Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bismillahirrohmanirrohim..
Hari ini adalah hari ahad dimana jika kita sebagai ibu bapa menghabiskan masa bersama anak-anak dan jika kita sebagai anak-anak pula seronok menghabiskan masa bersama ibubapa. Teringat kecil-kecil dulu hari sabtu ahadla paling dinanti kerana dapat bersama ayah dan ibu dirumah menghabiskan masa dengan aktiviti gotong royong membersihkan rumah.
Paling seronok apabila tiba hari ahad, ayah dan mak akan masak lauk yang special-special untuk kami adik beradik. Kami akan menghabiskan masa kalau tidak kemana-mana hanya dirumah dengan berbual dan bergurau senda. Pelbagai cerita yang akan di kongsi daripada kasut sekolah hingga ke sudip dapur dan daripada kuih karipap ke ayam golek. Waktu itu kadang-kadang tidak sedar waktu solat dah nak habis, mulalah mak bising kerana telah mengingatkan diawal perbualan..hihih
Sekarang, apabila umiIzz pula bergelar umi, macam-macam perkara nak dibuat tapi terasa masa itu amat singkat, rasanya baru duduk jam 1 tadi tengok balik jam dah jam lima, owh masa sangat cemburu maka jarum jam pun diarahnya laju, betul kan?
Bila teringat balik kisah ini, teringat mak dan ayah yang berada dikampung.. Hari-hari umi akan call mereka bertanya khabar. Dahulu selalu juga dengar ibu mengeluh sakit lutut dan pinggang. Risau dan sedih bila dengar dia sakit namun kita tiada disisi untuk melegakan seperti mengurut atau tolong menyapukan ubat. Kasihan ibu dan ayah..
Namun setelah kehadiran JHT singkatan kepada nama Joint Health Tablet dalam hidup mak dan ayah, dengan izin Allah mereka tidak lagi mengeluh sakit sendi terutama lutut dan pinggang. Sungguh alhamdulillah, JHT amat membantu mereka dan semuanya izin Allah..
Apa yang dikatakan JHT?
Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tullang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.
Formulasi proprietari Advanced Joint Health Tablet menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan untuk menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Formulasi proprietari dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. Advanced Joint Health Tablet adalah berasaskan formula sayur-sayuran 100% iaitu Ekstrak Boswellia, Ekstrak Jagung, Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C. Jadi bonus buat mereka yang vegetarian.
Apakah Yang dikatakan Kebaikan Ekstrak Sayuran dan Mineral dalam Advanced Joint Health Tablet?
Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Jadi Ekstrak Boswellia iaitu gum resin yang mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat (sumber: pokok Boswellia serrate) dapat menyokong keselesaan sendi-sendi anda. Asid Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi dan contohnya, dapat mengatasi radang sendi lutut, sendi bahu dan sebagainya
Ekstrak Jagung - Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan dalam jangka masa panjang. Glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Jadi Joint Health Tablet membantu meningkatkatkan glukosamina dalam tubuh. Ekstrak jagung juga menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas yang menjadikan sendi lebih fleksibel. Jadi berita baik bagi penggemar jagung. Anda boleh meneruskan makan jagung kesukaan anda
Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - Merupakan nutrien penting dalam membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan struktur terhadap sendi. 100% Nilai Harian Vitamin C dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) disediakan sebagai nutrien penting untuk sintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalm tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink, tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin C memelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat.
Sakit sendi
Keistimewaan Advanced Joint Health Tablet
* Ekstrak proprietari Boswellia turut mengandungi bahan semulajadi lain yang mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja* 100% bebas kondrotoin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Sulfat kondrotoin boleh menggangu penyerapan khasiat ekstrak jagung dan glukosamina
* 100% berasaskan sayur-sayuran. Sangat-sangat sesuai bagi vegetarian
* Kapsul yang mudah ditelan
* Bebas gluten
Siapa yang Perlukan Advanced Joint Health Tablet
* Lelaki dan wanita dewasa yang memerlukan produk 100% semulajadi untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan sendi mereka.* Mereka yang sering sakit sendi tulang
* Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif
* Orang yang sering melakukan perkerjaan mengangkat beban berat.
Testimoni dari pelanggan tetap umiIzz yang mengambil JHT
Puan Ropilah (Kuala Lumpur)
Wanita berkerjaya berusia 50tahun sangat aktif dan peramah. Beliau menggunakan JHT 3bulan yang lalu setelah beliau menghidapi sakit lutut yang kronik kerana jatuh didalam bilik air ketika mengambil wudhu' untuk solat. Kesan daripada jatuh itu, lutut beliau sangat sakit dan beliau mengalami kesukaran berjalan dan bardiri setelah lama duduk. Ketika melakukan solat juga beliau berasa sangat sakit di bahagian sendi lutut.
Dalam mencari-cari sesuatu yang boleh membantu beliau melegakan kesakitan beliau telah membaca blog umiIzz dan terus membeli JHT dan memakan mengikut peraturan dan konsisten. Alhamdulillah, sekarang beliau kembali aktif dan beliau mampu menunaikan solat lima waktu malahan yang sunat2 pun bertambah. alhamdulillah.. Kalau dulu dia mengharapkan ubat tahan sakit yang diberikan doktor, alhamdulillah sekarang tidak lagi..
Testimoni kedua..
Seorang lelaki telah menghubungi umiIzz untuk mendapatkan makanan tambahan buat ibunya yang akan menunaikan haji tahun ini. Beliau mengharapkan agar ibunya tidak mengalami sakit sendi kerana tidak mahu perjalanan mereka untuk menunaikan ibadah terganggu. Selain berdoa lelaki itu kata perlu berusaha dan dia mengharapkan agar ibu mereka sihat lalu mencuba JHT. Alhamdulillah, mereka berasa bersyukur dengan izin Allah ibu mereka kurang berasa sakit-sakit sendi dan nampak lebih sihat daripada dahulu. Semalam mereka berangkat ke Saudi Arabia dan mereka telah membeli stok dari umiIzz untuk ibu mereka tersayang. Alhamdulillah, Allah mudahkan niat baik mereka dan umiIzz doakan agar mereka dapat menjalankan ibadah dengan mudah semuanya dengan izin Allah.
Lagi tentang JHT di sini. Sekiranya ada yang ingin mendapatkan JHT untuk diri sendiri ataupun untuk ibubapa yang dikasihi, boleh menghubungi umiIzz. InsyaAllah semuanya dengan izin Allah.
Lagi tentang JHT di sini. Sekiranya ada yang ingin mendapatkan JHT untuk diri sendiri ataupun untuk ibubapa yang dikasihi, boleh menghubungi umiIzz. InsyaAllah semuanya dengan izin Allah.
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Pengedar Sah Shaklee Kuala Lumpur (ID : 915911)
Dealer Shaklee Kuala Lumpur
Email : alynn_41181mr [at] yahoo.com
Hp : 013.2028.136
Nota : Penghantaran ke seluruh Malaysia.
Salam sayang dari,
0 comments:
Catat Ulasan