“Apabila diserang lebah, elakkan bergerak kerana lebah amat sensitif terhadap benda bergerak. Jangan berlari sebaliknya cari semak dan menyorok. Meniarap juga boleh menyelamatkan diri.
“Mencari sungai atau kolam dan terjun ke dalamnya boleh membawa risiko bahaya lain,” katanya yang juga Pengarah Operasi sebuah syarikat pengeluar madu lebah, Syairtimur Enterprise.
Menurut pensyarah dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengkaji tentang lebah, Datuk Prof. Dr. Makhdzir Mardan, jika mengambil kira isi padu dengan nisbah tubuh, lebah disifatkan lebih berbisa daripada ular.
“Cuma volum atau amaun bisa yang dikeluarkan seekor lebah lebih rendah.
“Jika sekawan lebah menyengat seorang manusia, bisa yang dihasilkan sudah tentu akan lebih kuat daripada seekor ular,” kata Makhdzir ketika dihubungi Jurnal.
Bagaimanapun, Makhdzir berkata, dalam 90 peratus kes, lebah tidak menyerang manusia. Ini kerana ia bukan serangga penyerang dan manusia bukan makanannya.
Ia adalah serangga yang bertugas menghimpun polen, manisan dan nektar. Ia hanya makan madu bunga dan debunga.
Lebah hanya menyerang jika ia terancam. Menurut Makhdzir, kebanyakan sebab ia menyerang adalah apabila diserang helang atau gangguan lain seperti dikacau manusia
“Lebah yang menyerang dan boleh menyengat hanyalah lebah betina,” ujarnya sambil memberitahu kebanyakan mangsa serangan lebah ialah penoreh getah.
“Lebah yang berasa terancam akan mengeluarkan satu penggera feromon untuk memberitahu rakan-rakannya. Feromon juga boleh melekat pada bahagian tubuh manusia yang disengat.
“Oleh itu, jika seekor lebah telah menyengat di satu bahagian tubuh, lebah-lebah lain yang datang akan cenderung menyengat di bahagian yang sama,” katanya yang memberitahu bau feromon itu seperti bau pisang masak.
Makhdzir menambah, sungguhpun lebah itu mungkin menyerang manusia hingga mati, lebah yang menyengat itu juga akan mati.
“Apabila menyengat, lebah akan mengeluarkan sepertiga daripada pundi racunnya dan ada ototnya yang tertanggal, menyebabkan sistem tubuhnya terjejas dan mati.
“Lebah ialah serangga kamikaze yang sanggup terkorban demi melindungi ummahnya,” ujar Makhdzir.
5 comments:
bahaya tu..tk p jmp doktor ke??
waa good info la umidanish..baru kita tau pasal lebah ni..kamikaze btl lebah ni ek..sbb tu dia xmenyerang kan..sbb klu dia menyengat dia akn mati..melainkan dia diganggu trpksa dia sengat.hmm tp bahaya gk bisa lebah ni kan..haih..kesian umidanish..alhamdulillah so far kita xpnh disengat lagi..
mamatiesya:
da makan ubat.. hope takde pape
suziey:
hahah, ni info bidan terjun da kene baru la kasi cari.. memang kamikaze sungguh lebah2 ni..elak2kan la dari kene sengat, sakit woo
Yelah gud info nie umidanish :) Tapi...huu huu...kesian nya kat awak ye, kalau makin teruk kena cepat2 jpa doktor tau.
Latest n3: Wordless Wednesday-Part 4!
Catat Ulasan