macam pintu, tingkap dan lain-lain lagi.. Alhamdulillah bertemu kontraktor yang bagus. Semua rezeki dari Allah..

Jom layan gambar.. Gambar sebelum ini disini

Sebab lantai dah turun maka siling pun tinggi sangat-sangat.. (',')

bingkai pintu ni dia buat sendiri.. memang sangat jimat hokey

tinkap depan je umiIzz tukar.. kiri kanan still biasa lagi..

ruang bilik no 1 yang dah bertukar ke dinding batu

yang ini, diorg tengah betulkan lantai sebabnya lantai rumah tidak rata/ tak sama tinggi kalau budak-budak lari boleh ajtuh sungkur.. konkrit balik hokey.. kalau kontraktor lain, mahunya mahal kos-kos sebegini.. tapi kontraktor yang umiIzz pakai ni.. alhamdulillah, allah  mudahkan jalan.
Awning dikekalkan sementara..


Baru plaster sikit dinding luar..

Ok, tak sabar nak tengok keadaan rumah untuk progress selanjutnya. UmiIzz berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan. Yelah, buat rumah ni kos dia bukannya sikit kan, memang banyak berlipat ganda.. kita bajet sekian tp bila dan on progress macam-macam pula kerosakan yang dijumpai dan perlu dibaiki, wajiblah duit bertambah sikit-sikit. Takpelah.. moga rumah ini nanti menjadikan anak-anak umi membesar dengan selamt dan menjadi khalifah berjaya dunia akhirat, insyaAllah.



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

0 comments: