Assalamualaikum.. dan Salam Sejahtera..
Bismillahirrohmanirrohim..
Hari ni, umiIzz nak share tentang resepi.. Menu makan malam semalam.. Spaghetti Bolognese paling simple dan mudah sangat2 nak buat. Oleh kerana ada yang nak resepi simple ni, so umiIzz tuliskan disini untuk rujukan.. dalam kata lain kita share2 la kan..
Bahan-bahannya..
Di potong dadu
1biji Lada Bangala / Capsicum (setengah hijau dan setengah lagi merah)
1 biji Tomato
1/2 bawang besar
Cendawan butang - dihiris
daging kisar
daging burger Ramli
Minyak masak @ planta
Mee Spaghetti - direbus hingga lembut
Sos Spaghetti - ikut suka.. Umi Izz guna Prego (Tomato, Selasih Bawang putih)
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya..
Rebus Mee Spaghetti hingga empuk, toskan..
Panaskan minyak secukupnya, umiIzz campurkan sedikit planta untuk bagi bau harum.. Masukkan bawang, tomato, lada banggala, cendawan butang, daging kisar dan daging burger Ramli dan tumis hingga daging masak. Masukkan sos Prego pilihan anda, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga kuah pekat ikut citarasa sendiri (umiIzz tak suka pekat sangat sebab nak banyak kuah..hehe)..
Hidangkan..
Spaghetti Bolognese UmiIzz
Inilah hasilnya.. Jemput makan dengan bismillah dan Selamat mencuba..
Salam sayang dari,
2 comments:
huhuhu balik nih blh la try .....
Pakcikdot:
Trylah.. bg buah2 hati rasa, tentu diorg suka
Catat Ulasan