PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Ahad, 22 Mei 2011

Hati ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hati.. andai dirimu didugaNya,
Kembalilah kepangkal jalan..
Kerana jalan Illahi selalunya terbuka..
Buat hamba-hambaNya yang tertinggal..

Hati, andai sakit mu terluka
Dikhianati dan diresahkan
Oleh insan yang disayang
Kerana kebencian Manusia Syaitan yang melihat kebahagian
Makhluk Adam dan Hawa
Janjilah pada hati
Serahkan cinta sucimu
pada Illahi
Insyaallah janjiNya akan tenang
Walau badai gelombang bergelora mengganas
Kau takkan tumpas

Hati...
Andai dirimu terus diduga
Percayalah ketentuanNya
Kerana kau insan yg terpilih
Untuk tabah dan redha
Maka jangan bersedih wahai hati
Tingkatkan iman mu bersama
AlQuran al qarim..
Jangan lemah dan mengalah
Manusia SYAITAN itu takkan mengalah
dan terus-terusan menyakiti
Namun hati..
Walau jauh manusia yang disayangi
Yakin lah Allah SWT ada disisi
Menemanimu bertahajud sehingga di awal pagi..

Tabahlah wahai hati..
Tabahlah...
Allah selalu disisi
Kuatkan dendangan nur al Qarim mu..
Agar kau damai menikmati
Dugaan duniawi

nukilan: Umidanish


Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

0 comments: