PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 29 Mei 2015

Kedai Lampu Murah House Of Lighting Puchong : Rumahku Syurga ku Part III

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Entry kali ni nak cerita berkenaan beli barang rumah kami. Bukan ingin menunjuk-nunjuk tapi umiIzz nak share dimana dan tips-tips menarik dari pengalaman kami.. Memula sekali umiIzz cadang ke abiIzz pergilah tengok lampu kot la budjet cukup kita borong siap-siap. AbiIzz setuju.. Nak cari lampu yang takla terlalu berat mata tengok tapi nampak cantik dan manis-manis gitu macam umiIzz hehe..UmiIzz sukakan simple tapi orang tengok wahhhh.. sederhana tapi nampak wahhh.. (^_^)

So, baru-baru ni kami pergi ke House Of Lighting yang orang sibuk cerita kat sana murah-murah dan cantik-cantik lampunya. Perjalanan terasa lama sebab gerak dari rumah MIL di Gombak.. Kalau dari rumah kami takla sejauh itu.. tapi takpe, demi nak cari yang terbaik kami gagahkan juga.. Perjalanan takla jame dan bebudak seronok tengoknya..

Ok kat atas tu la gambar kedai tersebut.. dan korang boleh tengok waktu operasi kedai tu kat gambar bawah ni..


Sampai sana memang sedikit lah rasa kesakitan tengkok sebab yang kita nak tengok adalah lampu siling, bukan lampu tdo heheh.. so memang tahan sakit tengkok la kami.. Sebab tu umi terus cakap ke abiIzz beli lah terus jika budjet kita mencukupi =).. Takdelah sesi ulang tayang sakit tengkuk lagi lepas ni..

Ok, nak cerita panjang-panjang umiIzz malas, kita layan dulu gambar-gambar kat bawah ni.. Korang bolehla cuci mata kat dalam ni dulu sebelum korang sampai sana. Harga ada yang nampak ada yang tak berapa nampak.










Kalau cerita pasal orang. memang bersusun orang pergi kedai tu.. padat yang amat.. Tengok je gambar atas ni memang penuh orang.. =) Ok umiIzz nak share sikit tips korang nak membeli barang..

Bila sampai korang try round tengok semua, yang mana dah berkenan tu terus mark.. Bila da siap panggil terus yellow man atau men.. utk tanya status, keadaan, keistimewaan lampu yang korang kenan. Tanyalah macam-macam kat yellow men/man ni supaya korang puas hati. Dia mesti akan jawab punya ok..

Lepas tu, korang bgtahu nak yang mana dan diorg akan masukkan dalam sistem, masani memang ada no giliran. Walaupun ramai tapi korang jangan susah hati sebab memang sangat pantas. Sekejap je masa umiIzz tunggu haritu.. =) alhamdulillah.. Allah mudahkan..



Senarai kipas di HOL
Kipas yang umi pilih untuk ruang tamu..

Ok, satu lagi info yang boleh korang tahu.. Kat House Of Lighting ada juga terjual kipas-kipas.. Harga pun boleh tahan lah. Disebabkan malas nak ke kedai lain so borong terus siap kat sini. Berkenan yang berlampu tp nak yang simple.. so sesuailah kipas ni kan heheh..

So, kalau nak pergi nanti.. try servay tempat lain dulu baru ke sini sebab korang mesti akan pilih kedai ni punya sebab harga murah dari kedai-kedai lain.. Ermm

Oklah, umiIzz rasa cukup info ni dulu.. UmiIzz sertakan alamat kedai HOL tu yer..

Houses Lightings Sdn Bhd,
No. 33 & 35, Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor.

Kalau dah terkumpul semua barang-barang nanti dia akan cek depan kita, so tengok betul-betul satu-satu, takdelah nanti kalau ada yang takde mentol ke atau sumbing ke bekas kaca nya.. korang kena datang balik ke kedai. Kan jadi satu hal..

Okla, selamat bershopping.. Pastikan membeli benda yang tidak membazir


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Rabu, 27 Mei 2015

Habis kene tebang : Rumahku Syurga Ku Part II



Assalamualaikum.. Bismillahirrohmanirrohim


Rabu ni UmiIzz kelamkabut sikit sebab keletihan membakar Cookies untuk tester peminat tegar Cookies Chinta, oleh kerana patah kaki maka umiIzz perlulah tidur awal agar pagi tadi taklah keletihan.. Dapatlah jugaklah siapkan tester untuk penggemar Cookies umi ni..



Berkenaan tajuk tu, rumah kami masih lagi dalam proses pembersihan dan ubahsuai baikpulih.. Baru-baru ni AbiIzz yang rajin (alhamdulillah) datang melawat rumah dan menebang 2 pokok kat tepi rumah tu.. Pokok apa erk, umi Izz pun tak tahu, ada yang panggil pokok lidah jin?? ada yang panggil pokok lidah kering?? hihi macam-macam.. Dah selamat pun dua batang pokok tu kami tebas kecuali yang tinggi tu sebab yang tu berduri, so kene pikir cara. Takpun nanti suruh je tukang tebang terus..hehe



Rasa umiIzz memang tak sesuai letak kat tepi tu mungkin nanti umiIzz nak besarkan ruang tamu n nak jadikan kawasantu bilik tamu. (*_^) InsyaAllah.. Gambar tu masa keadaan rumah masih berumput tinggi.. Sekarang rumput dah tak tinggi. So umiIzz rasa senang hati sikitlah.. Nanti kalau dah mula reno bahagian situ umiizz akan jadikan lantai..

Buat masa ni tengah kumpul barang-barang yang perlu dipasang dirumah kami ni.. Diharapkan moga Allah mudahkan urusan..

Amin InsyaAllah..
Sambil-sambil santai menaip kita pekena Chinch Tea memang best


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136



Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

Selasa, 26 Mei 2015

BANTUAN MAKANAN KEPADA PELARIAN ROHINGYA DI ACHEH

Assalamualaikum
Bismillahirrohmanirrohim..



UmiIzz nak share sedikit hari ini berkenaan dengan saham.. Yang ni saham yang faedahnya jauh lagi nak dapat tapi kekal sampai bila-bila, InsyaAllah.. Jom.. kepada sesiapa yang berminat dan berniat nak beramal jariah.. Mari kita sama-sama membantu kerana Allah SWT.. Biar sedikit pun yang kita bantu asalkan ikhlas.. Kerana Allah tak pandang banyak mana pemberian kita tapi Allah pandang banyak mana keihklasan kita.. InsyaAllah.. Alhamdulillah..

BANTUAN MAKANAN KEPADA PELARIAN ROHINGYA DI ACHEH PADA 28 MEI - 1 JUN 2015 : MISI BANTUAN KEMANUSIAAN CAKNA ROHINGYA anjuran NGO ARP 


Alhamdulilah, kurang 30 hari lagi Ramadhan bakal mengunjungi kita. Bersedia untuk memperbanyakkan amalan-amalan baik. Semoga kita tergolong sebagai hambaNya yang bertaqwa dan diberkati selalu hendaknya. UmiIzz nak ajak semua berbuat kebajikan dengan menderma. Namun derma ini bukan dipandang dari segi besar nilainya oleh Allah SWT tetapi dari segi niat dan ikhlasnya.. Semoga amalan kita menjadi bantuan kita disana.



Bismillahirahmanirahim.. ARP dengan ini melancarkan sebuah misi bantuan kilat Cakna Rohingya -Acheh demi
membantu pelarian Rohingya yang ditempatkan di sebuah penempatan kemanusiaan di Kota Langsa, Acheh.

Ia sebuah misi mendesak yang dilancarkan segera demi kemanusiaan sejagat.
Teruskan sokongan dan sumbangan bantu saudara seagama, etnik minoriti Rohingya yang dizalimi.

=====================================
Bantuan Makanan Cakna Rohingya Acheh;
=====================================

1. Beras

2. Mee segera

3. Makanan dalam tin/sardin

4. Roti

5. Biskut

7. Air mineral

8. dan lain-lain

Satu pakej makanan di atas bernilai RM50/pax .
Walaubagaimanapun, di sini tiada nilai maksima atau minima.

Bukanlah jumlah sumbangan yang dikira tetapi keihklasan membantu saudara seakidah yang lebih diutamakan.
Tuan puan boleh menyumbang serendah RM1 dan pihak kami berbesar hati menyampaikan amanah ini kepada pelarian Rohingya yang sangat memerlukan ketika ini.

InshaaAllah ARP bersama rakan kerjasama dijangka bertolak ke Acheh pada 28.5.2015 (Khamis). Oleh itu, kami amat berharap sumbangan dapat disalurkan selewat-lewatnya pada Rabu, 27 Mei 2015.
Kami memohon agar para penyumbang yang bermurah hati untuk turut serta berkongsi rezeki, dapat kiranya menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai (sahaja);
di mana pihak ARP akan menyediakan keperluan makanan tersebut di Acheh dengan bantuan dan kolaborasi dari NGO tempatan di sana.

Dilaporkan hampir 1,500 pelarian Rohingya kini menerima bantuan makanan dan rawatan perubatan di pusat perlindungan, klinik dan rumah penduduk tempatan
di sekitar Aceh selepas sekumpulan nelayan negara itu membantu mereka yang tersadai di perairan Acheh.




=========================================
Sumbangan hendaklah disalurkan ke akaun ARP;
=========================================

• MAYBANK : 562478141589


CIMB : 12310000632103


BANK ISLAM : 12038010114731


*Masukkan email penerima notis sumbangan; info@arp.org.my
.
Nama Akaun : Al-I'tisam Relief Program Association / Pertubuhan Program Ceria Al-I'tisam
.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian:
03-7846 1880 | 016-205 1880 (Whatsapp)
.
.
Doakan misi dipermudahkan dan pelarian Rohingya selamat dilindungi dan terbela. Mereka bukan sebarang pendatang haram tanpa izin.
Mereka etnik muslim minoriti Rohingya yang telah dianiaya dan ditindas pemerintah Myanmar yang zalim. Nasib mereka bergantung sepenuhnya kepada ihsan dan kemanusiaan sejagat.
.
Mohon hebahan dan panjangkan email kepada rakan-rakan dan saudara mara.
Semoga Allah SWT memberikan hidayah kepada orang yang telah membantu mereka yang memerlukan perlindungan.




==========================================================
LAIN-LAIN PERKEMBANGAN PROGRAM BANTUAN KEMANUSIAAN ARP:
==========================================================
1.Tuan puan juga boleh menyumbang untuk menjayakan misi Cakna Rohingya-Malaysia.
InshaaAllah majlis bantuan di jangka pada 30 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di Gombak.
Rujuk flyer dan hubungi kami ditalian 016-205 1880 (whatsapp) untuk maklumat lanjut;


2. Selain itu, tuan puan juga boleh berkongsi rezeki dengan menyertai Program Iftar Rohingya & Iftar Gaza 1436H/2015 anjuran ARP.
Rujuk website dan FB ARP atau hubungi kami ditalian 016-205 1880 (whatsapp) untuk maklumat lanjut.


Sekian sahaja untuk makluman semua umiIzz panjangkan bekalan saham disana ni untuk sama-sama kita beramal..


Allah sayang,
InsyaAllah..
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


Salam sayang dari,


  gif creator
gif creator

Rabu, 20 Mei 2015

Rumahku Syurga Ku Part 1



Assalamualaikum Bismillahirrohmanirrohim..

Bercerita tengahri ini kisah minggu-minggu sudah ditaman cinta. Aktiviti kami hujung tahun lepas membersihkan kawasan rumah yang awalnya semak samun kerana owner tinggal terus rumah dan anak-anak tidak mahu mengurus. Keadaan kawasan lapang dihadapan rumah memang sangat semak kerana lalang telah pun tinggi waktu itu hujan kerap turun.

Seram jugak umiIzz bila umiIzz tengok keadaan rumah kami yang dipenuhi lalang tinggi. Tapi alhamdulillah, AbiIzz gagahkan juga untuk menebas sendiri. Sambil alunan surah albaqarah, beliau mula meracun. Ya.. cadangan meracun ni asalnya dari ibu Umiizz sendiri. Bila dah mati mudahlah kita nak membersihkan rumput tadi dengan memajak sdri hihihi



Alhamdulillah, walaupun rasa letih tapi seronok tu tak dapat bayangkan bila nanti si double izz tu akan bermain hanya dihalaman rumah sendiri.. Semoga keselamatan mereka terjamin. Dan mungkin lepasni bolehla umiIzz berangan dengan kolam ikan dan rumah orked..hiihi..





Pokok ni sape tahu? Oleh kerana umi rase tidak sesuai hidup dikawasan rumah umi, makanya umiizz minta abiIzz tebang.. Hurm, memang bersepah-sepah masa ni..


Haaa ni kami datang kali keberapa tah dah tak ingat.. masa ni lalang-lalang semua dah mati dan umiIzz pun da buang semua rumput lalang hingga nampak tanah, yang syok nye abiIzz siap buat pembakaran terbuka.. Hurm.. sabar jela abiIzz tapi umiIzz seronok sebab rasa macam duduk dikampung bau asap rumput terbakar sangat sedap macam dalam cerita winter sonata gitu hehe..


Ok ni gambar baru-baru ni masa sehari sebelum 1 Shaaban, buah rambutan dah mula berputik.. Makanya Syawal nanti kami dapat menjamah hasil rambutan macam tahun lepas tu kami tengok je la rambutan gading ni berkilauan kekuningan atas pokok.. Sebab belum menjadi milik kami lagi kan.. Alhadulillah rezeki Allah nak bagi..

Apapun sebagai hambaNya, bab rezeki ni kita kene usaha disamping meminta dan berserah padaNya. Takkan Allah sia-siakan permintaan hambaNya yang beriman.. (",)

Selamat menyambun bulan shaaban dan banyakkan beramal jariah.. insyaAllah sambung lagi.. esok umiIzz nak kongsi cerita rohingya.. bagaimana kita bersedekah untuk mereka..insyaAllah


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator




gif creator

Pengumuman oleh Shaklee : Alfalfa Selamat

Assalamualaikum..
Bismillahirrohmanirrohim..


Haritu kan kecoh pasal seorang student nurse meninggal disebabkan salah satu suppliment Shaklee. Kat sini umiIzz nak bagitahu bahawa Shaklee telahpun membuat pengumuman berkenaan suppliment tersebut. Suppliment yang dimaksudkan adalah berkenaan Alfalfa.



Tak perlu umiIzz ulas lanjut siapakah yang telah tersilap mengeluarkan kenyataan berkenaan arwah..Siapa nama arwah nurse tu tak perlulah kita panjangkan.. Kesian arwah dan keluarga.. apakata kita sedekahkan fatihah dahulu kepada arwah.. Alfatihah

UmiIzz pun tanak aibkan si pengulas yang cuai ketika mengulas dengan penuh konfiden berkenaan penyebab kematian arwah nurse tersebut. Moga lepas ni beliaulebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Berkenaan kenyataan dari Shaklee korang boleh baca statement di bawah ni ada menjelaskan bahawa Alfalfa sangat dijamin keselamatannya dan telah diambil oleh ramai orang sejak lebih 50 tahun.InsyaAllah para ibu yang mengamalkan alfalfa yang telah membantu melancarkan pengeluaran susu, tak perlu risau.. Alfalfa adalah selamat digunakan.


Semoga keterangan diatas dapat membantu anda dalam kekeliruan berkenaan Alfalfa Shaklee. Selamat meneruskan pengambilan Alfalfa Shaklee yang sihat


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Mencari cinta si Penjaga Iman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Malasnya nak menaip tapi perlu gagahkan juga. Terlalu sibuk hingga tak cukup masa untuk diri sendiri..MasyaAllah, moga terlebih masa untuk Allah. Sayunya hati ini bila masa kita semakin hari semakin singkat. Kita terlalu banyak mengejar keduniaan. Sayangnya dunia ini akan kita tinggalkan. Kenapa kita tak kejarkan akhirat yang memang jaminan kita adalah disana kelak?







Entry kali ini, umiIzz nak sharekan pada semua anak-anak gadis dan teruna yang meningkat remaja. Mungkin umiIzz boleh tujukan entry ni nanti buat anakanda umi akan datang.. Sapetahu usia kita lewatnya berapa. Jadi dengan penulisan berupa pesanan yang cantik ingin umiIzz kongsikan buat semua termasuk anakanda umi tersayang.

Pencari Iman nan Soleh wal Solehah..

"Kau bila nak kahwin?"

Pak imam mencuci kolah bersamaku.

Aku cuba jawab,

"Calon-calon semua sudah dirembat oranglah,
Mam. Anak pak imam pun dah nak kahwin. Cikgu
tadika sebelah rumah pun macam dah berpunya je.
Redo je lah."

Pak imam menjelingku.

"Memilih sangat ni."

Aku duduk bertinggung sambil gosok dinding kolah.

"Salah ke memilih, Mam?"

Pak imam cebok air jirus tepi kolah yang
disentalnya.

"Tak salah. Memang lebih baik memilih. Cuma
jangan terlalu memilih. Pilihlah yang berkenan di
hati. Yang hati tertarik. Ada pula ciri-ciri empat
agama, keturunan, harta, rupa tu, alhamdulillah."

Ku ambil baldi, siram lantai kolah yang berkeladak
setelah digosok. Biarkan kotoran keluar menuruni
lubang kecil di sudut kolah.

"Kalau nak pilih yang ada rupa je, boleh?"

Pak imam bangun berdiri, kain pelekatnya sedikit
basah terkena air.

"Boleh. Hak memilih hak personal. Tiada larangan.
Nak pilih yang seksi pun boleh, yang buka aurat
pun boleh, nak yang tak suci lagi pun boleh. Yang
telah couple berpuluh kali pun boleh, yang sudah
terlanjur beratus kali pun boleh.

Asalkan, kau janji satu benda dengan diri sendiri."

Aku berdiri sama.

"Apa dia?"

Pak imam bersandar di tiang dekat kolah.

"Janji dengan diri, tolong jangan putus asa.
Jangan putus asa berikan semangat dan keyakinan
pada pasangan untuk terus berubah baik.

Memilih seseorang yang sudah hancur jiwanya,
imannya, bukan semudah yang kau sangkakan.
Kau terpaksa tempuhi kesabaran demi kesabaran
dalam mendidiknya. Dia akan memberontak,
melawan, memaki, memarahimu setiap kali kau
cuba untuk pimpinnya ke arah lebih baik.

Kau tak boleh merajuk, mudah down. Tak boleh.
Kalau kau jiwa rapuh, hati tacing, mudah
tersentuh, kau takkan mampu mendidik pasangan.
Malahan, kau pula yang akan tunduk di bawah
telunjuknya.

Jangan putus asa berdoa. Di kala suami yang lain
berseronok senang lenang dengan isteri solehah
masing-masing, kau kena gigih bangun malam
berdoa tak putus-putus supaya isteri kau diberikan
hidayah, terbuka hatinya, lembut hatinya untuk
berubah.

Kotoran degil bukan mudah-mudah disental seperti
kolah ini.

Kau kena menangis lebih banyak di malam hari
depan Allah, dan nampak tabah dan tegas di siang
hari depan isterimu. Dalam tegas, ada kelembutan.
Dalam kelembutan, ada ketegasan. Kau harus tahu,
didikan tidak akan se-smooth yang kau fikirkan.

Term 'sama-sama berubah ke arah lebih baik'
cuma fantasi kau. Kau tak akan dapat jangka dan
agak apa yang ada di dalam jiwa pasangan kau.
Mungkin kau saja yang ingin berubah, tapi dia
cuma berkata-kata di mulut. Kau tidak tahu.

Selindungkan segala duka, sabar setinggi langit.
Insya-Allah, suatu hari, setelah bertahun-tahun
bertarung dan korbankan hati perasaan, berkat
keikhlasan dan rahmat Allah, isteri kau nanti akan
berubah.

Permata dan kaca memang berlainan. Kaca bisa
melukakan. Kau akan jatuh luka berkali-kali hingga
kau letih sendiri.

Tapi, bila hatinya sudah dibalikkan oleh Allah,
heavenlah kau nanti.

Dia akan jadi yang terbaik, setara dengan wanita
solehah di luar sana. Malahan, mungkin lebih baik.
Siapa tahu.

Kau faham?"

Aku mengangguk-angguk.
Rupanya, nikah itu memang perlu agama yang
terpacak kuat dalam diri sendiri. Diri seorang lelaki
yang bernama suami. Andai lelaki itu sendiri
agamanya tempang, agamanya layu, bagaimana
nanti didikannya? Pasti rosak hancur.

Bukan agama seseorang perempuan, tapi agama
seseorang lelaki itu lebih patut diutamakan.

Namun, dalam hati ini aku harap, setelah usaha
penat lelah mendidik nanti, ada secebis
penghargaan untuk yang bernama suami.
Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih.
Atau hanya secebis senyuman. Titis air mata
suami akhirnya berbaloi, berbalas jua.

Bila orang tanya aku lagi tentang nikah, pasti akan
ku jawab balik pada diri
sendiri,

"Bila agama dan iman diri sendiri di aras yang
sepatutnya." Baru sedia untuk nikah.......

Namun bila cinta mengaburi mata, semuanya dah lupa.. Moga anak-anak umi bertemu jodoh dengan para solehah.. amin InsyaAllah

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com

Hp : 013.202.8136

 Salam sayang dari,




gif creator
gif creator