PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 29 Januari 2010

DAniSh bersuGi setiaP hari..

Pagi ni, bersemangat pulak umi naK bercerita pasaL danish uMi..herm, tanGok taJuk je korang kompem da tau paSAl gigI danISh.. huhu... Semua sekaLi ada 7baTAng gIgi, 4 atas dan 3 dibawaH.. cumil2 belaka.. mUla saJe danISh nak tumBUh gigI, umi suka bersIhkan Mulut danISh deNgan kain dan aIr suaM.. KalAu maLAm tu, lepas je menYusUkan dak danISh, uMI lapkan denGan tuala lembUt dan baGi dia minUm air masaK sikit, maknanYa kene standby air masak dalam botol susU untUk beri dia selepas menyusU..

masuk 2 da 3 batang gigi daniSh tumBuh pUn umi still laPkan denGan kaIn tuala lemBut dibasaHkan denGan air suam.. tuJuan guna air suam ni, supaYa dak danish Tak tertelAn/terjilat air mentah..

SekaranG ni bila jUmlah gigI danISh maKIn bertambaH, uMi ajaRla dia Memberus gigI.. bUat masa ni Umi haNYa baGi dia berus gigI saHAja seBab takut dia Makan ubAt gigI.. standby juGA dgn segelas air suaM..or air masaK.. tujUan nYa supaYA dia tak telan aIr mentah.. sekarang ni dia da pandai da.. kalau nampak berus gigi, dia akAn acukan kat gigI dia yang cuMil2 tu..
mehhh, jom kita laYAn gambaR danISh trainnIng gosoK gigi..

1. Umi pilih berus gigi yang paling lembut dan sesuai..
2. Ajar danisH memegang berus gigi dan arah mana berus tu patut diletakkan..
3. heppp.. tu nak main la tu.. waktu trainning ni, umi pun pegang berus gigi Jugak n sama berus gigI supaya danIsh ikut apa yanG umi buaT.. kalau tak tengoK tu, buat main la pulaK..
4. PastikaN hala berus gigi betul ye.. cam danish buat ni.. betUl tak uMi?
5. Gaya model berus gigi, wahh nampak pro la pulak
6. TengOk tu, danISh da pandai memberus gigi dengan betul, gaya pegang pun betul..

7. eh, yanG... dalam tu da ada gigi ker?
8. hahahahaha.. bila kene puJi bijak, mula la tu tunjUk cumil..
Heheh, inilah hasil penGAjian baru buaT danISh.. galakkan anak anda memberus gigi apabila bangun pagi dan sebelUm tidur.. bawak juga mereka berjumpa dengan doktor gigI sedari awaL gigi tumbuh sUpaya gigi mereKa kuat dan sihat.. kat bawah ni sediKit penGAjian untUk uMi dan kawan2 kongsI bersamA.. Jom tambah ilmu..
Kepentingan gigi primer (gigi susu)
Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Oral
*Baru lahir hingga 24 bulan
*Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
*Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.
*Mengatur tabiat makan anak anda.
*Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
*Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
*Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
*Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.
Umur 2-6 tahun
*Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
*Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.
*Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun
*{mosimage} Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purat a umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
*Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.
*Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.
*Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.
*Kanak-kanak dari semua peringkat umur
*Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
*Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.


Sumber:
Penjagaan Gigi dan Gusi, infosihat.gov.my











































Khamis, 28 Januari 2010

Tips untuk ibu berkerjaya

Ada beberapa tips yang umi dengar dan pelajari untuk meneruskan penyusuan walaupun ibu itu berkerja.. Tips ini umi dapat dari seorang kenalan maya umi iaitu pn suraya pengasas luna. walaupun umi malu2 nak bercakap dan bertentang mata dengannya (berbual mesra) namun umi suka mengikuti segala pelajaran yang beliau curahkan dilaman penulisan beliau.. so ini tips yang ada umi cadangkan kawan2 yang start kerja untuk teruskan penyusuan..

Apabila berada diopis, tempat kursus
-Pam 3 jam sekali
Ataupun semasa breast rasa penuh
-20 minit sebelah breast (biarkan saja pam ON walaupun tak keluar apa apa)
-10 jam berada di ofis, anda akan mengepam sekurang2nya 3 kali
Semasa malam dirumah & weekend
-Pam 3 jam sekali
Ataupun semasa breast rasa penuh
Atau 15 minit sebelah breast selepas menyusukan baby

Utamakan pengepaman di malam hari (pukul 12 pagi hingga 6 pagi) kerana hormon prolaktin amat tinggi pada waktu ini dan komposisi susu ibu lebih banyak lemak.

Sharing is caring kan? semoga info umi ni dapat membantu ibu2 lain berjaya menyusukan bayi masing2.. =)

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Suami tidak menyokong pemberian susu ibu

sebenarnya Umi tahu ada juga yang mempunyai masalah suami yang tidak menyokong penyusuan susuibu. Umidanish cuba mencari2 mengenai isu ini melalui internet.

Bagaimana suami nak support jika:

1. Si isteri selalu mengeluh keletihan.

Seorang suami mengharapkan isterinya menjadi supermom; baik yang bekerja mahupun yang menjadi surirumah semata2…maka apabila si suami asyiklah mendengar si isteri kepenatan terutama yang bekerja di siang hari dan malam dengan tak cukup rehat dan mengadu keletihan maka si suami pun akan menyarankan memberi si kecil minum susu formula.

Bagaimana nak mengatasi keadaan ini:
Jagalah pemakanan, berikan fizikal dan rohani makanan yang mencukupi dan jika rasa badan perlukan supplement,do something jangan sampai rumahtangga beri satu masalah kepada kita sebagai isteri. Supplement fizikal yang perlu: B complex, Multivitamin dan Kalsium. Supplement rohaniah: Solat tahajud dan zikir nama2 Allah .

2. Si isteri tidak memberi layanan yang sepatutnya.


Apabila seorang wanita itu menyusukan anaknya maka hormon prolaktin akan menjadi tinggi dan hormone progesterone akan munurun. Ini secara langsung memberi kesan kepada keinginan seks seorang isteri. Si isteri akan mula menunjukkan kedinginan yang ketara. Kehendak si suami akan menjadi satu beban kepada si isteri. Pernah juga ibu mendengar cerita kenalan ibu yang mempunyai masalah ini dan berlarutan.sehingga si suami mencari teman baru, nauzubillah.

Bagaimana mengatasi:
Banyakkan mendekatkan diri dengan pencipta..secara langsung akan mengingatkan kita tanggungjawab dan amanah yang dipikul dalam melayari alam rumahtangga. Jika perlukan supplement: Vitamin E dan Alfalfa adalah antara yang dapat membantu.

3. Si isteri tidak menjaga penampilan diri.
Rata2 si isteri yang menyusukan anak akan pastinya mempunyai masalah badan…bukan kerana apa tetapi kerana bau susu dari badan kita. Adakala disebabkan oleh makanan pemangkin susu seperti halba. Dengan berbaju t yang dah lusuh ditambah kain batik yang warnanya makin kusam membuatkan mata suami menjadi sakit. Si isteri menjadi seolah2 tidak terurus atas alasan menyusukan anak dan masa yang tidak mencukupi. Walhal kita punya 24 jam dan setiap orang perlu mempunyai kebijaksanaan menguruskan masa. Ada yang wajah nampak tua dari umur dek kerana tak cukup tidur dan keletihan sepanjang hari.

Bagaimana nak mengatasi:
Cubalah amalkan setiap kali selepas mandi , gunakan pewangi walaupun hanya duduk di rumah. Belilah lotion2 yang tahan lama wanginya agar bau peluh kita diserap oleh bau lotion tadi. Jika kurang berkemampuan, memadai memakai Johnson baby cologne…terutama summer swing, ibu dan anak pakai sekali, pasti bahagia hidup.

Jika ada baju yang dah lusuh, buanglah tetapi janganlah pula disedekahkan kepada orang susah kerana tidak elok memberi sesuatu dalam keadaan uzur. Begitu juga dengan kain batik, carilah warna yang menarik dan alangkah bagus pakailah seluar panjang supaya dapat menarik perhatian suami untuk menatap si isteri lebih banyak dari wanita yang lalu lalang sewaktu suami berada di luar rumah. Namun jika hidup dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim. Pemakanan penting...makanlah buah setiap hari agar pembentukan kolagen tidak terbantut dan si ibu akan nampak sentiasa muda.

4. Si isteri mencari alasan tidak masak



Memang tidak dinafikan apabila mempunyai anak yang menyusu badan sepenuhnya, masa kita akan lebih banyak tertumpu kepada si kecil sehingga tanggungjawab rumah seperti mengemas dan mamasak sedikit terganggu. Jika mendapat suami yang sangat memahami dan berkemampuan, pastinya akan membeli lauk dan si isteri menanak nasi di rumah. Namun bukan semua suami itu sama…ada yang memang suka masakan isterinya walau makan hanya nasi dan telur serta ikan masin, sudah memadai baginya.Walau bagaimanapun takkanlah kita nak hidangkan nasi dan telur selama 2 tahun penyusuan? Rasanya suami pun mengamuk sakan.

Bagaimana mengatasi:
a. Bagi si surirumah: Belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati.
b. Bagi working mom: Kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat masak, keluarkan sedikit dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.

5. Si anak asyikla nak melekap @ mengempeng.

Si suami juga perlukan masa bersama dengan si isteri.. untuk merehatkan minda dan ber”yoga” bersama..namun jika si kecil asyiklah mengempeng sepanjang malam dan menyebabkan si suami ketandusan kasih sayang, mulalah golongan suami ini akan menyarankan si kecil minum susu formula. Akan lahirlah idea dalam otak si suami badan si isteri tidak mampu menghasilkan susu.

Bagaimana nak mengatasi:
Jagalah pemakanan, ambillah supplement jika perlu.. Supplement itu penting agar dapat mengisi ruang kosong di dalam tubuh kita. Pengambilan supplement membantu meninggikan kandungan nutrisi dalam susuibu. Ini akan membantu si anak tidur lebih nyenyak. Kita juga mampu menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan hamba kepada yang Esa dengan dapat menunaikan tahajud dengan tenang. Banyakkan juga membaca fatihah serta bacalah zikir Ya latif agar si kecil nyenyak tidur tanpa gangguan.

6. Si isteri tidak berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Kebanyakan yang mengambil berat betapa pentingnya susuibu kepada is kecil adalah ibu itu sendiri. Namun ilmu ini tidak dikongsi bersama suami tercinta. Jadi dek kerana kekurangan ilmu inilah si suami tidak menyokong penyusuan.

Bagaimana nak berkongsi dengan suami tentang ilmu penyusuan?
Ajaklah suami hadiri kursus yang melibatkan penyusuan…minta nasihat doc di depan suami agar suami turut mendengar kebaikan susuibu. Maklumkan kepada suami yang penyusuan exclusive selama 6 bulan pertama sudah boleh membuatkan badan si isteri kembali langsing. Bercerita selalu dengan suami kebaikan susuibu pada si kecil iaitu membantu meningkatkan system imun maka sebagai ibubapa tidak banyak masalah pada masa akan datang. Carikan artikel yang boleh dibaca bersama bersama suami dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

Kesimpulannya :
Bila tubuh sihat, kita dapat menyusukan anak dengan baik. Bila rohani kita sihat kita dapat menempis segala cubaan dan halangan yang datang. Fizikal kita perlukan makanan yang seimbang, jika terdapat kekangan dalam pengambilan zat, cubalah ambil alternative dengan pengambilan supplement. Jika mempunyai kekangan untuk membeli dapatkan dari klinik kerajaan secara percuma. Namun jika ada lebihan dapatkan yang lebih baik. Rohani juga tidak boleh diabaikan. Solat 5 waktu, berpuasa dan menunaikan zakat adalah basic keperluan rohani. Rohani juga perlukan supplement iaitu zikir dan amalan2 sunat. Inilah keseimbangan yang perlu semua ibu ada untuk Berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun atau lebih.

Tidak perlu terlalu rigid dengan pendapat orang sekeliling termasuklah doc dan LC yang tidak menyokong pengambilan supplement.Saya tak nafikan pokok boleh hidup dengan hanya matahari, tanah dan air tetapi alangkah bagusnya jika dibaja kerana ia akan lebih subur. Bukannya apa, bila kita punya masalah rumahtangga akibat dari penyusuan, bukannya doc atau LC yang datang menolong…tetapi diri kita sendiri. Tepuk dada Tanya selera.

Happy breastfeeding!

Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Suppliment tambahan untuk susu ibu..

Lamanya umidanish tak bercerita pasal susuibu. Bila terpandang buku yang bercerita pasal susuibu, terpanggil pulak nak share dengan korang kat sini.. memang betul kata buku tersebut bahawa terdapat pelbagai cara untuk membanyakkan susu dan salah satunya adalah pengambilan suppliment tambahan selain makan makanan yang mengandungi pelbagai vitamin.. Jom kita share dibawah ni.

Bagi ibu2 yang baru hendak belajar menyusukan anak dan mereka yang sedang bertungkus lumus berusaha gigih untuk melengkapkan penyusuan selama 2 tahun.



" Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu."

Walau bagaimanapun si ibu tadi diwajibkan memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang iaitu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.Jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:

1. Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.
2. Mood yang tidak stabil (mood swing).Mudah marah dan sensitif.
3 Muka kelihatan pucat.
4. Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.
5. Kulit wajah yang kusam.
6. Wajah nampak tua dari umur sebenar.
7. Keinginan seks yang menurun.
8. Sakit2 sendi dan tulang belakang. Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2.
9. Sakit gigi.

Kita perlu tahu mengapakah simpton2 di atas boleh berlaku? Ini kerana zat yang diperolehi dari pengambilan makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susuibu. Jika si ibu tidak mengambil makanan tenusu seperti susu dalam meal harian, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap bagi disalurkan kepada si anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gigi dan pembentukan darah. Begitu juga dengan pembesaran anak yang memerlukan zat besi, semua vitamin Bdan vitamin2 lain. Jika si ibu tadi kurang mengambil makanan yang mengandungi zat ini maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu.

Apabila si ibu tadi tidak dapat menggantikan semula zat yang diserap untuk penghasilan susu si kecil tadi maka ia akan mengganggu kesihatan itu dalam jangka panjang dan lahirlah simptom2 di atas seperti yang telah ibu nyatakan. Apabila simptom2 di atas ini berlarutan , ia akan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan optimum si ibu. Jika si ibu mengalami gangguan kesihatan maka penghasilan susu akan sedikit terjejas.

Ada sesetengah doc yang pro breastfeeding...akan menggalakkan si ibu mengambil supplement untuk mengatasi masalah di atas dari berlarutan. Namun ada sesetengah golongan profesional pastinya terikat dengan polisi kerjaya mereka iaitu tidak boleh merekomenkan pesakit dengan mana2 brand supplement yang ada di pasaran. Maka vitamin diberi secara percuma oleh klinik kerajaan. Golongan ini hanya akan menyarankan ibu2 yang menyusukan anaknya untuk mengambil vitamin bagi mengisi kekosongan yang terdapat di dalam tubuh si ibu. Sebenarnya supplement boleh didapati dari klinik kerajaan secara percuma. Sebab itu ibu mengandung akan dibekalkan dengan obimin iaitu ferum yang diperlukan untuk membina sel darah merah. Mengapakah hanya ibu2 yang mengandung sahaja yang ditekankan untuk mengambil vitamin?Sebenarnya ini kerana doc dipertanggungjawabkan agar si ibu tadi tidak mati semasa melahirkan anak akibat kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan.Namun setelah melahirkan anak, penyusuan susuibu tidak ditekankan kerana kita disogok dengan banyak susu formula yang ada dalam pasaran. Sedangkan apabila kita menyusu anak, term fully breastfeed sendiri sudah memberi maksud makanan si anak bergantung sepenuhnya dari tubuh si ibu. Maka jika kekurangan zat2 la yang menyebabkan simpton di atas wujud.

So, untuk anak2 kita.. dan demi mereka kita kene banyak berkorban mencari sesuatu untuk mendapatkan sesuatu hasil lumayan..


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator

Diari seorang iBu.. bacalah wahai kaum ibu dan wanita

Pagi ni, uMi nak berKongsI saTu kisaH hiduP yaNg benar2 menYentuh perasaaN Umi setelah umi memBaca kisaH kaT bawaH ni.. ia merupakan luahan haTi naluri seoraNg ibU.. "kaTanya sayanGilah anak2 mu.." waktu Umi baca coretan diari seorang Ibu ni, uMi baru lepaS tidUrkan danIsh uMi yanG makin bIjak tu.. yer... danish ku makIn biJak, da pandai demand, da pandai buaT apa yanG kita kata janGan.. sebagai iBu, kita kene bersabar mendidik anaK2 kita, tapi... umi takut sanGat2 umI tak sabar... takut sangat2 kalau2 uMi terikUt perasaAn... Ya aLLah jauhkanlah ya Allah, kuatkanla kesabaran dan iman hambaMu ini.. lepas sudah habIs baca bait2 terakhir tu, uMi lari menjenGah si kecil Umi.. menitis air mata usah dicaKapla... uMi renuNg wajaH suci danISh dan Umi kucup waJAh muLus anak Umi tu, syukurlah ya Allah.. anaK ku cerdik dan sihat.. anaKku ini kau berikan yang terbaik untuK ku...



Bukan sedih pasal laGu ni.. tapi cube Korang pasang lagu ni sambil baca diari bawah ni..pasti lagi shahdu masa baca diari tu erk.. sediakan tisu tau..keNApa umi sediH sanGat?? cube korang baca.. sebagai pedoman buat kita yang bergelar ibu..sebelum tu, kita sedekahkan fatihah buat adik Qaid..

..Al Fatihah..





Khas buat teman2 yang akan jadi ibu bapa…

JGN NANGIS DLM OFIS UDAH LER!!!


Diary Seorang IBU

25 Mei 2009-
Today is my birthday...happy sangat sbb my husband awal2 pg dah
wish...kwn2 pejabat...along, imran my nierce...siap call kat opis tu
nyanyi2...ptg lepas opis hour...husband ajak pi pizza hut kat rawang...tp
aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam...so kami
mkn kat tg malim je..

26 Mei 2009 -
bangun pagi je...time nak mandi...aku tgk ada darah...mcm 1st day
period...masyaAllah ...aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8
months)...gelabah2 call along tp tak angkat...call my sister in law..(x
nurse)..dia advice suruh pi hospital...check up..takut uri dok bwh...so
aku bergegas ke klinik kesihatan... staff nurse scan...(dr.kursus masa tu
katanya)...tak de pape...baby ok...uri dok atas...semua ok...diaorg tak
leh detact...aku check pad....still ada darah...so aku ditolak ke
Hospital slim river...so bermula le kisah aku berkampung di
hospital...dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg...lg sekali
aku naik ambulans...terus ditahan di labour room..merasa le di
seluk..dikorek. ..papsmear. ..sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui.. .

27 Mei 2009-
masih di tahan di wad...tp darah tak keluar lg...mak n bpk bergegas ke tg
malim dari air port...diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia ... ambik
husna, bwk baik tg karang

28 Mei 2009-
aku dibenarkan keluar....baby aku ok...bledding dah tak de...cuma kena
refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar...cuma dr bg
pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery...aku nak cuba
normal...tp husbang aku prefer operation... tak sanggup tgk aku sakit
bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu

29 Mei 2009-
berehat di rumah....baru bgtau husband...still bledding...tp aku thik
positive...tak de pape kot...panas je bdn...ptg tu, balik tg karang jumpa
Husna...rindu sangat kat dia

30 Mei 2009
duduk rumah mak...lepak2. ..ptg tu bwk husna jln2...

31 Mei 2009-
still bledding...tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor...untuk
final shopping barang baby...beli tilam kekabu untuk baby...untuk
dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding...sakit2 dah
kat ari2....tp gagahkan diri untuk berjln...ptg pkl 5 bertolak balik ke
tg malim..masih sakit...

lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang...sakit masih menyucuk
nyucuk...singgah klinik nabilah untuk scan....kepala baby dah masuk
lubang...tu yg buat aku sakit2...balik rumah, mkn2...siapka brg untuk
antar husna ke nursery....sakit kat ari2 merebak ke pinggang.... ooo...ini
dah lain mcm...aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital...husna
aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia...dan bermula le...kisah aku....

1 June 2009-
aku disuntik ubt matangkan paru2 baby...kerana, baby aku baru berusia 33
minggu 4 hari...di suntik juga ubt penahan sakit...tak bg bersalin
lg...rupanya, aku dah nak bersalin...dah buka 2 cm...dr cuba suntik ubt
kat aku, tak nak bg bersalin lg...sakitye ALLAH je yg tahu...tp demi
baby, aku tahan w'pun aku dah nangis2 masa disuntik tu...esok
pg...constraction tak kerap sangat...so aku ditolak ke wad
bersalin...menjelan g mlm..sakit tu dtg lg...makin kerap...n kerap...n
kerap....nurse check...dah buka 4 cm...makin kerap sakit...di check lg
dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room

2 June 2009-
sakit....makin sakit...n sakit....dah buka 10 cm...husband aku dtg
menemani aku...push.. ..push... .aku teringat pesan along..push masa rasa
sakit je...ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini...aku selamat
bersalin dan ALHAMDULILLAH. ..aku dpt baby boy...sangat comel...iras muka
imran hakim anak along aku...aku sempat susukan dia...berat dia 2.22 kg
(33 minggu)...tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk
check up lebih lanjut...aku happy sangat dpt baby BOY...bukan bermaksud
aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira...aku dpt sepasang anak....

waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN...dr
mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi...mungkin ada masalah paru2 or
jantung...tp tak sure lg...aku cuba think positive...mungkin sbb anak aku
dilahirkan pramatang... tu sbb dr ckp mcm tu...

3 June 2009-
aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN...masih berwayar...dr. pakar
kanak2 mengesahkan kat aku...yg anak aku berkemungkinan menghidap
penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya...mungkin akan di refer
ke IJN untuk imbasan jantung...Ya allah...aku sangat risau n susah
hati...aku cuba untuk perah susu aku...untuk bg kat anak aku...tp belum
ada susu..aku cuba ...tanpa putus asa...aku dah boleh discharge dari wad
bersalin...tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku...atas
perbincangan bersama...suami aku memberi nama pd baby kami...Qaid
Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ ketua yang berani menegakkan
kebatilan...

4 June 2009-
kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung...Dr. pakar di
sana ..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp
kecil) dan injap jantung tersumbat... .aku ttp tabah menghadapi dugaan
ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami
akan usaha...janji Qaid sihat...seperti kakaknye Qaisara Husna...Dr.
pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN...untuk minor
operation

5 June 2009-
Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku...susuku pun semakin
banyak...ALHAMDULIL LAH....moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn
Qaid...dan aku tak putus2 berdoa...

6 June 2009-
Qaid ditukarkan ke wad biasa...buka ICU lg...ini satu pembaharuan. ..tp
masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung....n aku
boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu...dpt menyusukan dia seperti
biasa...

7 June 2009-
Qaid berasa selamat setiap kali aku
mendukungnya. ..berzikir. ...beratib. ...makin sihat...

8 June 2009-
lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN....5 more days my darling!!... sabar ye
sayang ibu...bertahan ye...

9 June 2009-
siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid...

10 June 2009-
aku rindu kat Husna...tp aku tak perlu risau...Husna dah cerdik...dah
boleh berdikari... Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya... .kakak kena
mengalah ye sayang...

11 June 2009-
Qaid makin sihat....berak kencing normal mcm baby lain...aku menjadi
penghuni senior di wad SCN...org lain keluar masuk...aku masih ttp di
sini...tak pe...demi anakku...aku rela berpantang di hospital

12 June 2009-
mak suruh aku perah susu banyak2...tinggal untuk Qaid...pg2 suamiku dtg
ambik untuk balik..bertungku. ..mkn nasi panas...n etc...tp aku
tolak...tak sanggup tinggalkan anak aku pg2....biarlah aku tak berapa
sempurna berpantang.. ..janji aku ttp berada di sisi anakku...

13June 2009-
2 more days sayang....bertahan ye

14 June 2009-
aku sangat happy hari ni....aku esok aku akan ke IJN...balik rumah tgh
tu...packing brg

15 June 2009-
Hari yg dinanti-nantikan. ...pg lg aku dah mandi, bersiap...susukan Qaid
kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN...

on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon,
mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN...bg aku ini satu
petanda...kenapa berliku liku perjalanan anakku ini...kenapa diaorg
careless menjalankan tugas....aku n suami dah uruskan pembayaran anakku
untuk di tahan di wad...17 June akan di operation... kenapa diaorg ni
teruk sangat...pasal apa susahkan anak aku...berapa lama lg anak aku akan
bertahan ???? aku nangis tak tentu arah....for the 1st time semenjak anak
aku sakit...aku menangis sebegini teruk....

16 June 2009-
atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim...Qaid dpt juga di
bawa ke IJN..tp untuk check up...sama ada boleh di operation atau
tak...selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)...dia ckp
Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk
operation... sbb Qaid masih kecil...urat2 dia masih halus...takut terkoyak
bila di operation... so aku kena bwk balik slim...untuk tunggu kg dia
naik...Dr. ahmad bantu aku n husband...dia order 1 serbuk soya n minyak
MCT oil...yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg...kalau
tanpa bantuan2 semua tu...kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa
sebulan....so lepas di beri beda2 tu...kg Qaid akan naik dlm masa 2
minggu...bermula le episod duka dlm hidup aku...Qaid tak dibenarkan
menyusu terus dgn aku...alasan : nanti dia penat..kg dia lambat
naik...aku kena perah susu...dan anak aku diberi minum melalui
tiub...sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku...aku cuba juga untuk bg
curi2....tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa...

17 June 2009-
masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid...aku kena sediakan 42 cc
susu aku...every 3 hours...

18 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc...tanpa Qaid breast feed
dgnku...susuku tak berapa banyak keluar...sangat buat aku susah hati

19 June 2009-
berat Qaid naik ke 2.395 kg...ALHAMDULILLAH

20 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc...Ya ALLAH...permudahkan lah urusan
kami...perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!

21 June 2009-
susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc...aku cuba minum air banyak....mkn
lobak putih...minum susu anmum...minum sangat banyak...takkisah kalau
urat aku kembang atau perut aku buncit...demi Qaid...aku rela...Demi
kesihata anakku

22 June 2009-
masih di Wad SCN...menemani annakku...makin tembam...makin chubby...pg ni
bila ditimbang berat....berat Qaid naik ke 2.44
kg....alhamdulillah ...Qaid.. .bertahan ye...4 kg lg sayang...

23 June 2009-
susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns...aku tak putus asa..terus
memerah susu setiap 3 jam sekali...demi annakku...Qaid Ahmadinejad

24 June 2009-
pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa....nangis bila disalin pampers...tp dia
mmg baik..tak banyak ragam...tak kuat nangis mcm baby lain...senang
jaga..senang bersalin...

11.30 pg- aku baru perah susu Qaid...tgh tunggu nak bg susu...tiba2, SP02
(deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff
nurse....terus refer dr....dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil
ini...terus dia nangis mcm biasa....

tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby....katil mula2 dia
lahir...untuk pemerhatian rapi...

aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn
tgh...dan dr buat CPR lg pd anakku...dan mereka mengambil keputusan untuk
memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg...aku
sangat risau..Ya ALLAH...selamatkan lah ANAKKU...jauhi le dia dari
bahaya...sembuhkan lah anakku ya ALLAH

ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3...3 kali mereka membuat CPR ke
atas anakku...

25 June 2009-
aku tak nak tinggalkan Qaid...tp staff nurse suruh aku rehat...suruh
tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya...aku pun tido di bilik sebelah
anakku...menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku...bgtau suruh perah susu...n
di maklumkan perkara siang td jd lg sekali...dah aku tak tido terus
bermula pkl 3 pg itu...untuk menemani anakku....aku takut perkara tu
terjadi lg...aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali
untuk anakku...dan itu tak bagus untuk seorang baby...jika dia survive
pun...katanya, kemungkinan dia akan cacat...sbb oksigen dia kurang...dia
tak lawan...dia bergantung pg oksigen tu..aku risau...sangat risau

pkl 8 pg-
perut Qaid membesar...dr mengesahkan ada kuman di perutnya...tak tau
punca dari mana...aku bingung...kenapa tidak terjadi pd baby2 org
lain..kenapa anakku....Qaid sakit jantung...kenapa tak jd kat baby2 yg
sihat2 yg lain...kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh
berpuasa...tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya
semenjak di pakaikan tiub oksigen itu...ya ALLAH...ujian apakah yg KAU
uji terhadapku.. ..adakah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke
atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH....Qaid
menangis tak dengar suara...tp hanya air mata yg keluar yg sangat
menghibakan hati ku....

menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar...untuk rest, pkl
8, dr caroline call...suruh aku n husband ke hospital segera...

kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah....sebarang kemungkinan
bakal berlaku...dan kami di benarkan duduk menemani anak kami...masuk 2
mlm aku tak tido ...aku sangat takut...takut dia pergi tanpa ibunya di
sisi....Qaid. ..bertahan nak...bertahan sayang...ibu ada teman Qaid...

26 June 2009-
pg Jumaat....aku tak tido semalaman, menemani Qaid...aku sangat takut
dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku...aku tak mkn, tak
mandi...terus menemani Qaid...sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad
itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap...aku
takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya... aku nak
sentiasa menemani anakku...puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat
sebentar, tp aku tak peduli...aku tak nak...

menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami...anak kami sangat
lemah...bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung
katanya...dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat
bergelen gelen...babyku pramatang... masih dlm hari..mana dia mampu n
sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya...even
org tua sekali pun tak sanggup terima...babyku masih kecil..antibody dia
sangat lemah!!!!Dr caroline berkata..."BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA
YG BAKAL BERLAKU....KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN,
KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN... aku tak kisah, cacat ke...sumbing
ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima...aku bela dia...aku tak
sanggup dia tinggalkan aku...

tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu
berkata pd suamiku 'BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA"...w'pun
mulutku berkata bergitu...hati ku menafikannya. ...Qaid.. .bertahan
nak...ibu ada teman Qaid

bpk dan ibuku dtg melawat...membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu
bertahan.... aku nangis sepuas puasnya...aku meluahkan apa y terpendam di
hatiku pd kedua org tuaku...ibuku hanya menasihatiku,
berdoa...berdoa. ..pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2
anakku...di telinga anakku...bpkku berkata, sabar...ini dugaan
allah...alah nak uji awak...even anak awak cacat sekali pun, kalau awak
dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela....beri pd kami...bpk,
mak...mulia sungguh hatimu....

aku ttp menunggu...dan menunggu di sisi anakku...sayang, ibu ada di
tepimu..menemani Qaid...Qaid jgn bimbang...ibu ada...Qaid jgn takut...ibu
teman Qaid...tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan
sedemikian rupa..diinject sana sini....tak cukup kaki tangan, betisnya
pula di cucuk...di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak
cukup....aku rela mereka menambah darahku....ambil le sebanyak
mana...asalkan anakku selamat...

ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk... dia memaklumkan pd kami...kuman itu
dah merebak ke ginjal anakku...anakku tak kencing..tak berak..perut makin
membesar...kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut...ya
allah....aku bermohon kepadamu...aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jg lah
di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa...jika ada kesalahan ku,
kesalahan suamiku...biarlah kami yg menanggung dosa yg kami
lakukan...tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa...aku bagaikan hilang
pedoman....hilang kewarasan... pabila melihat anakku sedemikian rupa...

Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk
sedikit lubang di perut anakku...untuk melihat sama ada ususnya telah
pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid...atau dpt
mengurangkan kekembungan bayiku itu...

aku terus berada di sisi Qaid...membaca ayat2 suci, pelbagai doa...untuk
kekuatan anakku...aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg
anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara...selagi tu aku terus
berfikiran positif..aku tahu anakku kuat...jika ibunya kuat...air susu yg
mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat...aku terus berada di
sisi Qaid, dia memberi respond padaku...kakinya diangkat-angkat. ..aku
terus mengusap pipinya...aku lihat airmatanya mengalir...matanya
terbuka...rupanya dia menangis...aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak
gerak...rupanya anakku lapar..dia nak susu...bila ku suarakan pd
nurse...Dr. tak bg, anakku kena puasa...sedihnya la hatiku..hibanya
rasa...Qaid. ...ibu tak berdaya sayang.... adik sakit...kalau ibu bg
juga...nanti perut adik tak leh menerima...ibu tak mampu sayang...

menjelang mlm...pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas
sekali lagi...Dr. Sumi membuat CPR pada anakku...aku terus keluar dari
wad NICU itu kerana tak sanggup melihat...sedangkan org tua pun di buat
CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil...dlm hari..masih dlm pantang..ya
ALLAH...berilah kekuatan pd ku...suamiku terus membaca yassin di sisi
anakku...jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil...CPR yg
di lakukan kali ini...begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum
ini...bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd
anakku...kemudian. .setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd
suamiku...bahawa. ..usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air
sahaja...aku bersyukur... bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ
anakku...

selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku...anakku putus
nafas sekali lg...Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada
anakku..aku tak masuk ke bilik itu...tp terus melihat dari
luar...kemudian, dr. sumi dtg kepadaku...MAK. ..TAK NAK MASUK KE
TGK??...aku ckp...nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm
tu...tak sampai hati...

kemudian...aku lihat, suamiku menangis...menangis tak henti henti...aku
terus berlari ke arah suamiku...kemudian aku duduk di sisinya...Dr. Ahmad
dtg kepadaku...dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI...TAK
ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH...KITA CUBA SEDAYA UPAYA...TP DIA TAK
RESPOND...IBU BOLEH CUCI TANGAN...DUDUK DEKAT ANAK...BOLEH PEGANG
DIA...aku terus membasuh tanganku...dan aku ttp mengatakan pd
suamiku...BANG, KITA REDHA...REDHA DGN UJIAN ALLAH...kemudian, aku terus
pergi pada Qaid....mencium dia tanpa henti...melafazkan kalimah syahadah
padanya...membaca ayat2 lazim pdnya...membaca doa nabi yunus
pdnya...kemudian. .aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg
melekat di bdnnya...kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng.. ..Ya
ALLAH....Qaid. ..anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup
nakkkk....aku seperti hilang akal...hilang kewarasan aku....Qaid. ...ibu
sayang Qaid...kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup
nak...Qaid.. .kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg
sihat2...anak ibu sakit jantung...kenapa anak ibu yg kena...Ya
ALLAH.....kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku
sekali???Qaid. ......... .

aku terus pengsan....lemah. ...adakah ini hanya mimpi...adakah ini hanya
gurauan semata mata...Ya ALLAH....berat sungguh ujian mu ini....aku tak
mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti...berat
sungguh ujianmu ini ya ALLAH...berilah aku kekuatan ya ALLAH...

suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami...memberitahu ttg berita pahit
ini...ramai yg cuba menghubungi ku...tp aku begitu lemah untuk
menjawab..terlalu pahit dugaan ini...ibu mana yg sanggup berpisah dengan
anaknya...tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini..

menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai...aku
terus terusan menangis...tak sanggup rasanya menerima hakikat
ini...adakah aku bermimpi...atau ini hanya mainan tidurku...ku cubit
cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku...betulkah semua
ini...ya...hakikatn ya mmg benar....ini adalah realiti..bukan mimpi...aku
harus menerima dugaan ini dengan tabah...tp aku menafikan... .aku
redha....tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di
sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah...kuatkanlah semangatku.. .aku
begitu lemah sekali...

Jenazah Qaid dikafankan di hospital...sebelum kami berangkat ke rumah
mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku...Ya ALLAH...anakku
seperti tidur...senyuman dibibirnya.. ..begitu comel wajah anakku..begitu
tenang sekali dia pergi dijemput ilahi...Ya ALLAH...besarnya rahmatmu
ini...aku bersyukur... anakku pergi meninggalkan aku...aku sayang
padanya...tetapi ALLAH lg menyayangi nye...aku tak perlu khuatir...Qaid
akan dijaga oleh ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan
ini...aku REDHA Qaid pergi...aku cium..cium.. cium jenazah anakku tanpa
henti...

sebelum kami berangkat dari wad SCN...aku peluk rakan2 kenalanku di wad
itu...moga dugaan yg menimpaku ini..dij adik an sebagai kekuatan diri
mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad
itu...sempat aku berpesan...kuatkan lah semangat korang...aku tak pernah
berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid...sehingga nyawanya di
jemput ALLAH...aku kuatkan semangatku.. .dari mula aku menerima berita
Qaid sakit...sampai le ke hujung nyawanya...aku tak pernah mengabaikan
dirinya...meninggal kan dirinya kesorangan.. .jdkanlah kisah aku sebagai
kekuatan korang....

ku lihat..semua staff nurse menangis...dr. sumi pun begitu..aku ucapkan
terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di
bawah jagaan mereka..

ku turut anakku sehingga ke rumah mayat...di mandikan
jenazah...dikafanka n..semua dilakukan oleh suamiku....aku begitu
lemah... adik 2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah
sekecil itu...begitu suci...tersenyum. ..putih bersih...ya ALLAH...berilah
kekuatan ke atas ku....rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH

menjelang pkl 2 pagi...kami sampai di rumah...mak dan mak mertuaku, adik 2
iparku telah menyiapkan segala kelengkapan. ..jenazah anakku diletakkan di
atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya...untuk dipadankan dengan
katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku....sayu sangat...melihat segala
pakaiannya.. kelengkapannya. ..yg tak pernah di usik..dipakai lg...mcm mana
agaknya diriku nanti...mengadap segala brg2 keperluan Qaid...mak
menangis...begitu juga mertuaku...aku begitu lemah...aku baring di
sebelah anakku Husna...ku peluk anakku...husna, hanya tinggal husna
sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu...husna jd anak yg baik
ye... adik husna dah takde...husna tak sempat tgk Qaid...hibanya rasa
hatiku ya allah...

along sampai, terus mengurut bdnku...urut kepala ku..urut
kakiku...kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk
jenazah anakku...

suamiku membuat keputusan untuk menyem adik an jenazah anak kami di tanjung
karang...bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak
leman...kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ke
tg karang...aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh...menunggu ahli
keluarga suamiku dari kedah..

sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba.. .pabila merasa susuku
bengkak..bengkak sangat...ya ALLAH...Qaid haus....Qaid nak susu...aku
memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini...tapi aku
ralat...Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir...hiba sungguh
hatiku...ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku...aku pilu..pilu
bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku...betul. .ini bukan
mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi...husna bangun dari tidur,
eh... adik dah balik....eh adik tidur???kakak. .... adik kakak dah tak
de...terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adik nya
telah di jemput ilahi...paham kah dia ttg kehilangan adik nya??

kemudian...selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat
jenazah....kami bertolak ke tg karang...sedih hatiku bila melihat
satu-satunya kawanku dtg...B, anak aku dah takde...anak aku dah dijemput
ilahi...tinggal aku sorang b....B peluk aku, menenangkan
hatiku....sabar. ..sabar jie...ni semua dugaan allah...ko beruntung sbb
ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti...sedihnya hatiku menerima
hakikat ini....kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..kak mas,
aku peluk kak mas...kak mas, saya dah lama nak anak lelaki...tp sekejap
je allah pinjamkan pd saya...sabar jie...sabar. ..ini semua dugaan...air
mataku dah kering....dah kering untuk menangis lg...hati aku
pilu...hiba. .sedih... tp air mataku tak mampu lg untuk keluar...

kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak
putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms...mengucapkan takziah...antara
banyak2 sms yg aku terima...aku begitu tenang pabila membaca sms dari
ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK...JIE, QAID TU
KETUA...PEMIMPIN. ..INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA
NANTI...amin. ...amin.. .ya rabbal alamin..

Sampai di tg karang...aku disambut oleh along...aku diminta berehat di
dlm bilik...mak bg aku mkn...pahit sungguh air liurku ini...aku tak mampu
menelan apa2 sahaja....aku tak mampu....kemudian, rumah ayahku ini
dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan. .sahabat2 handai...kemudian, aku
diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir.... aku berjalan ke
aras jenazah...jenazah anakku seperti tidur....aku terlupa bahawa anakku
sudah meninggalkan aku...aku cium anakku...cium tanpa henti...kemudian,
secara tiba2...aku berzikir pd jenazah
Qaid...SUBHANALLAH. ..WALHAMDULILLAH ..WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU
AKBAR...zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia
menangis...mengigau ....ya allah...anakku hidup lg..dia cuma tido..tido
seperti hari2 biasa....tido selepas mandi..selepas di beri susu...ya
ALLAH...jgn ambil anakku....Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu
nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid....Qaidddddddd dddddddddd. .....

jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah....betul2 di tepi
kubur arwah opah...aku bersyukur... .sekurang kurangnya Qaid tak
sendiri...nyang ada menemani Qaid..

Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini...Aku REDHA ya ALLAH...kau
limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH...lindungilah Qaid ya
ALLAH....jagalah Qaid di sana ya ALLAH...lindungilah dirinya ya
ALLAH...berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH...aku masih ada husna dan
suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH...temanilah anakku ya
ALLAH....jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH...selama ini aku tak
pernah biarkan dirinya kesorangan.. ..aku REDHA ya ALLAH...aku
REDHA....kerana kau lebih menyayangi anakku dariku...

Qaid, ibu sayang Qaid...sayang sangat kat Qaid..w'pun Qaid hanya
dipinjamkan sekejap kepada ibu...tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid,
jaga Qaid siang dan malam...cium Qaid tanpa henti...bacakan surah,
ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid...Qaidlah anugerah
yg amat berharga pada ibu..w'pun hadirmu hanya sekejap nak...tp Qaidlah
anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu...tunggu ibu di syurga ya
nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa
Qaid...kesian kat kak husna nak...terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak
sayang pd kakak...tp ibu lemah...lemah dengan kehilangan Qaid...doakan
ibu ye nak...doakan ibu..semoga ibu kuat...ibu takkan lupakan Qaid...ibu
akan sentiasa mendoakan Qaid...begitu juga abah...kehilangan Qaid
merupakan satu tamparan pada ibu dan abah...ibu ingat ibu lg kuat dari
abah...tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini....

Qaid...hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak....ibu
sayang Qaid...ibu halalkan susu ibu...ibu minta maaf kalau selama ini
jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak...ibu sayang Qaid...

QAID AHMADINEJAD 2 JUN - 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY


ibu, abah dan kakak husna sayang Qaid




















Isnin, 25 Januari 2010

Jalan2 denGan danish

Haritu bawak danish p jenjalan, tapi tak sempat nak upload gambar.. sebenarnYA bukan kamI bawak dia jenJalan... dia yanG bawaK kamI jenJalan.. jeNuh naK meNgejar iNi budak yaNg suka Jalan.. da la laJu semacam je diA jalan.. risaU dia terlenggar oranG yanG jeLan je, boleh gitu? patutnYa kita risauKan dia kene langgAr oranG, huhuhhu




SebeNArnYa saJE je La bawaK si danISh ni daLAn2 menGisi kekosoNgan harI yaNg tak bz kahh?? daNish kr uMi yanG Boring duk uMah duK aJAk aBi pusiNg, daLan2.. Umi tak larat menGejar dah...

PenaT berJAlan, kamI siNggah di secret recipe alamanda.. fuh jauhnya jalan dari Klcc sudahnya makan di Alamanda.. huhuhu,maKan2 setelah keletihaN berkejaraN denGan dak danISh.. Jom laYan video daNIsh jenjaLAn dan Makan..

Ini adalaH manisan piLihan aBi... tapi danish yang suke makan nih.. camne tuuu

Ini Budak danish tenGaH mengUsha orang lain, boleH plaK dia maiN maTa dgn diorg tu.. taPi Umi tak dan naK snap gambaR dia wat maTA dia tu.. uhuhuhu

daNish maKan kopok tanPa minyakkk..

Ini Pula maInan danIsh, suPaya danIsh tak bosan walauPun dia sebenarnya jemu da dengan permainan dia ni..asYik dia campak kebawaH je.. protest la tu..

dan ni plak, gambaR danISh sedaNg menUnggu masa membUang maInan yang memanG sentiasa ada dlm beg jalan Umi, adeii ini budak sudah makIn cerdikkk..





Jumaat, 22 Januari 2010

mAri berbual2 dengan dak danish..

Hari jumaaT ni adalAh hari yang paling menyerOnoKkan untuk kita memBayangkaN percutian di sabtu dan ahad esok... huhuhhu.. asyik ingat nak sabtU ahaD je.. korang perasan tak masa cepat berlalU.. sekejap je da jumaat..

Alkisah kali ni nak cite tentang si danishku yang suka bercerita.. Setiap malaM atau setiap kali danIsh nak tdo, uMi akan dodoIkan dengan zikir2 atau lagu2 naSyid untUk menidorkan danish.. lagu peberet dia adalaH laGu iktiraf raihan.. tapi malam tadI.. bila kamI si abi dan uMI telah mengantuK tahap gabaN... jadinYa bila mendodoikan danish, dia masih je nak main disebabKan penjaga danisH telah menidurkan danish terlalu lama pada petang nYa maka, malam itu danishla yang mendodoikan kamI denGAn sebuah cerita klasik karaNgannYA sendiri.. koraNg tak caya?? meh tengOk.. Umi saJe gelapkan gambar sebaB nak bagItau its time to sleep kat danish.. tapi dia boleh bahagia bercerita tanpa rasa takut dalaM gelaP... hebat betui anaK umI.. Jom layan.. CIter dalam gelap yer..



Lama2kan.. dia boriNg sebaB kamI berdua diam je.. dia pun apalai, buat keje dia sambil merengekla.. kuikuikui.. taupun boring, habis tu.. umi dan aBi tak boriNg la tunggU danish tanak tdo2 lagi tu..banyak cerita kan danish ni?






Rabu, 20 Januari 2010

Apa itu AIO??

Hari ni Umi nak bercerIta berkenAan Cloth Diaper danISh.. huhuhuhu.. danisH2, makin bijaK dia.. kalaula CD dia tu UmI dapAt buKakan.. laJu je dia naK lari.. uMi tak snap la Picture seBAb danIsh seksI saNgat la Plak time tu... huhuh..

Kali ni, uMi nak bercerita berkenAan AIO button CLoth Diaper keluaran Lunatots CD. AIO ini direka khas utk melebih memudahkan para ibu bapa yang telah memiliki koleksi CD yang banYak utk anAk2 mereka menggunakannYa.

Ianya merupakan CD yang dilengkapi Insert tanpa perlu memasukkannYA. MaksudnyA cD tu tak perlu dimasukkan Insert kerana Insert CD tu telah di satukan dengan CD. Tiada poket pant dan lebih menjimatkaN masa. Lebiih menJimatkan masa ni dapat dilihat.. bila CD tersebut keriNg je, ibu2 atau bapak2 boleh terus menggunakaN CD tersebut tanpa perlu bersusah payaH memasukkan insert didalam CD tersebut. SebabnYEr Insert CD telah dijahit bersama denGAn CD tersebut..

Jadi bagi mereka yang mempunyaI stok CD yang lebih bolehla mencuba AIO CD ni. KenapA perlU CD leBIh?? biasaLa kan, setiap benda ada keleBihan dan kekuranGAn.. darI CD AIO ni diorg caKAp lamBAt keriNg sebaB insert melekat terus di CD so tebaL la kan, tapi paDA umI.. seJak mencuba AIO ni, takla pulaK lamBAt kerIng..cepaT jekan.. sama macaM cD dan insert biasa.basuh malam tu, esok paGI da kerinG.. =D


Macam biasala kan CD ni boLeh di adjust dari s,M,L dan xL...CD AIO ni terdapat hanya satU jenIS je iaiTU jenIS buttOn.. dan harGAnya pun berbaloi2 denGAn material yanG digUnakan..so kalaU ada seSiapa yang berMInat untuK menamBAh koleksi CD bolehla mendapatkannYA di Babyumishop. Sistem Kutu pun ada yer.. so jangan lepaskan peluanG..






Selasa, 19 Januari 2010

ape 1, 2, 3...

SAlam semUa, oleh kerana kebizian melanda.. jadI umi asyik tersangkut2 je nak buat entry baru.. HUuhuhuhu, nak kata cite best giler, best la jugak.. mana taK nya.. asal nak ngadap laptoP, si danisH umI yang shomel tu pun mengaktifkan diri kesana kemari.. adehhh.. letih den memantau danish, tu pasaL jadI suNyi sepi je blog umI...

Kali Ni umI nak bercerita perjalaNAn umi sepanjang minggU lepas. Sabtu aHAd aritu Umi menyebokkaN diri denGan aktivit memBawa danish berjalaN2 sambil menyoppingkan diri.. adeiii, takde maknanya shoping, duk kejar si danish yang berjalan tak benti..

danish ku sekarang makin manja, sume nyer nak dengar cakap dia.. tapi bila kita kata no.. dia faham and kate noh.... adeiii..rasa nak je gigit pipi dia.. da la cepat merasa bosan.. takleh la umi nak lelama kat satu2 tempat.. dia je nak jenjalan.. ni sume pasal abi la ni, manja kan sangat.. kalaula pipi dia tu pau yang lembut.. lama da umi gigit n kunyah2 , kihkihkih gamak, bayangkan pipi danish pau,ape punya umI... macam ni la punya anaK lelaki.. udah la tu, mulutnya yang riuh rendah, macam2 orang dia teguR.. bila orang tu tegur dia, tau plak dia malu...kihkihkih... jom layan aksi danish ni..



Gaya, pelumbe F1 ka?






Tengok Fish kat petrOsains.. si budak danIsh manYak betUl soaLan yang diLontarkan..


1 : ape??

2: ape??

fish jadi ishh



3 : ape laGi..

abi dengan penuh kesabaran melayan tapi nampak cam da tak larat je nak jawab erk??? banyak laGi ape tapI letih nak upload la.. kuikuikui


tgk, ikan tu bergosip di petrosains


kat bawah ni aksi best.. suke umi tengOk, nasib semPat uMi rakamkan coz si danish ni cepat je nak lari ke tempat lain..da la mulut dia riuh satu KLCC seolah2 nak sume orang tau dia wujud di KLCC, wakakakaka.. adeiii

Ok, la stop sini dulu... nanti sambung laGI dengAn aksi video danish wif babak2 menarik.. miahahahaha..layazzzzzzzzzz..


mesti hot..