PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini
Memaparkan catatan dengan label resepi umidanish. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi umidanish. Papar semua catatan

Khamis, 29 Ogos 2013

Spaghetti Bolognese Ala Umi Izz



Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim..

Hari ni, umiIzz nak share tentang resepi.. Menu makan malam semalam.. Spaghetti Bolognese paling simple dan mudah sangat2 nak buat. Oleh kerana ada yang nak resepi simple ni, so umiIzz tuliskan disini untuk rujukan.. dalam kata lain kita share2 la kan..

Bahan-bahannya..

Di potong dadu
1biji Lada Bangala / Capsicum (setengah hijau dan setengah lagi merah)
1 biji Tomato
1/2 bawang besar
Cendawan butang - dihiris
daging kisar
daging burger Ramli
Minyak masak @ planta

Mee Spaghetti - direbus hingga lembut
Sos Spaghetti - ikut suka.. Umi Izz guna Prego (Tomato, Selasih Bawang putih)
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya..

Rebus Mee Spaghetti hingga empuk, toskan..

Panaskan minyak secukupnya, umiIzz campurkan sedikit planta untuk bagi bau harum.. Masukkan bawang, tomato, lada banggala, cendawan butang, daging kisar dan daging burger Ramli dan tumis hingga daging masak. Masukkan sos Prego pilihan anda, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah pekat ikut citarasa sendiri (umiIzz tak suka pekat sangat sebab nak banyak kuah..hehe)..

Hidangkan..

Spaghetti Bolognese UmiIzz


Inilah hasilnya.. Jemput makan dengan bismillah dan Selamat mencuba..


Salam sayang dari,



gif creator
gif creator

Rabu, 26 September 2012

Oreo Cheese Cake




Assalamualaikum,

Harini opis umi ada buat potluck.. so dalam fikiran ni teringat nak buat oreo cheese cake.. Hehehe, bakat terpendam ni.. So umi try resepi simple ni.. Umi dapat dari adik ipar umi.. Dia memang rajin memasak.. so belajar la dari dia..

Umi start buat Oreo Cheese Cakes ni dari jam 10.30mlm seperti biasa selepas danish n danial tdo.. Yelah kalau ada diorg karang tak jadi pulak oreo cheese cake jd la oreo putar jilat celup si danish.. kekekek.. tapi masa buat tu jeling2 gak kot diorg bangun, sebenarnya seronok buat bersama2 tp dikuatiri danial akan terjaga dek kerana mulut abang danish yang meriah, so umi fikir lebih baik bg dua2 tdo kerja pun cepat.

Jom layan resepi..

Gambar ketika sedang diputar

Bahan Dasar:- (umi guna loyang bulat 8 inci)
  • 200gm biskut oreo - di buang krimnya (*umi guna 300 gm)
  • 50gm mentega cair (*umi guna 75 gm)
Bahan Filing:-
  • 750 gm keju krim (*umi guna 500 gm Philladelphia Cheese)
  • 130 gm gula kaster (*umi bubuh 110 gm je)
  • 1/2 tbsp esen vanila
  • 3 biji telur (*umi bubuh letak 2 biji telor je)
  • 200ml whipping krim (*umi bubuh 150 ml)
  • 1 tbsp. lemon juice
  • 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya (*umi letak 20 keping) (*yang inni kalau taknak letak pun takpe..
#Acuan springform 4.5" @ 4 biji (Menghasilkan 4 biji mini cheese cake)
atau acuan 8" menghasilkan satu biji.

Cara-cara:-
  1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
  2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
  4. Ambil 1 cawan penuh krim keju dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
  5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
  6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*umi lapis atas kek tu dengan topping coklat )

Gambar apa tu? mana Oreo Cheese Cakes tu??? Minta maafla kawan2, umi lupa nak snap gambar2 lain dek kerana kejar masa.. gambar atas tu setelah dipotong2 oleh member umi masa sesi menghabiskan potluck yg dibawa ekekekek...

Sekian dulu n jumpa esok =)

Salam sayang dari,
 

Jom Klik banner ni..

gif creator

Isnin, 16 Mei 2011

Danish with Apam Kukus Berinti Jagung



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

wahhh, lama nya tak bersiaran.. semua gara2 tenet yang problem kat umah.. line tepon tak de tetibe selepas kejadian blackout terus talian telepon takde.. bila panggil kontraktor... dia plak takleh buat sebab mantanance tutup hari minggu.. huhu sadis.. so bersawangla umah umidanish ni..

So, aktiviti cuti umi danish tidak la tertumpu pada blog sahaja memandangkan tenet tiada.. so kami jenjalan la mengisi masa terluang.. shopping barang dapur sikit.. hehe disamping melayan karenah danish yang sangat suka tabung2 tokei kereta ni.. harus dia naik, tak isi duit pun takpe tapi kalau dapat isi dan kereta tu bergerak ha.. nampak gambar dia kat bawah tu?? cam tu la senyuman di danish umi, punya la seronoknya dia tu.. =)

ha, tgk senyuman dia tu..


Oleh kerana kebosanan, umidanisH pun cipta resepi sendiri untuk sarapan pagi ni.. Tak tahula korang penah makan ke tak dan ni first time jugak umi buat sendiri.. ianya sangat simple dan sungguh tidak mendatangkan kalori tinggi untuk menu pagi umi sekeluarga.. Jom tengok apa resepi dan bahan2nya..

Apam kukus inti jagung..

Bahan-bahannya:

- Tepung 1 cawan
- Gula 1/2 cawan
- pewarna (ikut suka kale apa)
- air
- jagung (dalam tin)
- yis (ibu roti) 1 sudu
- garam secukup rasa
- esen vanila
- sedikit planta



Cara2 membuat:

1. Masukkan tepung, gula dan garam kedalam bekas adunan dan tuangkan air. Gaul sehingga sebati dan menjadi cairan yang agak likat sedikit..

2. Masukkan sedikit pewarna, umidanish pilih kale hijau ye.. sebab?? sebab yang tu je yang ada kat umah hahaha.. pastu masukkan 1 sudu esen vanila.. kacau hingga rata...

3. Apabila adunan da sebati, biarkan selama setengah jam untuk menunggu adunan tadi naik kembang sedikit.. kemudian bolehla mula tuangkan separuh ke dalam bekas pengukus.

4. Kukus selama 15min, kemudian letakkan jagung rata diatas lapisan apam yang separuh masak tadi kemudian lapiskan diatasnya, kukus sehingga masak.. bila da masak bole hidangkan.. makan panas2 sedap tau.. lebih2 lagi adunannya dibuat bersama sikecil.. dia tolong kacaukan tepung tu bersama2.. hehe

Tara.....



Ini la hasil apam kukus tu.. huhuh hijau giler kan??


Yang ni umidanish nak tunjukkan tepi dia nampak tak kuning2 tu adalah isi jagung tu..


ha... yang ni pulak apa bila sudah dipotong rakus oleh umidanish..ekekek


Macam biasa menu pagi ni, apam kukus berinti jagung dan nasi lauk ayam masak kicap.. hehe yg tu makan tengahari nanti erk.. umidanishkan puteri lilin, malas nak berpanas2 an membeli makanan diluar..ekeke k la korang, selamat mencube..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 9 Mei 2011

Kek Brownies Danish Hari Ibu


Firstly nak ucap selamat hari ibu buat mak yang banyak mengajar umidaNish tentang kehidupan seorang gadis, wanita dan ibu.. "terima kasih mak... I love u so much" dan juga kepada my MIL yang menerima umiDanish sebagai menantu yg tak nak jadi hantu ye MIL.. huhu.. dan terakhir sekali buat semua kaum ibu dan bakal2 kaum ibu... selamat hari ibu, anda adalah anugerah allah terindah yang memiliki kekuatan dalam melahir dan membesarkan anak-anak.. sekadar ucapan ikhlas dari hati untuk yang bergelar ibu tanpa sambutan melampaui batas tak salahkan?? pada umidanish, hari2 adalah hari ibu sebab hari2 ada sahaja ibu melahirkan anak.. betul tak?? hehe

Pagi ni, cerita aktiviti semalam.. umidanish buat kek brownies bersama danish.. huhuhu, memang memori terindah.. dan sangat2 menyeronokkan.. bila kita putar bahan2, dia pun sibuk nak buat.. bila nak tambah bahan2 dia pun kelam kabut suruh masukkan yang lain.. dan paling best siap main cuit2 baki adunan ke muka masing2..sayangnya takde gambar waktu itu..

Umidanish buat kek brownies untuk saja2 makan dan ini adalah first time umidanish buat.. rasanya bole la tahan walaupun memula risau takut tak menjadi.. bila da bakar dalam 10 min bau semerbak serumah membuatkan tak sabar nak tunggu masak sepenuhnya.. Jom layan resepi sekejap.. Oleh kerana membuat bersama anak teruna tersayang dengan pengalaman2 indah, makan umidanish namakan kek brownies ni :

Kek Brownies Danish ala umidanish.. (sila jangan tarik muka na..)

Bahan-bahannya:
125 gm tepung gandum
25 gm serbuk koko
125 gm gula halus
125gm majerin
2 biji telor
2 camca besar susu UHT
1 camca teh baking powder
80gm marjerin
50gm serbuk koko diayak

Cara-caranya
  1. Lenserkan tin pembakar dan lapikkan dengan kertas minyak serta panaskan ketuhar
  2. Ayak tepung bersama koko dan baking powder
  3. Putar majerin dan gula hingga kembang
  4. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar lagi
  5. Kaup balikkan tepung dengan sudu logam masukkan susu dan kacau
  6. Masukkan dalam tin pembakar, bakar selama 40-45 minit sehingga kek masak
Ok.. inilah hasilnya, kek brownies danish ala umidanish.. huhuhu.. umi tak hias dengan apa2 sebab kek ni da cukup manis..

ni tak pakai flash..

Yang ni pula aksi danish makan kek beliau.. sepotong tu dia habiskan seorang, punya la suka campur seronok membuat bersama..dia boleh cakap "ermm, sedapnya.. saaayangggg umi" rasa nak gugur air mata ni.. huhuh kamu memang hadiah tak terilai buat umidanish dari Allah SWT, sayangku danish..

aaaaa...amm

Nyum3x umi suap la lagi..

Abis licin danish makan.. sedap katanya =)

Ok,la korang..harini ada aktiviti di tv9 damansara, rakaman tanyalah ustaz untuk tahun ini.. so umidanish pergi dulu.. jumpa lagi dan BW kemudian ye di rumah korang..

hari paling idah buat kaum ibu adalah apabila melihat anak mereka gembira bahagia.. hadiah istimewa kan??

Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 25 April 2011

Mums on the go set umidanish.. =)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hohoh, entry bz yang sangat2 so pendek2 je le yer.. umidanish nak cerita pasal bekas tupperware yang sangat cantik dan sesuai kepada mereka yang pentingkan gaya.. Bagi ibu2 yang bz macam umidanish ni tp still menjaga pemakanan sehat dan gaya penampilan yang menarik bolehla mendapatkan Mom on the go set yang sangat2 cantik dan menjaga kualiti makanan yang disimpan.. selain itu, bekas makanan ini boleh dipanaskan didalam ketuhar gelombang mikro dan mempunyai bag yang menahan suhu panas dari cepat sejuk.. heheh.. umidanish da dapatkan satu untuk diri umidanish sendiri, korang bila lagi..

Cantik tak?? memang bergaya...


Yang ni bekas makanan umidanish.. buat masa ni, Tupperware mengadakan offer 20% diskaun dari harga asal RM92.90 dan selepas diskaun hanya tinggal RM73.90 sahaja.. jimat dah kan?? Ok, sesiapa yang berminat boleh hubungi umidanish =)


Ok, ni dia isi dalam beg tu.. bole memuatkan 2 bekas sekaligus.. and see.. dapat sudu garfu yang sangat cantik..
Ahaksss.. nampak cantikkan??


Ok, yang bekas kecil yang tak berapa kecil ni, umidanish letak nasi goreng berkhasiat ala umidanish.. sebab apa sihat?? sebab kurang masin, kurang manis dan kurang minyak.. selain untuk danish ianya utk diet umidanish.. ditambah dengan sedikit dadu kecil isi ayam dan hirisan kacang panjang.. perencahnya pula ori dari bawang2 dan sedikit ikan bilis.. hahaha, berkhasiat sangat la sebab takde campuran perasa tambahans selain sedikit garam.. hehe
Bila nak makan pagi dan minum bersama air suam, umidanish panaskan dulu didalam microwave tak lama pun sebab tak elok jugak pun kan??


Ok, yang ni lauk tengahari umidanish.. simple tapi puas hati sebab masak sendiri..hehe dan paling penting rasa nak makan tu sangat2 sebab gunakan bekas mums on the go..
yang gelap2 tu, ikan masak kicap erk.. seekor ikan dibahagi dua dan separuh lagi bagi kat syad untuk habiskan.. ekeke almaklum le, den ni bukan makan banyak cukupla alas perut..kalau ikutkan perasaan ni tak nak makan tp sebab ada gestrik dan tanak kasi sesiapa susah2 memapah umidanish ke spital makanya makan la untuk alas perut.. eheheh..

ok la, sorila sebab entry umidanish kali ni tak menarik.. so kalau ada sesiapa yang nak order Mums on the go set Tupperware, bole la hubungi umidanish.. Promo ni sah sehingga 14 May 2011 sahaja, ianya adalah terhad dan andai ada yang nak lepas 14 May 2011 tu harganya kembali asal..
apa tunggu lagi kan??


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Sabtu, 9 April 2011

Telur ohh telur...

Kenapa mesti ada telur klon?? Berniaga kira nak untung je ke?? Tak pikir keburukkan yang akan menimpa sipembeli... huhuh..



Baru2 ni ada beli telur sepapan di carefour.. kebanyakkannya bila di pecahkan telurnya akan bercampur antara kuning dan putih. Kekadang tu siap terlekat kat kulit isinya... bila jadi macamni, tindakan paling cepat umidanish buat ialah membuang isi telur terus kedalam singki.. Dalam hati memang terpikir membazir tp pikirkan mungkin telur TIDAK ELOK UNTUK DIMAKAN so umi biarkan sahaja..

Telur ni selalunya umi akan buat telur dadar, sebab abi kata kalau makan tomyang buatan umi wajib ada telur dadar.. (sedap ke tomyam umi,b?? ngeee) Kadang2 bila mood makan danish berselera dia akan ratah camtu je telur dadar tu.. tp sila fahamkan yang dia hanya akan amik isi telur dadar bermakna dia akan korek isi dalam telur dadar dan amik yg berwarna putih sahaja.. huhu..

Tapi sungguh umidanish tak sangka akan ada telur klon.. Owh manusia kejam nya kamu menganaia sesama manusia??? So korang semua, berhati2lah kalau ingin menggunakan telur sebagai menu tambahan harian..

Telur yang baik dikatakan memiliki putih telur yang agak pekat dan tidak cair malah kuningnya berbentuk bulat apabila dipecah dan dikeluarkan dari kulitnya.. so hati2la yer..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Selasa, 22 Februari 2011

Puding Trifle ala UmidaniSH

Owhhh.. pagi ni seronokla danish dapat makan puding trifle kegemaran dia.. yummy2.. aritu buat trifle tgh2 dia umi letak puding kentang.. kali ni letak kastard jagung.. yum yum.. bawak opis sikit sebab diorg nak merasa.. hehe, cam sedap sangat je.. syok sendri ni.. Jom kita layan resepi menu sarapan pagi ni..

pUdinG Trifle ala UmidaniSh

Bahan-bahannya:

  • 1 tin jagung
  • 1 tin susu cair
  • 2 paket serbuk agar-agar
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • kek gulung
  • garam sedikit
  • air
  • buah-buahan koktail
Cara membuatnya:

  1. Potong kek lapis tidak terlalu tebal atau nipis dan susun didalam bekas untuk puding (seeloknya pakai yang jernih supaya nampak cantik trifle tu.. tp umidanish pakai tupperware biasa sebab nak bawak p opis)
  2. Didihkan serbuk agar2 tadi bersama gula setengah cawan (umidanish ni kurang manis tau). Masukkan jagung dan sementara menunggu bancuhan didih, bancuh secawan tepung kastard kedalam secawan susu cair dan kacau sehingga sebati. Setelah serbuk agar mendidih bersama jagung, masukkan bancuhan tepung kastard bersama susu cair tadi, kacau hingga pekat.
  3. Tuangkan kedalam bekas yang berisi kek gulung tadi dan biarkan sejuk dan tepu.(eh betui ke tepu, ape2 jelah)
  4. Setelah puding jagung tadi sejuk, didihkan agar2 untuk lapisan terakhir bersama gula.. lapiskan dengan buah koktail diatas puding jagung tadi(yg ni kalau nak lagi sedap dan nampak cantik bubuh buah2 fresh lagi best macam strawberry ke.. tapi umidanish tak dan nak dapatkan buah segar so pakai apa yang ada je le.. muahaahah). TETAPI boleh juga buah2an koktail tu sebagai hiasan waktu makan nnt dengan kuah kastad.. =) Setelah didihan agar2 tadi pekat, tuangkan diatas puding jagung tadi. Biarkan sejuk.. (kalau suka sejuk2 masuk peti ais, tp umi tak simpan dalam peti sebab danish tak bole makan benda sejuk2 ni)
  5. Boleh dihidang bersama kuah kastad dan buah2 koktail.. , aiskrim vanila atau whipped krim

SIla abaikan bekas dia erk..hehe

Yang ni gambar 2 layer

Ok... yang ni da siap dan pemandangan dari atas.. hehe

hehe, takde beze warna kek dgn puding jagung tu.. silap amik kek

Yang ni selepas dipotong..

Di hidang bersama kuah kastard.. yummy


Ok, siap sudah puding trifle ala umidanish, sungguh senang dan lazat berkrim... ngeh2..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

Isnin, 21 Februari 2011

Donut Gebu ala UMIdanish

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Pagi2 sudah bangun siapkan sarapan.. curah apa yang patut dan uli sampai jadi.. muahahah.. Sedang suami lena temankan anak tido, umidanish sudah berpedang didapur.. almaklumla, nak sangat2 jadi macam family umi yang selalu sediakan sarapan pagI.. takpela ngantuk sikit pun ditempat kerja janji puas.. hehe

Menu pagi ni adalah, donut gebU ala UMIdanish.. First time buat sebab tgk cam sedap je resepi kat majalaH tu, so tryla buat.. hehehe.. Jom layan..


Donut Gebu ala UMIdanish

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 5 sudu besar planta
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • gula halus/gula icing

Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, kentang lecek dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat sedikit kat tangan, tp jangan risau2 teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik sebentar baru canai untuk diterap guna acuan donut/sendiri.
  7. Biar naik lagi, then baru goreng.
  8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula atau curahkan coklat mengikut citarasa anda.
Yummy, untuk sarapan pagi ni elokla digaul dengan gula sahaja.. kalau nak buat minum petang molekla kita curah cekelat.. memang mabelessssss..

Selamat mencuba..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator