PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Rabu, 6 April 2011

Durian


Huhuhu, laponyer tengahari ni.. tetibe teringat gambar durian yang tak publish lagi.. hehe, aritu tak tahula kenapa umidanish terngidam nak makan durian.. nak kata mengandung belum lagi.. tp tekak tu terasa sedap sangat2 nak pekena durian. actually umidanish ni da lama gile tak makan durian semenjak terkena keracunan makanan yang sangat dasyat hingga tak bole bangun.. so dalam 4, 5 tahun gak la tak makan.. tp aritu teringin sangat2 so pekena.. dua bijik jugak la habis.. Oleh kerana kefonbiaan makan durian masih terasa, so umi minta abidanish belikan gred yang paling baik. Abi pun beli gred 24D 2 biji RM35 hinggit, amik le tokei durian untung giler... Jom layan gambar.. da makan baru ingat nak amik gambar..





Nikmatnya makan, semuanya biji saiz kecik2 sangat2.. memang puasla makan isi besar dari biji walaupun kulit tebal... hahaha apela umi ni.. alhamdulillah, nikmat allah berikan..

Umi nak share sikit cara nak beli durian yang terbaik.. insyaallah petua ni berbaloi bagi yang inginkan durian baik..

Kulit Durian..
- memula tgk dulu bahagian kulit durian, jgn ada tompok hitam, bekas gigitan tupai.. kaadang2 tokei durian yg pandai.. dia akan cover tompok hitam tu dengan daun, cube tanggalkan daun tu tgk sebab itu adalah durian yang busuk.. satu lagi jangan pilih durian yang merekah atau dah terbelah kerana durian tu da lama gugur.. juga jangan pilih yang bentuknya tak cantik macam kemek tak sempurna.. sebab kekadang yang luar malambangkan yang dalam..

Duri buah durian..
Pilih duri yang tumpul sahaja dan jarang2.. kata org tua2 buah durian yang berduri tumpul dan jarang paling sedap isinya.. kalau ada yang memang pandai bab duria ni, silap2 haribulan dia bole mengetahui isi buah durian tu..

Berat durian..
Cube anda rasa berat durian tersebut..kalau rasanya ringan dan tidak sesuai dengan saiz buah tu, maknanya durian tu lama da gugur dan isinya pun da kecut tak best.. Duria yang baik bila kita pegang dia terasa mampat sesuai dengan saiz buah tersebut.. (selalunyakan tokei kedai yang tolong angkatkan buah tersebutkan, tp kali ni.. sila pilih dan angkat sendiri supaya anda tidak tertipu dan berbaloi)

Cium Bau Buah Durian..
Ha yang ni bukan la suruh ciun melekat kat buah tu, kang ada pulak yang berdarah2 nanti.. caranya dengan meletakan durian berdekatan dengan hidung dan cube bau, kalau bau dia harum semerbak.. bermakna buah tersebut memang sagat baik dan kalau kurang bau tu bermakna ianya sudah lama dan kurang enak dimakan.. satu lagi kalau terbau durian tu macam tempoyak nak buh dalam gulai, sila jangan beli.. ha.. kang bertempoyak je le durian kamu tu.. hihi

Perhatikan tangkai buah durian..
KAlau anda tgk dtangkai dia kecut semacam je, toksah le beli.. duyan lama la tu.. kalau nampak segar je batang dia, cube anda kuis sikit dgn kuku anda, kalau ada rasa lendir dan kehijauan tu maknanya memang buah tu fresh dan baru jatuh dari pokok.. hehe.. kalau kecut semacam je bermaknanya buah tu da jatuh 3 4 hari la tu. Tp ada org tua2 kata, kalau tangkainya liat dan pejal tu bermakna buahnya lebih sedap tau..


Sila la kupas/belah kulit tu
kalau nak lagi bagus, sila la mintak tokei duria tu kupas/belah kulit duria tu.. dengan cara ni lebih memudahkan anda mengetahui kebaikan isi durian tersebut.. kompem tak rosak punya..

Haaaa.. ada lagi petua umi nak share iaitu elakkan dari bau dan pening makan buah durian..
Selepas kita menikmati durian.. jangan buang kulitnya.. cari bahagian yang elok sikit dan letakan air masak di dalam pangsa durian terbut, sila rata2kan. baca selawat dan hirup air di pangsa durian tersebut.. selain mengelakkan bau dan rasa pening loya, juga bole mengelakkan kepanasan badan..

Okla selamat mencube..
Salam sayang dari,


Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

1 comments:

Suziey Ahmad berkata...

heheh dh ok :)

D24 mmg tebal isi n biji kecik..xmcm duyan kampung..tp duyan kmpung xmuak..tu yg bole bedal berbiji2..hehe..apepn hantu duyan kasila duyan jenis ape pn abis je..ekeek:D