PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 30 September 2015

Lotus Desaru : Percutian menarik seisi keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah.. Hari ni walaupun jerebu masih nampak tidak berapa elok untuk anak-anak keluar rumah.. makanya setiap ibu pasti tahu menjaga anak masing-masing untuk tidak melakukan aktiviti diluar kawasan.. Macam umiIzz sendiri, umiIzz lebih suka berpesan pada abang Izz setiap kali beliau ke sekolah, supaya tidak berada diluar kelas atau bermain diluar kelas. Almaklumlah nama pun budak. Makanya diharapkan para guru agar dapat membantu ibubapa memantau anak-anak murid disekolah sepenuhnya. Sebab, si kecil itu.. yang baru belajar, wajib kita pantau memandangkan tanggungjawab kita sebagai guru sangat dipandang berat diakhirat kelak. Namun harapan umiIzz atau semua ibu-ibu mestilah Allah selalu menjaga anak-anak kita.. =)




OK, berkenaan tajuk tu.. umiIzz sebelum ni terlalu sibuk sehinggakan tak sempat update blog dengan cerita menarik percutian umiIzz so kalaun rasanya ada sesiapa yang nak review kisah Lotus Desaru boleh la umiIzz kongsikan pengalaman kami sepanjang bercuti disana..

Tempat menarik, sejuk dan nyaman.. juga sesuai untuk pengantin baru kerana tidak terlalu penat nak bergerak jauh-jauh.. maka kat lotus ni sesuai juga jika dijadikan tempat honeymoon.

Kami pergi bercuti masa lepas kenduri adik umiIzz hari tu. UmiIzz sebenarnya nak kenalkan kepada abiIzz tempat menarik di Johor disamping membawa anak-anak kenal tempat-tempat ditempat kelahiran umi mereka.


Tengok le anak-anak posing, ditambah muka abiIzz macam tu tah pape hihih



Gaya macam ni pula..


Akhirnya abiIzz maybe dah penat senyum hihihi,, anak-anak yang sangat soweeet


Ok bergambar dulu sebelum mandi-manda..

Sorylah gambar dalam bilik yang agak romantik, ini abiIzz yang pilih, so layanlan jelah kan.. si adikIzz dan abang Izz tanya kenapa pula ada itik atas katil ni umi?? =P Sila abaikan






Kitorang tak banyak sangat berada dalam bilik, abiIzz siap ajak pergi main pasir kat tepi pantai.. so umiIzz ikut jelah.. selagi tak menyalahi peraturan Allah, on je.. cumanya umiIzz tak mandi sama.. memang kalau ketempat macam ni, memang umiIzz jarang basahkan baju.. I is malu,ok.. Oleh kerana adikIzz je yang ada dengan umiIzz so gambar dia je lah banyak.. gambar abang izz tak dapat umiIzz amik sebab dia sibuk main air tepi pantai dengan abi.. so excited abang izz.. Adik izz masih takut so layan pasir jelah..



  










Nilah gambar abangIzz yang kebasahan main air pantai yang deras jugak lah tengok..nasib dia tak dihanyutkan air..risau umiIzz..


Ok, pandai selfie sendiri dah sekarang ni.. hamboi..

Kat sana ada bas hangkut-hangkut.. hehehe ini panggilan abang izz, layan jelah.. senang juga ada bas ni, so tak lah penat jalan jauh dari tempat penginapan nak ke tepi pantai.. main di tepi pantai best juga sebab angin kuat..











Kat bawah ni gambar aktiviti kat waterpark,serius enjoy dan gumbira si anak and bapak dengan sampai si adik Izz yang kecik tu dengan sendirinya berani meluncur dalam air yang akhirnya jatuh kedalam kolam yang agak tinggi.. serius suspen umiIzz masa tu perhatikan dari atas sebab xjoin sama.. Just tengok diorg je.. tak nampak pula adik meluncur, nampak-nampak abi jalan dengan mula sedikit risau tengah cari-cari. So umi pun mencari-carilah kelibat adik, dalam hati berteka-teki.. MasyaAllah, betullah adik meluncur dahulu dan umi sendiri tak perasan sebab dia terlalu kecik, sampai dalam kolam tu dia diasak-asak dan pelampungnya terbalik.. Nak menjerit umiIzz namun maha kuasa Allah ada seorang kanak-kanak besar sempat tarik tangan adik Izz dan beliau kelihatan pucat ketakutan sebab dah meluncur jatuh dari pelampung yang terbalik tu.

Abi, kata.. dia tengah tunggu abang Izz tak sangka adik meluncur sendiri dengan berani. So seharian tu, aktiviti di waterpark kami stop kerana adik ketakutan. Kitorang pun main air tepi pantai jelah.. Pengalaman untuk adik Izz..

Tapi esoknya kembali ok dan main air kat waterpark macam biasa..


Abi terus peluk na dukung adik Izz..

Ada semangat lagi nak main..

Alhamdulillah dah boleh senyum walaupun dia masih takut-takut..

Ha... nila air kelapa gergasi yang best tu.. Kalau tadahan air penuh je, air tu akan melimpah n sape yang tak perasan opkos basah.. tapi ada yang menunggu air jatuh.. umi??
Tidaklah..



Walaupun keadaan agak cemas di waterpark, tapi mereka berdua tetap seronok dan syukur kerana tiada perkara tidak baik berlaku.. Apapun perkara itu umi anggab sebagai pengajaran untuk adik Izz agar lebih berhati-hati dan sabar dalam melakukan apapun..

Yang penting nak bagi tahu, tempat ni memang best dan kalau korang nak turun johor, boleh juga pilih tempat ni sebagai tempat percutian menarik..

Selamat bercuti..


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,




gif creator
gif creator

Isnin, 28 September 2015

Aidil Adha 2015 di Johor : Terobek Korban di Johor dan Makkah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Oleh kerana kat kampung tak on langsung Blog.. disebabkan menghabiskan masa sepenuhnya bersama anak-anak dan ayah ibu.. Makanya hari ini baru nak terobek kembali cerita kami di sana.




Perjalanan dari KL ke Johor kami pada selasa minggu lepas, syok nye bila umiIzz sendiri cadang naik bas bersama anak-anak. AbiIzz benarkan, alhamdulillah inilah pertama kali buat adikIzz tapi tah berapa kali buat abang Izz. Saja bawak mereka pulang menaiki bas agar enjoy perjalanan mereka lalui tanpa terlalu rindukan abi.
Kat TBS, punyalah eksited nak naik bas

Tengok posing bukan main

Abang Izz duduk seat single..


Dalam perjalanan tidur.. Alhamdulillah

Duduk ok lama-lama lena.. alhamdulillah..



Kalau tengok gambar-gambar tu, nampak juga mereka sedikit eksited dan cool.. tapi semakin dekat di bandar bas stand, semakin tak sabar si adik Izz. Siap cakap, kenapa kita ke sini, adik nak kampung.. bukan sini.. Ini bukan kampung.. alahai budak cerdik.. lucu ada, letih pun ada nak terangkan bagi faham..

Bila dah sampai kat kampung tu, bukan main lagi mereka berdua. Seronok yang teramat. Si abang danish siap ikut pak ude jalan-jalan bermain game lagi hari kedua. UmiIzz dengan adik kat rumah saja tak kemana.

Dengan adik sepupu..Alia

amboi.. pandai..


Atuk menghantar nenek ke klinik untuk cekup, sayangnya nenek hampir kene tahan wad sebab darah tinggi lebih sedikit. Patutlah asyik mengadu pening kepala je. Risau umiIzz sampaikan pesan pada nenek, jaga makan.. nanti mak sakit..

Pagi raya tu, abang dan adik izz ikut atuk dan acu solat sunat AidilAdha. Dapat perkhabaran dari abiIzz disana beliau sihat dan selamat, alhamdulillah. Walaupun hati agak berdebar-debar kerana peristiwa rempuhan di Mina, namun lega kerana kedengaran tiada kemalangan dari JH Malaysia.


Aktiviti rumah nenek.. Lego..

Yang ni usai solat Sunat Aidil Adha.. tengah tunggu nak makan.. ruang tengah rumah nenek..



Hari jumaat tu, umiIzz ikut nenek ke Kulai, dalam dia tak sihat, sibuk juga nak cari barang umi... So nak tak nak, layan je la.. jerebu juga masa tu agak teruk tapi layankan jela. Dapatlah kain langsir untuk bilik abang izz nanti. Cuma tak berapa suka cara jurujual melayan customer, dan bila kita dah potong dan balik baru perasan si jurujual salah potong. Sangat tensen tapi umiIzz husnozun sahaja dengan jurujual cina tu. Takpelah.. ada hikmah mungkin kan?

Pagi sabtu tu, majlis korban dijalankan.. Ayah kata dapat seekor lembu yang besar. rezeki kami dan mereka semua alhamdulillah.. double Izz tak dapatlah ikut kerana cuaca jerebu umiIzz tak berani nak lepas. Alhamdulillah semuanya dimudahkan Allah.




Semoga pengorbanan yang dilakukan dengan susah payah ini, diterima Allah SWT dengan lebih lagi disisiNya. Terima kasih Allah kerana mudahkan urusan ayah dan mak umiIzz sekeluarga.

Yang ni, imam umiIzz lega dah settle melontar ditemani orang arab..hehe
Botak dah bang aji umiIzz..
Alhamdulillah


Hari sabtu tu, masak sekali lagi lodeh dengan ayam masak merah, yang ni sebab nak bagi angah merasa la pulak sebab dia balik lewat raya haji ni, so ayah dengan mak kesian.. masakkanlah jugak.. Petang tu umiIzz buat puding roti sos castard.. Resepi boleh clik disini


Masak guna Pemanggang Ajaib nenek yang umiIzz belikan kat langkawi tempohari..

Diorang makan seronok tengok. Guna pemanggang ajaib ni satu keistimimewaanya tak melekat.. Sangat senang, cuma umiIzz suka bakar puding roti dalam oven, lebih senang gitu kot, sebenarnya tak biasa bakar puding roti guna ni.. So sos nya macam biasalah kan, guna tepung custard dan susu cair serta gula pasir.. memang terbaik.

Hari ahad tu, umiIzz dan double Izz pulang ke KL.. masa ni tumpang angah.. tengok le keterujaan dapat jalan naik kereta pakngah diorg ni..

OTW ke KL dalam kereta pakngah..

Bila dah sampai KL, tersedar dari tidur, si adik Izz merengek-rengek nak kampung, nak kampung.. Agaknya lah kan.. dah seronok main dengan atuk dan nenek.. rasa rindu nak tinggalkan.. Alhamdulillah, selesai semuanya, harini kembali bertugas.. kesian nenek dan atuk di kampung sebab rindu pula bila cucu-cucunya kembali kerumah masing-masing.. InsyaAllah kita berjumpa lagi ye nenek..

Selamat berjumpa lagi aldiladha akan datang, insyaAllah

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Sekolah Di Kuala Lumpur Cuti Lagi : Jerebu 18.12.2015 : Takziah Jemaah Haji yang terkorban dalam rempuhan Mina

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Cuaca nampaknya meraih jerebu lagi, makin teruk dan makin suram. Memang kualiti udara sekarang ni sangat-sangat tidak menggalakkan. Makanya tindakan wajar perlu kita ambil bagi menangani gejala penyakit yang bersangkutan.




DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan. Ajal maut ditangan Allah dan tak perlu kita pertikaikan kenapa dan mengapa kerana hanya Allah yang maha mengetahui setiap kejadian buruk baik sesuatu itu.

Semoga roh kepada Almarhum jemaah haji Malaysia dan jemaah haji lain ditempatkan didalam golongan orang yang beriman serta setiap amalan mereka diterima Allah SWT. Takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.



Hari ini juga Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan sekolah akan bercuti pada hari ini seperti pengumuman berikut.

Semoga Allah beri kebaikan demi kebaikkan buat kita dan selalulah kita berbuat baik ke jalan Allah, insyaAllah.


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,



gif creator

gif creator