PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 8 Februari 2011

Abi Danish terlibat dalam "OPS PIRAMID"

Assalamualaikum..

KETAT...Siti Sarah menunjukkan gambar kereta kebal yang mengawal lalu lintas di Iskandariah.
KETAT...Siti Sarah menunjukkan gambar kereta kebal yang mengawal lalu lintas di Iskandariah.


ASAJAYA: “Nyawa kami ibarat telur di hujung tanduk ketika kereta dinaiki terkena tiga tembakan,” demikian detik cemas yang terpaksa dilalui seorang pelajar Universiti Al-Azhar, Zuliyarana Fauzi, 23, ketika dia dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Iskandariah, Mesir pada 29 Januari lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika dia bersama dua lagi rakan, Siti Sara Dahari, 23, dan Shahida Rashidi, 25, serta empat kakitangan Petronas termasuk sepasang suami isteri dalam perjalanan pulang ke Kaherah selepas mengunjungi rakan dan perpustakaan Universiti Iskandariah.

“Sebaik kenderaan kami ditembak, pemandu yang juga kakitangan Petronas dan isterinya menjerit kepada kami supaya tunduk sebelum mencari tempat perlindungan. Saya tidak tahu siapa yang melepaskan tembakan itu tetapi kenderaan kami mempunyai tiga kesan peluru.

“Beberapa minit kemudian, seorang askar menghampiri sambil bertanya destinasi kami dan apabila dimaklumkan mahu pulang ke tempat penginapan di Kaherah, dia memberi kata dua kepada kami sama ada nyawa akan melayang jika meneruskan perjalanan atau berpatah semula ke Iskandariah.


“Dalam ketakutan, kami kemudian terpaksa berpatah balik ke Iskandariah dan berlindung sementara di rumah kakitangan Petronas. Ketika itu, kami tidak dapat membayangkan suasana ketika itu dan hanya berdoa sepanjang perjalanan semoga selamat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Asajaya Tengah di sini, semalam.


Katanya, dia dan rakannya terpaksa tinggal di rumah berkenaan beberapa hari sebelum dihantar ke Rumah Sabah yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.

“Tiga hari kami berada di Rumah Sabah, baru perasaan kembali tenang sebelum kami diarahkan mengikut penuntut Sabah pulang ke Malaysia.” kata pelajar tahun dua Pengajian Syariah itu.

Menurutnya, dia bersama Siti Sara dan Shahida baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester dan merancang ke Iskandariah melawat isteri rakannya yang bekerja dengan Petronas.

Sebelum itu, katanya, mereka bertolak dari Kaherah ke Iskandariah menaiki van dan tiba tengah hari Khamis, namun pada malam hari sama, mereka menerima khabar rusuhan tercetus sekali gus memaksa perintah berkurung dikeluarkan.



Hai korang, apakhabar.. alhamdulillah kita semua dilindungi Allah SWT dari sikap hasad dengki dan penganayaan antara kita. Alhamdulillah juga kita diberi nikmat hidup dengan aman dan sentosa walaupun ada diantara kita yang sentiasa tidak puas hati dengan nikmat yang diberikan..

Huhuhuh, bila dengar cerita pelajar2 yang telah mendarat di Malaysia dengan selamat, mereka sangat2 ketakutan dan merasakan sungguh2 bersyukur dilahirkan dimalaysia yang aman dan damai..


Seperti tajuk yang umi tulis, ye.. memang abi terlibat dalam oPS piramiD dimana abi akan berada di bilik operasi tanah air bagi memantau keadaan.. Segala keperluan pertolongan, khabar berita dan apa-apa yang penting sampai ke tempat abidanish..

Tak pelah, kita doakan semua yang terbaik kepada semua pelajar2 malaysia yang berada disana. Moga dengan dugaan ini, kita terbuka hati dalam mengingati Nya dengan lebih kuat.

Ya Allah, lindungi kami hamba2 mu semua yang lemah ini..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

1 comments:

[-suziey-] berkata...

ooooo abidanish pn terlibat yek..smga Allah permudahkan segala nya agar berjalan lancar..