PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Jumaat, 27 Mei 2011

Bila si Bujang rajin menolong..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apakhabar semua orang? umidanish pagi ni rasa kesejukan sebab hujan tiba2 turun mungkin terasa sedikit kesayuan hati yang ditinggalkan oleh abi.. huuuhuhuhu, abi kene outstation lagi. Lama jugak tak berblog dan rasa tak tahu nak tulis apa walaupun banyak jugak cerita yang nak dicerita dicampur pulak dnegan kebizian umidanish di rumah dan pejabat.

Almaklumla, anak bujang umi sorang ni.. makin besar makin banyakla cara kita kene buat untuk dia supaya dia seronok dan gembira sambil belajar. So ada saja la aktiviti kami berdua.

Tengok je kat bawh ni.. rajin tak danish umi?? bole buat calon menantu... ekekeke.. pada umi, anak lelaki ke perempuan sama je kalau bab buat kerja rumah. tak bole kata macam ni.. anak lelaki tak payah tolong apa2 kat umah.. sebab nnt kalau dia besar da jadi suami, dia tak tahu apa pun nak buat.. bukan tak tahu tp jadi malas nak amik tahu.. pulak dapat isteri yang berkerja semata2 nak bantu diri dia sara keluarga.. so kena la sama-sama uruskan rumah tangga. tak boleh la harapkan isteri seorang.betul tak??



mula-mula tengok dulu mana warna yang berkenan nak dilipat..


warna pink yang dia pilih? ekekekek.. anak umi oi..


Sebab tu, umi ajar danish dari awal, kalau da main permainan ajak dia kemas.. caranya bukan paksa2 dia tapi kita ajak dia kutip barang permainan dia dan puji bila dia da masukkan kembali dalam bakul samada dengan tepuk tangan ataupun ciuman atau kata2 pujian.

Kalau ingin lakukan aktiviti harian, ajakla sekali anak kita.. contohnya melipat pakaian basuhan.. ajak dia melipat bersama tak kirala bagaimana hasilnya tapi pasti dia rasa seronok. ataupun bila kita masak di dapur.. kita libatkan dia bersama sepeti memukul telur untuk didadar, buat sama2.. menyiang sayur2 pun boleh bersama2 dan lain2 lagi. Jadi mereka akan sentiasa rasa seronok melalui hari2 beliau.

Namun sebagai ibu, sifat kesabaran itu penting... danish sangat suka bermain pintu peti ais.. sekejap dibuka sekejap ditutup.. cara nak elakkan dia dari buat benda tak berfaedah, kita ajak dia sama2 petik daun sayur.. heheh.. pasti dia seronok..

Kalau korang, apa yang korang suka lakukan bersama??



Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

0 comments: