PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 28 Januari 2010

Suppliment tambahan untuk susu ibu..

Lamanya umidanish tak bercerita pasal susuibu. Bila terpandang buku yang bercerita pasal susuibu, terpanggil pulak nak share dengan korang kat sini.. memang betul kata buku tersebut bahawa terdapat pelbagai cara untuk membanyakkan susu dan salah satunya adalah pengambilan suppliment tambahan selain makan makanan yang mengandungi pelbagai vitamin.. Jom kita share dibawah ni.

Bagi ibu2 yang baru hendak belajar menyusukan anak dan mereka yang sedang bertungkus lumus berusaha gigih untuk melengkapkan penyusuan selama 2 tahun.



" Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu."

Walau bagaimanapun si ibu tadi diwajibkan memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang iaitu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.Jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:

1. Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.
2. Mood yang tidak stabil (mood swing).Mudah marah dan sensitif.
3 Muka kelihatan pucat.
4. Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.
5. Kulit wajah yang kusam.
6. Wajah nampak tua dari umur sebenar.
7. Keinginan seks yang menurun.
8. Sakit2 sendi dan tulang belakang. Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2.
9. Sakit gigi.

Kita perlu tahu mengapakah simpton2 di atas boleh berlaku? Ini kerana zat yang diperolehi dari pengambilan makanan harian lebih tertumpu untuk penghasilan susuibu. Jika si ibu tidak mengambil makanan tenusu seperti susu dalam meal harian, maka kalsium dalam badan ibu itu sendiri akan diserap bagi disalurkan kepada si anak tadi untuk keperluan pembesaran tulang, gigi dan pembentukan darah. Begitu juga dengan pembesaran anak yang memerlukan zat besi, semua vitamin Bdan vitamin2 lain. Jika si ibu tadi kurang mengambil makanan yang mengandungi zat ini maka ianya akan diserap melalui zat yang sedia ada dalam badan ibu.

Apabila si ibu tadi tidak dapat menggantikan semula zat yang diserap untuk penghasilan susu si kecil tadi maka ia akan mengganggu kesihatan itu dalam jangka panjang dan lahirlah simptom2 di atas seperti yang telah ibu nyatakan. Apabila simptom2 di atas ini berlarutan , ia akan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan optimum si ibu. Jika si ibu mengalami gangguan kesihatan maka penghasilan susu akan sedikit terjejas.

Ada sesetengah doc yang pro breastfeeding...akan menggalakkan si ibu mengambil supplement untuk mengatasi masalah di atas dari berlarutan. Namun ada sesetengah golongan profesional pastinya terikat dengan polisi kerjaya mereka iaitu tidak boleh merekomenkan pesakit dengan mana2 brand supplement yang ada di pasaran. Maka vitamin diberi secara percuma oleh klinik kerajaan. Golongan ini hanya akan menyarankan ibu2 yang menyusukan anaknya untuk mengambil vitamin bagi mengisi kekosongan yang terdapat di dalam tubuh si ibu. Sebenarnya supplement boleh didapati dari klinik kerajaan secara percuma. Sebab itu ibu mengandung akan dibekalkan dengan obimin iaitu ferum yang diperlukan untuk membina sel darah merah. Mengapakah hanya ibu2 yang mengandung sahaja yang ditekankan untuk mengambil vitamin?Sebenarnya ini kerana doc dipertanggungjawabkan agar si ibu tadi tidak mati semasa melahirkan anak akibat kehilangan darah yang banyak semasa melahirkan.Namun setelah melahirkan anak, penyusuan susuibu tidak ditekankan kerana kita disogok dengan banyak susu formula yang ada dalam pasaran. Sedangkan apabila kita menyusu anak, term fully breastfeed sendiri sudah memberi maksud makanan si anak bergantung sepenuhnya dari tubuh si ibu. Maka jika kekurangan zat2 la yang menyebabkan simpton di atas wujud.

So, untuk anak2 kita.. dan demi mereka kita kene banyak berkorban mencari sesuatu untuk mendapatkan sesuatu hasil lumayan..


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..


gif creator

0 comments: