Lama juga tak menulis tentang Cd danish.. alhamdulillah, danish mula memakai CD seawal 4bln (full CD) (waktu tu, CD tak fames lagi.. masih baru di malaysia dan ramai yang tak tahu lagi) dan sehingga sekarang danish berusia 2tahun sebulan masih bercd tanpa cemaran DD.. =) Thanks abi yang mula membuka cerita pasal baby member dia ber CD dan thank mamaWafiQ kerana memperkenalkan umidanish Lunatots.. =)
Korang ingin memakaikan anak korang dengan Cloth Diaper macam anak umidanish tetapi masalah bocor berlaku?
Jom kita kaji beberapa perkara berikut dibawah:
- Basuh keseluruhan CD anda (pocket pants & insert) berulang - ulang kali dengan "Air Sahaja" sebelum dipakai. Semakin kerap kadar basuhan CD anda, semakin molek kadar serapannya.
TIPS : Tuangkan secawan kecil air di atas CD korang yang kering dan lihat samada ianya menyerap terus ke bahagian dalam ataupun ‘terapung apung’ seperti daun keladi. Sekiranya CD tersebut masih belum menyerap air, basuh semula CD korang. - Pastikan saiz CD sesuai untuk anak korang. "Biar ketat, jangan longgar" (risaukan ketat akan menyakitkan peha anak korang?? jawapan nya tidak. CD Luna sangat selesa).
Jika CD longgar, air kencingnya mudah ‘terkeluar/bocor’ - Semak sabun basuhan CD anda sekiranya mengandungi sebarang enzim atau pelembut.
TIPS : Organic laundry detergent biasanya mengandungi bahan seperti coconut oil atau palm oil (minyak sawit) boleh menyebabkan lapisan fleece anda bersifat ‘repelling’ (tidak menyerap air). minyak tidak boleh bercampur dengan air, right?Sabun mandi juga tidak boleh digunakan kerana ianya memberi efek yang sama.
ADVICE : Gunakan LunaCare Detergent.
4. Penggunan CD selama setahun secara tegar akan menyebabkan Detergent buildup pada fleece.. hihi
Buildup juga boleh berlaku sekiranya anda guna sabun yang terlalu banyak sebab kebanyakan sabun dipasaran sekarang ini adalah concentrated formula begitu juga dengan Lunace Ditergent, pakai sikit je dan menjimatkan..(tak gitu korang?)
5. Baby anda kencing dengan banyak macam anak umidanish??
Dimana sekeping mikrofiber tidak cukup untuk menampung ‘hasil’nya. Umidanish akan letak 2 mikrofiber insert didalam bahagian poketnya.
Sekiranya korang merasakan CD korang sudah mulai bersifat tidak menyerap/selalu bocor,sila cuba:
- Basuh kesemua CD korang dengan air yang banyak. Sila sediakan "air suam kuku" idalam bekas basuhan. Pastikan air adalah suam2 kuku kerana air yang panas akan menyebabkan Cd rosak. Basuh tanpa sabun, dan keringkan dan basuh semula dan keringkan dan basuh semula dan sila keringkan.. (sangat bestkan,ulang2)hihi
- Sila lakukan ujian penyerapan ini: Tuangkan secawan kecil air pada CD yg telah dijemur kering untuk melihat samada ianya menyerap. Pastikan korang telah masukkan microfiber insert ke dalam poket CD kerana perlu ada sesuatu yg boleh menyerap air utk hasil ujian yg lebih jitu.. cuba tekan perlahan permukaan CD setelah air dituang (imitate sentuhan punggung cumil anak korang ke atas micro fleece itu.. ekeke). CD yang telah berjaya di strip wash dengan jayanya akan menyerap air yg dituang dengan bantuan tekanan/sentuhan minimum.
Akhir sekali – Penggunaan Air yang banyak dan Matahari adalah ejen pembersih dan pemutih yang paling baik
Pilihlah sabun yang terbaik untuk cloth diaper korang
Pilihlah sabun yang terbaik untuk cloth diaper korang
Selamat ber CD!
Sila semak label Lunacare disini
Salam sayang dari,
Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..
0 comments:
Catat Ulasan