PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 11 April 2011

Pepagi da kene sengat lebah.. :(

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Huhuhu, nampak tak gambar bee kat bawah tu.. amboi bee.. senang2 mu senyum dalam blog umi lepas memberi sengat kepada umi pagi tadi..sangat2 sakit tau tak..
Alkisah.... tersebut la alkisah semasa umdanish sedang menuju ke opis tetibe seekor lebah telah jatuh diatas kain lalu sengatnya yang bisa tu telah terkena tepi lutut kaki umi... memula igtkan kene batu, tapi kerana renjatan elektrik tu 2 kali jd mustahil untuk batu itu mengenai umi.. So tanpa melihat apa dan terus mengambilnya dengan tangan, terasa plak si jari2 umi ni benda yang lembik2... huhuh, sah la lebah ni.. sakitnya bukan kepala.. mula la takde mood pagi ni nak senyum.. bengkak masih ada dan kepala rasa macam pening2 sikit2..

Kata org kalau kene sengat lebah lebih 3 kali boleh mati erk?? Jom kita share ape sebenarnya..

“Apabila diserang lebah, elakkan bergerak kerana lebah amat sensitif terhadap benda bergerak. Jangan berlari sebaliknya cari semak dan menyorok. Meniarap juga boleh menyelamatkan diri.

“Mencari sungai atau kolam dan terjun ke dalamnya boleh membawa risiko bahaya lain,” katanya yang juga Pengarah Operasi sebuah syarikat pengeluar madu lebah, Syairtimur Enterprise.

Menurut pensyarah dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengkaji tentang lebah, Datuk Prof. Dr. Makhdzir Mardan, jika mengambil kira isi padu dengan nisbah tubuh, lebah disifatkan lebih berbisa daripada ular.

“Cuma volum atau amaun bisa yang dikeluarkan seekor lebah lebih rendah.

“Jika sekawan lebah menyengat seorang manusia, bisa yang dihasilkan sudah tentu akan lebih kuat daripada seekor ular,” kata Makhdzir ketika dihubungi Jurnal.

Bagaimanapun, Makhdzir berkata, dalam 90 peratus kes, lebah tidak menyerang manusia. Ini kerana ia bukan serangga penyerang dan manusia bukan makanannya.

Ia adalah serangga yang bertugas menghimpun polen, manisan dan nektar. Ia hanya makan madu bunga dan debunga.

Lebah hanya menyerang jika ia terancam. Menurut Makhdzir, kebanyakan sebab ia menyerang adalah apabila diserang helang atau gangguan lain seperti dikacau manusia

“Lebah yang menyerang dan boleh menyengat hanyalah lebah betina,” ujarnya sambil memberitahu kebanyakan mangsa serangan lebah ialah penoreh getah.

“Lebah yang berasa terancam akan mengeluarkan satu penggera feromon untuk memberitahu rakan-rakannya. Feromon juga boleh melekat pada bahagian tubuh manusia yang disengat.

“Oleh itu, jika seekor lebah telah menyengat di satu bahagian tubuh, lebah-lebah lain yang datang akan cenderung menyengat di bahagian yang sama,” katanya yang memberitahu bau feromon itu seperti bau pisang masak.

Makhdzir menambah, sungguhpun lebah itu mungkin menyerang manusia hingga mati, lebah yang menyengat itu juga akan mati.

“Apabila menyengat, lebah akan mengeluarkan sepertiga daripada pundi racunnya dan ada ototnya yang tertanggal, menyebabkan sistem tubuhnya terjejas dan mati.

“Lebah ialah serangga kamikaze yang sanggup terkorban demi melindungi ummahnya,” ujar Makhdzir.

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

5 comments:

mama tisya berkata...

bahaya tu..tk p jmp doktor ke??

Suziey Ahmad berkata...

waa good info la umidanish..baru kita tau pasal lebah ni..kamikaze btl lebah ni ek..sbb tu dia xmenyerang kan..sbb klu dia menyengat dia akn mati..melainkan dia diganggu trpksa dia sengat.hmm tp bahaya gk bisa lebah ni kan..haih..kesian umidanish..alhamdulillah so far kita xpnh disengat lagi..

UmiIzz berkata...

mamatiesya:
da makan ubat.. hope takde pape

UmiIzz berkata...

suziey:
hahah, ni info bidan terjun da kene baru la kasi cari.. memang kamikaze sungguh lebah2 ni..elak2kan la dari kene sengat, sakit woo

BabyIntan berkata...

Yelah gud info nie umidanish :) Tapi...huu huu...kesian nya kat awak ye, kalau makin teruk kena cepat2 jpa doktor tau.

Latest n3: Wordless Wednesday-Part 4!