PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 17 Julai 2015

Salam Aidilfitri 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim


Alhamdulillah, esok akan meraikan aidilfitri dan hari ini hari terakhir bulan Ramadhan.. Sayu rasanya kerana Bulan mulia ini terlalu banyak masa kita terluang begitu sahaja atau diisi penuh dengan ibadah adalah kita sendiri yang tahu. Namun, janganlah berputus asa untuk meneruskan ibadah dan menambah amalan-amalan sunat dalam kehidupan seharian.



Alhamdulillah diucapkan juga kerana masih berpeluang menyambut Syawal bersama keluarga tersayang iaitu anak-anak dan suami tercinta disisi. Alhamdulillah juga pinjaman Allah itu masih dapat bersama-sama berusaha kearah kebaikkan dan lebih baik. Semoga urusan kita Allah mudahkan dan berkati.

Tahun ini, umiIzz beraya di kampung abiIzz di Gombak dan insyaAllah usai solat jumaat kami bergerak pulang ke Johor. Anak-anak dah tak boleh nak gambarkan perasaan mereka yang asyik bertanya bila nak balik kampung umi? Pada mereka perjalanan jauh ke rumah ibubapa umiIzz adalah perjalanan pulang kekampung yang sebenar berbanding rumah opahnya yang acap kali tiap minggu kami singgah. ('',)

Setiap hari akan bertanya berapa lama lagi tinggal untuk kita pulang ke kampung atuk dan nenek? Bila akan datang raya? Begitulah hangatnya hari-hari umi rasa nak meraikan anak-anak pulang ke desa tercinta.

Apapun kepada semua pembaca blog umiIzz umiIzz ucapkan Selamat menyambut aidilfitri maaf zahir dan batin. Berhati-hati di Jalan Raya sentiasa.



Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

0 comments: