PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 23 November 2010

Sejadah Corak Babi???

Aduhai... ni lagi satu cerita, tak senonoh betul menghina.. tak habis2.. pagi tadi mengucap panjang umi danish masa nak beli sarapan pagi (hehehe, harini tak wat sarapan pun dari rumah) terpandang satu surat khabar bertarikh hari ini tentang perihal cerita Sejadah corak babi. da sorang makcik ni kata, eh tu gambar bear la.. hohoh.. apa2 pun korang bacalah cerita di bawah dan tengok gambar yang disertakan, sama ada betui ke tidak..




SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu. “Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai. “Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar. “Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti. “Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya. Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama. “Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Sumber ; Harian Metro



Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

6 comments:

mamaaerish@eb berkata...

mt eb ada mslsh la x leh nk nmpk... camner nk nengoknyer?...

ps: jom join GA kami... :)

UmiDAnisH berkata...

mamaaerish:
try tgk kat gambar pakcik tu yg dia tunjuk dgn jari tu ha.. ada gambar nya kalau perasan..

yantz-yeem berkata...

masyaallah!!! nak untung keji islam plak tu....mmg melampaw!!!

UmiDAnisH berkata...

Yantz:
diorg ni memang tak pernah puas nak wat benda yang menyakiti hati umat islam..

[-suziey-] berkata...

tang mana ek corak babi tu? haih mcm2 cara nk hina Islam..

UmiDAnisH berkata...

suziey
alamak, suziey, kat jari yg dia tunjuk tu.. takpun try klik metro online..