PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 29 Januari 2010

DAniSh bersuGi setiaP hari..

Pagi ni, bersemangat pulak umi naK bercerita pasaL danish uMi..herm, tanGok taJuk je korang kompem da tau paSAl gigI danISh.. huhu... Semua sekaLi ada 7baTAng gIgi, 4 atas dan 3 dibawaH.. cumil2 belaka.. mUla saJe danISh nak tumBUh gigI, umi suka bersIhkan Mulut danISh deNgan kain dan aIr suaM.. KalAu maLAm tu, lepas je menYusUkan dak danISh, uMI lapkan denGan tuala lembUt dan baGi dia minUm air masaK sikit, maknanYa kene standby air masak dalam botol susU untUk beri dia selepas menyusU..

masuk 2 da 3 batang gigi daniSh tumBuh pUn umi still laPkan denGan kaIn tuala lemBut dibasaHkan denGan air suam.. tuJuan guna air suam ni, supaYa dak danish Tak tertelAn/terjilat air mentah..

SekaranG ni bila jUmlah gigI danISh maKIn bertambaH, uMi ajaRla dia Memberus gigI.. bUat masa ni Umi haNYa baGi dia berus gigI saHAja seBab takut dia Makan ubAt gigI.. standby juGA dgn segelas air suaM..or air masaK.. tujUan nYa supaYA dia tak telan aIr mentah.. sekarang ni dia da pandai da.. kalau nampak berus gigi, dia akAn acukan kat gigI dia yang cuMil2 tu..
mehhh, jom kita laYAn gambaR danISh trainnIng gosoK gigi..

1. Umi pilih berus gigi yang paling lembut dan sesuai..
2. Ajar danisH memegang berus gigi dan arah mana berus tu patut diletakkan..
3. heppp.. tu nak main la tu.. waktu trainning ni, umi pun pegang berus gigi Jugak n sama berus gigI supaya danIsh ikut apa yanG umi buaT.. kalau tak tengoK tu, buat main la pulaK..
4. PastikaN hala berus gigi betul ye.. cam danish buat ni.. betUl tak uMi?
5. Gaya model berus gigi, wahh nampak pro la pulak
6. TengOk tu, danISh da pandai memberus gigi dengan betul, gaya pegang pun betul..

7. eh, yanG... dalam tu da ada gigi ker?
8. hahahahaha.. bila kene puJi bijak, mula la tu tunjUk cumil..
Heheh, inilah hasil penGAjian baru buaT danISh.. galakkan anak anda memberus gigi apabila bangun pagi dan sebelUm tidur.. bawak juga mereka berjumpa dengan doktor gigI sedari awaL gigi tumbuh sUpaya gigi mereKa kuat dan sihat.. kat bawah ni sediKit penGAjian untUk uMi dan kawan2 kongsI bersamA.. Jom tambah ilmu..
Kepentingan gigi primer (gigi susu)
Sepertimana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh. Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Oral
*Baru lahir hingga 24 bulan
*Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.
*Elakkan membiar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong sahaja.
*Mengatur tabiat makan anak anda.
*Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.
*Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.
*Teruskan mencuci bahagian-bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.
*Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.
Umur 2-6 tahun
*Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.
*Mula menggunakan flos di bahagian-bahagian gigi yang rapat.
*Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun
*{mosimage} Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak di bawah pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purat a umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri. Manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.
*Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.
*Menggunakan pengedap (sealant) untuk gigi geraham kekal.
*Jika perlu teruskan mengambil florida tambahan seperti yang telah dipreskripsikan oleh doktor.
*Kanak-kanak dari semua peringkat umur
*Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.
*Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan sebelum tidur.


Sumber:
Penjagaan Gigi dan Gusi, infosihat.gov.my











































3 comments:

OneSue berkata...

wahh danish pandai berus gigi la..

akak dah letak ubaut gigi tak?

iNa berkata...

cute nye danish bersugi..:)

Raji and Yeen berkata...

woah xsangke kcik2 lagik dh pandai gosok gigi.. ;D