Assalamualaikum dan salam sejahtera..
wahhh, lama nya tak bersiaran.. semua gara2 tenet yang problem kat umah.. line tepon tak de tetibe selepas kejadian blackout terus talian telepon takde.. bila panggil kontraktor... dia plak takleh buat sebab mantanance tutup hari minggu.. huhu sadis.. so bersawangla umah umidanish ni..
So, aktiviti cuti umi danish tidak la tertumpu pada blog sahaja memandangkan tenet tiada.. so kami jenjalan la mengisi masa terluang.. shopping barang dapur sikit.. hehe disamping melayan karenah danish yang sangat suka tabung2 tokei kereta ni.. harus dia naik, tak isi duit pun takpe tapi kalau dapat isi dan kereta tu bergerak ha.. nampak gambar dia kat bawah tu?? cam tu la senyuman di danish umi, punya la seronoknya dia tu.. =)
ha, tgk senyuman dia tu..
Oleh kerana kebosanan, umidanisH pun cipta resepi sendiri untuk sarapan pagi ni.. Tak tahula korang penah makan ke tak dan ni first time jugak umi buat sendiri.. ianya sangat simple dan sungguh tidak mendatangkan kalori tinggi untuk menu pagi umi sekeluarga.. Jom tengok apa resepi dan bahan2nya..
Apam kukus inti jagung..
Bahan-bahannya:
- Tepung 1 cawan
- Gula 1/2 cawan
- pewarna (ikut suka kale apa)
- air
- jagung (dalam tin)
- yis (ibu roti) 1 sudu
- garam secukup rasa
- esen vanila
- sedikit planta
Cara2 membuat:
1. Masukkan tepung, gula dan garam kedalam bekas adunan dan tuangkan air. Gaul sehingga sebati dan menjadi cairan yang agak likat sedikit..
2. Masukkan sedikit pewarna, umidanish pilih kale hijau ye.. sebab?? sebab yang tu je yang ada kat umah hahaha.. pastu masukkan 1 sudu esen vanila.. kacau hingga rata...
3. Apabila adunan da sebati, biarkan selama setengah jam untuk menunggu adunan tadi naik kembang sedikit.. kemudian bolehla mula tuangkan separuh ke dalam bekas pengukus.
4. Kukus selama 15min, kemudian letakkan jagung rata diatas lapisan apam yang separuh masak tadi kemudian lapiskan diatasnya, kukus sehingga masak.. bila da masak bole hidangkan.. makan panas2 sedap tau.. lebih2 lagi adunannya dibuat bersama sikecil.. dia tolong kacaukan tepung tu bersama2.. hehe
Tara.....
Ini la hasil apam kukus tu.. huhuh hijau giler kan??
ha... yang ni pulak apa bila sudah dipotong rakus oleh umidanish..ekekek
Macam biasa menu pagi ni, apam kukus berinti jagung dan nasi lauk ayam masak kicap.. hehe yg tu makan tengahari nanti erk.. umidanishkan puteri lilin, malas nak berpanas2 an membeli makanan diluar..ekeke k la korang, selamat mencube..
0 comments:
Catat Ulasan