PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Isnin, 21 Februari 2011

Donut Gebu ala UMIdanish

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Pagi2 sudah bangun siapkan sarapan.. curah apa yang patut dan uli sampai jadi.. muahahah.. Sedang suami lena temankan anak tido, umidanish sudah berpedang didapur.. almaklumla, nak sangat2 jadi macam family umi yang selalu sediakan sarapan pagI.. takpela ngantuk sikit pun ditempat kerja janji puas.. hehe

Menu pagi ni adalah, donut gebU ala UMIdanish.. First time buat sebab tgk cam sedap je resepi kat majalaH tu, so tryla buat.. hehehe.. Jom layan..


Donut Gebu ala UMIdanish

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 paket yeast ( jenama Mauripan)
  • 1 1/2 mug air suam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 5 sudu besar planta
  • 1 sudu besar kentang lecek
  • gula halus/gula icing

Cara-cara

  1. Bancuh yis dengan air suam dan gula.
  2. Kacau sampai berbuih dan ketepikan sebentar hingga yis mengembang
  3. Gaul tepung, susu tepung, kentang lecek dan planta hingga berderai (jd ala-ala breadcrumbs)
  4. Masukkan bancuhan yis tadi.
  5. Gaul / uli hingga sebati. Mula-mula adunan akan melekat sedikit kat tangan, tp jangan risau2 teruskan menguli hingga dah x melekat lagi.
  6. Biarkan doh naik sebentar baru canai untuk diterap guna acuan donut/sendiri.
  7. Biar naik lagi, then baru goreng.
  8. Bila warna donut tu cantik, perang skit, baru angkat dan toskan minyak.
  9. Gaul dengan gula atau curahkan coklat mengikut citarasa anda.
Yummy, untuk sarapan pagi ni elokla digaul dengan gula sahaja.. kalau nak buat minum petang molekla kita curah cekelat.. memang mabelessssss..

Selamat mencuba..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

2 comments:

ibu MZW @ farah idayu berkata...

terliurnya tgk donut yg sgt menyelerakan tu...adoi..perutku sudah keroncong2..lmbt ag nak lunch hour ni :((

UmiIzz berkata...

ibu MZW:
hehehe, mohla makan cepat2