Untuk makluman saudara, ketika bercinta dulu pun mema
ng kami sering bergaduh. Keputusan saya untuk berkahwin dengannya adalah dengan harapan agar dia boleh berubah. Namun apa yang telah saya fahami setakat ini, LELAKI amat sukar untuk berubah.
Saya sifatkan diri saya tidak sama seperti perempuan lain. W
alaupun suami sentiasa berada di rumah, namun perhatian yang diberikan kepada saya agak kurang. Dia berada di rumah bukan kerana saya, tapi sifatnya yang tidak mempunyai kawan di luar menyebabkan dia mghabiskan masa di rumah kebiasaannya dengan bermain computer game.
Pada mulanya saya boleh terima. Tapi lama kelam
aan saya naik bosan dengan dirinya. Bercakap hanya ketika perlu saja. Kebanyakan masalah berakhir dengan perselisihan faham. Saya tak faham dengan dia. Perangainya terlalu kebudak-budakan. Dia tak pernah nak beromantik dengan saya. Maksud saya disini dia jarang membelai, memeluk saya ( tanpa unsur sex ). Bila dia nak dia buat la, kalau nak peluk saja-saja jer tu, dia memang jarang lakukan.
Dia tak pernah menegur kesilapan saya on the spot. Dia suka simpan dan sebab dia simpan itu la akan menyebabkan dia melepas kemarahan dia dengan cara yang saya tidak suka. Ada ketika dia pernah keluarkan perkataan BODOH pada saya.
Saya terkilan. Sewaktu bercinta lagi, bila tiba birthday saya, selalunya dia memang tak ingat. Bila saya call nangis-nangis, dia boleh tanya kenapa. Saya suruh dia ingat tapi memang dia tak boleh nak ingat. Sampai akhirnya dia tensen dengar saya menangis dan akhirnya dia letak telefon. Dia off kan terus. Saya kemudiannya telefon dia semula tapi tak dapat. Saya call mak dia, baru dia angkat. Saya cakap hari ni hari jadi saya baru dia sedar. 2 tahun berturut-turut perkara sebegini berlaku kepada saya. Sampi lah sekarang ini, dah kahwin pun dia cuma wish jer. Itupun set alarm pada handphone. Hadiah tetap tak pernah ada. Saya agak kecewa.
Waktu saya sakit, pernah saya beritahu pada dia yang saya rasa macam nak demam. Tapi dia boleh cakap yang saya tidur lambat malam tadi. Saya tak faham kenapa dia bersikap begitu. Bukannya dia nak belai ker, belikan ubat ker. Saya dengar dia cakap camtu terus saya rasa sangat kecewa. Saya bukannya nak suruh dia dodoikan saya. Saya cuma nak dia beri perhatian jer. Pernah 1 malam tu tekak saya sakit. Waktu tu dia tengah main game. Saya tanya abang tak nak keluar beli gula-gula ker? Ada ker patut dia cuma suruh saya makan jer gula-gula cenderahati orang kawin yang rasa entah apa-apa tu dan terus dia main game. Saya memang terkilan masa tu kerana saya sebenarnya nak gula-gula strepsils.
Saya benar-benar buntu. Kebahagiaan perkahwinan yang orang cakap-cakapkan tak pernah saya rasai. Saya pelik. Dimanakah kebahgiaan itu?
umidanish :kesian jugak kan baca? tapi nak buat macamana, da perangai suami dia camtu, rasanya dia kene selesaikan sendiri dengan cara bijak.. kene pandai main peranan.. Seperti masalah diatas, ada sorang pakar ni cadangkan macamni jikalau ada antara kita yang mengalami masalah begini, jom kita baca apa sebenarnya..
Itulah dia asam garam rumahtangga. Nama pun perkahwinan. Jadi, anda kena tahu la apa tujuan kawhin? Ramai orang kita salah anggap bila dah kawin ni je, nak ubah itu, nak ubah ini. Sedarlah bahawa ia tak semudah itu sebenarnya…
Sebenar-benarnya alam rumah tangga ni adalah alam suai kenal pasangan. Waktu ni lah kita kenal hati budi pasangan kita (sampai nafas yang terakhir). Mengenali watak sebenar mereka. Sebab itu lah kalau dalam motivasi atau kursus perkahwinan banyak ditekankan ‘terima seadanya pasangan kita’. Maksudnya baik buruk pasangan kita, kena lah kita terima. Baik dari segi akhlak, tingkah laku atau sebagainya. Buruk pasangan, kita tolong cover, buruk perangai kita, pasangan kita pula yang cover.
Ikatan perkahwinan yang suci telah dibuat. Jadi, kena lah jaga kesuciannya dengan sebaik mungkin. Pasangan suami isteri patut saling melengkapi antara satu sama lain. Saling nasihat menasihati, saling berpesan-pesan. Jika suami tidak dengar, tidak mengapa, jangan mudah putus asa. Kita sebagai isteri juga tidak boleh la buat keras kepala juga, tidak mahu mengalah sama.
Itulah pengorbanan setiap pasangan perlu lakukan. Jangan dikata perkahwinan sendiri tidak bahagia. Jangan ingat perkahwinan kita tidak seperti perkahwinan orang lain yang dianggap lebih bahagia. Sebabnya kita pun tak tahu nasib pasangan lain. Malah mungkin ada yang lebih buruk dari perkahwinan kita pun. Setiap orang ada ujian tersendiri. Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan apabila melangkah ke alam berumah tangga.
Dalam kes adik ni, saya rasa adik perlu banyak bersabar dan perlu berusaha lebih sikit. Kalau ikut hasil kajian mendapati, usia lelaki untuk berubah adalah sehingga umur 40 tahun. Andai sehingga lepas 40 tahun pun masih tidak boleh berubah, maknanya itulah perangai dia yang sebenar-benarnya sehingga mati.
Untuk ubah lelaki ni banyak cara dan pengorbanan yang perlu dilakukan oleh adik. Kalau adik nak apa yang adik hajatkan dari si suami, adik kena mulakan dulu pada diri adik. Contoh setiap kali birthday suami, wish la baik-baik pada dia. Buat tanpa jemu,tanpa mengharap pembalasan. Lakukanlah dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Sebab itu memang dah tanggungjawab si isteri untuk hiburkan hati si suami. InsyaAllah, jika dilakukan dengan istiqamah, walaupun nampak itu perkara kecil dan remeh, namun si suami pasti akan tersentuh jua suatu hari nanti. Kadang-kadang si suami ni depan isteri, dia tak nak tunjuk, tapi dengan kawan-kawan dia akan berbangga-bangga memuji isterinya.(betul3x)
Lagi satu, pada saya adik juga mungkin boleh hadiahkan buku-buku panduan bagaimana menjadi seorang suami yang baik. Boleh juga adik cuba main tarik tali dengan suami. Contohnya, adik boleh la ‘umpan’ suami dengan sesuatu yang suami suka dan inginkan. Kalau si suami minat komputer, hadiahkan lah komputer canggih atau sesuatu yang berkait dengan hobi dan minatnya. Disamping hadiah yang diberikan tu, selitkan juga nota kasih sayang yang menzahirkan rasa kasih sayang suami isteri.
Langkah terakhir, adik boleh la cuba mengubah dengan menggunakan ibu bapa suami adik. Cuba untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa mertua tentang anak lelaki mereka yang masih seperti kebudak-budakan. Tapi perlu diingatkan, jangan la pula hentam atau condemn suami secara direct di depan mak atau bapa mertua pula. Sebab kalau silap langkah,silap cara adik mengadu, lain pula jadinya nanti.
Apa-apa pun, nasihat saya, janganlah ambil jalan mudah untuk berpisah dengan suami. Kerana itu tandanya adik adalah seorang yang begitu mudah berputus asa dan tidak yakin atas rahmatNYA. Bersyukurlah atas nikmat dan keseronokan hidup berumahtangga. Rasailah ‘asam garam rumahtangga’ yang terbina dengan hati dan perasaan yang terbuka. Jangan panik, jangan tertekan, jangan kecewa. Tenangkan hati, positifkan jiwa. Teruskan berdoa pada yang Maha Esa agar diberikan kekuatan untuk menjalani liku-liku kehidupan.
Semoga adik mendapat keberkatan dan kebahagian selamanya, insyaAllah.
Dikesempatan ini, saya ingin menyeru kepada semua para suami, curahkanlah kasih sayang anda kepada isteri sebaik mungkin. Kalau isteri sakit, cuba la urut-urut dan belikan ubat untuknya. Rajin-rajinlah berbual dan bertukar-tukar cerita dengannya. Kalau dia bosan, hiburkanlah hatinya. Sekali sekali, bawa la dia berjalan-jalan ke tempat yang dia suka. Pendek kata, suami kena la belajar jadi romantik untuk memenuhi *nafkah batin isteri.
* nafkah batin tu bukan hanya terhad kepada seks semata-mata yer, tetapi ia lebih kepada memenuhi keperluan emosi dan perasaan isteri.
Umidanish: Erm.. begitula kata nasihat oleh pakar.. pada saya apa yang dikatanya betul juga.. dan rasanya memang kita sepatut nye memberi dan meneri tak bole la kita asyik menerima je tp tanak memberi atau kita asyik memberi je tp kita tak penah dapat apa2.. tapi kalau kita redha, ikhlas dan bersabar.. insyaallah Allah akan memberi balasan kebahagiaan yang setimpal disana.. huhuhu
0 comments:
Catat Ulasan