PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 25 April 2011

Mums on the go set umidanish.. =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hohoh, entry bz yang sangat2 so pendek2 je le yer.. umidanish nak cerita pasal bekas tupperware yang sangat cantik dan sesuai kepada mereka yang pentingkan gaya.. Bagi ibu2 yang bz macam umidanish ni tp still menjaga pemakanan sehat dan gaya penampilan yang menarik bolehla mendapatkan Mom on the go set yang sangat2 cantik dan menjaga kualiti makanan yang disimpan.. selain itu, bekas makanan ini boleh dipanaskan didalam ketuhar gelombang mikro dan mempunyai bag yang menahan suhu panas dari cepat sejuk.. heheh.. umidanish da dapatkan satu untuk diri umidanish sendiri, korang bila lagi..

Cantik tak?? memang bergaya...


Yang ni bekas makanan umidanish.. buat masa ni, Tupperware mengadakan offer 20% diskaun dari harga asal RM92.90 dan selepas diskaun hanya tinggal RM73.90 sahaja.. jimat dah kan?? Ok, sesiapa yang berminat boleh hubungi umidanish =)


Ok, ni dia isi dalam beg tu.. bole memuatkan 2 bekas sekaligus.. and see.. dapat sudu garfu yang sangat cantik..
Ahaksss.. nampak cantikkan??


Ok, yang bekas kecil yang tak berapa kecil ni, umidanish letak nasi goreng berkhasiat ala umidanish.. sebab apa sihat?? sebab kurang masin, kurang manis dan kurang minyak.. selain untuk danish ianya utk diet umidanish.. ditambah dengan sedikit dadu kecil isi ayam dan hirisan kacang panjang.. perencahnya pula ori dari bawang2 dan sedikit ikan bilis.. hahaha, berkhasiat sangat la sebab takde campuran perasa tambahans selain sedikit garam.. hehe
Bila nak makan pagi dan minum bersama air suam, umidanish panaskan dulu didalam microwave tak lama pun sebab tak elok jugak pun kan??


Ok, yang ni lauk tengahari umidanish.. simple tapi puas hati sebab masak sendiri..hehe dan paling penting rasa nak makan tu sangat2 sebab gunakan bekas mums on the go..
yang gelap2 tu, ikan masak kicap erk.. seekor ikan dibahagi dua dan separuh lagi bagi kat syad untuk habiskan.. ekeke almaklum le, den ni bukan makan banyak cukupla alas perut..kalau ikutkan perasaan ni tak nak makan tp sebab ada gestrik dan tanak kasi sesiapa susah2 memapah umidanish ke spital makanya makan la untuk alas perut.. eheheh..

ok la, sorila sebab entry umidanish kali ni tak menarik.. so kalau ada sesiapa yang nak order Mums on the go set Tupperware, bole la hubungi umidanish.. Promo ni sah sehingga 14 May 2011 sahaja, ianya adalah terhad dan andai ada yang nak lepas 14 May 2011 tu harganya kembali asal..
apa tunggu lagi kan??


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ahad, 24 April 2011

Di tinggalkan sidia


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Huhuhu, petang2 ahad ni..setelah selesai sedikit kerja, dapatla umidanish berblog sambil memangku d@nish..huhuh.. abi??? untuk minggu terakhir bulan ni, abi masih sibuk dengan outstation beliau.. masuk ni kira da 5 minggu la sejak minggu terakhir bulan 3 danish tak bersama sangat dengan abi.. hanya sempat jumpa sabtu pagi dan ahad dalam kul 10 pagi macam tu, abi da kene gerak keluar..

Jadi, tinggalla kami berdua.. kesian d@nish.. minggu ni abi g melaka.. kita berdua jela kat rumah ye sayang.. nasib d@nish ada bole main gaduh2 dengan umi,haha.. tp memang kesian dia, tadi pagi kami keluar bersarapan bertiga.. selesai sarapan.. abi bawak pulang tp umi kata, kita jalan2 la dulu.. kesian abang danish,hehe..

So da jalan dalam 15min tu, kami ke pulang, ada simpang 3, satu simpang kerumah dan satu lagi jalan keluar ke KL.. danish tunjuk sempang yang ke KL tu dan kata "sini la, sini..." kesian anak umi.. ate nak buat macamana sayang.. abi bertugas ke jalan yang diredhai.. mudah2an segala2nya berjalan lancar.. so esok pagi kene hantar danish awal pagi la dalam 6.30pagi macam tu walaupun hanya sebelah umah.. umi kene keluar sdri ke opis.. huhuhu..


Cian danish mesti rindu abi..
Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Ketulusan Hati


Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Didunia yang sarat ku tahan
Ku mohon dosa ku diampunkan
ingin bahagia dunia akhirat
turunkan rahmatMu untukku

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah


Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 22 April 2011

Kesedihan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Waaaaaaaa.. windunya kat korang.. umidanish dilanda kebizian yang amat sangat makanya umidanish terpaksa menyepikan blog umidanish dari cerita-cerita.. Sehinggalah tersilap tulis dalam entry utk hadiah tupperware dari umidanish tu perlu klik je... nak klik apa erk??? TETAPI umdanish tetap ingat nak buat jugak giveaway yang telah dijanjikan.. Nanti umi publish entrynya erk.. harap ramaila sudi join untuk memeriahkan lagi giveaway umidanish tu..




ehsan pakcik gogel

Boleh dikatakan, bz umi kat opis ni sangat2 la bz sebab kalau balik umah pun tak larat nak ngadap lappy.. terasa nak muntah sebab maigrain da naik tahap otomen.. tu yang sepi je blog umi minggu ni.. Jangan pulak ada yang kata umi ni hangat2 tahi ayam yer.. heheh


Umidanish pun sedih sebab tak dapat nak bw kat umah korang jenguk2 apa korang makan, korang p mana.. aduhai.. memang rasa tak lengkap tanpa melawat teman blogger.. sory la erk.. nanti2 umidansih akan jelajah jua..


okla.. jumpa nnt dalam giveaway umidanish yer.. tata..


Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Jumaat, 15 April 2011

Jumaat dengan bersedekah..


Assalamualaikum.. selamat petang semua.. da makan ke? umi alhamdulillah.. hari ni umi nak share sedikit tentang sedekah.. umidanish paling suka hari jumaat kerana hari jumaat ni hari paling best.. Korang tentu tertunggu2 hari jumaat sebab berkerja dihari jumaat ni singkat dan rasa cepat je nak balikkan? Pastu yang tengahri rehat panjang tu, boleh la bershopping mopping, oh.. i like.. ekeke.. Tapi ada seorang hamba Allah ni, dia suka hari jumaat kerana lain.. sebab hari jumaat ni la hari yang ada dua solat di waktu zohor..

Apa yang hamba Allah ni suka sangat selain bershopping??? ha.. ni rahsia tau.. sepatutnya tak bole bagi tahu sebab ni rahsia hamba Allah ni dengan Allah SWT tapi kita share la sama- sama moga mendapat manfaat kepada semua.. hamba Allah ni hari jumaat sebab hamba Allah ini akan tinggalkan sekeping note tak kira la hijau ke, biru ke, merah ke.. dan hamba Allah ni lipat-lipat kemas2 dan kirimkan kepada jemaah yang nak p solat jumaat kat masjid.. inilah hobi rahsia hamba Allah ni semenjak dia belum berkahwin dan kita doakan moga amalan baiknya ini berkekalan.... bagus tak amalan hamba Allah ni? Jom.. umi nak share kelebihan bersedekah.. Tak kiralah hari apa, jam berapa dan banyak mana, hulurkanlah seikhlas hati.. dan amalan ini elok kita ajarkan kepada anak-anak kita supaya mereka tanamkan sifat murni ini hingga akhir hayat mereka.. apakata kita share cerita ni sama-sama..


Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya.


Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu. Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

Lihatlah.. Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan. Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi. Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak, Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.

Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

HURAIAN

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )


Umidanish:Sesungguhnya, apa yang kita ada ini adalah pinjaman dari Allah SWT semata-mata..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Nak Hadiah dari Tupperware Brand tak??

Assalamualaikum.. sape minat Tupperware Brand? Minat tak??? Minat tak??? Huhuhuhu.. Kipochi plak umidanish ni.. Umidanish sukaaaaaaa sangat ngan brand Tupperware ni.. sape nak hadiah Tupperware Brand?


Kalau banyak sambutan dari segi yang meniggalkan komen disini.. umidanish akan buat.. hadiahnya akan di war-war sekali dan syaratnya sangat2 la mudah.. hanya klik klik sahaja..

Cepat2 sape nak??

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Kisah teladan : Nabi Muhammad SAW dengan sebiji limau = bersyukur dan redha..


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. korang dah sarapan?? alhamdulillah pagi ini dimurahkan rezeki oleh Allah SWT sarapan dan makan tengahari umi ditaja sepenuhnya oleh Pejabat umi kerana ada Program Literasi Undang-undang pagi ini sampai tengahari.. Sebelum tu, umi tinggalkan kat korang satu kisah dan tauladan menarik bagi sifat Nabi junjungan mulia kita iaitu Nabi Muhammad SAW.. Tentu ada yang dah pernah baca kisah ni, tp umidanish nak sharekan kepada semua termasuk kepada diri sendiri dan anak-anak umi.. Moga dengan kisah ini, kita semua akan sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang diber dan nikmat yang Allah SWT beri pada kita setiap hari adalah yang terbaik kepada kitakerana DIa maha mengetahui apa yang terbaik buat kita hamba-hambanya walaupun hakikatnya ia terlalu payah untuk kita, namun redhalah akan ketentuanNya..

Buat anak-anak umi moga kisah ini menjadi tauladan kepada kamu,kamu dan kamu dimasa hadapan.. ingatlah bahawasanya umi dan abi sangat sayang kepada kamu.. Jom kita share kisah ini bersama-sama..


"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Umidanish: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita.Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah. Syukur alhamdulillah...

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah

Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syuku itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur

Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur

Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Terima kasih ya Allah, syukur Alhamdulillah


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Rabu, 13 April 2011

danish dan cat


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. arini nak cerita pasai danish yang sangat suka kepada makhluk tuhan yang comei iaitu kucing.. kan dulu umi penah cerita dia duk pulun nak dukung makcik kucing yang da berusia tu sampai kucing tu naik rimas dan terkam dia plak.. yela, makcik kucing tu mestila berat.. dia plak duk pulun nak angkat.. ha.. naik hantula kucing tu.. abidanish ni pun la hai.. dia bg je si danish ni nak main kucing2.. setakat usha2 takpe la lagi.. ni sampai nak dukung timang2.. kalau umi memang tak bgla.. sebab??? yela.. umi memang suka kucing, tp kalau nak bg danish pegang memang tak dapekla.. risau kang nnt kucing tu cakar ke, atau pun bulu2 dia yg halus tu tanggai ke masuk mulut ke hidung.. So, oleh kerana kecintaaan danish dan sayang nya dia pada kucing ni.. kami belikan la dia seekor kucing yang dibela dirumah.. kucing ni sangat special.. tak payah mandikan, bg makan dan pee atau poo merata2.. danish panggil kucing dia ni dengan panggilan nyau.... hahaha,layan je la Jom tengok kucing danish ni, sangat cumil berwarna kuning..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



eh ehe... bukan bukan ni....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



seriuskan muka dia? ekekekek.. yg ni la bukan kucing danish jugak..hahahah

yang bawah ni ha...

.

.

.

.

.

ini le kucing danish tu, hahaha

alololo.. danish panggil nyau nama cat dia..

"sayangggggg nyauu"

urmmmmm....


See.. dicium2 nya kucing tu.. adeiii anak umi memang suka sangat pada kucing.. nasibla kucing bateri.. kalau kucing hidup mati lemas la kucing tu.. huhu



Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 11 April 2011

Pepagi da kene sengat lebah.. :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Huhuhu, nampak tak gambar bee kat bawah tu.. amboi bee.. senang2 mu senyum dalam blog umi lepas memberi sengat kepada umi pagi tadi..sangat2 sakit tau tak..
Alkisah.... tersebut la alkisah semasa umdanish sedang menuju ke opis tetibe seekor lebah telah jatuh diatas kain lalu sengatnya yang bisa tu telah terkena tepi lutut kaki umi... memula igtkan kene batu, tapi kerana renjatan elektrik tu 2 kali jd mustahil untuk batu itu mengenai umi.. So tanpa melihat apa dan terus mengambilnya dengan tangan, terasa plak si jari2 umi ni benda yang lembik2... huhuh, sah la lebah ni.. sakitnya bukan kepala.. mula la takde mood pagi ni nak senyum.. bengkak masih ada dan kepala rasa macam pening2 sikit2..

Kata org kalau kene sengat lebah lebih 3 kali boleh mati erk?? Jom kita share ape sebenarnya..

“Apabila diserang lebah, elakkan bergerak kerana lebah amat sensitif terhadap benda bergerak. Jangan berlari sebaliknya cari semak dan menyorok. Meniarap juga boleh menyelamatkan diri.

“Mencari sungai atau kolam dan terjun ke dalamnya boleh membawa risiko bahaya lain,” katanya yang juga Pengarah Operasi sebuah syarikat pengeluar madu lebah, Syairtimur Enterprise.

Menurut pensyarah dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengkaji tentang lebah, Datuk Prof. Dr. Makhdzir Mardan, jika mengambil kira isi padu dengan nisbah tubuh, lebah disifatkan lebih berbisa daripada ular.

“Cuma volum atau amaun bisa yang dikeluarkan seekor lebah lebih rendah.

“Jika sekawan lebah menyengat seorang manusia, bisa yang dihasilkan sudah tentu akan lebih kuat daripada seekor ular,” kata Makhdzir ketika dihubungi Jurnal.

Bagaimanapun, Makhdzir berkata, dalam 90 peratus kes, lebah tidak menyerang manusia. Ini kerana ia bukan serangga penyerang dan manusia bukan makanannya.

Ia adalah serangga yang bertugas menghimpun polen, manisan dan nektar. Ia hanya makan madu bunga dan debunga.

Lebah hanya menyerang jika ia terancam. Menurut Makhdzir, kebanyakan sebab ia menyerang adalah apabila diserang helang atau gangguan lain seperti dikacau manusia

“Lebah yang menyerang dan boleh menyengat hanyalah lebah betina,” ujarnya sambil memberitahu kebanyakan mangsa serangan lebah ialah penoreh getah.

“Lebah yang berasa terancam akan mengeluarkan satu penggera feromon untuk memberitahu rakan-rakannya. Feromon juga boleh melekat pada bahagian tubuh manusia yang disengat.

“Oleh itu, jika seekor lebah telah menyengat di satu bahagian tubuh, lebah-lebah lain yang datang akan cenderung menyengat di bahagian yang sama,” katanya yang memberitahu bau feromon itu seperti bau pisang masak.

Makhdzir menambah, sungguhpun lebah itu mungkin menyerang manusia hingga mati, lebah yang menyengat itu juga akan mati.

“Apabila menyengat, lebah akan mengeluarkan sepertiga daripada pundi racunnya dan ada ototnya yang tertanggal, menyebabkan sistem tubuhnya terjejas dan mati.

“Lebah ialah serangga kamikaze yang sanggup terkorban demi melindungi ummahnya,” ujar Makhdzir.

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator