Berkongsi cerita dan idea bagus untuk pikat suami tentang sesuatu adalah perkara yang paling umi suka.. kalau kita dapat satu ilmu, tak salah kita sharekan bersama2.. malah tak rugi walau secubit bahkan insyaallah akan bertambah bila ada pula yang suka bertukar2 pendapat..
Kat bawah ni ada cerita bagaimana kita nak pikat suami untuk membantu kita di rumah.. kalau umi la kan... umi suka guna perkataan "minta tolong" berbanding " suruh" .. itu semua memain peranan untuk memikat si suami membantu selain memuji dia lebih pandai dari kita.. almaklumla, orang lelaki ni bukan mudah nak membantu dirumah, lebih2 lagi yang dididik oleh keluarga mereka "lelaki tak perlu tahu apa2 tentang kegiatan rumah, rumah bersih ke, kotor ke... itu kerja isteri" hohoho.. yg macam tu tak bole la kan.. sebabnya, kebanyakkan sekarang ni isteri membantu suami keluar mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga. Penat suami adalah sama jika mereka pulang kerumah pula.. hehe, umi tak la pandai nak beri nasihat tp apakata kita share perbincangan yang dibentangkan oleh Suzana Ghazali iaitu Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie..
Ramai juga yang ingin tahu bagaimanakah caranya nak pujuk suami membantu kerja-kerja rumah. Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan. insyaAllah jika sejak mula anda telah biasakan suami anda membantu anda, takkan ada masalah lagi di belakang hari. Masalahnya, ramai isteri yang nak tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua dia nak buat, suami nak tolong tak dibenarkan. Bila dah lama, dah ada anak atau anak-anak, suami yang dah terbiasa ‘order saja’, sukarlah nak ubah perangai. Saya faham dan tahu niat baik anda, nak jadi seorang isteri yang solehah. Jadilah, saya tak larang malah saya sokong tapi kenalah bijak mengatur cara. Seorang klien pernah mengadu, dia dah terbiasa manjakan suami hatta kalau nak pergi atau balik kerja, suami hanya duduk di sofa dan lunjurkan kaki, isteri yang akan pakaikan dan tanggalkan stoking. Nak minum air pula, tak cukup letak cawan di meja, kena hulurkan kepada suami. Bila dah ada bayi, sikap suami masih sama. Bayangkanlah kekalutan si isteri.
Lantas, kepada isteri yang masih baru memasuki gerbang rumahtangga, jangan manjakan suami anda dalam kerja-kerja rumah. Terus terang, saya sendiri tika awal perkahwinan, jarang sangat nak hidangkan minuman untuk suami kecuali jika kami minum bersama. Kebiasaannya, saya hanya akan sediakan minuman dan tinggalkan di dapur. Saya akan beritahu suami, nanti kalau nak minum, dia akan ambil sendiri. Tika awal perkahwinan pula, kami belum ada mesin basuh baju. Jadi, kami sepakat untuk cuci baju sendiri. Memasak pula, ada gilirannya hinggakan suami yang hanya tahu goreng telur dadar, dah pandai masak kari dan sambal.
Saya bukan ‘queen control’ tapi sebagai seorang isteri yang bekerja, saya perlu lakukan semua itu. Alhamdulillah, agaknya sebab suami pun dah biasa daripada awal, dah tak banyak la kerenahnya. Ye lah, awal-awal kahwin masih tinggi cintanya, takkan nak melenting dek kerana kena buat kerja-kerja rumah. Padahal semua kerja-kerja tu adalah kerja-kerja biasa yang juga dilakukan oleh seorang lelaki bujang kan? Ingat!! Mempunyai isteri bukan bermaksud anda mempunyai pembantu rumah.
Cara paling baik nak minta suami tolong anda ialah dengan meminta suami menemankan anda melakukan kerja-kerja tersebut. Sebagai contoh, ketika sama-sama penat sampai ke rumah daripada tempat kerja, ajaklah suami temankan anda di dapur untuk memasak. Mungkin suami anda akan mengelak sebab nak rehat sambil membaca akhbar atau menonton televisyen. Jangan marah dulu. Pujuk dengan lembut. Anda boleh cakapkan ada cerita menarik yang anda nak kongsi dengannya ketika itu juga. Jika itu alasan anda, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik.

Jika anda nak lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat di mana suami anda berada, selalunya sebelah malam di depan televisyen lah kan. Dalam anda melakukan kerja-kerja tersebut, luahkan rasa penat anda dan luahkan juga keseronokan anda jika suami anda dapat membantu. Jika suami masih pura-pura tak dengar, tika inilah anda perlu cakap terus terang, minta suami anda membantu anda. Nak minta suami bantu anda pula, kenalah secara berhikmah. Ingat!! Jangan mendesak atau mengarah!! Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan “tolong” dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Kalau guna perkataan tolong tapi dengan nada yang keras, takkan berkesan. Bimbang nanti anda pula ditempiknya.
Kepada isteri yang telah terbiasa melakukan segalanya seorang diri, jangan bimbang. Anda boleh mulakan daripada sekarang. Cara paling baik, luahkan hasrat hati anda yang pasti seronok jika suami dapat bantu anda uruskan rumahtangga seperti pasangan lain yang dah bersama melakukannya. Bila nak luah? Kata orang, masa paling baik ialah selepas sama-sama menyelesaikan hajat batin. Belai rambutnya, mainkan jari-jari di badannya dan cakaplah dalam nada suara yang lembut, mendayu dan merayu. Gunakan kuasa memikat anda sepenuhnya sampailah suami mengaku ‘YA’ akan tolong anda. Jika malam pertama gagal, cuba lagi malam esoknya dan jangan putus asa. Dalam masa yang sama, berdoa minta Allah lembutkan hati suami. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama, sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu, dapat juga lah sesekali anda beristirehat.
Kepada para suami, tugas menguruskan rumahtangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insyaAllah akan bertambah semarak cinta.

0 comments:
Catat Ulasan