PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Sabtu, 5 Februari 2011

Susu terakhir buat si kecil - KISAH MENYAYAT HATI

Pagi2 buta lagi sudah tersentuh hati.. pagi2 hening lagi hati ini sayu dan pagi2 begini kesayuan dirasai oleh naluri seorang ibu.. bukak2 Fb terbaca bait ayat di FB babyintan. umi klik dan link nya terus ke blog babyintan.. kisah asalnya yang dari blog fiza


Kisah seorang ibu yang sangat2 menyayangi anaknya, walaupun disaat akhir, beliau tetap menjalankan tangungjawabnya sebagai seorang ibu kerana rasa kasih keakhir hayat terhadap anak yang telah dilahirkan.. Mungkin hatinya tahu,itula saaat akhir sikecil akan menikmati syurga kasih nikmat susu ibu maka itulah siibu manahan keperitan nya rela menyusukan anaknya dalam keadaan begitu.. kasih ibu, hanya ibu yang tahu... owh, terpandang wajah danish, teringat mak kat kampung....


Jom kita layan kisah sebenar dibawah..





Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah..



aduhai... menitik air mata lepas baca dan nak share ni pun umidanish masih lagi mengalirkan air mata.. beginilah kasih ibu kita pada kita dan moga anak2 kita membesar sebagai anak yang soleh dan solehah..
amin

p/s: Semoga dengan kisah ini membuatkan kita bersemangat untuk menyusukan anak2 kita..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

4 comments:

Intan berkata...

Betu tu dear, lepas baca kisah tu bila pandang Arissa...rasa sayu sgt.

Mmg kisah ini menjadi pembakar semangat utk Intan meneruskan lagi penyusuan Arissa sehingga lama mana yg diperlukan nya...

ummu faqeh berkata...

sedihnyer bc nih...kena lebih bsmgt nk bf bb yg nak kuar nnt nih,.insya Allah..

shes sara berkata...

Sedih Nyerrrr..menitis air mata

shes sara berkata...

Sedihmyeeee