PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 22 Februari 2011

Puding Trifle ala UmidaniSH

Owhhh.. pagi ni seronokla danish dapat makan puding trifle kegemaran dia.. yummy2.. aritu buat trifle tgh2 dia umi letak puding kentang.. kali ni letak kastard jagung.. yum yum.. bawak opis sikit sebab diorg nak merasa.. hehe, cam sedap sangat je.. syok sendri ni.. Jom kita layan resepi menu sarapan pagi ni..

pUdinG Trifle ala UmidaniSh

Bahan-bahannya:

  • 1 tin jagung
  • 1 tin susu cair
  • 2 paket serbuk agar-agar
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • kek gulung
  • garam sedikit
  • air
  • buah-buahan koktail
Cara membuatnya:

  1. Potong kek lapis tidak terlalu tebal atau nipis dan susun didalam bekas untuk puding (seeloknya pakai yang jernih supaya nampak cantik trifle tu.. tp umidanish pakai tupperware biasa sebab nak bawak p opis)
  2. Didihkan serbuk agar2 tadi bersama gula setengah cawan (umidanish ni kurang manis tau). Masukkan jagung dan sementara menunggu bancuhan didih, bancuh secawan tepung kastard kedalam secawan susu cair dan kacau sehingga sebati. Setelah serbuk agar mendidih bersama jagung, masukkan bancuhan tepung kastard bersama susu cair tadi, kacau hingga pekat.
  3. Tuangkan kedalam bekas yang berisi kek gulung tadi dan biarkan sejuk dan tepu.(eh betui ke tepu, ape2 jelah)
  4. Setelah puding jagung tadi sejuk, didihkan agar2 untuk lapisan terakhir bersama gula.. lapiskan dengan buah koktail diatas puding jagung tadi(yg ni kalau nak lagi sedap dan nampak cantik bubuh buah2 fresh lagi best macam strawberry ke.. tapi umidanish tak dan nak dapatkan buah segar so pakai apa yang ada je le.. muahaahah). TETAPI boleh juga buah2an koktail tu sebagai hiasan waktu makan nnt dengan kuah kastad.. =) Setelah didihan agar2 tadi pekat, tuangkan diatas puding jagung tadi. Biarkan sejuk.. (kalau suka sejuk2 masuk peti ais, tp umi tak simpan dalam peti sebab danish tak bole makan benda sejuk2 ni)
  5. Boleh dihidang bersama kuah kastad dan buah2 koktail.. , aiskrim vanila atau whipped krim

SIla abaikan bekas dia erk..hehe

Yang ni gambar 2 layer

Ok... yang ni da siap dan pemandangan dari atas.. hehe

hehe, takde beze warna kek dgn puding jagung tu.. silap amik kek

Yang ni selepas dipotong..

Di hidang bersama kuah kastard.. yummy


Ok, siap sudah puding trifle ala umidanish, sungguh senang dan lazat berkrim... ngeh2..

Salam sayang dari,

Jom Klik banner ni.. besar faedahnya..

gif creator

4 comments:

eRiNsZ berkata...

wahhh time erin dok bpantang ler geng blogger nk tepek gambr mkanan yg best best hehehehe mgugat iman ni

UmiIzz berkata...

eRinzs..
Hehehe, ala nnt da habis pantang leh je makan.. =)

@e_da berkata...

terliur tengok.. nak try gak la

UmiIzz berkata...

@e_da:
try la, da buat pos katumidanish sikit erk