PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 16 Julai 2015

Rumahku Syurga ku Part 6 : Banyak da siap dan banyak lagi nak buat


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahiroohmanirrohim

Makin panas suasana hari raya ni.. Ramai yang dah mula sampai di kampung halaman dan tak lupa yang masih didalam perjalanan pulang ke desa. Didoakan semoga perjalanan kalian dimudahkan dan selamat sampai ke destinasi yang di tuju.



UmiIzz masih di pejabat. Masih lagi mengira waktu untuk pulang ke rumah mertua. Apapun dalam hati dah tak sabar dan sedang menghitung waktu yang berjalan seakan-akan perlahan. Sisa masih berbaki ni apa kata umiIzz bercerita perjalanan seterusnya penambahbaikkan rumah kami.


Minggu ketiga puasa kami membuat lawatan ke tapak rumah kami yang masih dalam penambahbaikkan. Nampaknya banyak juga yang telah berjaya disiapkan dan sememangnya rasa cukup bersyukur dengan semuanya. Walaupun ada yang kata rumah kami buruk seawal sebelum penambahbaikkan bermula, kami  tetap bersyukur yang semua ciptaan Allah itu ada kebaikkan dan keistimewaan tersendiri ('',) Mungkin lepas ni umiIzz kene rajin mengemas dan berhias kot untuk nampak rumah lebih indah..hehe

Hari tu kalau ditengok, dinding semua dah naik batu cuma belum plaster simen je. Boleh tengok disini. Tapi kali ini, semua dan siap simen.. Lantai dah simen begitu juga dinding.


NAmpak tak pintu asal tu dah umiIzz minta kontraktor tutup.. sebab kat belakang tu umiIzz rasa macam tak perlu dah pintu sebab orang takkan pusing ke belakang untuk masuk dalam kecuali orang yang tak dijemput kan?? 

Lantai dah simen cantik, sebelum ni kan macam kelibut sikit almaklumlah rumah lama

Yang ini pun umiIzz minta simen n tebang pokok yang ada.. Cadangnya akan datang nak buat bilik kat sini hehe..


Ha yang ni la kening tingkap, eh korang panggil apa erk.. nak bagi tingkap rumah naik seri so umiIzz minta mereka letak benda ni.. yang ni beli siap n gam je. harap-harap kukuh la


Sekarang ni tengah sibuk buat table top. Erm yang ni tak dan kami bagitahu apa dia da buat siap-siap.. Nampak tak bekas plaster tu?

Dia kene buka balik singki ayng tertanam kat situ n kenala pluster balik atas tu.. sabo jela.. sebab umiIzz nak singki mengadap tingkap takdela kelembapan terjadi kan.. betul tak?? hihih

Yang ni nak tunjuk pintu biasa je kami pasang. Ruang ni dulu memang ada pintu cuma mengadap jalan raya. Sekarang ni umiIzz ubah mengadap rumah orang pulak nnt kene la cover sikit tepi tu supaya tak nampak.. Bilik air yang tambah satu lagi pun dah siap.. 


Alhamdulillah, bila lihat banyak perubahan penambahbaikkan siap.. lega juga lah.. lepasni pintu depan pasang bersama tingkap.. mungkin pemilihan tile dan cat yang terakhir kali kot kan..

Apapun moga Allah mudahkan urusan kita semua..

Selamat berhari raya

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

0 comments: