PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 29 Mei 2015

Kedai Lampu Murah House Of Lighting Puchong : Rumahku Syurga ku Part III

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..


Entry kali ni nak cerita berkenaan beli barang rumah kami. Bukan ingin menunjuk-nunjuk tapi umiIzz nak share dimana dan tips-tips menarik dari pengalaman kami.. Memula sekali umiIzz cadang ke abiIzz pergilah tengok lampu kot la budjet cukup kita borong siap-siap. AbiIzz setuju.. Nak cari lampu yang takla terlalu berat mata tengok tapi nampak cantik dan manis-manis gitu macam umiIzz hehe..UmiIzz sukakan simple tapi orang tengok wahhhh.. sederhana tapi nampak wahhh.. (^_^)

So, baru-baru ni kami pergi ke House Of Lighting yang orang sibuk cerita kat sana murah-murah dan cantik-cantik lampunya. Perjalanan terasa lama sebab gerak dari rumah MIL di Gombak.. Kalau dari rumah kami takla sejauh itu.. tapi takpe, demi nak cari yang terbaik kami gagahkan juga.. Perjalanan takla jame dan bebudak seronok tengoknya..

Ok kat atas tu la gambar kedai tersebut.. dan korang boleh tengok waktu operasi kedai tu kat gambar bawah ni..


Sampai sana memang sedikit lah rasa kesakitan tengkok sebab yang kita nak tengok adalah lampu siling, bukan lampu tdo heheh.. so memang tahan sakit tengkok la kami.. Sebab tu umi terus cakap ke abiIzz beli lah terus jika budjet kita mencukupi =).. Takdelah sesi ulang tayang sakit tengkuk lagi lepas ni..

Ok, nak cerita panjang-panjang umiIzz malas, kita layan dulu gambar-gambar kat bawah ni.. Korang bolehla cuci mata kat dalam ni dulu sebelum korang sampai sana. Harga ada yang nampak ada yang tak berapa nampak.










Kalau cerita pasal orang. memang bersusun orang pergi kedai tu.. padat yang amat.. Tengok je gambar atas ni memang penuh orang.. =) Ok umiIzz nak share sikit tips korang nak membeli barang..

Bila sampai korang try round tengok semua, yang mana dah berkenan tu terus mark.. Bila da siap panggil terus yellow man atau men.. utk tanya status, keadaan, keistimewaan lampu yang korang kenan. Tanyalah macam-macam kat yellow men/man ni supaya korang puas hati. Dia mesti akan jawab punya ok..

Lepas tu, korang bgtahu nak yang mana dan diorg akan masukkan dalam sistem, masani memang ada no giliran. Walaupun ramai tapi korang jangan susah hati sebab memang sangat pantas. Sekejap je masa umiIzz tunggu haritu.. =) alhamdulillah.. Allah mudahkan..



Senarai kipas di HOL
Kipas yang umi pilih untuk ruang tamu..

Ok, satu lagi info yang boleh korang tahu.. Kat House Of Lighting ada juga terjual kipas-kipas.. Harga pun boleh tahan lah. Disebabkan malas nak ke kedai lain so borong terus siap kat sini. Berkenan yang berlampu tp nak yang simple.. so sesuailah kipas ni kan heheh..

So, kalau nak pergi nanti.. try servay tempat lain dulu baru ke sini sebab korang mesti akan pilih kedai ni punya sebab harga murah dari kedai-kedai lain.. Ermm

Oklah, umiIzz rasa cukup info ni dulu.. UmiIzz sertakan alamat kedai HOL tu yer..

Houses Lightings Sdn Bhd,
No. 33 & 35, Jalan BPU 6,
Bandar Puchong Utama,
47100 Puchong, Selangor.

Kalau dah terkumpul semua barang-barang nanti dia akan cek depan kita, so tengok betul-betul satu-satu, takdelah nanti kalau ada yang takde mentol ke atau sumbing ke bekas kaca nya.. korang kena datang balik ke kedai. Kan jadi satu hal..

Okla, selamat bershopping.. Pastikan membeli benda yang tidak membazir


Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur
UmiIzz ; Izzlynn
Id : 915911
Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com
Hp : 013.202.8136

Salam sayang dari,


gif creator
gif creator

12 comments:

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

waaaaaaaaaaaaaaaaaa ... kedai ni mmg femes .... byk choise ..harga pun berbaloi ...

Suziey Ahmad berkata...

salam ziarah ummiIzz :)

waa dekat ngn umah kedai ni..blh la terjah kalu nk beli lampu.. :)

mar zarra berkata...

kipas tu berapa harga?boleh pusing dua arah kan?

mar zarra berkata...

kipas tu harga brapa?

UmiIzz berkata...

@Nurul Diana@Mama Adam Aidil

memang berbaloi.. kalau nak beli terus je beli, kalau tangguh lepas tu pergi lagi habis dah.. =)

UmiIzz berkata...

@Suziey Ahmad

Terjah, jangan tak terjah.. ngala kesitu ya rumah suzie, jauh juga dengan rumah umiIzz..hhehehe

UmiIzz berkata...

@mar zarra

tak ingatlah berapa, maaflah.. dah lama beli.. so tak ingat..

Cor Leonis berkata...

salam, range harga chendelier dkt kedai ni berapa yer..yg english style tu..thanks!

UmiIzz berkata...

@Cor Leonis Ikut jenis.. ada yang bellow RM200, ada yang bellow RM100 masa saya pergi haritu.. tp tak pasti ada stok lagi tak skrg sebab orang yang dtg mesti beli, n cepat habis stok =)

Rashmiz Abdul Rashid berkata...

Kedai ini ada buat penghantaran tak kalau beli banyak, tak muat keta?

UmiIzz berkata...

@Rashmiz Abdul Rashid Saya haritu beli lampu untuk satu rumah termasuk bilik2, bilik air, dengan kipas.. masa tu dengan anak kecil 2 orang, diorg tolg susunkan, alhamdulillah muat. Penghantaran mungkin ada tapi ada cas penghantaran kot. saya tak tanya pula..

Azri wiring berkata...

Jika perlukan pasang lampu dan kipas, boleh call saya, area selangor dan KL. HARGA BERPARUTAN.
0192544197 -Azri