PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 30 November 2010

Apa nak buat kalau Suami tak romantik pun???

Sape tahu, sikap yang macamana yang dikatakan romantik? berkepit sepanjang masa tu romantik erk?? atau asyik nak kita pandang muka dia je tu dikira romantik kah?? huhuhu, umi rasa masing2 mesti tahu bagaimana romantiknya suami kita... (kepada kaum lelaki jangan marah erk) suami umi pulak, dia romantik, tp ada masanya.. kadang2 ianya sesuatu yang sangat2 tak dijangka.. tapi umi tetap bersyukur memiliki abidanish yang sangat2 baik hati cewah.. abidanish.. sila jangan muntah, ikhlas ni tau.. tade bodek2..ekekek Suami korang romantik tak? Ada satu kisah yang ingin umi kongsikan kepada u all berkenaan masalah suami yang tak romantik.. Jom layan...

Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya dan suami sebaya. Perkahwinan kami baru masuk usia 2 tahun.

Untuk makluman saudara, ketika bercinta dulu pun mema

ng kami sering bergaduh. Keputusan saya untuk berkahwin dengannya adalah dengan harapan agar dia boleh berubah. Namun apa yang telah saya fahami setakat ini, LELAKI amat sukar untuk berubah.

Saya sifatkan diri saya tidak sama seperti perempuan lain. W

alaupun suami sentiasa berada di rumah, namun perhatian yang diberikan kepada saya agak kurang. Dia berada di rumah bukan kerana saya, tapi sifatnya yang tidak mempunyai kawan di luar menyebabkan dia mghabiskan masa di rumah kebiasaannya dengan bermain computer game.

Pada mulanya saya boleh terima. Tapi lama kelam



aan saya naik bosan dengan dirinya. Bercakap hanya ketika perlu saja. Kebanyakan masalah berakhir dengan perselisihan faham. Saya tak faham dengan dia. Perangainya terlalu kebudak-budakan. Dia tak pernah nak beromantik dengan saya. Maksud saya disini dia jarang membelai, memeluk saya ( tanpa unsur sex ). Bila dia nak dia buat la, kalau nak peluk saja-saja jer tu, dia memang jarang lakukan.

Dia tak pernah menegur kesilapan saya on the spot. Dia suka simpan dan sebab dia simpan itu la akan menyebabkan dia melepas kemarahan dia dengan cara yang saya tidak suka. Ada ketika dia pernah keluarkan perkataan BODOH pada saya.

Saya terkilan. Sewaktu bercinta lagi, bila tiba birthday saya, selalunya dia memang tak ingat. Bila saya call nangis-nangis, dia boleh tanya kenapa. Saya suruh dia ingat tapi memang dia tak boleh nak ingat. Sampai akhirnya dia tensen dengar saya menangis dan akhirnya dia letak telefon. Dia off kan terus. Saya kemudiannya telefon dia semula tapi tak dapat. Saya call mak dia, baru dia angkat. Saya cakap hari ni hari jadi saya baru dia sedar. 2 tahun berturut-turut perkara sebegini berlaku kepada saya. Sampi lah sekarang ini, dah kahwin pun dia cuma wish jer. Itupun set alarm pada handphone. Hadiah tetap tak pernah ada. Saya agak kecewa.

Waktu saya sakit, pernah saya beritahu pada dia yang saya rasa macam nak demam. Tapi dia boleh cakap yang saya tidur lambat malam tadi. Saya tak faham kenapa dia bersikap begitu. Bukannya dia nak belai ker, belikan ubat ker. Saya dengar dia cakap camtu terus saya rasa sangat kecewa. Saya bukannya nak suruh dia dodoikan saya. Saya cuma nak dia beri perhatian jer. Pernah 1 malam tu tekak saya sakit. Waktu tu dia tengah main game. Saya tanya abang tak nak keluar beli gula-gula ker? Ada ker patut dia cuma suruh saya makan jer gula-gula cenderahati orang kawin yang rasa entah apa-apa tu dan terus dia main game. Saya memang terkilan masa tu kerana saya sebenarnya nak gula-gula strepsils.

Saya benar-benar buntu. Kebahagiaan perkahwinan yang orang cakap-cakapkan tak pernah saya rasai. Saya pelik. Dimanakah kebahgiaan itu?

umidanish :kesian jugak kan baca? tapi nak buat macamana, da perangai suami dia camtu, rasanya dia kene selesaikan sendiri dengan cara bijak.. kene pandai main peranan.. Seperti masalah diatas, ada sorang pakar ni cadangkan macamni jikalau ada antara kita yang mengalami masalah begini, jom kita baca apa sebenarnya..

Itulah dia asam garam rumahtangga. Nama pun perkahwinan. Jadi, anda kena tahu la apa tujuan kawhin? Ramai orang kita salah anggap bila dah kawin ni je, nak ubah itu, nak ubah ini. Sedarlah bahawa ia tak semudah itu sebenarnya…

Sebenar-benarnya alam rumah tangga ni adalah alam suai kenal pasangan. Waktu ni lah kita kenal hati budi pasangan kita (sampai nafas yang terakhir). Mengenali watak sebenar mereka. Sebab itu lah kalau dalam motivasi atau kursus perkahwinan banyak ditekankan ‘terima seadanya pasangan kita’. Maksudnya baik buruk pasangan kita, kena lah kita terima. Baik dari segi akhlak, tingkah laku atau sebagainya. Buruk pasangan, kita tolong cover, buruk perangai kita, pasangan kita pula yang cover.

Ikatan perkahwinan yang suci telah dibuat. Jadi, kena lah jaga kesuciannya dengan sebaik mungkin. Pasangan suami isteri patut saling melengkapi antara satu sama lain. Saling nasihat menasihati, saling berpesan-pesan. Jika suami tidak dengar, tidak mengapa, jangan mudah putus asa. Kita sebagai isteri juga tidak boleh la buat keras kepala juga, tidak mahu mengalah sama.

Itulah pengorbanan setiap pasangan perlu lakukan. Jangan dikata perkahwinan sendiri tidak bahagia. Jangan ingat perkahwinan kita tidak seperti perkahwinan orang lain yang dianggap lebih bahagia. Sebabnya kita pun tak tahu nasib pasangan lain. Malah mungkin ada yang lebih buruk dari perkahwinan kita pun. Setiap orang ada ujian tersendiri. Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam berumah tangga.

Dalam kes adik ni, saya rasa adik perlu banyak bersabar dan perlu berusaha lebih sikit. Kalau ikut hasil kajian mendapati, usia lelaki untuk berubah adalah sehingga umur 40 tahun. Andai sehingga lepas 40 tahun pun masih tidak boleh berubah, maknanya itulah perangai dia yang sebenar-benarnya sehingga mati.

Untuk ubah lelaki ni banyak cara dan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh adik. Kalau adik nak apa yang adik hajatkan dari si suami, adik kena mulakan dulu pada diri adik. Contoh setiap kali birthday suami, wish la baik-baik pada dia. Buat tanpa jemu,tanpa mengharap pembalasan. Lakukanlah dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Sebab itu memang dah tanggungjawab si isteri untuk hiburkan hati si suami. InsyaAllah, jika dilakukan dengan istiqamah, walaupun nampak itu perkara kecil dan remeh, namun si suami pasti akan tersentuh jua suatu hari nanti. Kadang-kadang si suami ni depan isteri, dia tak nak tunjuk, tapi dengan kawan-kawan dia akan berbangga-bangga memuji isterinya.(betul3x)

Lagi satu, pada saya adik juga mungkin boleh hadiahkan buku-buku panduan bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Boleh juga adik cuba main tarik tali dengan suami. Contohnya, adik boleh la ‘umpan’ suami dengan sesuatu yang suami suka dan inginkan. Kalau si suami minat komputer, hadiahkan lah komputer canggih atau sesuatu yang berkait dengan hobi dan minatnya. Disamping hadiah yang diberikan tu, selitkan juga nota kasih sayang yang menzahirkan rasa kasih sayang suami isteri.

Langkah terakhir, adik boleh la cuba mengubah dengan menggunakan ibu bapa suami adik. Cuba untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa mertua tentang anak lelaki mereka yang masih seperti kebudak-budakan. Tapi perlu diingatkan, jangan la pula hentam atau condemn suami secara direct di depan mak atau bapa mertua pula. Sebab kalau silap langkah,silap cara adik mengadu, lain pula jadinya nanti. ;)

Apa-apa pun, nasihat saya, janganlah ambil jalan mudah untuk berpisah dengan suami. Kerana itu tandanya adik adalah seorang yang begitu mudah berputus asa dan tidak yakin atas rahmatNYA. Bersyukurlah atas nikmat dan keseronokan hidup berumahtangga. Rasailah ‘asam garam rumahtangga’ yang terbina dengan hati dan perasaan yang terbuka. Jangan panik, jangan tertekan, jangan kecewa. Tenangkan hati, positifkan jiwa. Teruskan berdoa pada yang Maha Esa agar diberikan kekuatan untuk menjalani liku-liku kehidupan.

Semoga adik mendapat keberkatan dan kebahagian selamanya, insyaAllah.

Dikesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua para suami, curahkanlah kasih sayang anda kepada isteri sebaik mungkin. Kalau isteri sakit, cuba la urut-urut dan belikan ubat untuknya. Rajin-rajinlah berbual dan bertukar-tukar cerita dengannya. Kalau dia bosan, hiburkanlah hatinya. Sekali sekali, bawa la dia berjalan-jalan ke tempat yang dia suka. Pendek kata, suami kena la belajar jadi romantik untuk memenuhi *nafkah batin isteri.

* nafkah batin tu bukan hanya terhad kepada seks semata-mata yer, tetapi ia lebih kepada memenuhi keperluan emosi dan perasaan isteri.

Umidanish: Erm.. begitula kata nasihat oleh pakar.. pada saya apa yang dikatanya betul juga.. dan rasanya memang kita sepatut nye memberi dan meneri tak bole la kita asyik menerima je tp tanak memberi atau kita asyik memberi je tp kita tak penah dapat apa2.. tapi kalau kita redha, ikhlas dan bersabar.. insyaallah Allah akan memberi balasan kebahagiaan yang setimpal disana.. huhuhu


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

monorail itu bas atas ke?

Selamat pagi semua, bz yang amat jadi lewat sikit update blog.. huhuh, nak cerita apa erk? apa kata korang kongsi cerita lawak pagi ni dengan umi.. teringat balik memang nak pecah perut rasanya.. kisah ni berlaku pagi2 tadi sewaktu menunggu kawan umi pickup umi p ofis.. tengah duk tunggu2 si ecah ni datangla satu kakak indon duk berdiri tepi umi. Tanpa segan2 cube bertanya pada umi.. nampak cantik dan bergaya, mungkin ada "kelas" sedang duk perati dia pun bertanya..



kakak indon : Tumpang tanya ya, gimana mau ke chowkit naik bas dari nya sini (slang indon)

umidanish : Saya tak tahu plak kalau naik bas, sebab tak pernah plak saya nampak bus pagi2 lalu sini, tp kalau nak senang just naik monorail je kat atas ni. lagi cepat dan senang.

kakak indon : tak tahu ya naik bus dari sini??

umidanish : ye la, sata tak tahu. Tapi kalau naik monorailkan senang saja (tiba2 terslang indon dalam ni ekekeke)

kakak indon : naik atas ni ya? senang? senang dari bas?

umidanish : Iye, senang je.. naik tangga tu jumpa kaunter dan beli tiket chowkit pastu naik tangga yang menghala ke chowkit.



kakak indon : ehehe.. (gelak kecil) saya kok tak reti nak naik bas yang lalu atas ni, bas lalu bawah saya bisa naik ..


umidanish : %&^^*&^&% (dalam hati gelak pecah perut.. itu bukan bas la makcik)

umidanish : takpe naik ja, sekejap sampai..

kakak indon : ok la terima kasih ya..


hahaha, adaka , dia kata monorail tu bas atas??? huhuh sila jangan gelak kuat2 kang si pakcik bos korang marah umidanish plak... ekeke..

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 28 November 2010

Danish dan abi

Lamanya nak tunggu abidanish balik.... huhuhu kesian danish duk panggil abi.. abi.. Agaknya macamana la nnt kalau dia tengok muka abi dia.. tahun lepas danish jumpa abi selepas 2 bulan kene tinggal, danish macam takut2 dan malu2 gitu bila first time tengok abi dia.. macam kononnya, ye ke abi ni.. eh.. macam kenal tapi betul ke ni abi danish.. hahahahah

Yang kelako nya.. pastu dia cuit2 abi sikit2.. senyum sikit2.. pastu dalam 15min baru la dia nak abi pegang dia. Hahahah..pandai tak ini budak.. tahun ni agaknya macamanala agaknya..


owh abi... dimanakah abi ni, umi??


Salam sayang dari,





Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator

Sabtu, 27 November 2010

Bizi Nyer Umi...adoiiii





Aduhai,tak laratnya.. jam 630 baru je sampai uMah, memamg tak larat da rasa sakit kepala.. nasib keje banyak gak settle td tp tula, minggu ni bz giler sebab program 5s sedang berlangsung lagi kat opis uMi..haihhhhh.. memang tak larat la.. (Tiap2 tahun nak 5S, isnin ni da odit lagi..)
Dulu kalau keje banyak,memang tak larat nak hapdet cite kat blog..tp umi rasa sekarang takleh jd kalau tak update, kata nak jadi penulIs tegar.. wajIbla ceriTa sikit..

Memang penatkan jadi dewaSa? kalau keciK2 dulu penat bermain je.. tp otak tak penat naK pk apa2..happy je.. tp bila da bergelar isteri dan ada banyak commitment... koje memang melambak2 nak buat..



Letih sampai rasa tak lalu nak makan la.. kalU la ada cik abidanish kat sisi (owh abidanish, cepatla balik) , bole la tolong urut2kan apa yang patut, tapi kalau sengsorang cenggini, memang hermmm.. jadi x daya nak pape... heheheh, jangan layan perasaan.. tu malas namanya tu..




Cubela korang tgk gambar ni, macamni la minggu ni.. dengan surat menimbun2 rasa macam duduk kat dalam kitar semula kertas hahaha.. kalau la robotkan.. agaknya memang tak bercakapla penat ke tak erk.. aduhai... ada sape2 ada petua untuk sentiasa cukup masa untuk buat semua kerja dengan cepat???








Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..



gif creator

Jumaat, 26 November 2010

Cabutan bertuah

Ok, umidanish nak umumkan pemenang bagi cabutan bertuah bagi contest I Love Mom or Dad.. Cabutan yang dibuat oleh umidanish sendri.. time rehat ni bolehla umidanish bergumbira dengan bebudak ni sambil menganbil gambar untuk membuat cabutan bertuah, namun hanya gambar pemenang bertuah je yang dapat umi paparkan kat sini, hehehe..

Ok, korang nampak tak sape pemenang bagi contest umini? kalau tak nampak, sori la erk... amik pakai hp je pasai lupa nak bawak kamera.. Jom tengok sape yang kene..






















Ok, nila himpunan blog yang bertuah dalam contest umidanish.. tahniah diucapkan, kepada yang tak tersenarai bukanlah bermakna korang tak bertuah tetapi korang akan diundang utk memasuki contest selanjutnya di dalam blog umi yang akan dirancangkan pada blan 12 ni, insyaallah.. korang doakanla umi danish murah rezeki erk.. amin..

Terima kasih kepada penaja utama contest kami Babyumishop.com.

PENGUMUMAN:

Kepada semua para pemenang saguhati dan tempat pertama, kedua diminta emailkan kepada saya di ruang (contact me) nama penuh, alamat dan no phone bagi pemprosesan penghantaran hadiah. Hadiah akan dihantar selewat2nya minggu hadapan. TQ

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..





gif creator

Pemenang Nya adalah...

Okey... umi rasa lama sangat nak tunggu minggu depan dan rasanya tentu ramai yang xsabar2 menanti keputusan. jadi umi terpaksa memaksa pihak pengadil menentukan siapakah pemenang bagi kategori A dan B.

Kata mereka, semuanya xkurang hebat tetapi ada yang kasih sayang tu menyentuh hati para juri. Memang antara anak dan ibu bapa dianugerahkan sebuah kasih sayang yang tak ternilai harganya. Namun cara rakaman kasih sayang itu adalah satu memori yang indah bila dipandang oleh sesiapa. Okey tanpa membuang masa, umi umumkan pemenang tempat pertama dan kedua bagi Kategori A dan B.





Kategori A

Tempat pertama:






Nurul Humaira Bte Ahmad Saffarulnizam
1 tahun 4 bulan




Tempat kedua:




Muhammad Mirza Mohd Adzham
2thn 8bln

****************


Kategori B

Tempat pertama:







Nur Batrisya Qistina
3 tahun 9 bulan


Tempat kedua:




http://ibudamia.blogspot.com/2010/11/contest-i-love-dad.html

nurul damia amnan bt mohammad amrul fazlee
2 tahun 6 bulan

TAhniah kepada para pemenang. Umi ingin memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan janji umi iaitu meminta para juri memberi penjelasan kepada pemenang kerana para juri tidak mahu ada yang mempertikaikan pemilihan juri terhadap para pemenang..

Okey, yang tak terpilih, bukan bermakna korang kalah korang tetap menang dihati anak2.. ada lagi sesi cabutan bertuah dan akan diumumkan selepas ini.. Tunggu..





Salam sayang dari,



Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..




gif creator

Khamis, 25 November 2010

Lidah kene gigit??

Lidah sape plak yg kene gigit tu, adeiiii.. mesti sakitkan kalau tergigit lidah..hiihihi



Bukan nak cerita pasal sape kene gigit lidah atau sape yang suka gigit2 lidah.. saje je buat gempak..Nak cerita pasal isteri majuk suami pujuk tak?? Ada macam2 cara suami memujuk isteri mereka yang merajukkan? Tentu ada yang romantik dengan bunga2an ataupun hadiah sebagai tanda memohon maaf dan macam2 lagi..

Umi pernah sekali tu, abid@nish pujuk umi masa umi merajuk dengan panggilan call tp ingatkan abi nak cakap.. rupanya dia pasangkan lagu kat phone dia utk umi dengar... huhuhu, sangat2 manis sungguh rasa time tu.. dari rasa kecik hati tu, terus sejuk je hati.. bole ter senyum sendiri... tpkan memang time tu kenangan manis gak leee...hehehe

Korang agak2 lagu apa? hehehe, lagu ni la.. Lagu seniman kita Tan Sri P Ramlee.. kalau dengar bait ayatnya memang korang nak marah atau majuk lebih, korang akan tersenyum dan sejuk hati dengar bait dendangan P Ramlee ni..

Ini la lagu yang abid@nish pasangkan tu..

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar
Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadiSuami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkatApa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Nak majuk mesti tak jadi punya... hohoho..Layan je le.. =D

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ada Sape2 Hilang IC?

Assalamualaikum,

Korang.... ada sesiapa kehilangan atau tercicir IC?? huhuhu, umi terjumpa satu IC berjantina lelaki dan berbangsa melayu dan islam.. tapi umi tak amik pun IC tu utk direportkan kepada pak polisi.. hhohohoho, bersalah tak? umi pun fening2 pk sebab rasa bersalah tak bantu pakcik yang telah kehilangan IC kat area lrt Titiwangsa...


Sori ye pakcik (taktaula umur dia tua ke muda, tp sebab dia lelaki umi panggilla dia pkacik sebab dia sudah tercicir ic tu)


Salam sayang dari,




Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator

Selasa, 23 November 2010

Lipas masuk kain?? tidakkk

Umidanish paling benci dgn lipas, sebab umidanish paling geli geliman dengan lipas.. Sebab lipas suka terbang2 dan hinggap suka hati dia je.. kadang2 lipas yang jalan laju sangat2 tu tetibe je da naik kat baju ke, kain ke yang kita pakai, aduhai mau melompat2 umidanish kegelian.

Tapi pagi tadi, waktu menuggu kawan umi pickup umi dari LRT, umi terpandang seekor lipas.. apalagi(korang agak apa?)Idakla lompat2 kat situ sebab kat tepi jalan tu ramai org, kang dia pk umidanish ni gile apa..huhuh

Umi terpaksa tumpukan arah perjalanan lipas tu pasai takut lipas tu naik kain umi..hoho tidak bulih ya lipas.. memula lipas tu kearah kanan umi, dia menuju ketepi jalan, tp dia berhenti agak lama perhatikan jalan yang penuh arus kereta manusia yang sedang pecut nak p koje.


ini bukan lipas tu, umi google je.. tp umi sendiri nak muntah tgk, korang x geli ke??


Tetapi lepas tu lipas tu berjalan mengla ke arah kiri umi, jauh jugakla dia bergerak2, mungkin cari jejantas kot untuk melintas.. tapi da jauh jalan sampai hujung kiri dia patah balik kekanan, dia meneruskan perjalanan lagi.. kali ini dia berhenti ditepi jalan sekali lagi, dan termenung kat situ(maksud umi berhenti agak lama) agaknya memikirkan bagaimana dia hendak keseberang sana. Pelik gak nape la lipas ni tanak terbang.. agaknya dia nak test power kot..hohoho

Bila da lama termenung, um tgk dia menghilang, rupanya dia telah turun dari tempat pejalan kaki dan melintas jalan... huhuh, ini kira macam kes berani mati la ni.. setiap kereta yang lalu berjaya di elak.. (ni tak bohong tau) elak punya elak, sehinggalah lalu satu kenderaan yang sangat laju.. membuatkan lipas ni terpelanting ke tengah jalan.. lipas ni menyepikan diri.. mungkin bertafakur kot.. namun tak lama akhirnya lipas ni dilanggar oleh sebuah kereta myvi.. siapakah pemilik myvi tu.. hilanglah lipas td dicelah2 myvi yang laju cam pelesit tu..

Umidanish??? Tetibe terpikir sejenak... betapa beruntungnya kita sebagai hambaNya yang dicipta sempurna untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini dengan di anugerahkan otak dan akal fikiran.. melainkan kejadian itu adalah ketentuanNya dan kita kene redha. Bila da dianugerahkan akal fikiran dan otak yang cerdik, gunakanlah sebaiknya untuk mencari ilmu dan beramal dengan ilmu tersebut dan jangan disalahgunakan..




Eh, korang pernah tgk cite lipas ni tak? sangat2 menyakitkan hati dan pasti korang akan terbahak2 melihat karenah 2 ekor ni.. huhuhu

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Sejadah Corak Babi???

Aduhai... ni lagi satu cerita, tak senonoh betul menghina.. tak habis2.. pagi tadi mengucap panjang umi danish masa nak beli sarapan pagi (hehehe, harini tak wat sarapan pun dari rumah) terpandang satu surat khabar bertarikh hari ini tentang perihal cerita Sejadah corak babi. da sorang makcik ni kata, eh tu gambar bear la.. hohoh.. apa2 pun korang bacalah cerita di bawah dan tengok gambar yang disertakan, sama ada betui ke tidak..




SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu. “Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai. “Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar. “Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti. “Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya. Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama. “Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Sumber ; Harian Metro



Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator