PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Selasa, 18 Ogos 2015

Rumahku Syurgaku Part 7 : Kedai cat (Hardware) best ; tips memilih warna cat dan pengiraan kos.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bismillahirrohmanirrhim..

Musim raya haritu, mesti ramai yang bertukar cat rumah. Almaklumlah, bila tiba syawal ni.. kalau boleh nak serba bersih cantik dan selesa sebab waktunilah kita gunakan sebaiknya menerima jemputan tetamu dan tetamu pula kunjung kerumah kita beraya. Time nila kita sibuk nak deco rumah bagi bersih, selesa dan nampak lain dari sebelumnya.



Kalau umiIzz, umiIzz lebih pentingkan kebersihan dan suasana tenang berbanding menukar semuanya setiap tahun pada musim perayaan, sebab selagi masih elok dan moleh dipandang lebih baik umiIzz kekalkan daripada kita membazir tak tentu hala. betul tak?? ini pendapat umiIzz la..

So hari ini umiIzz nak sambung cerita penambahbaikkan rumah umiIzz.. Kalini berkenaan macam tajuk kat atas tu la kan.. Erm payah juga ya nak pilih cat.. kalau tak pandai main warna memang kelakar jadinya..

Pemilihan cat kalini umiIzz yang pilih, abiIzz serah kepercayaan pada umiIzz untuk memilih.. Sa, bila orang bagi peluang untuk pilih warna tu..habislah gamaknya pening nak memilih.. hehehe

Sampai ke kedai tu, kami pilih warna yang berkenan..

Hanya satu warna terang, yang lain semua warna cerah, dan lebut...

Nak jadi kisah.. Pemilihan warna terang tu adalah warna lain yang kami bayangkan tetapi bila dah sapu kat dinding jadi warna lain... bermula la episod yang mana lalu semua tanya.. siap ada tanya kenapa warna luar cat warna tu.. Memang nampak lain dari lain dan tak pernah orang buat pun kot.. hehe..



Sepatutnya warnanya macam warna atas ni.. tapi bila dah sapu kat dinding luar n dalam jadi warna lain. Sajalah umiIzz letak kat luar sebab nak bagi nampak kilat dan terang tapi hasilnya memang jauh sangat lari..



Lari tak dari warna yang dekat katalog tu? Udah nampak pinky-pinky macam rumah umiIzz yang cantik comel gitu hihih.. nasiblah abiIzz tak marah, dia senyum je layan karenah isteri dia yang comel ni kan.. Allahu, jangan muntah ya..

Tapi nampak kan? Beza warna diluar dan dalam, padahal warna cat yang sama dan dari tong yang sama.. Mungkin dari segi pengcahayaan kot kan.. Takpelah.. Janji abiIzz redha hehe..

Kalau tengok gambar kat atas tu, umiIzz pilih warna keseluruhan dinding menampakkan color seakan putih tetapi sebenarnya bukan putih, dan nampak macam cream tetapi bukan cream. Camne nak cakap erk, korang tengoklah kat gambar bawah ni.. abaikan lantai yang bersepah-sepah tu ye..




Luar rumah




Yang luar rumah ni, seakan-akan warna dalam rumah tapi sebenarnya tak sama pun. Yang ni umiIzz guna cat Dulux external, kata orang kat luar jangan guna warna cerah amcam ni nanti cepat kotor, tapi umiIzz saja bagi nampak rumah ni macam luas dan bersih.

Tak tahu la nanti kalau dah lekat habuk mungkin warna nya bercapuk-capuk kan.. tapi umiIzz tak kisahlah.. Yang penting kita jaga kebersihan.. ;)

Try 3 Tong Besar untuk dinding Luar dan dan dalam, rupanya tak cukup.

UmiIzz dan abiIzz guna cat biasa je untuk rumah kami.. Nippon dengan Dulux. Yang Superten (keluaran Malaysia) tu untuk cat minyak nak sapu kat kayu.. sebelum sapu cat minyak Dulux ICI yang mahal tu, elokla kasi pakai cat murah ni dulu, Lepas tu bilas dengan ICI. kita tengok ketahanannya nanti. Yang tu umiIzz nak pilih warna macam nak ke peach pink sama dinding depan.. tapi erm yang tu abiIzz yang sibuk nak pilih warna lebut lagi. So nampak la macam putih tapi kalau dari dekat warnanya pink lembut yang amat..

Bagi pintu pula, umiIzz pilih cat minyak warna putih. So rumah umiIzz memang nampak cerah sangat, tak kisahlah orang kata cepat kotor. Janji umiIzz selesa dengan warna cerah macam tu. Nampak redup je, bersih je kalau pandai jaga kan??

Masa pilih warna haritu, umiIzz minta katalog cat dan bawak balik rumah, diskus dengan abiIzz warna yang sesuai dan baru pergi kedai. Jadinya takdelah kat kedai tu kelam kabut memilih warna yang kita nak.

Luar sahaja kami habis 41liter bersamaan 2 tong 18liter dengan 1 tong 5 liter. Tu tak masuk dinding sekeping yang sebaris pintu..

Kemudian sebelah dalam tu kami guna 2 tong 18liter tak termasuk sekeping dinding tengah dan pintu.. 

Kos cat sahaja dekat RM2+++ yang ni termasuk GST bagi keluasan rumah umiIzz tak tahulah korang punya rumah. Bayaran kontraktor umiIzz pakai ni tak ingat berapa tapi sangat berbaloilah menggunakan perkhidmatan dia.  Korang kalau nak guna service dia boleh email umiIzz macam kat bawah tu atau whatsup je no. umiIzz nanti umiIzz akan bagi bos kontraktor umi tu untuk call korang. Masa korang nak beli tu, boleh tanya pendapat kedai tu berapa lama cat tu bertahan, boleh lap tak kalau anak-anak mengkretifkan diri di dinding, dan kulapuk tak cat. Boleh juga tanya jumlah sepatutnya yang diperlukan untuk keluasan rumah kita. Dari segi harga, korang boleh deside nak harga cat yang macamana, ada gred rupanya cat ni dan korang bole kira harga 1liter, 5liter, 10liter dan 18liter.. kalau cat tu beli banyak-banyak mana lebih untung sama ada beli sikit-sikit atau banyak terus.

Beli kat kedai ni memang senang dah sebab cat dah termasuk GST, dia tak de tambah or naik harga. Sebab sebelum beli kat kedai yang kami beli ni, kami dah servay kedai lain dan ratanya harga sama cuma tapi bila bayar, cas GST diluar.. so harga lebihla kan..

Kat mana kedai ni? Kedai ni kat Jalan Dagang 2, Taman Dagang Jaya, Ampang.. Besar tau kedai ni.. banyak Hardware dan timber.. Lori pasir ke tanah keluar masuk dari kedai ni. Rasanya kebanyakkan kontraktor beli kat kedai ni..

Oklah korang, nampaknya banyak juga yang dah umiIzz share.
Mungkin sebab energy minum Chinch Tea pagi ni, sangat-sangat memberi tenaga semangat luar biasa. Nanti umiIzz sambung lagi..

Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur 
UmiIzz ; Izzlynn 
Id : 915911 Email : alynn_41181mr[at]yahoo.com 
Hp : 013.202.8136 


 Salam sayang dari,

gif creator
gif creator

0 comments: