PENGUMUMAN
"best view" Permata Umi dengan menggunakan browser Mozilla Firefox (highly recomended), Google Chrome, dan IE version 8 dan ke atas, anda boleh upgrade disini

Khamis, 5 September 2013

Sambungan kisah Fatimah Azzaharah..




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..

Hai semua, hari ni kita semua bersyukur sebab dikurniakan nikmat menghirup udara segar dan cuaca yang sejuk. UmiIzz rasa seronok bila dapat mencuri masa menulis maksud surah Yasin didalam faceBook.. sekurang2 nya, orang yang terbaca mengundang senyuman bahagia umi disana.. Siapalah tahu untung nasib kita disana. Jadi beramallah dengan cara yang baik dan tinggalkanlah imu yang boleh dikongsi dan dimanfaatkan oleh orang lain.

Nama pun manusia memang tak lepas dari kesilapan, namun jadikanlah kesilapan itu pelajaran untuk kita lebih maju dan berjaya di dunia bahkan diakhirat sama. Lama tak menulis kisah Fatimah puteri kesayang nabi kita Muhammad SAW, hari ini umiIzz nak share pada semua tentang baginda Fatimah Azzaharah yang lama sungguh umiIzz tak habiskan memandangkan kesibukan duniawi, masyaAllah.. Cerita pertama tentang Saidatina Fatimah ada disini dan sini. Jom klik,,


Mulianya sifat peribadi Rasullullah..


Sebagai satu penghinaan ke atas Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda, Utbah dan Utaybah digesa oleh ibubapa mereka agar menceraikan isteri masing-masing. Ini merupakan sebahagian dari langkah-langkah pemuluan terhadap Rasulullah s.a.w. Sebaliknya Rasulullah menerima dengan gembira dan lega akan kepulangan anak-anaknya yang tersayang.

Fatimah sudah tentu gembira kerana berpeluang bersama kakak-kakaknya kembali. Mereka semua mengharapkan agar Zaynab juga diceraikan oleh suaminya. Bahkan, puak musyrikin Quraisy turut mendesak Abu al-Aas agar menceraikan Zaynab naming Zaynab, beliau menjawab :
‘Aku mencintai isteriku sepenuh hatiku dan aku menghormati dan memandang tinggi bapanya meskipun aku belum memasuki agama Islam.’

Kedua-dua Ruqayyah dan Umm Kalthum gembira kerana dapat kembali ke pangkuan ibubapa mereka serta meninggalkan deraan mental yang sering dihadapi ketika tinggal bersama Umm Jamil. Tidak lama kemudian, Ruqayyah telah dikahwinkan dengan Uthman bin Affan, pemuda yang pemalu dan antara orang terawal yang memeluk Islam. Ruqayyah dan Uthman telah menyertai hijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan serta tinggal di sana selama beberapa tahun lamanya. Fatimah tidak bertemu dengan Ruqayyah lagi sehinggalah ketika ibu mereka meninggal dunia.



Penindasan terhadap Rasulullah, keluarga dan pengikut-pengikut baginda berterusan bahkan bertambah teruk setelah penghijrahan sebahagian umat Islam ke Habsyah. Pada lebih kurang tahun ketujuh selepas nubuwwah, baginda dan keluarga baginda dipaksa meninggalkan rumah mereka dan pergi ke sebuah lembah kering kontang yang dikelilingi bukit bukau serta hanya boleh dimasuki melalui satu lorong kecil dari Makkah.

Buat masa ni, setakat ini dulu perkongsian umiIzz.. nanti, insyaAllah umiIzz sambung lagi.. semoga menjadi tauladan pada kita semua..




Salam sayang dari,


  gif creator
gif creator

0 comments: