PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 15 April 2011

Jumaat dengan bersedekah..


Assalamualaikum.. selamat petang semua.. da makan ke? umi alhamdulillah.. hari ni umi nak share sedikit tentang sedekah.. umidanish paling suka hari jumaat kerana hari jumaat ni hari paling best.. Korang tentu tertunggu2 hari jumaat sebab berkerja dihari jumaat ni singkat dan rasa cepat je nak balikkan? Pastu yang tengahri rehat panjang tu, boleh la bershopping mopping, oh.. i like.. ekeke.. Tapi ada seorang hamba Allah ni, dia suka hari jumaat kerana lain.. sebab hari jumaat ni la hari yang ada dua solat di waktu zohor..

Apa yang hamba Allah ni suka sangat selain bershopping??? ha.. ni rahsia tau.. sepatutnya tak bole bagi tahu sebab ni rahsia hamba Allah ni dengan Allah SWT tapi kita share la sama- sama moga mendapat manfaat kepada semua.. hamba Allah ni hari jumaat sebab hamba Allah ini akan tinggalkan sekeping note tak kira la hijau ke, biru ke, merah ke.. dan hamba Allah ni lipat-lipat kemas2 dan kirimkan kepada jemaah yang nak p solat jumaat kat masjid.. inilah hobi rahsia hamba Allah ni semenjak dia belum berkahwin dan kita doakan moga amalan baiknya ini berkekalan.... bagus tak amalan hamba Allah ni? Jom.. umi nak share kelebihan bersedekah.. Tak kiralah hari apa, jam berapa dan banyak mana, hulurkanlah seikhlas hati.. dan amalan ini elok kita ajarkan kepada anak-anak kita supaya mereka tanamkan sifat murni ini hingga akhir hayat mereka.. apakata kita share cerita ni sama-sama..


Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya.


Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu. Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

Lihatlah.. Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita menolong orang yang dalam kesusahan. Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang balasannya akan diterima di dunia lagi. Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan kelak, Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.

Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

HURAIAN

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )


Umidanish:Sesungguhnya, apa yang kita ada ini adalah pinjaman dari Allah SWT semata-mata..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

0 comments: